Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Pretzel Auntie Anne's

Assalamualaikum...

ok..selepas me and sallehudin makan sushi king hari tu tiba-tiba I ternampak kiosk Auntie Anne's. Rasa eksited nak cuba pretzel Auntie Anne's ni yang dikabarkan seantero dunia sangat sedap. Bila tengok ramai yang sanggup beratur panjang berjela so I pun join jugaklah beratur..


Owh..sorry sebab I tak ingat apa pakej set yang Auntie Anne's ni offer. Tapi I ambil pakej dua keping pretzel salut dengan cokelat. Actually ada beberapa set yang kita boleh tengok kat menu yang disediakan. Cuma I aje yang tak sempat nak snap gambar. Tak ape..nanti kalau I pergi beli lagi I akan snap ye..  ;P


Wahh.. macam ni rupanya pretzel. Jakunnya saya.. hahaha.. serious I memang tak pernah beli dan makan pretzel Auntie Anne's ni. Rasanya macam ala-ala donut tapi lagi sedap dari donut. Memang penuh salutan cokelatnya. Makan sampai comot-comotlah mulut. 


Sebenarnya ada beberapa jenis pretzel yang disediakan. Antaranya Cinnamon Sugar, Sweet Almonds, Raisin, Jalapeno dan ada beberapa jenis lagi. 


Dimana nak dapatkan pretzel Auntie Anne's? Alahai..banyak kiosk Auntie Anne's kat shopping complex. Kat KLCC, One Utama, Times Square, Mid Valley, Alamanda... haa.. lagi senang uolls pergi website die aje.. --> auntie anne's

Saturday, January 4, 2014

Sushi King

Hai everyone..

Bulan lepas mr.sallehudin ajak I pergi makan Sushi King. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Mestila sonok kan.. ~wee~

Dulu kala I memang tak suka dan tak pandai langsung nak makan sushi ni. Tahun 2010 one of my fren bitau yang sebenarnya sushi ni sedap. So I pun cuba-cuba laa beli sushi kat Jaya Jusco. Hehe.. Waktu tu I cuma beli sushi kecik yang ade telur kat atas & yang ada udang je. Bila dah makan.. Woww memang sedap sebenarnya..haha..



Kalau nak dibandingkan dengan yang lain sushi yang paling sedap sememangnya sushu king. Opss..ni bukan iklan berbayar ye..hehe... But my husband cakap die lagi suka sakae sushi. 
Sesampainya kami di Sushi King One Utama, nasib baik ada meja kosong untuk dua orang so tak lah kami tunggu lama sangatkan.. I excited giler..terus grab this one.. 



Dan yang ini juga.. Ini paling sedap. Sukaa sangat.. Ada tuna..



Dan yang ni..ade cheese. So sallehudin memang suka sangatlah kalau berunsurkan cheese ni



 Saya order juga Ebi Ten Don namanya. Sebenarnya ia cuma nasi kukus dan dihidangkan dengan sayur. Menariknya dalam buku menu ni ditulis juga jumlah kalori untuk setiap jenis menu yang ada. So senang laa kepada mereka yang mementingkan kalori makanan boleh refer kat buku menu je. Untuk Ebi Ten Don ni kandungan kalorinya 601. Banyakkan.. So I makan separuh saje yang separuh lagi sallehudin habiskan. ~wee~


Dan hasilnya kami telah makan sebanyak ini... Well...rasanya tak lah banyak sangat kan klau nak dibandingkan dengan orang lain..hehe.. Setiap warna pinggan mempunyai harga yang berlainan. Kalau tak silap saya pinggan warna purple adalah hidangan yang mahal. Ntah..saya pon terlupa..huhu...


Akhir sekali bila dah kenyang tibalah turn nak membayar.... ~yeayyy~


Saya ingin memberi ucapan terima kasih daun keladi kepada suami saya kerana telah membelanja saya makan sushi king. Next time belanjalah lagi..

Ok..byee
Xoxo




Thursday, October 10, 2013

Kedai Makan Yok Mampir


Hola..

Last week me & husband beria-ria nak makan kat luar sebab mood masak I dah kelaut.. Punye laa pusing-pusing sampai ke Kelang and finally we all berenti kat satu kedai makan tepi jalan. Time kitorang sampai lebih kurang pukul 8.30pm gitu dan orang tak berapa ramai..

