Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Kisah Baju Raya

 Assalamualaikum..

Walaupun Aidilfitri lambat lagi tapi I sudah decide tema warna baju raya tahun ini. Warna yang terpilih ialah emarald green..

Walaupun tahun ni turn kami suami isteri akan beraya di Melaka iaitu kampung sang suami, saya tetap akan melaram dengan baju raya baru jugak. hehe... adik ipar dan pak mertua pun akan pakai baju raya sama kategori juga iaitu emarald green. 

Emarald green ini ada yang cerah dan ada juga yang agak gelap sedikit.. Sang suami cakap warna ni lebih kurang sama dengan kain sekolah agama.. huhu.. yups thats right. Tapi I akan pilih warna yang agak cerah sikit supaya nampak lebih elegent. ~cewahh..~

 pic 1

pic 2

pic 3

I pilih warna dalam pic 1. Lagipun pic 1 nampak lebih segar dan ceria. I dah remind sang suami supaya tahun ni kita perlu buat persiapan awal. Tak kisah laa kalau kita start prepare dari sekarang supaya nanti takde laa kelam kabut kan macam tahun tahun sebelumnya. Lagi seminggu nak raya baru laa terhegeh-hegeh nak cari baju raya. So kalau boleh tahun ni I nak buat well preparation. 

Contohnya raya pertama I pakai baju warna emarald green so mr. sallehudin pun kena pakai emaralg green juga. Then..raya kedua nak pakai warna royal purple so mr. sallehudin pun kena pakai baju warna sama jugak. Baru lah dikatakan sehati sejiwa.. ~cewaahhh~ Selalunya raya kedua ketiga dan seterusnya mr. sallehudin lebih selesa pakai t-shirt aje. So I will make sure tahun ni beliau akan pakai sedondon dengan I..~hee~

I planning this year I nak tempah baju. Berbanding tahun sebelumnya I suka cari yang ready made. So sekarang I tengah pikir-pikir juga design macam mana yang sesuai dan tengah 'in' sekarang. Macam tahun lepas fenomena peplum tapi tahun ni tak tahu pulak fenomena apa.. hmm..

Kalau boleh I nak yang nampak simple tapi bergaya. ~wee~

 pic 4

pic 5

Pic 5 yang fesyen ditengah-tengah tu I rasa cantik  :)

Thursday, May 2, 2013

Mermaid Skirt

Hai..

Semalam I pakai mermaid skirt warna merah dengan kebaya hitam pergi majlis kenduri kahwin di Dewan MBSA Shah Alam.

Ini pertama kali pakai skirt design mermaid. Owhh gayanya memang sangat 'owesome' tambahan pula dikenakan bersama kebaya. 

Saya telah membeli mermaid skirt melalui oline threeacollection
So.. uolss boleh pergi ke butik online ni dan membuat pembelian  :)


Disebabkan rasa lebih berkeyakinan dan rasa lebih lansing.. hehe.. I berhajat nak menambah lagi koleksi mermaid skirt dengan pilihan warna yang pelbagai.. phewww..

Wednesday, October 31, 2012

Kurung Moden Grey

Salam hari Rabu...
Yeayyyy... after 7 months my kurung moden for akad nikah masih boleh disarungkan ke badan lagi tanpa ada sebarang keketatan..
Begitu juga Mr. Sallehudin punye baju melayu grey. Kitorang pakai baju ni semula pada pagi hari raya Aidiladha.


Taraaaa.. kurung moden grey yang dipakai semasa hari akad nikah saya.. Ada perbezeaan tak antara gambar diatas dan dibawah? ~heee~
 

Okey.. byeee..

Wednesday, October 24, 2012

Yakin Dengan Veet Dan Mix & Match

 Hai semua..
Nak tanyer.. uolls penah pakai Veet tak? Tau tak ape tu Veet?
Veet ® adalah krim jenama ubat menghilangkan rambut  nombor 1 di dunia dengan lebih 80 tahun  pengalaman membangunkan produk penyingkiran rambut. 

