Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Guest Book Corner

Hai...

Ape kabar? ok, hari ni kita tak payah cerita pasal travelog ye.. asyik citer pasal travelog nanti uolls muntah pulak baca sebab boring. Sebenarnye I pun macam nak termuntah dok cerita pasal lawatan ke Sarawak tu.. hehe.. nanti kita sambung pasal tu yer.. kali ni kiter citer pasal guest book  

Actually, seperti yang uolls sedia maklum, bisnes yang I jalankan sekarang ni lebih kepada tempahan kek dan cupcakes, candy buffet package, choc fountain dan dessert buffet. So.. sekarang ni my planning is nak mengembangkan lagi servis. Iaitu servis photobooth dan guestbook corner.

Sekarang I memng tengah mencari idea untuk decoration guestbook corner ni. Actually ada special projek lebih kurang lagi dua minggu. Thats why sangat excited nih..  :) I banyak juga google gambar menarik guestbook especially untuk wedding party

'Buku merah jangan lupa bawa...' owhh lepastu I dah tak ingat lirik lagu Zizan & Kaka nih.. hihi.. Decoration yang simple dan tidak padat.


Ini juga decoration yang tidak padat. Sangat simple tapi sangat sweettt.. Hanya huruf D, bakul, mini black board dan camera saja.


Tapi sekarang ini idea datang macam-macam. Ade jugak tulis atas kayu yang berbentuk puzzle. Wahhh.. gitu.. Idea yang bernas. Lepas kahwin boleh lah di 'frame'kan dan digantung pada dinding rumah..


Ada satu lagi idea menarik. Tulis ucapan atas piring hitam. Wowww.. hebat. Lepas tu piring hitam ni juga boleh di'frame'kan nanti. 


I pun suka juga idea tulis ucapan atas sekeping kad comel kedian digantungkan pada ranting kayu. Orang kata nama untuk konsep seperti ini ialah 'wishing tree' 

Ada juga idea.. tulis atas sekeping kad comel kemudian diletakkan dalam envelope yang ditampal dalam scrap book. 

Owhh.. sejak bermula tahun 2013, my bisness ada offer juga pakej baru iaitu 'Welcoming Dessert & Guest book. Conceptnya, apabila tetamu telah menulis ucapan ringkas untuk pengantin, makanya tetamu tersebut akan menerima saguhati tanda ucapan dari pengantin. Saguhati tu pula berupa manisan seperti choc, marshmallow atau apa saja yang sesuai. Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok pakej kat http/facebook.com/pages/sweetheartstories . hahaha.. ok.. tetibe promote bisnes.  :)

Masa my wedding hari tu pun, ada juga disediakan guestbook corner.  :) include juga dengan photobooth corner. Kiranya 2 in 1. Props utama yang disediakan untuk sudut ni ialah sebuah beg vintage dan hiasan pada beg tu ialah gambar me & Mr. Sallehudin, bear dan sikit bunga serta stationary untuk menulis.


Guest book tu I print dan DIY sendiri. I juga ada bagi saguhati kepada tetamu yang menulis untuk buku guest book I tu. Gula-gula yang diletakkan dalam box kecil yang I DIY juga. :) yeahhh everything DIY
Btw, ada sesiapa berminat dengan beg vintage tu? I planning nak buka sewaan untuk beg tu. Tapi nantilah I fikirkan sama ada nak sewa or not. :)  Owhh rindunya zaman nak kawen ari tu. Bukannye ape rindu nak DIY barang hiasan walaupun stress tahap melampau.. hehe...

