Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Idea Sana Sini. Show all posts
Showing posts with label Idea Sana Sini. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Throw Back : Decoration For Our Wedding

Hai... Salam hari Khamis  :)

Hari ni tengok decoration di sekitar majlis perkahwinan antara saya dan Mr. Sallehudin setahun yang lalu.


Lntern memang menjadi hiasan utama semasa majlis kami dulu. Lantern digantung di bawah khemah dan pokok-pokok ditepi rumah  :) Terima kasih kepada mereka yang sudi membantu menggantung lantern pada malam sebelum majlis. Mereka ialah kakitangan catering dan rakan yang menjadi pengapit I.. hehe.. Pada mulanya orang catering hanya gantung lantern untuk sekeliling khemah saja. Tapi I tak puas hati so I tambah lagi lantern warna pink di bawah khemah pulak.  :) Lantern yang digantung pada pokok telah digantung keesokan paginya.. ~hahaha~..
 
Gerbang cinta lah kononya.. Pintu gerbang ini disewa dari butik pengantin yang menjadi vendor untuk pelamin I. Pintu gerbang juga ada dihiasi dengan lantern kecil..

 Kanvas printing ini ditempah dari ThePhotoboothCorner. Last minute order.. dalam seminggu or dua minggu sebelum balik kampung kot. Nasib baik sembapt siap. Ownernya nama Diba. Dia dah popular sekarang, siap masuk TV dah sekarang ni.. ~hehehe~

In pulak photobooth & guest book coerner.. Tak tau laa nape ramai btoi yang suka lepak kat situ.. huhu.. Maybe sebab bawah pokok so sejuk sikit kan. Kebetulan time kenduri aritu cuaca memang panas..

 Haha.. my props kat photobooth corner. Ni semua preparation last minute.. Beg antik tu sebenarnye dah lama tersimpan atas almari. Daripada berhabuk so I amik dan bersihkan. Bahagian dalam beg tu I siap hias-hias dengan tali so boleh gantung gambar yang dah di print..  :)

Pelamin... Actually mula-mula dulu rasa macam nak DIY pelamin. Tapi memandangkan I takut sibuk sangat maklumlaa everything I nak buat. Macam-macam!! So I takut tak sempat aje nak hias DIY pelamin. Lagipun risau pulak takde orang yang nak bantu utntuk DIY pelamin. So I decide untuk booking aje dari vendor. Lagipun my mom dok bebel-bebel suruh booking vendor tu.. vendor tu kawan my mom. I tak sempat nak servey butik pengantin yang lain. ~huhu~

 Haa.. inilaa lantern yang I gantung dengan my fren tengah malam buta.. malam sebelum majlis. Mr. Sallehudin tolong teman sampai semua kerja selesai. Nampak sweet tak..?  :)

Banyak pulak pic untuk props ni.. Maybe sebab unik dan kat kawasan rumah I ni.. rasanya macam I sorang aje kot wedding yang hias-hias bagai.. hahaha..

 ok.. ini bilik pengantin. Backdrop kat belakang tu memang DIY. My mom kan.. kalau boleh dia nak hias semua sudut dalam bilik tu dengan bunga. Tapi I tak suka. Dah rasa macam hiasan bilik pengantin zaman 90an pulak.. Idea dah lama. Idea sekarang hiasan yang lebih sweet dan simple. Less bunga.. Kalau nak tau atas almari baju (tak nmpak dlm gambar) memang ada bunga panjang yang orang dolu-dolu suka hias untuk bilik pengantin.. ~huhu~.. I sangat protes hokeyy!! Tapi my mom dah beli.. Tak pe sebab tak masuk dalam gambar. Lepas tu ada hati nak beli lagi bunga nak letak atas meja solek pulak.. Part nak letak bunga kat meja solek memang I protes!! Sebabnya I dah planning nak letak candles, doily paper & kelopak bunga.. hahahaha.. Owhh.. yang kat dinding sebelah kanan tu I tampal wall sticker. Beli kat kedai JIMAT RM2.. kat Taiping.. ~ekekeke~


Last sekali nak bitau baju kawen.. I memang sangat suka dengan design yang tailor tu buat. Cuma I hangin dengan sikap tailor tu ajee.. Ade ke patut.. hari yang I nak collect baju tu dia terhegeh-hegeh nak jahit bunga putih tu.. huhh!!.. ok dah lepas.. tak payah nak sakit hati dah.. hehe..

Thursday, January 10, 2013

Wedding Idea : Polkadot Theme

Hai..

Ada yang masih mencari theme warna untuk wedding uolls?  Kekadang tu ada yang dah ada warna tema. Tapi macam terfikir pulak macam mana nak jadikan gabungan warna lebih cantik dan sempurna.

Salah satu pattern yang menarik perhatian sekarang ialah polkadot. Apa salahnya jika kita mencuba menghasilkan suatu hiasan yang polkadot dari warna tema yang dipilih  :)

Gabungan pink putih memang nampak sweet dan manis sekali. Hiasan reben polkadot boleh diletakkan pada hantaran agar nampak lebih ceria.