Owhh.. nama kedai makan tu Yok Mampir Cafe. Macam jawa indon bunyinya.. :)


Seriously memang kitorang sangat lapar. So..we all pon order ikan siakap tiga rasa, puyuh goreng, sayur kailan, telur dadar dan sotong goreng tepung. Sorry sotong tak sempat nak ambil gambar sebab makan dengan eksited.


Tak sampai lima belas minit order kitorang sampai. Cepat jugak kan :) mula-mula saya fikir order kami cepat siap sebab customer tak ramai. Tapi 'time kami tengah menikmati juadah ade customer lain datang duduk sebelah meja we all. Ada 4 orang. Diorang order nasi goreng laa, mee goreng laa ,jus orange laa.. At that time customer dah mula ramai yang masuk ke kedai tu. Tapi order customer yang dusuk sebelah meja I tu tak sampai 15 minit juga dah sampai ke meja diorang.


Kesimpulannya.. I boleh katakan servis di kedai ni adalah yang terbaik. Harap diorang dapat kekalkan prestasi diorang..hehe...

Total harga menu yang kami order pon macam tak disangka-sangka. RM46 saja. Husband cakap kedai ni harganya murah. So next time boleh laa datang lagi.. :p


Ok..sesiapa yang teringin nak try masakan kedai ni..memang rekemen sangat-sangat.. Addressnya:

Lot26459, Jalan Shahpadu, Kampung Rantau Panjang, Kelang


Sunday, July 14, 2013

Ramadhan 1434: Day 5

Ramadhan Day 5

Hari ni me & mr.sallehudin berbuka puasa di Gombak. Rumah mertua I. Jika berada di Gombak dah tentu bazar ramadhan yang dituju ialah Bazar Ramadhan di Greenwood. Lama juga tapak bazar ramadhan ni beroperasi. Setiap tahun tidak pernah berubah iaitu berhadapan dengan shell Greenwood. 

Ramai penunjung dan ramai juga peniaga. Gerai paling hot disini ialah aunty jual vadai. Menurut mr. Sallehudin, vadai aunty ni memang sedap. Ramai yang membeli sanggup beratur lebih kurang 15 meter.. Haha.. Ada 4 jenis kuih tradisional India yang disediakan tapi yang saya ingat cuma vadai dan ada satu jenis cucur yang digoreng bersama jagung. 
(Spot dimana mr.sallehudin? Haha..dikala I yang beratur, die duduk dambil tengok aunty tu menggoreng)


Harga kuih disini tetap sama seperti di bazar lain iaiu 5 biji RM2. Tapi ada satu gerai yang menjual kuih tepung pelita pada harga RM4.50 untuk 10 biji. Bukan ke selalunya harga RM2 untuk 5 biji? Ada satu gerai yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional Dan mengekalkan harga 3 biji untuk seringgit.. 


Yang paling menarik ada satu jenis kuih seperti roti gulung yang digoreng bersalut telur. Tapi ini bukan roti. Tapi kentang yang digulung dan mempunyai inti ayam black pepper. Kemudian ditengah gulungan itu diletakkan sebiji cili hijau..wahhh!!


Menu berbuka puasa kami sekeluarga

:: nasi goreng
:: ayam golek maswie
:: vadai dan beberapa jenis kuih tradisional india
:: beberapa jenis kuih tradisional melayu (cara berlauk, ketayap dll(
:: minuman nata di coco
:: teh o panas


Friday, July 12, 2013

Ramadhan 1434: Day 3

Hari ni me & mr.sallehudin jejalan ke Kota Damansara. Katanya mr.sallehudin nak beli murtabak paling sedap yang kawan beliau jual kat bazar ramadhan seksyen 6, Kota Damansara. Rupanya tahun ni bazar tu dah berpindah ke Jalan Teknologi berhampiran uptown Kota Damansara. Tak mungkin kami nak ke situ sebab jam dah pukul 5.30pm dan menurut peniaga gerai kecil yang ada kat seksyen 6 tu..jalan nak ke bazar Jalan Teknologi sangat jammed!! So kitorang pun decided beli ajelah apa yang ada kat gerai tepi jalan. Ramai juga yang berniaga disitu cuma tak banyak pilihan saja..


