Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label My cooking. Show all posts
Showing posts with label My cooking. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

Resepi : Nasi Lemak Sambal Sotong

Happy Saturday  :)

Hari ni I masak nasi lemak dan sambal sotong. Sebab mr. Sallehudin baru balik outstation dari Sarawak. Katanya dah lama tak makan nasi lemak so die request auruh I masak... Yer lah.. I dah masak dan dia dah tambah berkali-kali. Lepas lunch dia tidur dan bangun semula pukul 6.30pm dan makan lagi nasi lemak..hehe...


Ok.. Disini I nak share lah resepi nasi lemak dan sambal sotong
 yang I selalu masak.. I punya masakan simple aaje..

:: beras 2.5 pot
:: bawang kecil sebiji hiris nipis
:: halia 1cm dan hiris juga
:: santan
:: 3 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Cuci beras dulu..lepas tu baru letak hirisan bawang dan halia. Tujuannya untuk mewangikan nasi nanti. Owhh jangan lupa masukkan daun pandan dan sedikit garam
2. Saya letak 2.5 pot santan dan 2.5 pot air.
3. Dan masaklah seperti biasa


Resepi sambal sotong (untuk 2 orang makan)
:: seekor sotong kering. Saiz besar boleh sederhana pon bole..
:: 10 tangkai cili kering
:: 1 biji bawang besar
:: 2 biji bawang merah

Cara-cara:
1. Cuci bersih sotong dan rebuskan
2. Bawang besar dan bawang merah di blender 
3. Cili kering pun blender (asing dgn bawang)
4. Pastikan sotong yang direbus dah lembut senang nak potong kecil-kecil
5. Panaskan minyak dalam kuali
6. Masukkan bawang yang di blender. Gaul sedikit hingga ala-ala garing
7. Kemudian masukkan cili yang sudah diblender
8. Kemudian masukkan perisa garam, gula
9. biarkan sekejap dengan api perlahan
10. Dah nampak cili tu merah pekat sikit boleh lah terus masukkan sotong.
11. Sambil gaul².. Pastikan sotong tu dah masak baru boleh makan..


Sunday, September 29, 2013

Masakan Sotong Sumbat

Holaaa & good morning.. 
Last two weeks kalau tak silap I ada cuba satu masakan yang sebelum ni I tak pernah masak pun. Sotong sumbat masak mentega. Actually I teringin nak cuba this resepi lepas tengok facebook one of my ex-schoolmate, Ainal Yasmin. Dia selalu upload pic masakan dia dalam facebook. So.. I pon macam terkinja-kinja nak mencuba.

Mula-mula sediakan telur goreng hancur. Dalam telur goreng tu I campurkan bawang merah yang dihiris, cili merah, cili benggala dan tomato. Tapi kalau uolls nak cuba & nak masukkan sayuran lain pon its ok  :) 


Sotong pulak I pilih yang besar-besar. Senang I nak sumbat telur hancur tu. Sumbat sampai padat ye..
Misai sotong kalau nak sumbat sekalai pon boleh. Tapi I goreng biasa aje sebab I memang suka makan misai sotong tu.. ~hihihi~


Dah sumbat semua.. Uolls boleh laa goreng sotong tu. Kalau kita sumbat padat telur hancur dalam sotong tu, twlur tu tak akan terkeluar bila digoreng. Maybe ade sikit aje yang keluar tapi dont worry twlur tu masuk selamat.. Hehe.. Lepas goreng uolls boleh gunak kan sotong tu untuk masak sambal ke..  For me I masak mentega. 

Mr.sallehudin makan sampai habis. Walaupon dia tak mengakui yang masakan I aritu sedap, tapi dia yang tolong makan sampai habis.. Haha..

Selamat mencuba

~xoxo~

Friday, July 19, 2013

Ramadhan 1434: Day 10

Its Friday...

Mr. Sallehudin wassup me bagi tau yang dia balik lambat dan suruh I pegi bazar ramadhan sorang-sorang. Tapi I rasa macam malas nak bersesak kat bazar so I pergi Jaya Groceries, Bukit Jelutong. Actually dekat jugak dengan rumah I. Cuaca hari ni agak panas terik. Drive dari rumah je Jaya Groceries tu cuma ambil masa dalam 15 minit tapi disebabkan cuaca panas tekak pun rasa dahaga. Kalau bukan bulan puasa dah tentu I dah minum.. Hehe...

Tujuan pergi Groceries sebab nak beli buah strawberry. Ahad ni I nak buat pavlova. Tapi tekak rasa nak makan chiken chop dengan mushroom source... I beli aje ayam goreng crispy dengan sos mushroom dalam tin. Balik masak.. Yeaa..