Gabungan hitam kuning juga sangat memukau. Hiasan pokadot boleh dihasilkan pada hiasan doorgift tetamu. Atau boleh juga keluarkan sedikit duit dan sponser pakaian bercorak polkadot untuk pengapit anda..
 

Corak polkadot juga boleh dihasilkan pada kek perkahwinan. Sudah tentu kek itu menjadi perhatian tetamu yang datang nanti. Sudah tentu anda banggakan..  :)
 

Untuk nampak lebih ekstrim lagi.. alas meja tetamu dibawah khemah atau didalam dewan boleh digantikan dari corak kosong kepada corak pokadot. Dah tentu suasana majlis perkahwinan uolls bertambah ceria  :)
 

Hiasan di meja makan pengantin juga boleh dihiaskan dengan corak polkadot.JIka uolls tak mahu letakkan alas meja pengantin bercorak polkadot its ok.. Letakkan pinggan mangkuk yang digunakan di meja makan pengantin bercorak polkadot. Dah tentu lain dari yang lain bukan. 


Owhh.. alangkah bagusnya kalau majlis perkahwinan saya dibuat sekali lagi :) dengan hiasan dan warna pilihan yang lebih menarik.. lalallalalaa...


Tuesday, December 11, 2012

Rak Kecil Dah Lekat di Dinding...

Hai...
Hasil dari jalan-jalan kami kat IKeA weekend ari tu.. maka mr. Sallehudin telah mengambil idea untuk menhasilkan satu susunan gaya ikea tapi menggunakan perabut Giant.

Jadinya cuti hari ni mr. Sallehudin telah berusaha menggerudi dinding rumah kitorang. Kesian tuan rumah.. hehe...


Cayaaalahhhhh...
Dengan gigih sambil peluh menitik2 dinding rumah kitorang berjaya dilobangkan oleh mr. Sallegudin.. hehehe...


Dan hasilnyaaa.. taraaaaa.... 
Rak tiga tingkat tu berjaya dinaikkan dan dilekatkan pada dinding. Jadi semua novel I dan hasil collection kotak-kotak comel dan cawan vintage disusun rapi kat rak tu.. hehehe.. yerlaaa.. geram sangat sebab banyak barang-barang I susun kat lantai je.. so.. I pun suruh mr. Sallehudin lekat rak tu kat dinding.


Dan lagi satu...
I pasang para dalam bilik bakery jugak. So barang-barang lebih teratur dan senang nak cari.

Lepas ni... banyak lagi rak-rak kecik yang akan melekat kat dinding.. ahaha...

Wednesday, October 24, 2012

Yakin Dengan Veet Dan Mix & Match

 Hai semua..
Nak tanyer.. uolls penah pakai Veet tak? Tau tak ape tu Veet?
Veet ® adalah krim jenama ubat menghilangkan rambut  nombor 1 di dunia dengan lebih 80 tahun  pengalaman membangunkan produk penyingkiran rambut. 

Ahaaa... Dulu I pun tak tau amende Veet ni.. Tapi sekarang dah tau.. ~hee~ I pernah cuba Veet ni. I guna untuk menghilangkan bulu kaki. Ehh.. bukannye bulu kaki I ni panjang macam jantan hokey..tapi sebab bulu kaki I ni nampak macam banyak sangat walaupun pendek aje.. So selepas I guna Veet.. wahhh rasa kagum sekali dengan hasilnya..lembut dan licin.. Tak de laa rasa macam segan nak tunjuk betis kan. Pastu I guna kat tangan sampai laaa ke ketiak. Hahaha.. hasilnya amat memberansangkankan. Husband I cakap.. "nasib baik ada Veet, kalau takde..tak tau laa jadi macam mana ketiak tu.." huhuhu

Ok cuba kita tengok video kat bawah ni untuk menambahkan infor tentang Veet..  :)



 

Ok.. sekarang nak tanya.. uolls penah mix & match tak baju-baju lama uolls? 
I nak tunjuk satu gaya mix & match yang I rasa uolls boleh try. ~ehehe~

Dalam gambar atas tu I pakai cardigen merah. Seluar slack grey dan tundung instant pink. Semua tu pakaian lama yang dah bertahun I beli. Bila I pakai macam ni nampak macam tak trendy langsung. Suram aje kan. I pun fikir, macam mana laa nak ubah style tu tapi masih nak gunakan cardigen jugak. I nak cepat time ni sebab nak kuar pegi beli barang dapur. Husband dah menunggu lama siap bebel-bebel lagi.. ~ehe~ I tengok banyak selendang tergantung dalam almari. Tetiba.....
JENG JENG JENG...  I dapat satu idea...