Peniaga kat sini pun menjual juadah pada harga yang agak mahal juga. Roti John saiz panjang harganya RM4.50. Inti dalam tu 'nothing'. Terasa sos dan telur saja walaupun kata peniaga tu 'ini roti john inti daging' ok.. Sos untuk roti john memang terasa kesedapan tapi I makan langsung tak terasa pun daging tu..


Lihat cendol sangat mengiurkan tapi I memang nekad nak tinggalkan minuman ais so tutup mata ajelah tengok cendol tu..hehe.. I tak sure berapa harga sebungkus cendol macam dalam gambar ni tapi dengar macam RM5.. ~wooo~


Menu berbuka untuk hari ke tiga
:: roti john
:: murtabak daging & ayam
:: cucur udang kuah kacang
:: kuih tepung pelita
:: kuih cara berlauk
:: nasi lemak daun pisang
:: bubur cha cha
:: air teh o suam

Kos perbelanjaan hari ini RM18.50 ~hehe~

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 2013 : Day 2

Yeayyyy..
Selesai hari kedua berpuasa. I still demam dan selsema makin teruk. Tapi I maintain puasa:)

Hari ni me & mr.salsallehudin jejalan ke Bazar Ramadhan Seksyen 13 Stadium Shah Alam. Ini pertama kali datang kat bazar stadium. Last year tak berkesempatan nak shopping kat cini..

Apa yang boleh I bagitau ialah disini memang ramai penjual maklumlah pengunjung pun ramai. Disini memang tumpuan student MSU dan ade juga mereka yang bekerja sekitar Shah Alam.


Tapi harga makanan dan juadah disini agak mahal. mungkin peniaga terpaksa sewa tapak disini dengan kadar yang tinggi... 
Telur itik masak lemak berharga RM2 untuk sebiji telur itik yang dibeli. Nasi goreng pataya bersama ayam goreng berharga RM4.50 tapi kita boleh lihat pelbagai menu yang dijual. I hampir-hampir nak beli Dimsum :)  5 biji dijual pada harga RM6


Menu berbuka puasa kami hari ini..
:: bihun sup utara
:: nasi goreng pataya & ayam goreng
:: popiah basah & goreng
:: cucur jagung
:: cendawan goreng
:: 5 jenis agar-agar pelbagai perisa
:: teh O panas 


Nasi memang menjadi pilihan kami berdua waktu bersahur. Tapi saya cuma menggunakan 1 pot beras saja untuk masak nasi. Masing-masing makan sikit kononnya... Tapi sahur pagi esok mungkin lebih kot sebabnya tadi semasa di bazar kami membeli sekali lauk untuk bersahur. Ikan patin temerloh masak tempoyak for me and masak lemak daging salai for mr.sallehudin. harga ikan patin untuk 1 bekas saja dah RM10. Daging salai untuk 1 bekas kecil RM6.


Ok.. Mata dah ngantuk. So nak tido sebab tadi dah telan ubat.. 

Good nite & selamat bersahur....

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan 2013 : Day 1

Ramadhan 1

Selesai sudah puasa hari pertama walaupun hari ni I dapat demam selsema + sakit tekak. Semalam petang tiba-tiba aje lenguh badan dan sahur tadi memang terus demam. Telan nasi pun tak rasa apa-apa... Harap-harap cepat sembuh demam ni.. :(

Untuk hari pertama me and Mr. Sallehudin menjelajah Bazar Ramadhan Saujana Utama Sungai Buluh. Dari last year memang we all datang ke sini je kalau nak beli juadah. Tahun ni agak ramai juga peniaga. Macam-macam menu dan pilihan...


We all sampai lebih kurang pukul 5.30pm. Orang memang ramai. Tapi perasan macam this year lagi ramai peniaga dari last year... :) Tahun ni I planning setiap kali berbuka puasa I nak mencuba semua jenis kueh. Elakkan makan nasi.. Hahahaa.. Diet lah kononkan... Tapi memang dah lumrah setiap kali Ramadhan kita boleh tengok pelbagai jenis kueh muih yang dijual. 


Menu berbuka puasa hari ini... Kos perbelanjaan hari ini RM18.. Haha..

:: bihun sup
:: popiah basah
:: rojak singapore
:: ayam kepak madu
:: kuih tepung pelita
:: cucur udang
:: teh O panas

Monday, July 8, 2013

samurai Burger Kembali Lagi.. yeayyyyy..


