Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Bazar Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bazar Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan 1434H : Day 16

Hai semua...
Esok cuti Nuzul Quran.  Hari tu mr. Sallehudin planning nak pergi beli baju raya I eaok. Tapi lepas mr. Sallehudin balik dari kerja petang tadi terus ajak I pegi beli baju raya.. Yeayyy..
Lokasi pertama yang dituju ialah plaza alam sentral. Ramainyaaa orang berniaga kat Alam Sentral. Macam-macam jenis & design baju ada. Tapi design yang paling top sekarang ni peplum. Boleh katakan mereka yang jual pakaian wanita, 70% adalah design peplum. So.. i decide I tak nak beli peplum nanti hari raya semua boria..

Dari ground floor sampai naik level 3 masuk setiap butik sebab nak cari baju. FYI, I memang susah nak cari baju yang berkenan dihati.. Hehe.. Bila dah ada yang berkenan, recce harga pulak. Mana laa tau kot kat butik lain ade harga yang lebih murah.. :)

Dari Alam Sentral pergi ke SACC Mall. Kat SACC Mall pun banyak jugak baju yang cantik-cantik tapi harha agak mahal sikit berbanding Alam Sentral. Jangankan dalam bangunan, di sepanjang kaki lima pun ramai juga yang berniaga. 

We all berbuka puasa kat tepi tembok aje..hehe... 
Menu day 16:
:: roti john
:: vadai
:: samosa
:: air mangga
:: air tembikai susu

Vadai & samosa tu agak sedap. Rasa macam nak ajak mr. Sallehudin pegibbeli kagi samosa pakcik peniaga tu :)


We all beli juadah di Bazar Ramadhan PKNS. Ramai yang berniaga disini. Harga pun agak berpatutan. Cuma kawasan bazar tu agak sempit sikit kalau nak dibandingkan dengan pengunjung yang ramai.


Hampir 3 jam kami window shopping. HaHaha.. Mr.sallehudin dah tak larat jalan katanya. 
Kesian..sebab terpaksa teman bini nqk beli baju raya..ekekeke.. Akhirnya I beli selai baju design kaftan pendek. So kena beli kainnya sekali. Tapi I tak nak beli kain sebab I alan pakai baju ni dengan skirt mermaid :) 

Teeima kasih to mr. Sallehudin sebab sudi melayan bini you yang susah nak cari baju tpi comel.. Hahahaha...

Esok nak pergi cari FURLA dan kasut.. Hehw...

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan 1434H : Day 15

Salam semua...
Hari ni dah start dengar lagu raya kat radio. Iklan raya pun dah ada kat tv. Bagi mereka yang bekerja tu dah tentu mood nak bekerja takde kan... Ingat nak cuti dan balik kampung saja. Tapi for me tak payah nak fikir apply cuti pon sebab memang hari-hari cuti duk kat rumah :)


Hari ni bazar ramadhan yang dituju ialah  Bazar Ramadhan Saujana Utama. Rupanya setiap hari Rabu bazar ramadhan ni akan bersambung sekali dengan pasar malam. So panjang jugaklah perjalanan bersiar-siar melihat juadah berbuka puasa. Mr. Sallehudin dari hari tu nak mencari nasi ambeng. Tak ta pulak terjumpa. Dua kali ulang alik di bazar tu. Akhirnya...nasi ayam yang dibeli  hehe...


I pulak memandangkan tersedar dari mimpi yang setiap hari I terambil lebih kalori, so hari ni berbuka dengan bihun sup saja. :)


Menu Day 15:
:: bihun sup
:: nasi ayam
:: roti jala
:: 3 potong red valvet with lemon cream cheese

P/s: sana sini dah ada orang jual bunga api kan.. :p

B

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 1434H : Day 14

Hari ni dapat pergi ke bazar ramadhan seksyen 2, shah alam. Pembeli yang menjadi tumpuan disini kebanyakkan student UITM. 

Juadah yang dijual juga banyak pilihan. Ada roti john, nasi kerabu, lauk pauk, pasembor dan macam-macam lagi.

We all ada beli lauk untuk bersahur. Sambal petai dan tempoyak daun. Total harga untuk lauk RM7.


Menu berbuka Day 14
:: nasi kerabu
:: pasembor
:: donut
:: cucur cempedak
:: milo panas


Nasi kerabu untuk mr. Sallehudin berbuka puasa hari ini RM7. Tapi nasi yang dibungkus memang sangat banyak. Boleh dua orang makan rasanya..hehe..