No 1: Pilih selendang empat segi sama. Lipat suku aje. Ni sebab selendang tu besar. Kalau selendang tu kecik tak payah lipat pun tak pe... 
No 2: bahangian lipat tu letak di bahagian dada dan bahu.
No 3: Hujung kiri dan kanan selendang yang paling dekat dengan bahu diikatkan. Make sure kiri dan kanan sama..
No 4: Dah ikat... make sure ikat kuat-kuat ye.. Kalau ikat tak kuat nanti tercabut pulak. ~heee~
 

No 5: Dah setel bahagian atas, kita tengok bahangian bawah pulak. Bahagian bucu selendang di pinggang juga mestila sama panjang jugak. 
No 6: Pinkan hujung bawah selendang tu. Kalau nak ikat pun tak pe. Tapi kalau nak lebih yakin pin guna keronsang kecik pun tak pe...
No 7: Pastu dah siap.. betulkan kain selendang di bahagian leher depan supaya nampak beralun.


Kemudian sarungkan cardigen. Nak lebih feminin, kena kan aksesori rantai. Taraaaa.. dah siap... Nak tengok I pakai tak..?  :)

|
|
|
|
|
|
\/


Ok tak? cantik tak? Nampak lebih kurus tak? ~ehehe~
Uolls boleh cuba skill ni dengan menggunakan selendang yang mempunyai corak yang lebih cantik dan warna warni. ~ehehe~
Selamat Mencuba

Saturday, May 12, 2012

Weds Review : DIY Uncang

Hi...
Mood nak buat entry wedding review mencanak-canak pulak sekarang ni. hihi.. bagus mimi :)
Hari nak cerita tentang DIY uncang yang saya buat. Uncang yang terhasil dalam 100 pcs. Semua uncang ni saya guna barang sedia ada..

:: Kain satin kaler pink maron - sedia ada kat rumah. Kain ni dulu saya beli nak buat baju melayu untuk family masa raya tiga or empat tahun lepas. Tapi abah saya tak suka pakai baju same kaler katanya macam boria. So kain satin ni tersimpan aje laa dalam almari rumah kat kampung. Untuk elakkan pembaziran, saya ambik kain ni dan bawak balik KL. Then, saya pinjam mesin jahit letrik dari abah dan bawak balik KL jugak..

:: Kekabu dalam uncang - Ini pulak saya ambik dari bantal lama. Haha.. saya koyakkan bantal lama yg tak pakai then guna kekabu ni.. hihi.. ada laa dua bantal..

:: Reben kaler grey - reben ni pun saya beli dah lama. Banyak roll jugak saya beli dulu tapi tak ingat beli untuk ape.. huhu..

:: Bunga pink - bunga ni pun asalnya saya beli dulu kala nak buat pomander ball. Lepas tu ada balance, so simpan. Tapi untuk buat uncang ni, bunga pink tak cukup. So saya beli lagi 1 paket. Harga dalam RM15 untuk 100 pcs bunga..

:: Tali Uncang - tali ni saya kena beli laa sebab tak de. Saya beli pun harga RM15 tapi tak ingat berapa hinggit.. Tapi cukup jer untuk siapkan uncang ni semua.

 

Saya mula menjahit uncang dari awal lagi. Dari beberapa bulan sebelum kenduri kawen. Sikit-sikit saya jahit, akhirnyaaaa.. dapat laa 100 pcs. Gigih giler saya jahit mende ni. Lepas jahit ikat pulak reben pastu gam pulak bunga pink tu kat reben grey. Mr. sallehudin ada jugak tolong ikat reben tu. Tapi saiz uncang ni tak seragam. Ada yang besar, ada yang kecik skit. Malas lah nak ukur.. belasah jer gunting kain satin ni. agak-agak jer saiz kain yang nak digunting tu.


Uncang ni semua saya gunakan sebagai door gift untuk tetamu yang hadir pada majlis akad nikah. Seronok diorang dapat uncang ni semua. Tapi agak kagum gaks laa diorang ni sebab tak sangka saya yang jahit uncang ni semua.. Ini baru uncang. Belum menda lain yang saya DIY.. kehkehkeh..


Actually selain dari dua kaler ni, saya ada buat uncang kaler lain jugak. Ada merah polkadot dan biru polkadot.


Taraaa.. merah polkadot. Kain nie saya beli kat kedai kain Kelang. 1m dalam RM3 lebih kot.. Tak ingat pulak. Reben hijau memang sedia ada. Bunga merah kecik tu saya beli RM5 aje untuk 100pcs. Uncang ni dapat dalam 25 pcs.
 

Kain biru polkadot ni beli kat kedai kain di Kelang jugak. Both kain merah dan biru polkadot tu saya beli semeter setiap satu. Reben pink dan bunga biru tu memang dah sedia ada.

Hahaha.. mesti uolls confius kan banyak mende yang dah sedia ada... Saya memang suka beli dan kumpul reben. Tak tau laa sebab ape.. asal nampak kaler yang kiut dan murah saya beli pastu simpan. So untuk elakkan pembaziran, saya DIY benda-benda yang bahan-bahannya saya tidak perlu beli banyak. Beli sikit-sikit tu ade laa... Uncang biru dan merah polkadot tu, saya buat untuk bagi pada family pengantin lelaki masa majlis nikah. saya memang puas hati dengan penghasilan uncang ni semua...