Wowww...
I dapat tahu Mc Donald dah jual semula Samurai Burger terus I gigih nak pergi makan :)
Punyalah jauh perjalanan dari rumah, sampai ke IOI Mall pergi makan Mc Dee.. :p

Pernah dulu sekali I teringin sangat nak makan Samurai Burger. So I paksa Mr. Sallehudin pergi beli. Sekali promo Samurai dah habis.. Sangat terkilan I time tuu.. 


Suasana restoran McDee IOI Mall pada pukul 3pm agak sibuk juga. Tengah I menikmati burger.. Tetibe ade sorang promoter boleh datang duduk depan I dan promosi kupon Slimming Centre BZ Body (sorry.. I tak tau spelling) owhhh... Sangat stress!! I dah cakap " tak nak" tapi promoter tu pujuk I beli kupon tu... Huhhh.. But dont worry.. I tak termakan dengan pujuk rayu dia..tapi I menikmati burger tanpa hiraukan dia.. Hahh.. Padan muka.



Tak adil pulak rasanya manikmati burger ni sorang-sorangkan... Nanti ade pulak orang yang jeles. :p  So I belikan juga sebijik untuk Mr.Sallehudin..tapau bawak balik rumah...

Nahhhh.. Ni untuk you Mr. Sallehudin..

Monday, May 20, 2013

Begedil Kentang Budget

Pastinya ramai yang suka makan begedil kan? Ia sesuai dimakan bersama nasi atau pun bihun sup. Kadangkala ada juga yang suka meratah begedil begitu saja. Begedil memang boleh dihasilkan menggunakan pelbagai bahan. Contohnya begdil ayam, begedil daging, begedil ikan sardin, begedil sayur dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Disini saya ingin berkongsi begedil yang pertama kali saya hasilkan iaitu begedil kentang. ~hehe~
Saya memang suka makan begedil. Dulu kala pernah sekali cuba menghasilkan begedil tapi tak menjadi. Mungkin dulu minat ke arah masakan tidak kuat jadi apa sahaja resepi yang dicuba tidak pernah berjaya.


Nasib baik minat ke arah masakan masih ada dan sekarang begedil saya telah menjaadi ~wee~  :)
Untuk permulaan saya hanya mencuba menghasilkan begedil kentang. Saya nak share disini bagaimana begedil dihasilkan mengikut edisi begedil budget sesuai untuk dua orang makan ~haa~

Bahan-bahan
2 biji kentang
daun bawang
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam


Cara-cara...
Setelah kentang dibuang kulit dan dibasuh, kentang tersebut dipotong dadu. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Kemudian kentang yang telah dipotong digoreng. Semasa menggoreng kentang saya taburkan garam sedikit dan bawang putih yang telah di potong halus (kecil-kecil). Apabila kentang tadi kekuningan saya taburkan bawang merah yang dipotong halus. Gaul sedikit kemudian angkat semuanya dari kuali. Biarkan sejuk sedikit dan taburkan daun bawang yang juga dipotong halus.


Apabila kentang tadi sudah agak sejuk barulah saya kepalkan gabungan kentang goreng + daun bawang menjadi bentuk bujur. Saiz kepalan bergantung kepada mood anda ye  :) 

Kepalan yang dihasilkan dicelup ke dalam telur. Sebelum itu telur telah ditaburkan sedikin serbuk lada hitam. Kemudian barulah digoreng sekali lagi kepalan kentang yang telah disalut dengan telur. Jangan goreng terlalu lama. Bila dah nampak kekuningan boleh lah terus diangkat dari kuali dan sedia untuk dihidangkan.

Senang kan... :)

Tuesday, April 16, 2013

Onde Onde Buah Melaka

Haii 
How are you today? Cuaca sangat panas kan hari ni? I baru je balik deliver cupcakes ke Puncak Alam. Balik rumah bukak peti ais and minum air satu jug. Legaa..

Semalam I buat kueh buah melaka untuk minum petang. Actually dah lama teringin nak makan kuih ni. And finally baru semalam berjaya juga buat. Owhh.. baru I tau kuih buah melaka ni juga dikenali sebagai onde-onde. Kalau orang sebut onde-onde I akan blur and akan terfikir cane rupa kuih onde-onde tu? Tapi bila sebut kuih buah melaka.. sekaligus dalam otak I terbayang-bayang kuih warna hijau disalut dengan kelapa parut dan intinya dari gula melaka.