Rupanya kat tempat parking lot Jaya Groceries ni ada mini bazar dan ada orang jual kuih. Dua potong kuih lapis pelangi harga rm1.90.. Watss?? Pastu I ternampak cream ouff. 6 hiji rm3. So I beli tu je...


Menu berbuka puasa Day 10
:: chuken choo with mushroom source (buat sendiri)
:: cream puff
:: limau suam

Lepas azan mr. Sallehudin sampai rumah. Nasib baik I ada sediakan sepinggan untuk beliau. Tapi pukul 8.30pm beliau mengadu kat I kata lapar. Dia cakap saiz ayam yang I sediakan untuk dia kecik!! HHaiyaaa... So I pin masak nasi dan goreng ayam tu bagi beliau makan kali kedua....

Sunday, June 9, 2013

Speghety Bawang Putih

Hai babe..
How are you? And happy Sunday ye..

Siapa yang suka speghety sila angkat tangan  :) Yerr.. saya memang suka amat dengan speghety especially speghety bolognoise. Dulu kala before I pandai masak.. ~hee~ I google cara-cara memasak speghety bolognoise ni. Rupanya tak laa susah sangat kan.. Senang umpama memetik jari saja.. ~ekeke~

Lama kelamaan I terfikir why not I cuba masak speghety selain dari bolognoise. So.. my first trial untuk speghety goreng tidak menghampakan. Its is coll goreng? I pun tak sure nak bagi nama ape sebabnya cara masakannya tidaklah sepenuhnya menggunakan teknik goreng.


Mula-mula rendamlah speghety anda sehingga lembut. Sambil itu boleh juga merebus udang. 
Didalam kuali panaskan minyak. I menggunakan minyak jagung. Kemudian tumiskan bahan lain iaitu bawang merah + bawang putih. Masukkan pula cili kisar  + sos cili + sos tomato. Speghety yang telah lembut sepenuhnya dimasukkan kedalam kuali dan gaulkan sama rata dengan cili dan sos tadi. Campurkan sedikit garam. I mahukan speghety yang ada rasa bau yang agak menarik. I masukkan bawang putih yang dicincang halus. Gaulkan dan akhir sekali taburkan sedikit serbuk lada hitam. Pastikan tidak mengoreng terlalu lama speghety tersebut.


Kemudian cepat-cepat angkat speghety yang telah dimasak ke dalam pinggan. Buatlah telur goreng pecah kemudian taburkan diatas menu speghety. Kemudian boleh laa dimakan.  :)


Resepi : (1 orang makan)
:: Speghety
:: seulas bawang merah dipotong halus
:: 4 ulas bawang putih dipotong halus (2 ulas diawal masakan & 2 ulas diakhir masakan)
:: 1 sudu besar cili kisar
:: 1 sudu besar sos cili
:: 1 sudu besar sos tomato
:: Serbuk lada hitam

Kalau uolls nak tau sedap or tak bolehlah mencuba... Ok.. I namakan speghety bawang putih sebabnya hasil menu ni akan mengandungi bau bawang putih.

Monday, May 20, 2013

Begedil Kentang Budget

Pastinya ramai yang suka makan begedil kan? Ia sesuai dimakan bersama nasi atau pun bihun sup. Kadangkala ada juga yang suka meratah begedil begitu saja. Begedil memang boleh dihasilkan menggunakan pelbagai bahan. Contohnya begdil ayam, begedil daging, begedil ikan sardin, begedil sayur dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Disini saya ingin berkongsi begedil yang pertama kali saya hasilkan iaitu begedil kentang. ~hehe~
Saya memang suka makan begedil. Dulu kala pernah sekali cuba menghasilkan begedil tapi tak menjadi. Mungkin dulu minat ke arah masakan tidak kuat jadi apa sahaja resepi yang dicuba tidak pernah berjaya.


Nasib baik minat ke arah masakan masih ada dan sekarang begedil saya telah menjaadi ~wee~  :)
Untuk permulaan saya hanya mencuba menghasilkan begedil kentang. Saya nak share disini bagaimana begedil dihasilkan mengikut edisi begedil budget sesuai untuk dua orang makan ~haa~

Bahan-bahan
2 biji kentang
daun bawang
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam


Cara-cara...
Setelah kentang dibuang kulit dan dibasuh, kentang tersebut dipotong dadu. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Kemudian kentang yang telah dipotong digoreng. Semasa menggoreng kentang saya taburkan garam sedikit dan bawang putih yang telah di potong halus (kecil-kecil). Apabila kentang tadi kekuningan saya taburkan bawang merah yang dipotong halus. Gaul sedikit kemudian angkat semuanya dari kuali. Biarkan sejuk sedikit dan taburkan daun bawang yang juga dipotong halus.