Hopefully dengan paparan gambar diatas dapat memberi ilham kepada bride to be 2013.. 

sumber gambar : GOOGLE

Tuesday, January 31, 2012

Teaser : DIY Uncang Wangi

Hai semua...
Saya MC hari ni.. selsema yang teruk dan sakit dalam mulut. Ingatkan bengkak gusi tapi doktor cakap ada jangkitan kuman kat kelenjar air liur.. hmmm...
Seharian duduk di rumah adalah sangat seronok. Boleh tengok Wanita Hari Ini, kemas rumah, siapkan DIY thingy yang tak siap lagi, memasak dan tidur...  :) Alangkah seronoknya lepas kahwin boleh buat aktiviti macam ni. Kalau boring sangat buat kuih lepas tu pergi hantar kat makciks or kakaks yang meniaga kuih petang-petang. Ataupun buat apam polkadot untuk letak kat kedai-kedai makan.. 'cool'kan..  Jangan tak tau.. dulu saya pernah buat kuih dan meniaga di pasar Ramadhan..

Okies.. sebenarnya nak teaser sikit. Uncang yang masih belum siap masih dalam proses menjahit dan mengemaskini.. 

Uncang ni nak distribute masa majlis nikah. Sesape yang datang masa majlis nikah dapat satu uncang wangi. Tapi uncang ni buat tak banyak laa, lebih kurang dalam 100 hingga 150. Kalau kemampuan lebih wat sampai 200.. ~phewww~
Walaupun saya ni langsung tajde kemahiran menjahit tapi alhamdulilah menjadi jugak uncang ni.  :)

-tata-

Tuesday, January 3, 2012

Update Tentang DIY

Hohohoho...
Malasnya nak pergi kerja pagi ni. Tidur adalah tersangat best  (*_*)

Apa update tentang wedding? Lagi 79 hari nak nikah. Saya tak nervous untuk nikah. Tapi saya nervous sebab banyak barang DIY belum siap. Apa DIY yang belu saya buat?

Brown Paper Beg + Item Untuk Letak Dalam Beg
Brown paper beg saya kena tampal doily paper dan sticker untuk 2000 pcs paper beg. Tapi nasib baik my abah dah tolong siapkan 500 pcs. Thank you so much abah. :) Saya pula dah tampal 400 pcs paper beg. Tinggal lagi 1100 pcs paper beg tersadai. Aduss.. banyak lagi tu... Item untuk letak dalam paper beg.. belum beli lagi. Itu semua akan beli hujung January dan hujung February.

Uncang
Uncang ni sebenarnya saya buatpun menggunakan kaedah cuba jaya. Tak sangka pulak menjadi walaupun tak lah secantik sangat pun. Saya ada 12m kain satin warna maroon purple yang tersimpan dalam almari. Saya beli kain tu dah lama. Dua tiga tahun lepas rasanya. So, untuk mengelakkan pembaziran saya fikirlah nak buat ape dengan kain banyak tu. Tiba-tiba timbul idea nak buat uncang. Dalam uncang tu saya letak yang macam ala-ala kapas tu.. tapi saya tak tau ape nama benda alah tu. Benda tu kadang-kadang orang gunakkan untuk buat bantal tidur. Tapi bukan kekabu yer. Polistrin ke ape ntah namanya... Benda alah tu pun saya tak beli. Saya amik dari bantal saya yang lama-lama dan yang dah terkoyak tu. Hahaha.. Sekarang saya gigih menjahit uncang tu guna mesin jahit abah saya. Tapi baru 6 aje yang dah siap sempurna. Yang lain-lain tu belum sempurna lagi.. huhu...

Kad Jemputan Kahwin
FYI, kad jemputan tu saya yang design untuk both side. Belasah aje design tu janji boleh print. tapi problem is saya belum print lagi sebab printer tak ada ink.

Guest book Corner
Guest book dah siap. Tinggal lagi nak binding aje. Tapi itu untuk my side. Untuk bertandang side saya pun terfikir nak buat juga. So, saya kena prepare dua buku. Satu untuk saya dan Mr. Sallehudin. Satu buku lagi untuk bakal abang ipar dan bakal kakak ipar. Buku untuk bertandang belum siap.