Ahaaa... Dulu I pun tak tau amende Veet ni.. Tapi sekarang dah tau.. ~hee~ I pernah cuba Veet ni. I guna untuk menghilangkan bulu kaki. Ehh.. bukannye bulu kaki I ni panjang macam jantan hokey..tapi sebab bulu kaki I ni nampak macam banyak sangat walaupun pendek aje.. So selepas I guna Veet.. wahhh rasa kagum sekali dengan hasilnya..lembut dan licin.. Tak de laa rasa macam segan nak tunjuk betis kan. Pastu I guna kat tangan sampai laaa ke ketiak. Hahaha.. hasilnya amat memberansangkankan. Husband I cakap.. "nasib baik ada Veet, kalau takde..tak tau laa jadi macam mana ketiak tu.." huhuhu

Ok cuba kita tengok video kat bawah ni untuk menambahkan infor tentang Veet..  :)



 

Ok.. sekarang nak tanya.. uolls penah mix & match tak baju-baju lama uolls? 
I nak tunjuk satu gaya mix & match yang I rasa uolls boleh try. ~ehehe~

Dalam gambar atas tu I pakai cardigen merah. Seluar slack grey dan tundung instant pink. Semua tu pakaian lama yang dah bertahun I beli. Bila I pakai macam ni nampak macam tak trendy langsung. Suram aje kan. I pun fikir, macam mana laa nak ubah style tu tapi masih nak gunakan cardigen jugak. I nak cepat time ni sebab nak kuar pegi beli barang dapur. Husband dah menunggu lama siap bebel-bebel lagi.. ~ehe~ I tengok banyak selendang tergantung dalam almari. Tetiba.....
JENG JENG JENG...  I dapat satu idea...


No 1: Pilih selendang empat segi sama. Lipat suku aje. Ni sebab selendang tu besar. Kalau selendang tu kecik tak payah lipat pun tak pe... 
No 2: bahangian lipat tu letak di bahagian dada dan bahu.
No 3: Hujung kiri dan kanan selendang yang paling dekat dengan bahu diikatkan. Make sure kiri dan kanan sama..
No 4: Dah ikat... make sure ikat kuat-kuat ye.. Kalau ikat tak kuat nanti tercabut pulak. ~heee~
 

No 5: Dah setel bahagian atas, kita tengok bahangian bawah pulak. Bahagian bucu selendang di pinggang juga mestila sama panjang jugak. 
No 6: Pinkan hujung bawah selendang tu. Kalau nak ikat pun tak pe. Tapi kalau nak lebih yakin pin guna keronsang kecik pun tak pe...
No 7: Pastu dah siap.. betulkan kain selendang di bahagian leher depan supaya nampak beralun.


Kemudian sarungkan cardigen. Nak lebih feminin, kena kan aksesori rantai. Taraaaa.. dah siap... Nak tengok I pakai tak..?  :)

|
|
|
|
|
|
\/


Ok tak? cantik tak? Nampak lebih kurus tak? ~ehehe~
Uolls boleh cuba skill ni dengan menggunakan selendang yang mempunyai corak yang lebih cantik dan warna warni. ~ehehe~
Selamat Mencuba

Sunday, August 12, 2012

Baju Raya

Hai semuaa...
ramadhan dah nak berakhir. Ada sesiapa yang tinggal pose? kalau orang perempuan tinggal pose, thats okey tapi kalau lelaki tinggal pose... tak kose makkkk nyahhh.. hahaha..

Ehh.. dah beli baju raya? kitorang dah beli. Warna tema I dan husband untuk tahun pertama raya bersama ni ialah merah. Actually bukan we all yang decide warna merah tu. Arwah ibu mertua yang decide nak pakai merah. yerr.. memang dah lama sejak arwah masih ada lagi. Walaupun sekarang arwah dah tak ada kitorang tetap ikut permintaan arwah untuk pakai warna merah lagipun hari raya pertama saya akan ikut suami balik kampung dia di Melaka. So, saya berusaha untuk cari baju warna merah jugak lah...

Fesyen baju raya tahun ni.. eheee.. mood mengada sebab nak cari dress. Tak nak pakai baju kurung sebab dah banyak sangat baju kurung dalam almari. So kita carik kelainan sikit untuk pakai dress. Lagipun dua tiga bulan lepas saya ada hantar kat tailor di bagan Serai beberapa pasang kain untuk wat baju kurung. Kain tu pun bukan saya beli..kebanyakkan mama yang bagi cuma ada selai yang kawan bagi.



I memang nak cari yang design kain plain dan ada sikit patch guna reben atau kain lace. Mula-mula macam nak tempah tapi dah kesuntukan masa. So, kena usaha cari yang ready made. 
 

Desing macam ni pun cantik jugak. Cuma I tak suka kat bahadian dada tu.
 