Im also planning nak buat uncang ni untuk majlis kenduri adik lelaki saya juga this October. Yupss.. adik lelaki saya pun nak kawen lepas raya haji ni..  :) penat lagi mama and abah saya.. kehkehkeh..

Wednesday, March 7, 2012

Beg Vintage

Hi semua..
Lately banyak masalah timbul
Minggu ni tetiba kereta asyik rosak aje. So nak pergi kerja pun payah..
Dah laa rumah dengan office nak menempuh jammed yang dasat..

Macam pagi tadi.. jammed punye lah teruk tahap gaban. Tetibe bonet kereta keluar asap yang banyak.
OMG..
terus berenti tepi jalan, capai hanfon dan terus lari keluar kereta
Takut pulak tetiba meletup kan.. ~huhu~

Ada ke patut.. majikan saya yang pentingkan diri sendiri tu..
Dia suruh saya tinggal kereta tepi jalan dan naik teksi pergi tengok rumah dia yang under maintenance tu..
Sebab rumah tu ada kontraktor tengah renovate..
Dia takut sofa dan barang rumah dia yang beli kat oversea tu hilang
Owhh.. maknanya..kereta saya yang tersadai tepi jalan dan kalau hilang tak pe la ye..
Tapi barang kat rumah dia kita kena jaga takut hilang.
Meaning pentingkan barang rumah dia dari kereta saya yang tersadai tepi jalan tu..??
Dia tak per laa.. beli kereta porche 1 juta lebih secara cash..
Sebab dia senang dapat. Sebut aje nak ape.. semua boleh dapat..
Saya cuma ada Iswara merah yang nak kene tunggu 9 tahun baru installment habis bayar..

Okey.. forget about work yang mengarut
tujuan asal nak tunjuk ini..
mari tengok gambar dibawah...
Tiba-tiba datang idea nak buat mende ni..
Beg lama ala-ala vintage memang ada kat kampung. So boleh guna beg tu
cuci habuk skit.. dah boleh pakai..


Cantikkan..?
 

Cuma tengah pikir barang ape yang nak letak dalam beg tu..

Wednesday, December 28, 2011

Cadar Untuk Bilik Pengantin

Salam everyone..
Masih lagi nak cerita tentang persiapan kahwin..  :)
Seperti yang sedia maklum, saya ada ke Nilai hari Ahad lepas. Masa melawat dari satu kedai ke satu kedai lain, saya masuk ke dalam satu kedai yang menjual macam-macam jenis cadar. Tapi tumpuan saya ialah mencari cadar pengantin yang bersesuaian dengan konsep dan yang penting sesuai juga dengan budget saya. Harga cadar dari RM99 hingga yang nak cecah RM500 pun ada. Hohoho.. jangan harap laa saya nak beli cadar pengantin yang sampai RM500 tu. Pakainya sekali, lepas tu tersimpan aje dalam almari. Saya mencari cadar yang boleh guna selepas kahwin.

 

Saya berkenan kat cadar yang gambar kat atas tu... Sorry kualiti gambar kurang memuaskan :P
Dan saya pun merembat set cadar+conforter ni pada harga RM100 saja. Pada pendapat u'olls sesuai ke cadar ni dijadikan cadar untuk bilik pengantin? Pada saya not bad sebab saya nak yang simple aje. Perabot dalam bilik pengantin juga semua warna putih.. dari katil, meja solek dan almari baju. Then.. boleh add on sedikit hiasan yang berwarna warni. Contohnya macam frame gambar ke, lilin wangi yang berwarna ke.. Ataupun gantung pomander ball macam gambar dibawah ni..

 pic credit to: mizzhanna85

 Saya juga ada ceritakan tentang idea bilik pengantin disini. Mungkin saya boleh gabungkan idea letak frame dan gantung pomander ball tu. But my mom dia nak gantung kelambu kat kepala katil.

Takpelah.. nanti cuti Gong Xi Fat Chai, saya cuba 'try and error' first.....

Thats for my side. Tapi untuk majlis bertandang nanti.. ibu (mak Mr. Sallehudin) dah bagi tau yang diorang tak ada hiasan untuk bilik pengantin sebabnya rumah yang diorang duduk sekarang tak sempat nak buat renovation. So tak ada bilik pengantin. But.. Im okey.. saya tak kisah pun. So kalau dah kat rumah Mr. Sallehudin tak ada bilik pengantin, saya akan hias bilik pengantin di rumah kami sendiri. Actually rumah kami selepas kahwin ialah rumah yang saya tinggal sekarang di kawasan Shah Alam. Lepas majlis bertandang, kami boleh balik tidur di rumah kami sendiri.. ~haha~

p/s: Hari ni Mr. Sallehudin balik dari Labuan.. saya g amik die kat KL Sentral sebab dari LCCT dia naik bas ke KL Sentral...

Saturday, December 24, 2011

Menu Untuk Chocolate Fountain

Selamat Hari Sabtu yang dingin rasa macam nak guling-guling atas katil dan tidur dengan nyenyaknyer.. Actually memang tengah guling-guling atas katil pun tapi sambil update blog  :)


 Yeahh.. dalam entry semalam saya ada update list barang yang nak beli untuk my wedding.

