Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Tema Warna. Show all posts
Showing posts with label Tema Warna. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Top 10 Wedding Colors For 2014

Hai..

Lamanya I tak blogging about wedding  :)  yess I miss zaman my wedding preparation last two years ;p

ok.. kat sini I highlight beberapa warna tema yang dijangka hot untuk tahun 2014. 


Grayed Jade

Radiant Orchid

Celosia Orange

Pink Blush

Green Mint

Dusty Blue

Pale Yellow

Woww..semua warna nampak cantik dan fresh. So.. bride to be 2014 selamat memilih warna tema pilihan anda..

xoxo


Thursday, January 10, 2013

Wedding Idea : Polkadot Theme

Hai..

Ada yang masih mencari theme warna untuk wedding uolls?  Kekadang tu ada yang dah ada warna tema. Tapi macam terfikir pulak macam mana nak jadikan gabungan warna lebih cantik dan sempurna.

Salah satu pattern yang menarik perhatian sekarang ialah polkadot. Apa salahnya jika kita mencuba menghasilkan suatu hiasan yang polkadot dari warna tema yang dipilih  :)

Gabungan pink putih memang nampak sweet dan manis sekali. Hiasan reben polkadot boleh diletakkan pada hantaran agar nampak lebih ceria.


Gabungan hitam kuning juga sangat memukau. Hiasan pokadot boleh dihasilkan pada hiasan doorgift tetamu. Atau boleh juga keluarkan sedikit duit dan sponser pakaian bercorak polkadot untuk pengapit anda..
 

Corak polkadot juga boleh dihasilkan pada kek perkahwinan. Sudah tentu kek itu menjadi perhatian tetamu yang datang nanti. Sudah tentu anda banggakan..  :)
 

Untuk nampak lebih ekstrim lagi.. alas meja tetamu dibawah khemah atau didalam dewan boleh digantikan dari corak kosong kepada corak pokadot. Dah tentu suasana majlis perkahwinan uolls bertambah ceria  :)
 

Hiasan di meja makan pengantin juga boleh dihiaskan dengan corak polkadot.JIka uolls tak mahu letakkan alas meja pengantin bercorak polkadot its ok.. Letakkan pinggan mangkuk yang digunakan di meja makan pengantin bercorak polkadot. Dah tentu lain dari yang lain bukan. 


Owhh.. alangkah bagusnya kalau majlis perkahwinan saya dibuat sekali lagi :) dengan hiasan dan warna pilihan yang lebih menarik.. lalallalalaa...


Monday, October 10, 2011

Masalah Warna Tema Lagi

Hye B2B and all blog readers. Happy Monday blues again and again...

Apa khabar semua. How's your weekend? Hope everything ok kan..  :) 
Kepada B2B pula.. macam mana wedding progress korang. Harap berjalan lancar lah yer.. Ada sesape sempat pergi Pameran Pengantin kat Jusco AU2? Saya tak sempat nak pergi ke pameran tu sebab saya dan keluarga serta Mr. Salleh sendiri telah melalui hujung minggu kami di Bandar Jengka. And Mr. Salleh cakap kita akan pergi tengok Pameran Pengantin kat Shah Alam Convention Center hujung bulan ni. Okey Dear.. I keep your word.. hehehe...

Hari Sabtu lepas sebelum saya bertolak ke Jengka, saya singgah sekejap kat rumah bakal MIL. Borak sekejap dan we make appointment nak pergi sama-sama tengok barang kahwin kat Shah Alam, 26/10 ni. Kata ibu kat Shah Alam ada satu kedai jual barang dan peralatan nak kahwin dengan harga murah. Ok.. nanti kita pergi yer..

Sebenarnya.. ini bukan tajuk utama entry blog saya hari ni.. Tajuk utama yang saya nak cerita ialah masalah memilih kaler tema.. AGAIN & AGAIN!!  Mula-mula saya dengan Mr. Salleh dah sepakat nak pakai baju untuk akad nikah kaler grey. Dan baju sanding lavender purple. Dan pula tema untuk majlis resepsi saya tu royal purple & grey. But.. ibu informed me that, Aisyah.. my bakal biras a.k.a bakal kakak ipar pun akan menggunakan tema purple juga untuk majlis kenduri dia nanti. OWHH NOOO!!. Meaning warna tema kenduri resepsi saya dan dia adalah sama. Tak sangka pula dia pun nak pilih warna purple sebab masa majlis bertunang die hari tu pun dah pilih warna purple. So barulah saya tau dia ni memang drastik dengan kaler purple. So.. I think I should have to change my theme color again. Sebab saya tak nak sama warna dengan dia. Nanti jemu pula rombongan lelaki tengok warna purple. Dah laa majlis dirumah Aisyah pada 10.03 dan saya pula 24.03.. berselang dua minggu aje...