Bunga Tangan
Bunga tangan untuk majlis nikah disponser oleh Fiza Hantaran. Hari tu menang contest anjuran Fiza. Tapi rasanya saya perlu contact dia balik laa. Diam aje. Bunga tangan untuk resepsi pula saya planning nak buat fabric handbouquet. Mula-mula nak tempah dari Intan Norazam, tapi dia pun dah fully booking. So, berpandukan tutorial dari blog Intan dan beberapa tutorial lain, saya nak cuba buat juga. Bungat tangan untuk majlis bertandang pun saya nak buat juga. Fabric handbouquet juga. Tapi untuk bertandang kalau saya sempat buat..baru saya buat. sebab nak kena buat untuk kuantiti dua. Maklumlah, untuk majlis bertandang ada pengantin. Tapi projek ni tak start pun lagi.

Rasanya itu saja projek DIY yang besar-besar.. Yang lain-lain tu ada juga tapi belum ada progress jugak lagi. Projek besar-besar pun tak siap lagi dah ngada-ngada nak fikir pasal projek kecil-kecil pulak. Tapi projek yang kecik pun nak buat jugak. [tamak]
Owh.. semalam saya jumpa dengan my FMIL. Dia ada cakap untuk majlis bertandang memang tak ada pelamin. Tapi katanya dia nak letak macam satu backdrop untuk pengantin bergambar. Dalam erti kata lain, nak buat ala-ala photobooth gitu kot. So saya cakap kalau nak buat saya boleh buat. Semua backdrop saya akan sponser. Sebabnya, my planning is... lepas kawin saya nak continue wedding business. Tapi kali ni lebih kepada decoration aje. Maknanya, backdrop yang akan saya sponser untuk majlis bertandang tu nanti akan saya gunakan sebagai barang niaga saya. Kepada B2B lain yang tengah cari pakej pelamin, boleh lah contact saya. Business akan dimulakan selepas bulan May 2012 yer kawan-kawan.....

Itu aje kot update pasal kahwin. Hari ini anniversary saya dengan Mr. Sallehudin. Tarikh 3hb tu adalah tarikh kami first date. Im planning nak buat something yang mengejutkan untuk Mr. Salleh laa.. huhu....

Friday, December 23, 2011

DIY Banyak Tak Siap Lagi Nieee...

Salam Jumaat..
Mari bercuti dengan jayanya selama tiga hari ditambah pula dengan gaji dah masuk. Hoyeyy.. mari berfoya-foya sepanjang minggu nie..ahaha
Mestikah saya berfoya-foya sebabnya banyak lagi kerja DIY yang tertangguh. ohoho..

Antara kerja DIY yang dalam otak saya sekarang..  (^_^)
:: Tampal sticker kat doily paper - DONE
:: Tampal doily paper kat brown paper beg pulak - baru 100pcs siap. ada lagi 1400pcs
:: kain untuk dijahit - baru jahit 10 pcs. ada lagi 290 pcs
:: Nak print 1000 invitation card
:: Nak cari botol sos terpakai (hahaha)
:: Guestbook belum hias
:: Fabric HB (nak tempah kat intan tp die fully booking)


Dan... antara barangan yang ingin dibeli yang ada dalam otak saya sekarang (^_^)
:: Chocolate fountain
:: Easel
:: Canvas printing
:: Lantern
:: White consule table
:: Cadar katil pengantin
:: Teko Vintage

banyakkan..  :)
Macam-macam yang nak dibelinya. Dah terover betul Mrs. sallehudin nih. Itu nak.. ini nak... Tak pe..asalkan tidak melebihi budget yang diperuntukkan.. thats fine  :)

Dear sallehudin, nanti you tolong laa I tampal doily paper kat brown paper beg yer..  :)

Tuesday, November 29, 2011

DIY : Mini Box Warna Biru

Hye semua
Selamat menyambut 1 Muharram yer rakan-rakan sekelian..
Saya tak nak cerita panjang. Nak bagi tau yang DIY pertama saya sudah siap. Ini melibatkan 'guestbook corner' Setelah lebih dia bulan tertangguh. Untuk siapkan semua mini box dan hiasannya sekali, saya bertungkus lumus selama dua hari. Pagi petang siang malam mengadap kotak tu...