Selepas 14 hari berpuasa..baru teringat yang I dah lama tak buka nota infor kalori ni. Actually nota ni I print dari kalory library. :) bila tengok balik baru perasan untuk satu hari total kalory sahur dan berbuka puasa dah terlebih aikit dari 1200 kalori... Ahaha... 

Satu biji donut mengandungi 290 kcal. Bayangkan kalau I makan dua biji donut? Belum campur juadah yang lain... OMG!! 

Bayangkan hari raya nanti... Sebiji ketupat pulut daun palas mengandungi 130kcal. Jika setiap rumah I makan 2 biji, dan untuk satu hari  empat buah rumah beraya.. Total dah 8 biji ketupat. Belum campur kalory rendang daging. Belum campur makanan sampingan lain... Uhuhu...

I mengadu kat mr.sallehudin... Die cakap kalau takut makan terlebih kalory tak payah laa makan ketupat so tak payah raya.. Uwaaaaa...

Monday, July 22, 2013

Ramadhan 1434: Day 13

Sudah hari ketiga belas berpuasa. Pheww.. 
Selepas beberapa hari tak ke bazar ramadhan so hari ni kita jelajah lagi. Kali ni tempat dituju Bazar Ramadhan Bukit Jelutong. 

Peniaga tak ramai sangat. Rasanya cukup menampung penduduk Bukit Jelutong untuk membeli juadah. Mr. Sallehudin teringin nak minum air tebu katanya.. Beli satu plastik. Rasanya cukup-cukup untuk satu jug. Harga seplastik RM5. Saya rasa agak mencekik darah. Mee rebus pula harga rm4 per set.  Kesimpulannya harga juadah disi agak mahal juga. Mungkin peniaga disini ingat penduduk Bukit Jelutong ni banyak duit kot... Hehe...


Menu Day 13
:: mee rebus
:: murtabak ayam
:: donut
:: air tebu
:: milo panas

Ada cerita kelakar.. Mr. Sallehudin beli murtabak ayam sekeping saja. Sampai di rumah, I pun nak siap-siqp hidangkan makanan atas meja. Sekali tengok murtabak tuvada dua keping.. Hehe... Rezeki katanya....

Jom jamu mata dengan biskut sampan kegemaran I... :)



P/s: saya menggunakan hp nexus untuk update menu di blog.. :)

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan 1434: Day 5

Ramadhan Day 5

Hari ni me & mr.sallehudin berbuka puasa di Gombak. Rumah mertua I. Jika berada di Gombak dah tentu bazar ramadhan yang dituju ialah Bazar Ramadhan di Greenwood. Lama juga tapak bazar ramadhan ni beroperasi. Setiap tahun tidak pernah berubah iaitu berhadapan dengan shell Greenwood. 

Ramai penunjung dan ramai juga peniaga. Gerai paling hot disini ialah aunty jual vadai. Menurut mr. Sallehudin, vadai aunty ni memang sedap. Ramai yang membeli sanggup beratur lebih kurang 15 meter.. Haha.. Ada 4 jenis kuih tradisional India yang disediakan tapi yang saya ingat cuma vadai dan ada satu jenis cucur yang digoreng bersama jagung. 
(Spot dimana mr.sallehudin? Haha..dikala I yang beratur, die duduk dambil tengok aunty tu menggoreng)


Harga kuih disini tetap sama seperti di bazar lain iaiu 5 biji RM2. Tapi ada satu gerai yang menjual kuih tepung pelita pada harga RM4.50 untuk 10 biji. Bukan ke selalunya harga RM2 untuk 5 biji? Ada satu gerai yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional Dan mengekalkan harga 3 biji untuk seringgit.. 


Yang paling menarik ada satu jenis kuih seperti roti gulung yang digoreng bersalut telur. Tapi ini bukan roti. Tapi kentang yang digulung dan mempunyai inti ayam black pepper. Kemudian ditengah gulungan itu diletakkan sebiji cili hijau..wahhh!!


Menu berbuka puasa kami sekeluarga

:: nasi goreng
:: ayam golek maswie
:: vadai dan beberapa jenis kuih tradisional india
:: beberapa jenis kuih tradisional melayu (cara berlauk, ketayap dll(
:: minuman nata di coco
:: teh o panas


Friday, July 12, 2013

Ramadhan 1434: Day 3

Hari ni me & mr.sallehudin jejalan ke Kota Damansara. Katanya mr.sallehudin nak beli murtabak paling sedap yang kawan beliau jual kat bazar ramadhan seksyen 6, Kota Damansara. Rupanya tahun ni bazar tu dah berpindah ke Jalan Teknologi berhampiran uptown Kota Damansara. Tak mungkin kami nak ke situ sebab jam dah pukul 5.30pm dan menurut peniaga gerai kecil yang ada kat seksyen 6 tu..jalan nak ke bazar Jalan Teknologi sangat jammed!! So kitorang pun decided beli ajelah apa yang ada kat gerai tepi jalan. Ramai juga yang berniaga disitu cuma tak banyak pilihan saja..