Apabila kentang tadi sudah agak sejuk barulah saya kepalkan gabungan kentang goreng + daun bawang menjadi bentuk bujur. Saiz kepalan bergantung kepada mood anda ye  :) 

Kepalan yang dihasilkan dicelup ke dalam telur. Sebelum itu telur telah ditaburkan sedikin serbuk lada hitam. Kemudian barulah digoreng sekali lagi kepalan kentang yang telah disalut dengan telur. Jangan goreng terlalu lama. Bila dah nampak kekuningan boleh lah terus diangkat dari kuali dan sedia untuk dihidangkan.

Senang kan... :)

Saturday, November 17, 2012

Durian Crepe - Oklaa First Time Cuba...

Salam semua..
Year End Sale dah start kan... bila laa I boleh pegi shopping nih.. ~huu~

Hari ni memang I dah planning nak buat Durian Crepe. Before this, I tak penah makan pun lagi dessert ni. Tapi dessert ni sekarang adalah sangat fofularrr dikalangan orang-orang yang suka makan. Ehh.. orang yang kurang makan pun suka jugak kot durian crepe ni. Mula-mula I macam ignore aje durian crepe ni.. Malas nak belajar sebab I tau mende ni musim aje. Dulu fofular gilerrr pasal macaroon. Lepas tu pavlova. Sekarang durian crepe. Tapi.. I ada terbaca kat blog mana ntah.. soriee lupa nama blog tu.. Durian Crepe resepi berhantu. Haaa kooo... ape yang berhantu pun I tak tau.. so hantu durian crepe ni memanggil-manggil I supaya mencuba try test resepi ni.


I cuba google.. Dapat laa resepi tu. Tak banyak pun bahan yang diperlukan. Tepung gandum, santan, air.. Pastu dah tentu laa derian kan... Semalam I pergi beli derian kat depan Giant. Alaa.. I beli yang dah siap packing punye. 3 pack RM10. I tak beli mahal-mahal sebab baru nak cuba try test kan... Masa I beli derian tu semalam.. ada laa sorang kakak ni.. berebut-rebut dengan I nak beli derian. Macam laa derian tu dah habis. Padahal ade jer lagi derian tu, peniaga tu tengah dok kopek letak dalam bekas polistrin and nak packing. Dalam hati.. mesti kakak ni pun nak buat durian crepe jugak.. ~hee~


Tengah hari tadi I pun memulakan operasi. Dapat laa dalam 24 ketul durian crepe ni.. Tapi nak membuatnyer jenuh jugak I tunggu depan dapur tu nak menggoyang-goyangkan crepe tu. Macam mana laa I nak berniaga nih..kalau meniaga mesti kene buat dalam kuantiti yang banyakkan.. ~huu~


Dan hasilnyaaaaa... Taraaaaaaa...
Ini percubaan pertama jadi lipatan crepe tu tak lah begitu kemas pun. Tapi yang I kurengg puas hati kulit crepe tu I tengok tak selicin macam peniaga lain. I syak ni mesti resepi kat internet yang I follow tu jenis resepi tangkap muat. ~hahaha~ Yerrr.. saya paham kalau kita perlukan resepi yang benar-benar resepi jangan kedekut nak keluar duit pergi belajar kan. Sebab I pun ada ajee keluarkan duit pergi kelas buat cakes especially yang terbaru ni I pergi belajar wat rainbow cake & red velvet cakes. Sebelum pergi kelas tu, I follow resepi kat internet. Tapi langsung tak menjadi. Nak termuak bila makan. Cuba jugak dua tiga jenis resepi. Tapi fail. I geram sangat so I pun terus pergi kelas. Bukan murah tau attend kelas nak dapatkan resepi original & sedap. Perlu keluarkan tiga angka. Lepas pergi kelas.. I try buat guna resepi yang dapat tu.. alhamdulilahhh menjadi. Kawan I makan rainbow cake sampai gian nak makan lagi.. ~huuu~


Jadi sesiapa yang mahukan resepi original yang benar-benar resepi, jangan kedekut keluarkan modal untuk attend kelas. Ni ada setengah orang tu.. dah laa kedekut nak kuar duit, pastu pujuk-pujuk suh ajar buat kek..lepas dia tau buat kek terus cantas bukak bisnes. Yerr..saya faham rezeki masing-masing ALLAH dah tentukan.. tapi kalau I jual cupcakes 1 box harga RM15, dia pulak jual RM14.. ape kejadah namanyaa?? Ok.. tetibe emo pulak.. ~hihi~ bukannye ape.. sebab I dah terkena situasi macam ni.. fobia mak jemahhh..