Setelah dapat 2000 pcs sticker hadiah dari nurain saya pun nekad lah nak siapkan mini box ni. Bukan banyak pun cuma 100 jer yang perlu disiapkan. hahaha.. 100 aje bukan 1000 yer..  :)

Dah siap lipat-lipat kotak, pastu tengok ada reben warna hitam. So saya decide letak reben ni kat mini box sebagai hiasan dan tampal sticker atas mini box tu. Akhirnyaaaa... Taraaaa...

 
Sorry.. gambar kurang clear 
Kos menyediakan 100 mini box
Kertas warna biru 130gsm (kalau tak silap) : RM18  [untuk dua paket]
Reben hitam ada luv : RM8.70 [untuk 3 gulung]
Sticker 100 pcs : F.O.C [sumbangan nurain]

Apa fungsi mini box ni? Maybe letak coklat kot dalam box tu. Belum decide nak letak apa lagi... Mini box ni untuk tetamu yang sudi menulis ucapan di dalam guestbook saya..  :)

Guestbook dah siap ke belum? print dah.. tunggu nak hias dan binding. Dah siap will review..

p/s: Ada lagi mini box yang belum siap. Itu recycle dari kad ucapan yang nak dibuang...

Wednesday, October 12, 2011

DIY Di Tempat Kerja

Hye B2B and all my blog readers. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni. Blog saya tak lah glemer macam Ben Ashari ke.. Jejari Runcing ke.. Cik Epal ke.. hikhik (^_^) Tapi saya memang suka ber'blog'ing...

Jam dah hampir ke pukul 5pm. Lagi 45 minit baru habis kerja. Normally tepat pukul 5.45pm saya akan bergegas menuju ke lif dan turun ke level 2 tempat parking kereta. Huhh!! Semenjak kerja tempat baru saya memang excited nak balik rumah memanjang. Haisshh. Tambahan lagi perjalanan dari office ke rumah ambik masa 1 jam. Sangat letih.. hokeyy!! Sebelum ni memang tak biasa bekerja dalam tempoh office hour dari pukul 8.30am to 5.45pm. Dah hampir enam tahun saya bekerja dalam waktu kerja 10am - 7.00pm. Rumah pun dekat dengan office. Tapi kali ni kerja di tempat baru.. saya akan menempuh tol Jalan Duta setiap hari.. Saya stress. Seriesss stresss!! Dulu drive kereta waktu balik kerja pun still maintain dengan tudung masih di kepala. Tapi kali ini, start enjin kereta dan tekan pedal minyak kereta tu.. terus tangan pun tarik nak buka tudung. Im sorry.. saya tak boleh nak maintain tudung di kepala sambil drive dalam keadaan yang sangat jammed. Saya pun tak tau apsal jadi macam tu.. (*_*)

Tapi saya masih sanggup kerja di tempat baru ni sebab tawaran gaji adalah sangat berpatutan dan kerja paper work pun tak banyak. Tak perlu nak buat minit mesyuarat.. Yang paling penting.. sempat lagi update blog dan DIY mini box.. hahahhaha..


Actually kat office ni saya dapat banyak sangat kad raya tahun dulu-dulu si budak-budak office ni nak buang. Then, diorang tanya kat saya nak tak kad ni semua sebab boleh DIY jadikan mini box. YESS.. why not?? So petang bila dah tak de kerja tu bolehlaa lipat kad tu jadikan kotak. BEstkannn..?

