Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Wedding Tips. Show all posts
Showing posts with label Wedding Tips. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Top 10 Wedding Colors For 2014

Hai..

Lamanya I tak blogging about wedding  :)  yess I miss zaman my wedding preparation last two years ;p

ok.. kat sini I highlight beberapa warna tema yang dijangka hot untuk tahun 2014. 


Grayed Jade

Radiant Orchid

Celosia Orange

Pink Blush

Green Mint

Dusty Blue

Pale Yellow

Woww..semua warna nampak cantik dan fresh. So.. bride to be 2014 selamat memilih warna tema pilihan anda..

xoxo


Wednesday, April 10, 2013

Infor Cawan Vintage

Salam semua.. dan apa khabar?

Hari nie I nak buat entry khas untuk B2B.. 
I banyak sangat menerima email bertanyakan kedai di Nilai 3 yang I beli cawan vintage murah dulu. Ini link yang pernah I story dalam blog ni dulu ---> cawan vintage

Ok disini I bagi address penuh kedai tu.. ~hehe~ (kedai tu kene bagi komisen kat I ni sebab promote baik punya)

Reka Deko Sdn Bhd
No 84, Jalan Nilai 3/3,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: 06-7998645
Email: rekadeko@yahoo.com

Banyak soalan yang ditanya pada I dari B2B yang berminat nak beli cawan vintage tu.. Antara soalan femes ialah berapa besar dan saiz cawan? Ok.. FYI, cawan tu tak besar sangat pun. Lebih kurang 4cm tinggi cawan vintage mini. Kiranya sesuai laa untuk dijadikan doorgift kepada tetamu kan...

Tapi kalau uolls pergi kedai tu dan mendapati harga cawan vintage tu bukan 50sen sebijik, jangan marah I pulak ye sebabnya masa I pergi memborong dulu, tokey kedai tu cakap I orang yang terakhir dapat harga 50sen. Lepas ni mungkin harga akan dinaikkan. Maybe dalam 70sen or 80sen. Tapi masih dalam kategori murah kan. I tengok kedai kat KL jual pun paling murah RM1 sebijik. 


Contoh cawan mini vintage seperti dalam gambar tu.. Sebenarnya ada beberapa design bunga pada cawan vintage tu. Ada kaler biru dan kuning.. comel semuanya...

Harap segala pertanyaan anda semua terjawab. Lepas ni boleh lah pergi serbu kedai kat Nilai 3 tu.. hihi..

Adios dan selamat memborong  :)


Thursday, January 10, 2013

Wedding Idea : Polkadot Theme

Hai..

Ada yang masih mencari theme warna untuk wedding uolls?  Kekadang tu ada yang dah ada warna tema. Tapi macam terfikir pulak macam mana nak jadikan gabungan warna lebih cantik dan sempurna.

Salah satu pattern yang menarik perhatian sekarang ialah polkadot. Apa salahnya jika kita mencuba menghasilkan suatu hiasan yang polkadot dari warna tema yang dipilih  :)

Gabungan pink putih memang nampak sweet dan manis sekali. Hiasan reben polkadot boleh diletakkan pada hantaran agar nampak lebih ceria.


Gabungan hitam kuning juga sangat memukau. Hiasan pokadot boleh dihasilkan pada hiasan doorgift tetamu. Atau boleh juga keluarkan sedikit duit dan sponser pakaian bercorak polkadot untuk pengapit anda..
 

Corak polkadot juga boleh dihasilkan pada kek perkahwinan. Sudah tentu kek itu menjadi perhatian tetamu yang datang nanti. Sudah tentu anda banggakan..  :)
 

Untuk nampak lebih ekstrim lagi.. alas meja tetamu dibawah khemah atau didalam dewan boleh digantikan dari corak kosong kepada corak pokadot. Dah tentu suasana majlis perkahwinan uolls bertambah ceria  :)
 

Hiasan di meja makan pengantin juga boleh dihiaskan dengan corak polkadot.JIka uolls tak mahu letakkan alas meja pengantin bercorak polkadot its ok.. Letakkan pinggan mangkuk yang digunakan di meja makan pengantin bercorak polkadot. Dah tentu lain dari yang lain bukan. 


Owhh.. alangkah bagusnya kalau majlis perkahwinan saya dibuat sekali lagi :) dengan hiasan dan warna pilihan yang lebih menarik.. lalallalalaa...


Wednesday, January 2, 2013

Wedding Color Scheme Yang Dijangka HOT Pada 2013

Salam..

Hi.. Alhamdulilah. Dah berakhir title I sebagai bride to be 2012. Hehe.. sekarang I dah bergelar ex-bride dan tak tau lah bila akan dapat title mom to be.. huu.. doakan lah ye...