Nasib baik laa preparation tak buat lagi. Tak ada barang yang dibeli lagi. Baju pun belum tempah lagi. So.. ada peluang untuk tukar theme color lagiiiii!! Yess.. memang betul cakap Mr. Salleh.. selagi belum sampai tarikh kahwin selagi itulah saya tak tetap pendirian nak tukar kaler tema.. hihi.. "Betul laa U cakap Dear....."

Semalam ada diskuss dengan Mr. Salleh kaler apa yang nak guna untuk resepsi ni? So saya back to warna yang saya pilih mula-mula dulu... BLUE. Tapi dulu saya nak Azure Blue. Tapi kali ni saya tengok macam cantik pulak Tiffani Blue  :)

Cantik tak combination Tiffani Blue + Yellow + White. Sesuai tak dengan konsep Vitage saya nanti? Plss.. peninggg!!

Ataupun combinasi Tiffani blue + red?
Cantik jugakkan dua kombinasi blue & red ni. Lebih terang dan ceria


Pleaseee.. bila laa nak finalized pasal wedding color ni.. hohoho... Any idea tak?

Saturday, September 3, 2011

Theme & Concept

Yeahhh..
Setelah berhempas pulas memikirkan tema warna apakan yang patut digunakan semasa majlis kahwin saya nanti... Akhirnya keputusan telah diambil...

MAJLIS NIKAH
Tema warna : Megenta + biru azure
Konsep : Arabian

MAJLIS RESEPSI
Tema warna : Royal Purple + Grey Silver
Konsep : Vintage Malay + English

MAJLIS BERTANDANG
Tema warna : Green + Brown
Konsep : TBC [he said Japanese-Yakuza]

Harap-harap takde perubahan tema warna lepas ni. So lepas raya ni boleh start buat preparation sikit-sikit dan boleh beli barang dan buat servey. Saya seorang budget bridezilla tapi berangan nak majlis yang cantik, comel dan kiut  :)

Perancangan DIY
Kad Jemputan
Pelamin Nikah (simple)
Candy Dessert
Goodie Bag & Paper Box
Dulang Hantaran
Guest Book Table
Khemah Decoration
Photobooth (Perlukah??)
Cake & Cupcakes
Centerpiece

Banyaknyerrrr.. siap ke nak buat semua ni??

Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan VS Wedding Theme Color

Menu 11 Ramadhan

Mee Goreng
Cucur Udang
Orange Juice

Thats my menu for today. Buat sendiri mee goreng & cucur udang. Malas nak berbuka makan nasi. Lagipun Mr. Sallehudin mengidam nak makan cucur udang. Dia blom tau lagi skill cucur udang saya.. sekali makan.. hahh licin pinggan..  :)  Hmm ingat esok nak buat cucur udang lagi laa.. so petang esok kenalah beli udang agaknya lagi..

Actually pic untuk menu hari ini memang ada snap.. tapi saya adalah sangat malas untuk meng'transfer' pic dari camera to laptop. Lagi pun korang tau kan caner rupa mee goreng & cucur udang kan..? hikhik.. dah beberapa hari saya masak untuk menu berbuka puasa. Esok ingat malas nak masak.. nak beli aje kat pasar ramadhan sebabnya esok dah nak start buat biskut raya yang customer order...

*********************************************************************

Talking about wedding theme color.. rasanya saya dah ada pilihan pallete color yang berkenan.. 
TARAAAA!!

Black, Purple, Lavender, Silver Grey, White 

Setelah berhempas pulas membuat rujukan dan kajian rasanya inilah warna pilihan saya untuk majlis bersanding nanti. Harap-harap tak ada perubahan laa selepas ni ye.. Agak-agaknya sesuai tak warna ni dengan konsep Vintage yang nak saya ketengahkan nanti..? hihi..  :)

 Biru, Magenta

Yeahh.. ini pulak warna tema yang akan digunakan untuk majlis akad nikah. Harap-harap sesuai dengan konsep Arabian yang saya nak gunakan nanti.. Saya pilih warna nie sebab kain yang saya nak gunakan untuk DIY hiasan hantaran adalah warna magenta. Kenapa saya pilih magenta? Tak ada sebab yang detail pun cuma saya dah ada bermeter-meter kain warna magenta ni kat rumah kampung. Daripada pembaziran berlaku lebih baik saya gunakan kain tu.. So sudah jimat disitu. Lagipun setelah research dibuat, warna magenta ni agak sesuai juga untuk konsep Arabian...

 Hijau, Coklat, putih

Ini pulak pulihan warna untuk majlis bertandang. Pilihan dari ibu dan adik-adik ipar.. okey.. yang ni saya tak nak komen pape. lagipun apa konsep yang diorang nak buat saya tak sure. Tapi Mr. Sallehudin cakap dia nak buat konsep Yakuza!!