Sekarang ni ada jugak trend dress hoddie. First time I tengok Shila Rusly pakai dress hoddie masa dia jadi pengadil untuk rancangan maharaja lawak.. Cantikkk sangatttt... sukaaaa....  :)

Puas juga cari dress yang mengikut citarasa I. I nak dress tu yang tak terlalu ketat dan tak ikut bentuk badan. Kalau boleh nak yang kain jenis kembang payung. Tapi memandangkan I pun takde laa sangat nak wat servey kat semua butik muslimah. Satu hari, I dengan husband jejalan kat Giant Batu Caves. Dalam bangunan Giant memang banyak booth yang jual baju kurung. Mula-mula dah putus harapan sebab tak ada design baju yang I nak. Last sekali terjumpa juga akhirnya. Walaupun kain tu tak kembang payung tapi I tetap suka dengan design baju tu. I try sarung ke badan.. Halamakk cun.. ~kehkehkeh~

I malas dah nak carik yang lain. So harga pun boleh tahan laa.. terus beli aje baju tu. Kalau Uolls nak tengok cane.. tunggu raya laa I upload gambo yer.. ~hikhikhik~

Sang suami pun tak nak kalah jugak. Dia dah tengok I beli baju raya barulah dia sebok mencari baju melayu untuk dia. I suruh dia cari baju melayyu kat Giant aje sebabnya husband I ni bukannya jenis pakai baju melayu sangat. Lepas semayang raya aje terus tukar pakai seluar pendek. So wat pe nak beli mahal-mahal kan.. beli yang murah-murah aje sudah. Tapi kat Giant pulak tak ada saiz. Adik ipar I suruh pegi beli kat satu kedai butik depan balai polis Gombak. Nama kedai tu BAK.

Finally ada jugak saiz untuk baju melayu Mr. sallehudin. Nasib baik warna baju melayu tu sedondon dengan warna dress yang I beli kat Giant. Kitorang pun dah malas nak jejalan.. rembat ajelah baju melayu tu pada harga RM140. Dress I pun harga RM140 jugak. So, sama adil  :)

Kisah baju melayu dah setel. Sekarang kisah nak beli barang untuk hiasan rumah. ~huhuhu~

Tuesday, August 7, 2012

t-Shirt Sama

Yeaahhh..
gangster kampung Dusun dah sampai. Ganas tak t-shirt kitorang ni? ~hihihi~
Masa jalan-jalan kat bazar raya di Bagan Serai.. ada jumpa gerai yang jual t-shirt Cap Ayam.
I memang slow skit pasal jenama ni.. Tak tau apa-apa.. Tapi bila tengok design t-shirt ni memang cantik belaka. Mr. Sallehudin gemor nak beli t-shirt gangster kampung dusun nih. I pun saja belek t-shirt ni ada pulak saiz S. So I pun merengek-rengek nak juga t-shirt nih.. hihi.. itu belom I merengek nak baju raya dengan nak carpet raya lagi.. huhu.. akan dicerita pada next entry.. ~hee~
Harga t-shirt ni cuma RM19.90. Kualiti t-shirt pun not bad. Tak gatal badan bila pakai. Yang penting selesa..
Kalau tak silap I kedai utama cap ayam ni ada kat Pertama Complex. (kalau tak silap laa) ~huhu~


Huiss.. I promote lebih pulak pasal t-shirt nih. Founder t-shirt cap ayam kene bagi I baju free kalau camni..  :p
 

Actually kitorang ada beberapa helai lagi baju yang sama. 
Tarraaaa.. we Are Superman!!.. t-shirt ni Mr. sallehudin beli kat Johor, masa dia outstation dulu. We all pakai baju ni untuk shoot pre-wedding kat Genting Highlands  :)



Pastu kitorang ada selai lagi t-shirt gambar polo kaler hijau. T-shirrt ni I pakai sekali aje sebab lepas tu I rasa t-shirt ni dah ketat.. Yer laaa.. time tu tiba-tiba aje badan naik ala-ala mendadak gitu.. sangat ngeri hokeyyy..


Kesimpulannya, kitorang sekarang ni baru ada 3 pasang t-shirt yang sama. I nak cari lagi t-shirt yang kitorang boleh pakai sama atau cari t-shirt couple...  :)

Monday, March 26, 2012

Weds Review : Nikah Outfit

Yeahh..
Tema warna untuk majlis nikah saya berwarna grey dan magenta. Tapi rasanya macam tak ada pulak warna magenta tu dalam hiasan untuk majlis nikah. Tak kisahlah janji grey tetap ada seperti yang dirancang.

Saya memilih kain chiffon yang kurang lembut dan kurang nipis. Kain chiffon dan kain lining saya beli di Nagoya. Total harga untuk kain chiffon dan lining hanya RM52 saja. Tak sampai seratus pun. Manakala kain untuk buat baju melayu pula saya beli kat Kamdar. Harga satin lebih kurang RM11 semeter.