So.. selamat datang bride to be 2013. Mesti uolls tengah pening buat persiapankan.. Jangan pening dan risau. U must enjoy dan happy. Bukan selalu nak bz kan diri dengan all this preparation.. kan..  :)

I ada wat research sikit wedding color combination yang mungkin bakal hot untuk tahun 2013. Sesape yang tengah pening nak pilih warna tema.. I think.. this is can help you.. Insyallah......







Maybe uolls boleh juga 'combine' kan color seperti pink & merah, black & white, orange & pink, brown & pink, brown & light pink, black & pink, black & gold, black & red, green & pink dan sebagainya.. Yang penting perlu pandai berimaginasi. If kalau I diberi peluang sebagai b2b lagi, pasti I akan memilih dua kombinasi warna yang contra seperti red & green atau royal purple & yellow supaya nampak lebih ceria dan berani  :)

sumber: google

Monday, October 15, 2012

Gambar Kahwin Ohh Gambar Kahwin

Salam Isnin.. apa khabar?
Tetibe nak wat entry mood bengang hari Isnin. ~haisshh~ 
Bukannye pe.. esok genap usia perkahwinan I dan hubby tujuh bulan. Klau mengandung pun orang cakap dah nak beranak. 

Ape yang I hangin sangat sekarang ni.. korang percaya tak my wedding album sampai sekarang langsung tak nampak bayang. I tak dapat lagi gambar kawen I hokey. Wedding bulan march hari tu.. Ni dah nak bertemu bulan March tahun depan. I malas nak pot pet pot pet depan hubby pasal gambo kawen. Sebabnya cameraman tu husband kepada kawan dia. Bila I ngomel pasal gambar kawen tetibe hubby nak moody dengan I pulak. Iyer laa.. I rasa memang patut pun I pot pet pot pet sebabnya ni dah tujuh bulan hokeyy... bukannya tujuh hari atau tujuh minggu!!

Dua minggu lepas hubby ada email kat cameraman bertanyakan pasal gambar tu dan mintak tolong dengan dia supaya siapkan kalau boleh sebelum cuti raya haji. And he promise yang dia akan siapkan semua album tu. Korang tau tak apa alasan yang dia bagi?? Dia punya designer dah lari dengan duit die.. Sekarang dia tengah cari designer lain. Hokeyyy I memang simpati dengan keadaan dia. Tapi I sebagai seorang CUSTOMER dia dan bukan KAWAN dia dalam kes ni.. ada akuu kesahhh???

Sepatutnyerr ko nak jaga hati customer kena laa cepat-cepat cari designer lain atau fikirkan alternatif lain. Kalau nak tau I dan hubby dah buat bayaran penuh kat dia tau. Kalau dia tak dapat cari designer lain boleh bincang dengan kitorang pasal masalah dia.. dengan cara tak perlu siapkan album tu, juz bagi CD untuk semua gambo yang dia dah snap dan pulangkan semula duit kitorang. I can tolerate maaa.. Tak payah laa pulangkan semua duit tu.. RM1750 kot... Ko pulangkan RM1000 or RM1200 pun dah tak pe.. balance tu amik laa kat ko sebagai upah penat lelah ko snap gambo sana sini... Duit yang ko refund tu boleh laa I gunakan untuk pergi kedai gambo lain suh tokey kedai gambar siapkan story album. ok kan camtu?? Ini dia buat diam ajee.. Dulu I send email kat dia.. tapi dia tak reply pun my email. 

I dah takde mood pasal gambo kawin ni.. I tak boleh nak tengok moment I saat-saat I jadi pengantin. Cuma harapkan gambo dari camera yang di'snap' oleh adik I yang tak berapa banyak tu jer.. I nak letak gambo kawen kat frame pun tergendala sebab mana ada gambo yang nak diletakkan. Frame banyak ni masa hadiah kawen dulu.. Tujuh bulan ok I tunggu tapi hampess!! Dulu I cadang nak tolong dia rekemen kat sesape my fren yang cari wedding fotographer tapi memandangkan dah macam ni jadinya.. jangan harap haku nak rekemen kooo!! [mood bengang]

Sekarang ni.. I nak tunggu jer sampai bila album kawen kitorang tu nak siap. Nak tunggu I beranak pinak kot baru siap. Kekadang kenkawan or sedara mara tanya.. "mana gambo kawen, teringin nak tengok" hokeyy.. so I nak jawab cane? "gambo kawen tak siap lagi..." pastu diorang jawab... "laa tak siap lagi ke? bile nak siap? tak kan dah ada anak dua baru nak siap?" hokeyyy sakit hati tak dengar??? Rasa macam nak lempang orang yang bercakap tu kan.. dan juga nak lempang fotographer tu kan..??