So my planning is kotak-kotak ni nak buat sebagai gift untuk kids. Mybe nak letak gula-gula ke.. tengoklah dulu apa yang sesuai...   :) okies.. nak continue sambung DIY mini box 
~Tata~

Thursday, July 14, 2011

Review : Candy Buffet, Decor & Goodie Bag

Salam & hye all..
Okies, selain DIY pelamin, DIY lain yang saya beri keutamaan ialah candy buffet, decoration & goodie beg for his side. 

Candy Buffet
Awal-awal lagi saya dah fikir menu ape yang nak diletakkan pada candy buffet. Menu pertama yang saya order ialah blueberry & strawberry cheese tart dari member kat Bagan Serai. Kemudian saya order pula apam polkadot. Saya tau apam ni masih baru lagi kat area Bagan Serai tu. Ni ala-ala promosi laa kan.. Then saya tambah menu..cupcakes pulak. Lepastu mama sibuk-sibuk suh tambah lagi menu sebab katanya sikit sangat. Dia order bahulu bentuk ikan mas. Chocolate & lolipop tu my mom jugak yang sponser. Then.. saya fikir.. tak kan makanan ni aje ke? tak de somthing yang nak hilangkan dahaga ke? mula-mula ingat nak letak air mineral. Tapi ntah macam mane terfikir nak buat dadih pulak. Tapi Dadih tak banyak juz wat dalam 50 cup aje. Ada pulak agar-agar bandung kat tepi meja. Agar-agar tu last minute mennu sebab ada jiran sebelah sedekahkan agar-agar.


Pukul 10am dah start susun semua menu tu. Sebab saya yang nak susun makanan semua. Ntah laa tak confiden pulak nak bagi orang lain susunkan. Candy buffet saya kat bawah khemah aje. Sebab tu tak ada background decor or wats so ever.. huhu... Mula-mula nak letak kat dalam pagar umah. Tapi mama cakap kalau letak dalam umah nanti tak ada orang nak amik makan. But for me.. dalam pagar or luar pagar.. orang akan masuk jugak kot. Tapi ikutkan aje laa cakap mama.. kot nanti kalau tak ikut die menengking pulak.. huhh!! Tu lah perangai mak saya.. hmmm...


Dadih, menu pertama yang habis dulu. So untuk majlis kenduri kahwin nanti bolehlaa wat dadih banyak-banyak..  :)



Decoration
Dulu saya penah cadang nak letak welcome board + easel. Tapi tak tau nak cari easel kat mane dan dah kesuntukan masa. (sesiapa tau kat mane nak beli easel?). So, saya decided wat welcome frame aje. Print perkataan ENGAGEMENT DAY MIMIS AND SALLEH 09072011. Setiap satu perkataan letak dalam satu frame. Pastu letak atas kerusi kayu betul-betul depan pintu masuk. Saya tambah letak lilin & gantung bear kecik-kecik...


Mula-mula bear tu juz nak letak sebelah frame aje. Tapi takut pulak bear tu hilang. maklumlaa budak kecik ramai yang bekenan.. so better gantung. Tak ada sape yang boleh amik bawak balik.hihihi..



DIY Printing
Nie salah satu printing yang saya letak kat atas candy buffet. Frame ni beli kat ikea. Pastu macam takde function pulak frame ni saya beli untuk tujuan ape.. so print perkataan ENGAGEMENT 09072011 pastu letak atas meja candy buffet..



Goodie Bag
Ni pun last minute terfikir nak wat goodie bag. Saya ada simpan brown paper & dolly paper tu. So saya juz print THANK YOU ENGAGEMENT DAY MIMIS & SALLEH 09072011 kedian lekat aje seperti tertera pada gambar rajah. Goodie beg ni juz siapkan dalam 30 pek aje untuk rombongan lelaki. Dalam goodie beg letak cupcakes & uncang potpori. Dah setel...


Penat nak buat DIY ni sebenarnya. Tapi yang penting kepuasan. Tambah pulak bile orang puji kate "rajinnyerrr.. print, gunting & tampal ni. Bile masa ko wat ni semua??"
hahahaha....