Dulu kala I pernah buat kuih ni. Kuih paling simple dalam dunia dan paling senang nak buat.. I think so... gentel-gentel kemudian masukkan dalam air mendidih. (errr..ok ke ayat I? ~air mendidih~) apabila masak gentelan yang dimasukkan kedalam air mendidih tadi akan timbul di permukaan air. Kemudian bolehlaa kita angkat gentelan yang timbul tadi. :)  [ayat I ni macam kelakor je]


I hampir lupa macam mana nak buat kuih ni especially berapa sukatan air perahan daun pandan yang perlu digaulkan bersama tepung pulut.I boleh letak air mencurah-curah kedalam tepung tu dan hasilnya tepung itu tadi tidak menjadi doh dan tidak boleh diuli.. ~haha~ Im confuse.. cane nak buat ni sebab terlupa. so I buangkan sedikit campuran air daun pandan tadi dan tambah lagi tepung pulut sehingga ia boleh diuli.. ~yeayy~


Owhh.. perlu kah I sertakan sekali resepi? Rasanya ramai yang tahukan buat kuih ni? oklah I masukkan resepi. Senang juga untuk I in future if nak buat rujukan so I boleh rujuk kat my blog aje..  :)

Bahan-bahan:
250gm tepung pulut 
10 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya saja)
kelapa parut
gula melaka

Cara-caranya:
Bancuh tepung pulut dan air daun pandan yang dikisar tadi
Gaulkan hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
Ambil sejemput adunan doh, letakkan gula melaka ditengah sejemput adunan itu
Gentel hingga menjadi bulat
Masukkan gentelan bulat kedalam air mendidih tadi.
Gentelan tadi akan tenggelam di dalam air mendidih
Apabila telah masak gentelan tadi akan timbul di permukaan air
So bolehlah diangkat gentelan yang timbul
Kemudian gentelan tadi digolekkan bersama kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam
 Seterusnya.. boleh dimakan.. ~yeayyy~

Mr. Sallehudin makan kuih ni dan cakap.. "Ya Allah.. apsal laa bini aku ni kedekut taik idung masing!! Kuih masuk dalam mulut inti gula tu sikit je kena lidah pastu hilang tak rasa ape-ape dah.." ~hahaha~ Sorry.. I letak gula melaka tu sikit jer sebab bila I gentel doh tu gula melaka tu asyik nak terkeluar je.. ~hehehe~

Uolls.. jangan tiru I ye.. kalau nak inti yang banyak perlu gentel doh tu besar-besar so baru boleh letak inti banyak. I gentel kecil-kecil dan comel-comel macam I.. thats why.. gula tu sikit.. kot!!

Tengah malam I nak simpan lebihan kueh tu dalam peti ais. Sekali angkat tudung saji tengok tinggal pinggan dan serdak kelapa parut je.. ~hahaha~ bile mr. Sallehudin makan kasi habis pun I tak perasan.. Tapi bagus laa.. sebab habisss..

Tuesday, April 2, 2013

Obses Meatball

Hai..

Uolls penah makan meatball kat IKEA tak? Sesiapa yang tinggal area KL dan yang sewaktu dengannya mesti pernah rasa meatball yang super awesome ni kan.. hehe..

Dulu kala, I tak pernah makan dan memang tak suka langsung makanan yang berunsurkan meatball ni. Selalu jer dengar ada yang kemaruk makan meatball ni. Lama kelamaan bila selalu sangat mendengar cerita tentang kehebatan meatball IKEA ni.. (kononnya..) hehe.. so I pun cuba pergi makan. Time tu first time I makan dengan Mr. Sallehudin. Rasanya dalam hujung tahun lepas. 

Okey.. sedap. Tapi tak tau laa apsal time tu deria rasa I mengatakan.. "owhh.. biasa aje rasanya takde laa sedapa mana pun.. "

Kali kedua I pergi makan sorang-sorang. Tapi waktu tu I pergi ke IKEA bukan bertujuan nak makan meatball. Sebenarnya nak mencari props untuk job candy buffet I. 