I dah terlalu bosan nak menunggu. Ikut hati rasa macam nak pergi amik gambo kat fotographer lain. Baju kawen yang pakai ari tu memang ada lagi sebab I tempah.. tinggal lagi muat or tak jer.. maklumlaa tumbesaran berlaku disana sini. Ada sesape ke fotographer yang sudi offer murah-murah? ~huuu~ Walaupun boleh shoot guna fotographer lain dengan memakai baju yang sama.. tapi moment berharga 17 March 2012 tetap tak sama. Kann..  :(  ~huuaaa.. bengang dan sedih..

So.. klau korang nak cari fotographer untuk wedding. Berhati-hati lah yer.. Ini ada beberapa tips dari pandangan I sendiri untuk memilih fotographer idaman...

Surver seberapa banyak fotographer
Tak kisah laa baper banyak pun kan.. Lagi banyak lagi bagus. Walaupun penat dan pening nak servey tapi sekurang-kurangnya kita puas hati dengan pilihan kita. Dulu I memang servey fotographer. I rajin pergi pameran pengantin sebab nak servey laa.. at last hubby cakap kawan dia ada fotographer. soo.....

Tengok kualiti gambar yang dihasilkan
Tengok cara-cara dan hasil penangkapan beliau. Adakah hasil gambar yang diambil menepati ciri-ciri yang dikehendaki? Macam I.. I lebih suka gambar yang dihasilkan secara spontan. Tak terlalu streotype. Dan pic yang dihasilkan adalah pic yang memberi moment yang terindah sekali. Contohnya seperti moment ketika bersiap untuk mekap atau bersiap memakai baju pengantin. Sebabnya bukan selalu kita nak bersiap-siap vogue gitu kan?


Ataupun moment menyeluruh di lokasi akad nikah. Dan juga wajah-wajah ceria yang meraikan hari bahagia kita. Tapi untuk fotographer I hari tu.. gambar I bersiap mekap langsung dia tak snap. Dia tak ikut I pun pergi butik andaman tu.. (sebab I bersiap kat butik pengantin, bukan kat rumah)
 

Tengok pakej yang ditawarkan
Tengok apa yang fotographer tawarkan dalam pakej mereka. Adakah berbaloi dengan harga dan item yang disediakan? For me, jangan kedekut nak membayar lebih kepada fotographer sebabnya gambar kahwin ni sangat penting untuk dikenang sehingga mati. Ambil tahu juga berapa lama fotographer ni akan berada di majlis kita. Kekadang tu ada yang sanggup tunggu sampai habis majlis, ada jugak yang peruntukan masa selama lima jam aje.. 

Berbincang dengan fotographer konsep yang kita inginkan
Ini juga amat penting. Bagi tahu apa konsep dan cara yang kita ingini. Kalau I lebih suka gambo yang di'snap' secara spontan dan ada unsur-unsur vintage skit. Pastu nak ada gambo muka tetamu yang hadir. Dan yang paling penting sekali mesti ada gambo suasana atau susun atur di bawah khemah / dewan. Maklumlaa.. B2B sekarang suka DIY kan.. so gambo untuk DIY things tu juga penting disimpan sebagai kenangan. betul tak? 

 

Buat perjanjian bertulis dengan fotographer
Selepas selesai memilih yang mana satu fotographer idaman hati, kalau boleh kita buat perjanji bertulis dengan diorang. Lantak laa... kalau diorang nak kata kita berkira ke hapee kee.. yang penting tak kena tipu. Kalau buat perjanjian mati setem pun lagi bagus. hahaha.. Dalam perjanjian tu nyatakan berapa jumlah wang pendahuluan yang perlu dibayar, bayaran kedua bila.. bayaran ketiga bila... jangan lupa bold kan tarikh pernikahan dan majlis resepsi kita. Manalaa tau kot diorang ni terlupa. Maklum laa job banyak kot.. Dalam term & condition tu perlu nyatakan berapa lama masa diperuntukkan untuk menyiapkan semua album kahwin tu.. sebulan? dua bulan? tiga bulan? setahun??? 

Pastikan fotographer yang dipilih friendly dan kreatif
Make sure fotographer ni friendly. Kalau tak friendly cane pengantin nak posing dalam keadaan selesa dan happy kan? Make sure juga mereka mempunyai idea yang fresh. Skill amik gambo secara melompat tu dah lapuk.. for me laaa..  Cuba ambil gambo secara baring ditepi pantai. Kedian fotographer snap gambo dari atas.. ~hahaha~ konfirm mak andam hangin sebab abih kotor baju dia.



Okey.. rasanyaa itu aje kot tips yang I boleh share. Tips ni semua dari pendapat I sendiri tak tiru dari mana-mana ye. Kalau sama tu mungkin satu kebetulan aje...

Ingat lagi sekali, jangan pandang remeh pemilihan fotographer ye.. kalau ambil mudah jer.. akhirnya dah tentu jadi macam I.. ~huhu~ seriessss!! I tak tau ape gambo yang my fotographer tu amik masa majlis kawen I dulu...Nak tengok pun macam malas dah... I nak refund jer sekarang nii...!!