Alhamdulilah, ada salah satu vendor ni meluahkan hajatnya nak sponser lantern. So, sekarang saya nak berbincang dengan dia dulu. Kalau jadi, I will update kat blog ok..  :)

Dan lagi satu, dalam list semalam saya ada tulis nak beli chocolate fountain. Memang teringin giler nak beli benda nih. Nak dijadikan cerita, lepas balik kerja semalam saya singgah Moms Food & Bakery kat Kota Damansara. Kedai menjual barang-barang kek. Then, owner kedai tu memang saya kenal sebab saya selalu beli barang nak buat cupcakes kat kedai tu. Rupanya kedai tu memang ada jual mesin chocolate fountain. Cuma kita bukan beli on the spot tapi kena order dulu. And..saya pun malas nak servey kat internet lagi dah, saya pun terus order kat situ sebab harga yang kedai tu offer kat saya amat berpatutan. Dalam seminggu dua lagi barang tu akan sampai kat kedai tu dan diorang akan coll saya untuk datang ambil..  :)

Cuma.. sekarang saya tengah fikir ni, apa makanan yang sesuai untuk disertakan sekali dengan chocolate fountain ni..



Sumber gambar : Google

Kebanyakkan saya tengok buah-buahan especially strawberry dan marchmallow. Selain dari tu ape lagi ekk yang sesuai nak di 'attach'kan dengan chocolate fountain ni? Any idea tak?? Kalau nak letak biskut pulak, rasanya biskut ape yang sesuai... Saya ala-ala 'blur' disitu.. hehe..

p/s: Saya rindu Mr. Sallehudin yang kat Labuan sekarang ni..  huhu...

Thursday, December 1, 2011

Idea Kad Jemputan Kahwin Lagi

Salam semua...
Kerja di office agak sibuk jugak hari ni. Nak kene pergi tengok rumah banglo boss laa.. Pastu balik nak kena buat report pulak kat boss, update kerja kontraktor kat boss.. Aduss rasa macam kerja apa lah pulak ni. 
Makanya.. di kesempatan ini, lepas balik dari tengok rumah banglo Boss kat Dutamas, saya terus pecut ke Jalan Breakfield (betul ke ejaan tu) sebab nak beli kertas untuk buat invitation card. 
Saya beli Ivory Card 230gsm warna putih. Satu paket ada 100 keping card saiz A4. Saya beli 4 paket. Harga untuk satu paket RM25.00

Design yang macam mana saya nak..?
Sebelum ni saya dah design card tu. Tapi waktu tu saya design untuk card yang dilipat tiga. Meaning 1 card saiz A4 tu lipatkan 3 bahagian. So setiap satu bahagian ada tulis doa untuk pengantin, bahagian lain tulis jemputan kenduri, bahagian lain letak pelan / peta ke rumah kenduri dan bahagian lain letak gambar pengantin dan mak bapak pengantin. Memandangkan mama saya ni nak enterframe juga nak letak gambar dia and gambar abah. Design tu pun abah dah approve.

Tapi... tiba-tiba pendirian saya dah berubah. Cuba imagine kalau saya nak buat design card yang saya mention diatas.. makanya saya perlukan 1000 keping ivory card 230gsm dan saya memerlukan 10 paket iaitu bersamaan dengan RM250. Then, saya pikir lagi.. kadang-kadang kad jemputan ni kalau kita buat cantik-cantik pun bukannya diorang ni simpan card tu lepas majlis kan.. tambahan pulak pakcik dan maksik yang tinggal di kampung tu. So, saya decide nak buat card sesimple yang mungkin dan budget yang tidak terlalu tinggi. Tak perlu rasanya nak keluarkan budget yang tinggi untuk kad jemputan. Lebih baik gunakan duit ke tempat lain. Beli barang hantaran misalnya..... Cukuplah sekadar dalam kad jemputan tu lengkap dengan info seperti alamat, peta, nama pengantin dan nama ibu bapa pengantin....

 

Foto 1

Saya planning nak buat card macam ni aje. Satu card saiz A4 paper tu kemudian potong menjadi tiga keping. Bahagian depan print nama pengantin dan alamat, bahagian belakang letakkan peta dan contact no. Senangkan.. Lepas tu designkan border sekali. Nak lagi cantik, cari kertas corak-corak, lilitkan di tengah card macam gambar kat atas ni.

 Foto 2

Ataupun, lilitkan dengan reben. Gam manik kecil kat tengah. Tapi mampukah saya nak melilit reben dan menampal manik yang ala-ala permata untuk 1000 keping card? Oleh itu khidmat Mr. Sallehudin mungkin diperlukan untuk proses menyiapkan kad jemputan ni..

Foto 3

Idea kad jemputan untuk foto no 3 pun menarik juga. Kertas corak-corak untuk lilit di tengah-tengah tu ditampalkan dengan kertas lain yang telah di print tulisan 'Jemputan Perkahwinan' ataupun 'Walimatul-urus' ataupun apa-apa ajalah yang difikirkan sesuai. Kalau yang ni lebih banyak kerja jugak rasanya. Nak print dan guntung lagi kertas yang nak ditampal tu.... Ohohohoho...