I sampai di IKEA dalam pukul 12 tengah hari gitu. Selepas parking I pun masuk ke IKEA. Perut ni rasa macam ala-ala lapar jugak. Tibe-tibe I ternampak ada satu banner promotion. Satu set ada 10 biji meatball berharga RM2 saja.. Okey.. kagum sekejap.. Kalau tak silap, masa promotion tu ialah hari pertama IKEA menjual meatball semula selepas diberhentikan sekejap penjualan atas isu tertentu.

Okey.. I masuk cafe IKEA. Orang tak ramai. So.. I beratur dengan jayanya. lalalaa... Lepas dapat meatball, I pusing nak pergi bayar kat kaunter sekali tengok ramai manusia beratur sampai ke tangga depan sana. Dalam hati I.. "nasib baik aku terawal" ~hee~

 Gambar atas: Diambil semasa hari promotion 10biji = RM2

Kali kedua makan meatball IKEA.. kali ni deria rasa I mengatakan "Owhhh.. sedapnyaaa" Tibe-tibe I telah menjadi obses dengan meatball IKEA. Balik rumah teringat ajee.. ~hehehe~


Kali ketiga pergi makan lagi.. Kali ni pergi IKEA memang tujuan utama nak makan meatball. I pergi makan sorang-sorang.. hehe.. Mr. Sallehudin kan kerja. Jadi.. I sebagai suri rumah tangga suka hati laa nak kuar pergi makan kol bape pun kan.. ekeke.. I telah meng 'wats up' gambar meatball kepada Mr. Sallehudin. Dia sangat marah sebabnya I pergi sorang-sorang tak ajak dia.. ~hehe~

Okeyy.. okeyy.. next time kite pergi makan ye Mr. Sallehudin. U blanje  :p

note: I rasa pihak IKEA kene bagi komisen kat I nih sebab tolong promote meatball diorang nih.. ~ekeke~

Monday, April 1, 2013

Food Review : Nasi Arab

 Haii..

Dah lama nak cerita pasal arabian dinner sempena our first wedding anniversary  :)

We all ke CasablancaCafe & Restaurant kat Jalan Tun Razak. Sini restaurant hidangkan semua jenis makanan arab. So kami ambil pakej buffet. RM50 untuk seorang. Mahal jugak laa tapi first time datang makan kat restaurant ni.. so belasah jee.. hehe..


Lihatlah Mr. Sallehudin yang termengah-mengah makan tu.. 

Untuk pakej RM50 tu sebenarnya tak banyak menu pun disediakan. Kalau tak silap lebih kurang 12 menu aje. Ini termasuk tiga jenis nasi, satu jenis speghety, 5 jenis lauk arab dan beberapa jenis dessert. 

Owhh.. sebelum I cerita pasal makan... lets me tunjuk gambar ni... hehe..

Ada dua orang penari arab yang menari sekeliling dalam cafe tu. Seksi kooo..

Hidangan pertama yang I makan ialah nasi arab ni lauk ayam. I tak ingat nama untuk nasi dan lauk yang diorang hidangkan tu. Sebabnya semua menu di label dalam bahasa arab. 

Nasi arab pertama yang I makan adalah sangat sedap dan superb :p
Ayam yang lembut dan nasi yang wangi.. Mr. Sallehudin pada mulanya tak menggemari makanan arab pun boleh makan nasi siap bertambah lagi..


Owhh.. tapi yang buat I tak boleh lupa ialah lauk daging kambing. I sebenarnya bukan penggemar daging kambing tapi bila makan kat cafe tu.. alahaii rasa macam nak bertambah-tambah. Dagingnya lembut dan yang paling penting tak bau hanyir. 

Beberapa gambar lauk saja yang I snap. Maklumlah I tak bawa camera DSLR yang dah lama terbiar. Juz ambil gambo guna hanfon saja..  :)

Walaupun masakan arab sangat berbeza dengan masakan melayu, contohnya dari segi dalca yang ada kat cafe tu. Nampak cair tapi memang sedap.
 

I bagi 7.5/10 bintang.. Kalau uolls nak tengok penari gelek, boleh datang setiap malam minggu kat cafe tu.  :)
Pekerjanya semua orang arab dan peramah.

Ambiance: 9/10
Price: 8/10
Food: 9/10

Thursday, March 7, 2013

Food Review : Mee Udang Berasap

Hai..