Sunday, June 26, 2011

Choc Bar Wrapping

Hye & salam b2b sekalian...

Cantik tak choc bar wrapping ni? Teringin pulak nak buat macam nih tapi ape pulak fungsi cokelat ni nanti? Nak letak kat Candy buffet? Macam dah banyak sangat menu kat situ kot. Nak bagi kat budak-budak yang datang? Hmmm.. saya dah sediakan candy buffet, so budak-budak amik aje candy kat situ yer.. siap ada cupcakes lagi..  :)


Cantikkan wrapping yang kat bawah ni? Hmm.. kalau bagi cokelat ni kat family sebelah lelaki ok tak..? Tapi nampak macam simple tak? Maklum laa untuk tetamu yang lain saya dah nak bagi cupcakes. Tak kan pulak family sebelah lelaki datang nak bagi cokelat yang macam nih? Nampak cokelat nih lagi murah pulak dari cupcakes....


Hohoho.. maybe boleh simpan idea ni untuk majlis kawin nanti. Banyak sangat benda yang nak wat untuk majlis tunang.. nanti tak de idea pulak untuk majlis kahwin...

p/s: saya pening..nk bagi buah tgn ape untuk family sebelah lelaki yang datang tu..

Thursday, June 16, 2011

Candy Buffet Preparation

Hye All..

Ari ni saya nak bercerita tentang candy buffet untuk majlis tunang saya nanti. Tak tau laa zaman sekarang ni kat kawasan rumah saya tu dah ada org buat candy buffet utk majlis tunang/kahwin ni or tak. If not.. saya lah org pertama yang nak memperkenalkan candy buffet ni kat kawasan perumahan tu. hihi..

Saya dah inform kat mama yang saya nak wat candy buffet so saya dah suruh mama sediakan satu meja untuk letak semua candy2 nih.. So mama cakap table tu kite letak kat bawah 'porch' rumah aje. Yupss saya setuju with idea mama. Untuk bawah kemah tu juz letak catering -nasi & lauk pauk.

Ini ada idea sikit untuk buat candy buffet. Memang theme color for my engagement ialah pink +green. Tapi saya rasa candy tu tak semestinya saya wat sumer kaler pink kot.. whats do you think?  :)  Kalau ikutkan gambar kat atas nih saya kena sediakan menu tag, balang, pinggan/dulang yg cute..  :)
wahh.. yg ni pun nampak sweet. So simple. Agak-agak berapa jenis menu yang sesuai untuk buat candy buffet ni kan..?

Okeh. I have the idea. Jom kita listkan senarai menu untuk candy buffet yg saya planning.
:: Cupcakes - 50pcs [by Sweetheartstories]
:: Blueberry & Strawberry cheese tart - 70pcs [by mizaeda.blogspot.com]
:: Apam polkadot - 70-pcs [by Nuraien]
:: Chocolate mini bar - 100 pcs [DIY choc wrapper]
:: Dadih - 50 pcs [by Swetheartstories]

Ada lagi ke yg nak kene tambah for menu? I think this is enough kot kan.. Patut tak saya letak botil air mineral? tak perlu lah kan.. Kalau nak minum, amik aje lah air yg dah prepare by catering tu. Hihihi.. Tapi tak tau laa pulak last minute kot ada menu tambahan lain. Maklum lah dengar cerita my mama ni ada order cake.. apentah dari kawan die...

Item lain yang saya perlu prepare untuk decoration.
:: Menu tag [DIY]
:: Pinggan [dah ada. kene bukak almari mama
:: Balang cute [dah ada]
:: Tisu [beli yg ada corak2 tu]
:: Table cloth [dah ada. kene bukak almari mama]
:: Flower arrangement [flower dah ada]

Okeh. cukup ke budget saya nih? So.. candy buffet settle.  :)

note: alang-alang dah buat menu tag untuk candy buffet, apa salahnya wat menu tag untuk makanan berat jugak kan..  :)