Foto 4

Kad jemputan foto 4 ni memang saya dah lama admirer. Konsep kad jemputan tu masih lagi follow macam foto 1,2,3 tapi tampalkan kain renda di bawah card. Kalau rajin kita jahit bunga organza kecik-kecik dan tampal atas kain renda. Kalau tak rajin juz beli manik yang macam ala-ala diamond dan tampal atas renda. 

Untuk foto 4 ni, gunakan konsep print kertas dan fabrik. I like this konsep. Perlukah diaplikasikan konsep ni untuk wedding card saya?  :) Mama saya bising.. katanya kad jemputan tu perlu siap paling lewat pun pertengahan bulan Januari. Wedding bulan March, kad kawin nak kene siapkan bulan Januari. Tak awal sangat ke? huhu..

Okies.. cukup kat sini dulu. Tak boleh cerita lebih-lebih. Nanti tak surprise pulak.. ahaha..  :p
Oleh itu saya perlu design lagi sekali kad jemputan saya. Itu tak ambil banyak masa. Tapi untuk print dan gunting memang kena ambik banyak masa. ahahaha.. Adusss... Printer saya juga perlu dihantar ke Low Yat Plaza sebab nak upgrade ink cartridge printer. Bila agaknya Mr. Sallehudin nak bawa printer saya tu kan... hihikhik...

Saturday, November 19, 2011

Cottage Idea

Hye peeps and very good day to all my lovely blog readers...
Now.. saturday afternoon. Saya sekarang berada di Penang International Airport (betul..tak tipu) di satu sudut di tepi pintu perlepasan antarabangsa dan domestik..

Kenapa saya disitu? saya dah sampai dari KL lebih kurang pukul 11 pagi dengan penerbangan Firefly yang best (best lagi dari Airasia.. I think..) serta disambut oleh Mr. Sallehudin kat depan airside tanpa red carpet dan dah kenyang pun makan kuew tiaw kat mini cafe tepi pintu berlepas ni. Saya sedang menunggu Mr. Sallehudin menyiapkan kerja di airside manakala saya pula sambil menunggu sambil mengupdate blog.. owhhh lama lagi ke nak tunggu ni? bateri Blackberry and laptop pun macam dah nak kondem ni...

Okies, saya tak mo membuang masa dan menulis melalut-lalut. Last weekend me and Mr. sallehudin ada pergi ke pasar pagi berhampiran dengan Stadium Shah Alam. Kalau tak silap pasar tu buka setiap hari Ahad dari pukul 7am sampai lebih kurang pukul 12.30 kot. Sebab kalau tunggu pukul 1pm mesti panas terik terang benderang. kat sana ada satu gerai kecil yang betul-betul buat saya teruja...



Lihat dua gambar di atas..  :)  cantik gilerrr kan.... Well, barang-barang yang dijual tu semuanya macam bersesuaian kalau nak dijadikan decoration item untuk my majlis nanti. Cadang nak beli laa seketul dua barang. Tapi agak pricy. Hanya mampu menengok ajee... but I love all the stuff.... paling teruja tengok uncang kecik yang gantung-gantung tu.. comel sangat. Ada juga cupcake yang dibuat dari fabrik. Nampak real... so nice..


Sambil jalan-jalan terjumpa pulak mesin taip old design ni. Memang vintage abis lah.. Cuba tanyer berapa harga tu... Sekali penjual menjawab RM70. Typewritter ni sesuai kan kalau letak kat 'guestbook table'..  :) nak aje terus beli tapi rasa macam mahal kot. What do you think?


Ahaa.. ini pulak pinggan bertingkat. Actually saya memang dah lama cari pinggan bertingkat macam ni. Boleh letak cupcakes ke.. apam polkadot ke... untuk 'candy buffet table'. Harga pinggan bertingkat ni RM50. owhh... Saya rasa macam nak pegi cari kedai jual barang-barang secong hand. maybe boleh dapat harga agak murah dari situ. saya tau satu kedai jual barang-barang second hand ni... Kat TTDI, PJ ada kedai tu...

.
Malam semalam sebelum saya terlelap, saya ada terbaca satu blog ni... blog amfeaz. Kreatif betul hasil kerja tangan dia dan dia pun ada ambil tempahan kalau ada customer nak order fabric cupcakes. Sangat sweet kan  :)  dan secara tak langsung saya dah jadi folower blog tu. Kepada kakak amfeaz, kalau sudi follow laa blog saya yer.. hikhikhik.. Dalam blog dia pun ada tunjuk gaks hiasan kat rumah die sendiri. teruja sangat saya..  :)  Decor dan hiasan yang macam tu la yang saya nak buat kat rumah saya selepas kahwin nanti. So.. mungkin boleh start kumpul barang-barang dari sekarang kan?  :)

Owhh.. saya sekarang sedang mengumpul botol sos cili dan tomato yang kosong dan sudah siap dicuci. Bukan botol yang masih ada sos atau pun botol yang tinggal saki baki sos yer.. Saya mahu botol sos kosong yang sudah bersih. Kepada anda yang rasa nak buang botol sos tu.. jangan laa buang, sila bagi saya boleh? saya nak gunakan untuk projek X saya nanti... hihihi...