Seperti sedia maklum, saya memilih tailor di Kelang. Walaupun pada mulanya saya agak marah dengan tailor tu sebabnya menghasilkan baju yang kurang sempurna dan tak sedap mata memandang. Tak sama dengan design dalam majalah yang saya tunjuk pada dia. Balik rumah memang terus nangis. Tu belum lagi design baju untuk sanding... ~huhuhu~...

Selepas beberapa hari menangis mengenangkan nasib baju nikah dan baju sanding kami, saya mendapat tahu bahawa tailor tersebut menghantar baju saya kepada pekerja dia yang masih belum cekap dalam pembikinan baju pengantin. Sebab tu hasil baju saya amat kurang memuaskan. Tapi mujur tailor tu telah membuat ubahsuaian baju dan mengikut design yang saya mahukan. Dan nasib baik baju melayu sulam untuk nikah dibuat dengan perfect sekali.


Veil untuk majlis nikah saya disponser oleh Non-Cinderella. Sebabnya saya pernah menang contest yang dianjurkan oleh beliau.. Veil yang beliau buat memang perfect. Saya tak perlu nak tambah beading pun sebab memang dah cukup complete. Warna veil dan baju pun memang sepadan. Sebelum veil tu dihasilkan, saya pergi berjumpa Pn. Lijah dan memberi cebisan kain pada beliau supaya senang dia nak memilih chiffon untuk dibuat veil. Bila veil dah siap kami tak sempat berjumpa dan Pn. Lijah pos laju veil tu. Maklumlaa time tu Pn. Lijah nak gi honeymoon..  :) Ekcelli kat depan veil tu saya ada pin kan satu keronsang supaya nampak laa sikit-sikit ala-ala arab gitu... Untuk tudung pula saya cuma memakai inner warna grey yang saya beli kat uptown Shah Alam. Mulanya saya nak pakai selendang yang Pn. Lijah sediakan. Selendang tu simple aje, juz jahit tepi. Tapi tiba-tiba selendang tu missplace. Tak tau letak kat mana. Then, saya pun belilaa inner grey tu pada harga RM10. Rupa-rupanya selendang tu saya dah hantar balik kampung awal-awal lagi.. huhu.. saya terlupa yang saya dah simpan selendang tu dalam almari kat kampung.. hihihi...


Dan.. taraa.. itu super hero saya melangkah tegap masuk ke dalam surau untuk upacara akad nikah. Baju melayu tu dijahit sulam pada leher. Sampin pula kepunyaan Mr. Sallehudin sendiri. Tak pergi beli pun sebab cari dalam almari kat rumah dia jugak. Sampin tu nampak okey aje so sarung kan ajee.. dah jimat disitu  :)  Songkok pula adalah pemberian hantaran sewaktu bertunang dulu. Ada satu keronsang besar yang dilekatkan pada songkok. Keronsang tu dibeli oleh ibu mertua saya...


Nantikan review untuk baju sanding kami yer.. 
adios...

Thursday, September 1, 2011

Baju Raya Saya Dan Dia

Raya ke tiga baru sempat nak ber'blogging'..
Ini cerita tentang baju raya saya  :)  Kain untuk buat baju raya adalah dari hantaran pertunangan hari tu. Nak tempah kat tailor dah tentu tukang jahit dah tak nak amik tempahan kan.. So my future MIL yang tolong jahitkan baju kurung raya saya. Ada dua pasang kain. kedian ada sepasang lagi kain tu dari tahun lepas simpan tak penah jahit lagi. So bagi sekali suruh future MIL jahitkan.
But, future MIL sempat jahitkan dua pasang baju kurung moden aje.. yang sepasang lagi dah siap tapi die cakap nak alter sikit sebab die jahit kecik sikit. Dia takut saya tak muat nak pakai.

Baju kurung moden dari kain Shifon two tone. Baju ni pakai masa 1 Syawal. Sebab nak ikut theme Mr. Sallehudin pakai baju melayu kaler biru jugak.
Tudung my mom punye. Dia tak nak pakai tudung tu so my mom bagi kat saya. Ok laa kan.. Nasib baik 'matching' jugak. Kat lengan baju tu saya jahit bunga timbul skit, so tak lah nampak kosong sangat baju tu..

Baju kedua dipakai pada 2 Syawal yang dijahit oleh future MIL. Baju ni pun saya jahit bunga timbul kat bahagian kanan depan baju. Tudung pula saya guna tudung semasa bertunang dulu. Recycle laa..