 So untuk konsep Vitage tu nanti.. saya nak cari typewritter lama, papan hijau, beg pakaian lama, telefon lama dan ape-ape aje lah yang boleh diketogorikan lama.. ~huhu~

Memandangkan nak menyerlahkan konsep Vintage tu.. ok tak kalau backdrop pelamin nak buat macam ni? Cuma yang frame tu kite boleh tukarkan dengan somthing yang lain...  

So my dear Sallehudin, U dont mind kan backdrop pelamin kita nanti macam ni? So jom laa kita sama-sama kumpul dan cari brg2 vintage dari sekarang. Cuma yang menjadi masalah dan mungkin mendapat tentangan adalah dari Mama aje nanti nih.. ~huhu~

Tuesday, July 19, 2011

Beberapa Cerita

Salam & Hye b2b semua.. Yang bukan b2b pun hye jugak..  :)

Amat peningkan bile memikirkan tema color untuk majlis kahwin. Dulu saya berangan nak guna color tiffany blue for my reception. Tapi bile telek-telek..biru ni selalu jugak orang guna. Sanak cari combination color yang fresh dan jarang orang guna. So sekarang amatlah pening nak fikir color ape yang terbaik.

Ahad lepas, ibu mertuaku (hikhik) ada bitau yang dia nak guna warna hijau pucuk pisang + brown + cream untuk tema majlis kenduri bertandang nanti. Dia cakap kalau confirm, dia dah nak wat preparation dan beli barang-barang hujung tahun nie. Okey2.. chayokk ibu mertuaku.
 Yang macam ni ke warna hijau pucuk pisang?? maklum laa saya ni buta warna skit. Agak confius hijau pucuk pisang tu cane..??? 

Owh.. saya ada search juga kat web nie..http://www.mypersonalartist.com/weddingcolors2.html  tentang 2011 - 2012 wedding color trend. Harap boleh membantu..  :)
Untuk pengetahuan semua, insyaallah kalau tiada apa-apa aral, untuk majlis bertandang nanti me & Mr. Sallehudin akan naik pelamin sama-sama dengan abg die.. kiranye ada dua couple laa kan..  :) tak kisah laa tu..

Hmmm.. citer lain pulak.. 
dulu saya ada satu personal blog mayonnaise-stories.blogspot. Tapi atas permintaan Mr. Sallehudin, blog tu telah dibubarkan. Sebabnya dalam blog tu mmg banyak cerite-cerite panas kisah dahulu kala.. Mr. Sallehudin cakap yang dulu punyer cerita biarkan berlalu sekarang kita buka diari baru. Memang sayang tau nak bubarkan blog tu tapi menghormati permintaan beliau saya dengan sedih hati menutup sudaa blog tu. Sekarang saya maintain dengan satu blog aje.. http://mrandmrssallehudin.blogspot.com

Ahad lepas, saya gi Pesta Flora Putrajaya. Panas betul cuaca. Saya memang betul-betul tak larat berjalan kat pesta flora tu. Balik umah aje.. nak naik tangga umah.. (maklumler umah apartment 5 tingkat) boleh pulak tersungkur kat tangga. Lebam kepala lutut I tau.. hukhuk.. nanti ada masa saya upload beberapa pic kat pesta flora yang saya rasa ada beberapa decoration boleh dijadikan idea untuk weding decortion...

okies. Stop sini dulu. Adios amigos..

Monday, May 23, 2011

Warna Tema

Apa tema warna untuk majlis bertunang?

Ecehh.. dah fikir pasal tema warna pulak kan.. Saya pilih Fushia Pink. Sebenarnya saya bukan suka sangat pun warna pink ni tapi memandangkan saya memang ada sepasang baju warna pink yang sangat sesuai dipakai semasa majlis bertunang.. Oleh itu, saya ingin menjimatkan belanja, maka saya memilih untuk mengadakan tema Fushia Pink.. :) Cerita tentang majlis tunang.. nantilah cerita di entry yang lain..



Apa tema untuk majlis resepsi sebelah perempuan?

Saya memang admire dari dulu... majlis kahwin saya mahukan tema Tiffany Blue. Tapi kalau pilihan satu warna saja mungkin pucat dan tak menarikkan? Maybe saya nak gabungkan warna Tiffany Blue + Red atau pun Tiffani Blue + Orange


Cantikkan Tiffani Blue? :)
Tapi agak pucat gabungan warna Tiffani Blue + White.. So dari awal memang 'reject' gabungan warna putih..




Disebelah pihak pengantin lelaki pula, saya tak dapat gambaran warna apa yang akan diguna pakai... Tunggu dan lihat sajalah...


Kata Mr. Sallehudin, insyallah dalam penghujung Julai 11, dia akan hantar wakil..



Hoyeyyyy.. sambil loncat-loncat happy.. :P