Peniaga kat sini pun menjual juadah pada harga yang agak mahal juga. Roti John saiz panjang harganya RM4.50. Inti dalam tu 'nothing'. Terasa sos dan telur saja walaupun kata peniaga tu 'ini roti john inti daging' ok.. Sos untuk roti john memang terasa kesedapan tapi I makan langsung tak terasa pun daging tu..


Lihat cendol sangat mengiurkan tapi I memang nekad nak tinggalkan minuman ais so tutup mata ajelah tengok cendol tu..hehe.. I tak sure berapa harga sebungkus cendol macam dalam gambar ni tapi dengar macam RM5.. ~wooo~


Menu berbuka untuk hari ke tiga
:: roti john
:: murtabak daging & ayam
:: cucur udang kuah kacang
:: kuih tepung pelita
:: kuih cara berlauk
:: nasi lemak daun pisang
:: bubur cha cha
:: air teh o suam

Kos perbelanjaan hari ini RM18.50 ~hehe~

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 2013 : Day 2

Yeayyyy..
Selesai hari kedua berpuasa. I still demam dan selsema makin teruk. Tapi I maintain puasa:)

Hari ni me & mr.salsallehudin jejalan ke Bazar Ramadhan Seksyen 13 Stadium Shah Alam. Ini pertama kali datang kat bazar stadium. Last year tak berkesempatan nak shopping kat cini..

Apa yang boleh I bagitau ialah disini memang ramai penjual maklumlah pengunjung pun ramai. Disini memang tumpuan student MSU dan ade juga mereka yang bekerja sekitar Shah Alam.


Tapi harga makanan dan juadah disini agak mahal. mungkin peniaga terpaksa sewa tapak disini dengan kadar yang tinggi... 
Telur itik masak lemak berharga RM2 untuk sebiji telur itik yang dibeli. Nasi goreng pataya bersama ayam goreng berharga RM4.50 tapi kita boleh lihat pelbagai menu yang dijual. I hampir-hampir nak beli Dimsum :)  5 biji dijual pada harga RM6


Menu berbuka puasa kami hari ini..
:: bihun sup utara
:: nasi goreng pataya & ayam goreng
:: popiah basah & goreng
:: cucur jagung
:: cendawan goreng
:: 5 jenis agar-agar pelbagai perisa
:: teh O panas 


Nasi memang menjadi pilihan kami berdua waktu bersahur. Tapi saya cuma menggunakan 1 pot beras saja untuk masak nasi. Masing-masing makan sikit kononnya... Tapi sahur pagi esok mungkin lebih kot sebabnya tadi semasa di bazar kami membeli sekali lauk untuk bersahur. Ikan patin temerloh masak tempoyak for me and masak lemak daging salai for mr.sallehudin. harga ikan patin untuk 1 bekas saja dah RM10. Daging salai untuk 1 bekas kecil RM6.


Ok.. Mata dah ngantuk. So nak tido sebab tadi dah telan ubat.. 

Good nite & selamat bersahur....

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan 2013 : Day 1

Ramadhan 1

Selesai sudah puasa hari pertama walaupun hari ni I dapat demam selsema + sakit tekak. Semalam petang tiba-tiba aje lenguh badan dan sahur tadi memang terus demam. Telan nasi pun tak rasa apa-apa... Harap-harap cepat sembuh demam ni.. :(

Untuk hari pertama me and Mr. Sallehudin menjelajah Bazar Ramadhan Saujana Utama Sungai Buluh. Dari last year memang we all datang ke sini je kalau nak beli juadah. Tahun ni agak ramai juga peniaga. Macam-macam menu dan pilihan...


We all sampai lebih kurang pukul 5.30pm. Orang memang ramai. Tapi perasan macam this year lagi ramai peniaga dari last year... :) Tahun ni I planning setiap kali berbuka puasa I nak mencuba semua jenis kueh. Elakkan makan nasi.. Hahahaa.. Diet lah kononkan... Tapi memang dah lumrah setiap kali Ramadhan kita boleh tengok pelbagai jenis kueh muih yang dijual. 


Menu berbuka puasa hari ini... Kos perbelanjaan hari ini RM18.. Haha..

:: bihun sup
:: popiah basah
:: rojak singapore
:: ayam kepak madu
:: kuih tepung pelita
:: cucur udang
:: teh O panas