Baju ketiga dipakai masa 3 Syawal. Actually ni baju raya tahun lepas. Dah tak de baju kurung yang lain so pakai aje lah baju ni. Tudung pula dari koleksi my mom. Pinjam die punye tudung.. hikhik.. Harap-harap baju raya saya yang ketiga dibawa oleh Mr. Sallehudin masa kunjungan beliau ke rumah saya raya kelima nanti.. huhu... Nak pakai pegi kenduri..

Ini baju melayu tunang saya  :)  Mr. Sallehudin. Baju tu tempah kat sorang pakcik yang tinggal kat Padang Balang pada Ramadhan pertama. Price is RM70.  Dua hari sebelum raya baju dah siap dan pergi laa amik kat pakcik tu. Tapi baju adalah sangat besar... Mungkin ke Mr. sallehudin mengalami penyusutan badan yang melampau atau pakcik tukang jahit tu salah potong kain?? ~huuuu~

Ini tunang saya yang cute dan comel macam saya.. hahahaha... pakai songkok macam pakai tarbus.. Lepas semayang raya die dah tukar pakai t-shirt. Haiyooo...

Wednesday, June 22, 2011

Fitting Baju Tunang

Salam everyone.. 
makin dekat rasanya hari nak bertunang ni rasa makin nervous pulak.. huhu..
Ahad lepas, saya pergi Jalan TAR cari tudung yg 'match' dengan baju pink yang saya nak pakai masa hari tunang nanti.. (FYI, saya akan sewakan baju tu lepas majlis tunang saya ok..)
Dah dapat tudung..  :) tapi saya tak beli yang mahal sangat pun. Tudung instant yang seploh hinggit sudah. Tak yah beli yang bermanik bagai.. sebab pasni bole pakai tudung tu.. Kalau beli yang manik, nnt nak pakai pegi mana tudung tu.. Dah jadi satu kerugian disitu.. huhu..

Malam tadi saya try pakai baju tunang tu sekali dengan tudung & aksesori.. hikhik.. baju rasa macam ketat sikit. Alamakk badan naik ke? So, juz nice.. and I decide tak nak pakai veil lah. Sebab bila saya try pakai veil semalam dah rasa macam nak jadi majlis akad nikah pulak. So.. saya juz nak pakai tudung aje tapi atas kepala tu akan dihiasi dengan cekak rama-rama yang penah saya beli dua tahun dulu.. Lantaklah klau orang kata mende tu old fashion ape ape pun. yang penting saya dah tak nak kuar duit beli selendang or watsever..Saya pakai aje ape yang ade..

Kasut pulak.. hmmm.. saya akan standby satu kasut. Kasut tu pun saya beli masa raya tahun lepas tapi pakainye baru beberapa kali aje sebab tali kasut tu putus. So, saya nak bawak kasut tu ke tukang repair kasut soh orang tu gam.. hikhik.. alaa nk pakai untuk amik gambo aje kot..konon-konon outdoor fotoshoot laa... Kasut tu memang 'match' dengan baju tunang tu nanti...

Itu aje cerita pasal costume untuk tunang.. huhu.. Takde pulak gambo yang saya amik masa try fitting baju tunang.. 

Sunday, June 19, 2011

Tudung Style

Ptg ni nak pergi Jalan TAR nak pergi cari tudung untuk 'match' kan dengan baju tunang nanti. Hmm.. tak tau tudung yang macam mana nak pakai nanti.
Pic 1
Saya berkenan betul dengan style tudung yang macam pic 1 tu. Nampak cantik sangat dan macam ala-ala wanita arab aje nampak. Tapi rasanya sesuai tak dengan muka saya yang bulat nih pastu pakai tudung style macam tu?

Pic 2
Or maybe pakai style tudung yang macam pic 2. Nampak simple dan sweet aje. Sesuai jugak dengan tema baju saya nanti pun warna pink. Tapi saya pakai baju kain lace. Kalau patern baju style baju kurung moden dan kain shiffon I think sesuai kot guna tudung style ni..

Pic 3
Style pic no 3 pun nampak simple dan sweet jugak. Tapi saya nak kene carik pulak tudung alas atas yang macam ala-ala Siti Nurhaliza tu. Huhu..

Dalam simpanan saya dah ada veil & hiasan kepala bentuk kerawang. So saya tak mau nak membazir. Saya nak cari tudung yang sesuai dipakai dengan veil & hiasan kepala tu...