Masa I balik kampung kat Bagan Sera dua minggu lepas.. I sempat bawak Mr. Sallehudin pergi makan mee udang berasap. Lokasi kedai ni cuma sebuah gerai di tepi jalan aje kat Tanjung Piandang. Sesiapa yang tau area Kuala Kurau mesti tau nama Tanjung Piandang  :)

Ia dinamakan mee udang berasap sebabnya mee udang ini akan dihidangkan kepada pelanggan menggunakan hot plate. Jadinya selepas mee udang dimasak ianya terus diletakkan ke dalam hot plate. Dalam keadaan yang sangat panas dan berasap akan terus dihidangkan kepada pelanggan.


Gerai ini menyediakan 3 pilihan untuk mee udang. Pilihan pertama ialah mee udang kecil yang mengandungi 3 hingga 4 ekor udang yang fresh di dalam datu hidangan. Berharga RM5 sepinggan. Pilihan kedua mengandungi 6 hingga 7 ekor udang fresh dan berharga RM7... (sory tak ingat, tapi rasanya RM7). Pilihan ketiga pula ialah mengandungi 9 ekor udang fresh dan berharga RM9.


Apa rasanya? Pada saya yang paling penting sekali mee tu tak terasa kapur. Kuah pulak rasa seperti manis udang. Maklumlah udang fresh. So.. I bagi 4 bintang dari bintang penuh 5..

Nama gerai ni ialah Gerai Kak Ros Mee Udang Berasap. Terletakdihadapan padang Sek Keb Sungai Baru. Jika kita datang dari Kuala Kurau gerai tu disebelah kiri dan jika datang dari Parit Buntar gerai tu di sebelah kanan.

Ambiance: 8/10
Price: 9/10
Food: 9/10

Monday, December 10, 2012

Meatball Yang Sedaplah Sangat Katanya.....

Assalamualaikum...
Semalamkan I telah mengheret mr.sallehudin untuk ke IKEA. Bukan untuk bershopping tapi teruja yang amat sangat sampai tak boleh control. hehe.. teringin nak makan meatball idaman melaya yang kononnya sedaplah sangat.... I tak penah makan sebelum ni.. :(

Hari minggu di Ikea sangat lah teruk. Mr.sallehudin cakap macam ulat taik. Ramai betul orang. Nak carik parking pun payah. Nak beli makanan kat cafe Ikea pun beratur panjang berjela.. huuu...

Menu di cafe Ikea sangatlah menarik hati.. I sempat juga snap gambo beberapa menu yang ada. Kebanyakkan ala-ala healthy food. Ada salad, muffin, fish and chip. Yang tak healthy pun ada jugak. 

Sepanjang beratur nak membeli makanan, rata-rata I tengok kebanyakan orang Membeli meatball tu. Bebola daging Sweden bak kata melayunya... 


Taraaaa.... akhirnya dapat jugak I makan meatball yang kononnya sedaplah sangat.. haha.. tapi sebenarnya boleh tahan sedap. I sebenarnya tak suka makanan yang berasaskan bebola ni. Tapi bila makan meatball Ikea ni nasib baiklah tekak ni boleh terima. Not bad rasanya.. tapi I suka kuah yang kat atas meatball tu.. :) saat I menulis entry ni terasa terliur-liur nak pegi makan lagi sekali.. hehe...


Meatball ni ada tiga pilihan. Nak 10 biji bole, 15 biji boleh, 20 biji pun boleh. Tapi rasanya kalau sorang makan 10 bijik pun dah cukup kenyang. Tapi me and mr.sallehudin agak tamak orangnya. Sebab kami amik pilihan 20 bijik sekaligus.. dalam pinggan tu juga ada fun fries. So untuk meatball Ikea yang menjadi idaman seantora warga KL or PJ ni I nak bagi bintang 3.5 dari full bintang 5 star.


Me and mr.sallehudin bukan makan meatball semata-mata... makanan tambahan lain yang berjaya dipilih oleh kami ialah chicken wing, pipuah goreng dan makaroni sos. Wahhh.. dasat sekali pemakanan kami laki binikan... hehe...

Lepas kenyang makan.. kitorang pun jalan-jalan window shopping dalam IKeA.. konon cari ilham....

Adios...