Alahai.. sudah pukul berapa ni? bila Mr. Sallehudin nak habis kerja ni? macam nak pergi melawat kedai Emporium depan ni laa nak beli poskad. hehe.. tapi nak kene heret beg sekali ke??

Friday, November 18, 2011

Catatan Sebelum Tidur

Hye..
Juz finished 70 pcs cuppies tempahan dari pelanggan. Owhh.. Im so pretty tired now. Wanna to sleep. zzZZzzz.. Tapi tak boleh tido kalau tak buka blog dan tengok blog sendiri and baca blog orang lain. Sudah baca dua tiga blog maka mata akan terlelap dengan sediri. Laptop pulak yang baca saya. Itulah habit saya setiap malam sebelum tidur...

Saya sentiasa di dalam 'mood' mencari idea-idea cute untuk majlis perkahwinan saya nanti. Kalau boleh saya tak nak majlis tu nanti nampak sama macam majlis perkahwinan orang lain yang berlangsung kat penempatan kampung saya di Bagan Serai tu. Bukan nak riak dan berlagak.. tapi kalau boleh biarlah tetamu yang hadir rasa gembira seperti pengantin yang sangat gembira pada hari bersejarah tu.. dan saya mahu tetamu yang hadir mengingati majlis perkahwinan saya yang lain dari yang lain terutama dari segi dekorasi, goodies beg dan bla bla bla....


Saya sangat jatuh cinta apabila tengok decoration frame ni kat salah satu booth di pameran Pengantin Shah Alam tempoh hari. Saya terfikir cantik juga kalau letak pic pre-wedding saya & Mr. Salleh. So.. tetamu semua dapat melihat gambar gedix kami itu.. hihihi... Actually dekorasi seperti ini pun sesuai juga dilekatkan di dinding rumah. Tak semestinya di majlis perkahwinan aje makanya ia boleh menjadi hiasan dinding. Gambar yang di print tu semua adalah saiz yang berbeza dan ada gambar yang ditampal kat polisterin tebal dan ada gambar ditampal di polisterin nipis. So nampaklah macam tebal nipis gambar tu.. (sila imagine sendiri, susah nak explain laa)


Owhhh.. lagi satu.. kawan-kawan semua... dimana saya nak dapatkan easel (btul ke easel) kaki frame seperti gambar diatas.. kalau boleh saya memang nak beli easel ni sebab dalam kepala otak saya sekarang ni dah macm-macam idea ada nak gunakan balik easel ni selepas majlis kahwin...  :) banyak juga decoration yang nak dibeli nanti so berjimatlah duit mulai sekarang.. ohohoho..


Yeahh.. saya rindu Mr. sallehudin... Dia pergi Penang. Ahad baru balik ke KL.. Rindu bangat sama kamokk!!... Tapi yang tak boleh blah tu.. dia sangat poyo sekarang sebab ramai orang cakap badan dia yang dulu agak montel sekarang dah susut. Dan saya pula yang dulu badan agak slim sekarang dah semakin debab.. saya stress... huhu..

Okies semua... good nite...

Sunday, November 6, 2011

Di Subuh Aidiladha Saya Menulis

Hye dan salam Aidiladha untuk semua..
Percaya tak sekarang ni pukul 5.30am? Kenapa awal bangun? Owhh.. sebenarnya saya terjaga pukul 4.30am tadi akibat kesejukan dan nak ke toilet. Lepas gi toilet terus baring nak tido semula tapi tak boleh pulak nak continue tido. So.. 'on' kan laptop dan baca blog. Selalunya sebelum tido saya akan baca blog-blog orang sampai saya terlena dengan sendirinya. So saya pun baca lah blog dengan harapan boleh sambung tido. Tapi tak boleh...

Jadi.. mengambil keputusan untuk meng'update blog'. Owhh..saya dengar keadaan diluar hujan rintik-rintik laa..Patutlaa sejuk. Tambah pula saya memang tak berapa sehat sekarang. Demam tak kebah dari hari Khamis. Lepas makan ubat ok.. lepas beberapa jam.. suhu badan naik balik. Habis semua sakit sendi-sendi. Memang tak larat betul lah. Lepas tu, perut pun kurang selesa, macam berangin je. Asyik sendawa pulak tu. Mr. salleh cakap kalau sendawa tu memang banyak angin. Kene pergi mengurut. Owwhh ok..

