Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Yakin Dengan Veet Dan Mix & Match

 Hai semua..
Nak tanyer.. uolls penah pakai Veet tak? Tau tak ape tu Veet?
Veet ® adalah krim jenama ubat menghilangkan rambut  nombor 1 di dunia dengan lebih 80 tahun  pengalaman membangunkan produk penyingkiran rambut. 

Ahaaa... Dulu I pun tak tau amende Veet ni.. Tapi sekarang dah tau.. ~hee~ I pernah cuba Veet ni. I guna untuk menghilangkan bulu kaki. Ehh.. bukannye bulu kaki I ni panjang macam jantan hokey..tapi sebab bulu kaki I ni nampak macam banyak sangat walaupun pendek aje.. So selepas I guna Veet.. wahhh rasa kagum sekali dengan hasilnya..lembut dan licin.. Tak de laa rasa macam segan nak tunjuk betis kan. Pastu I guna kat tangan sampai laaa ke ketiak. Hahaha.. hasilnya amat memberansangkankan. Husband I cakap.. "nasib baik ada Veet, kalau takde..tak tau laa jadi macam mana ketiak tu.." huhuhu

Ok cuba kita tengok video kat bawah ni untuk menambahkan infor tentang Veet..  :)



 

Ok.. sekarang nak tanya.. uolls penah mix & match tak baju-baju lama uolls? 
I nak tunjuk satu gaya mix & match yang I rasa uolls boleh try. ~ehehe~

Dalam gambar atas tu I pakai cardigen merah. Seluar slack grey dan tundung instant pink. Semua tu pakaian lama yang dah bertahun I beli. Bila I pakai macam ni nampak macam tak trendy langsung. Suram aje kan. I pun fikir, macam mana laa nak ubah style tu tapi masih nak gunakan cardigen jugak. I nak cepat time ni sebab nak kuar pegi beli barang dapur. Husband dah menunggu lama siap bebel-bebel lagi.. ~ehe~ I tengok banyak selendang tergantung dalam almari. Tetiba.....
JENG JENG JENG...  I dapat satu idea...


No 1: Pilih selendang empat segi sama. Lipat suku aje. Ni sebab selendang tu besar. Kalau selendang tu kecik tak payah lipat pun tak pe... 
No 2: bahangian lipat tu letak di bahagian dada dan bahu.
No 3: Hujung kiri dan kanan selendang yang paling dekat dengan bahu diikatkan. Make sure kiri dan kanan sama..
No 4: Dah ikat... make sure ikat kuat-kuat ye.. Kalau ikat tak kuat nanti tercabut pulak. ~heee~
 

No 5: Dah setel bahagian atas, kita tengok bahangian bawah pulak. Bahagian bucu selendang di pinggang juga mestila sama panjang jugak. 
No 6: Pinkan hujung bawah selendang tu. Kalau nak ikat pun tak pe. Tapi kalau nak lebih yakin pin guna keronsang kecik pun tak pe...
No 7: Pastu dah siap.. betulkan kain selendang di bahagian leher depan supaya nampak beralun.


Kemudian sarungkan cardigen. Nak lebih feminin, kena kan aksesori rantai. Taraaaa.. dah siap... Nak tengok I pakai tak..?  :)

|
|
|
|
|
|
\/


Ok tak? cantik tak? Nampak lebih kurus tak? ~ehehe~
Uolls boleh cuba skill ni dengan menggunakan selendang yang mempunyai corak yang lebih cantik dan warna warni. ~ehehe~
Selamat Mencuba