Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, August 12, 2016

One And Only.. Sweetheartstories

Hello... (schedule post lagi)  ;p

Ok.. hari tu saya ada cakap yang saya nak tumpukan perhatian pada perniagaan cake kan.. Selain menerima tempahan cake secara online, saya juga membuat pop-up booth. Ini salah satu cara untuk memperkenalkan dan mempromosikan lagi perniagaan cake saya di bawah nama Sweetheartstories.

Pop-up booth Sweetheartstories selalu berada di Ibu Pejabat LHDN, Cyberjaya dan kadang-kadang di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. Kat situ lah yang saya rasakan agak sesuai kerana booth di dalam lobi berhadapan cafe. Jadi tak lah terlalu panas. Saya pernah juga pop-up booth di kementerian lain sekitar Putrajaya. Tapi lokasinya memang tidak langsung bersesuaian untuk bisness cake macam saya. Tempatnya di coridor saja yang terus menerus terkena sinaran matahari. Habis cake cair hokeyyy!!

 Suasana pop-up booth di TNB Dua Sentral, KL. Tapi tempat tu dah tutup & tak boleh berniaga lagi.. :(

Selama beberapa tahun ini, alhamdulilah saya telah mempelbagaikan pilihan cake. Ada rainbow cake, nutella chocolate cake, banana walnut cake, pecan butterscotch cake bla..bla..bla... nak tengok hasil cake saya boleh tengok instagram ye.. insta: sweetheartstories   (promote lagi nih)


Actually, bukan senang nak buka pop-up booth ni sebabnya travel dengan membawa sepuluh jenis cake & dessert dalam kereta memang sangat mencabar minda dan menguji kepakaran pemanduan kita.. ahaha.. Yerlaa.. kalau drive kereta laju..tetiba break mengejut..memang ada potensi kotak cake yang dibawa menggelungsur ke depan. Semua cake saya letak di seat kereta bahagian belakang. Saya memang tidak letak dalam bonet kereta sebab tidak yakin tahap suhu di dalam bonet. haha.. Maklumlah selepas semua cake keluar dari chiller dan transfer masuk ke dalam kereta, saya mahukan keaadaan cake masih lagi bersuhu sejuk apabila sampai di pop-up booth.

Pernah dua minggu lepas, saya membawa 12 jenis cake, dan melalui jalan short-cut masuk ke Cyberjaya. Memang jalan di situ agak berliku. Entah macam mana tiba-tiba kotak cake jatuh dari kedudukan yang saya yakin selamat. ahaha..tapi sebenarnya macam tak selamat rupanya.. :p  miracle dan alhamdulilah..cake dalam kotak terjatuh tapi tak mengalami sebarang kecacatan.. phewww.. so boleh bawak jual lagi tu.. hehe..


Impian saya satu hari nanti nak buka sebuah kedai kek. Saya bermula dengan berniaga cupcakes secara kecil-kecilan dari tahun 2008. (kalau tak silap) Tapi sampai sekarang saya masih belum dapat membuka sebuah kedai cake. Bila saya tengok bakers yang lain...diorang start jual kek 2012 contohnya..tapi 2016 diorang dah ada sebuah kedai cake. wahh.. cemburu saya tauu..

Insyaallah.. harap satu hari nanti saya akan ada sebuah kedai menjual pelbagai jenis cake & dessert yang berkonsepkan 'kedai kek & cafe' 

No comments:

Post a Comment