Dalam keadaan demam semalam.. mama suruh buat cookies dengan kek. Adoii.. dah laa tak larat tapi kene buat jugak. Mula-mula mama janji nak tolong.. tapi masa saya tengah buat cookies cornflakes ni, mama pergi berehat kat bilik atas sebab dia dah penat masak untuk makan tengah hari.. Haiisshh!! Dah laa saya tak larat ni. Lenguh sendi semakin menyucuk-nyucuk. Lepas saya bentukkan ala kadar cookies cornflakes ni, sementara tunggu cookies ni siap dibakar.. saya betul-betul dah tak larat sangat.. saya pulak berbaring dalam bilik then mama pulak take over jaga kuih supaya jangan hangit.


Sakit sendi semakin teruk dan terasa mengigil seluruh badan. My adik, si Aizam ajak pergi klinik. Kat pekan Bagan Serai ni kalau tak silap ada tiga klinik jer. Nasib baik lah malam raya ni dua klinik tutup dan satu klinik buka. Nasib baik jugak my turn tunggu tak lama. Masuk bilik doktor dan check suhu. OMG!! 38.5 darjah celcius. Doktor terkeejut. Tapi bengong jugak doktor tu.. Sepatutnya, kalau dah tengok suhu saya tinggi apa salahnya check tekanan darah. Ini tak check pun. Doktor bagi ubat antibiotik, ubat gastrik (sebab sy selalu angin bila demam). Kedian bagi ubat kumur dan ubat hisap sebab saya sakit tekak jugak. Lepas makan ubat rasa lega sikit dan habis berpeluh satu badan.. Tapi sendi & tekak ada sikit sakit laa... hopefully tak berpanjangan sakit ni...

Hujan semakin lebat diluar. saya masih belum boleh sambung tido. But im so frust sebenarnya sebab tak dapat nak servey pelamin dan mekap. Tujuan utama balik kampung kali ni nak servey semua.. tapi tak dapat ditunaikan sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Hopefully hari ni kesihatan bertambah baik. Dan saya ada buat satu appointment dengan butik pengantin malam ni. Butik tu kawan mama punyer. dari cerita mama, pelamin, pintu gerbang dan mekap CANTEKKKK sangat. So saya nak pergi tengok laa cantik sangat ke.. huhuhu.. 

Cuba tengok pic pelamin diatas. Nampak simple kan. saya berkenan. Tapi background belakang tu nampak macam kayu katil. Korang boleh imagine tak kayu katil yang mana satu? Alaa yg untuk letak tilam tu.. Errkkk.. korang pergi kat katil dan selak tilam. Pasti terjumpa kayu tu. Why not kalau kayu background pelamin tu cat kaler putih susu or cream kan.... Tapi decoration tu dah cantik, simple and sweet. Alangkah bestnyer kalau saya dapat realisasikan pelamin yang diinginkan.. hohoho

Okeylah stop here. Setengah jam juga saya menaip ni. Selamat Hari Raya Aidiladha dan jangan lupa pegi semayang raya.. ehee.. *tiba-tiba rasa lapar* kahkahkah.....

Thursday, October 20, 2011

Bilik Pengantin Yang Sweet

Heylow semua.. Apa khabar?? yeahh.. Saya nak update blog nih  :)  Saje saya tak update since Isnin sebab my last entry tu ada karangan untuk contest yang saya joint. So nak bagi penganjur contest senang baca dan kalau boleh kesiankan laa kat saya.. bagi laa saya menang.. hikhik.. kalau tak dapat hadiah pertama pun tak apa.. dapat hadiah kedua atau ketiga pun dah bersyukur.. ehee  :)

Owhh.. lupa nak bagi tau.. saya menang contest Spread Love Contest anjuran Fieza . Bukan menang jadi juara tapi dapat tempat ketiga. Okey lah kan.. dapat hadiah ' Bunga Stokin untuk Hand Bouquet'. Fieza suruh pemenang coll.. tapi saya belum coll pun dia lagi. Lepas update blog saya coll dia  :)

Sebenarnya saya nak cerita tentang gambar bilik pengantin kat bawah ni. Tengah meng'google' tetibe plak nampak pic ni kan.. Cantikkan interior design bilik pengantin ni. Nampak sweet ajee




Saya planning pun nak buat macam ni jugak lah. Tapi rasanya tak de masa kot nak cat dinding bilik. Sape lah yang nak tolong cat.. Abah mesti sibuk dengan kerja. Mama pulak asyik tak larat ajee.. huhu.. so biarkan aje dinding bilik warna putih. Cadar katil maybe warna grey cerah or biru laut or merah.. hahaha..

Yang penting saya suka hiasan frame gambar kat dinding kat kepala katil tu. Kat dinding kiri dan kanan katil pun nak letak frame jugak. Yeahh.. Frame border hitam ok jugak sebab dinding dah warna putih. Gambar-gambar boleh pilih dari kitorang punyer pre-wedding done by kitorang sendiri.. (faham tak maksudnyer? kalau tak faham baca entry foto-shoot kat Genting Highlands..hehe)

Tapiiii.. tak tau lah idea ni mampu terlaksana atau tak. Sebabnya my mama ni ada aje idea yang dia nak buat. takut nanti dia nak letak kelambu kat kepala katil tu macam zaman dolu-dolu.. haisshh..