Owhh.. berbalik kepada durian crepe.. lepas I rasa macam kurang puas hati dengan hasil kulit crepe yang tak licin tu.. maka I try google lagi sekali. Tetibe ada satu hamba ALLAH ni boleh pulak bagi resepi menggunakan 5 jenis tepung kat blog dia.. resepi yang hamba ALLAH ni bagi sangat berbeza dengan resepi yang I buat tadi. Ok.. insyallah minggu depan I nak try resepi yang baru I dapat ni.. nak tengok cun ke tak crepe yang bakal dihasilkan. Kalau tak ok jugak dan timbul ketidakpuasan hati..makanya I perlu pergi kelas juga belajar durian crepe ni. Kekadang pergi kelas pun ada untung jugak tau.. sebabnya kekadang tu tujuan asal nak belajar satu resepi aje.. tapi cikgu masakan yang anjurkan kelas akan offer package dua or tiga jenis masakan / makanan... Pastu kalau kita attend kelas, kita juga diajar skill rahsia yang tak akan dapat dari mana-mana google pun.. Percayalah...  :)


Kalau kali kedua I buat menjadi.. Alhamdulilah.. terima kasih kepada pemberi resepi yang menggunakan lima jenis tepung tu. Moga rezeki beliau semakin bertambah.. ~hehe~ Lepas ni I boleh laa meniaga durian crepe. I fikir-fikir.. sekarang ni memang laa tengah hot durian crepe ni sebab sekarang kan musim durian.. banyak jual sana sini. Tapi nanti kalau musim durian dah habis, kita boleh adjust durian creap ni jadi manggo crepe ke... strawberry crepe ke.. blueberry crepe ke.. kan..??

Owhh..lapar.. jom makan durian crepe... ~hee~

Tuesday, November 13, 2012

Cuti Deepavali Bersama Rendang

Hai..
Happy Deepavali. :)
Rumah belakang yang bertentangan dengan dapur rumah I ni India. Dari semalam I dengar dia keluntang keluntung kat dapur. Maybe tengah prepare rendang kot.. ~hahahaha~

Tahun lepas pun masa Deepavali I masak rendang daging dan pulut kuning. But this year I nak masak rendang ayam dengan nasi impit aje. I tak boleh nak masak rendang daging sebab Mr. Sallehudin tak boleh makan daging. I perasan setiap kali lepas dia makan daging mesti dia bising kat I "sakit kepala". Kekadang tengok dia macam teringin nak makan daging tapi I try avoid masak daging sekarang ni. Bukan dia aje.. I pun teringin gaks nak makan daging masak kicap yang marvelles tu tapi nak wat macam manakan.. I tak mo dia bising kat I sakit kepala.. ~huuu~


Cuti ni tak pergi mana pun.. lepak kat rumah aje sambil tengok drama tamil. Jangan tak tau Mr. Sallehudin boleh layan yer citer tamil kat tv..


Nie rendang ayam yang I masak hari ni..  :) tadi kitorang dah makan nasik pukul 12 lebih.. pastu baru kejap tadi mr. Sallehudin makan nasi untuk kali kedua... Itu belum makan malam lagi... ~hikhikhik~

Owhh... I bercadang untuk ambik order kalau sesiapa yang nak order rendang ayam or rendang daging. Rendang daging RM50 sekilo dan rendang ayam RM50 untuk seekor ayam.. ok tak?
Plsss support me.. hehehe...

p/s: menang giveaway dari http://alyzafisol.com
Dapat voucher starbucks... boleh blanje Mr. Sallehudin

Thursday, October 18, 2012

Picnic Sungai Congkak

Salam dan morning semua.. 
I kena menaip secara pantas sebab kejap lagi nak memasak untuk hubby yang akan pulang dari Miri. ~ehee~ Miri jer pun kan.. bukannyer Jepun ke.. London ke.. Yer laa lepas masak I kena rush pergi amik dia kat LCCT pulak. So I have 30 minutes untuk menaip entry ni.. ~huu~

Ini kisah hari Sabtu dua minggu lepas. Kitorang pergi picnic kat Sungai Congkak. Last sekali kitorang pergi picnic berdua kalau tak silap dua minggu sebelum kitorang bertunang. Waktu tu kitorang pergi Ulu Yam. So kali ni, kitorang decide pergi Sungai Congkak sebab kat situ nak turun masuk air terjun tak tinggi sangat. 

Hubby suh I masak nasi lemak. Dia memang suka nasi lemak yang I masak. Lagipun I cuma reti masak nasi lemak jer.. hihi.. nasi ayam ke, nasi tomato ke.. semua out!! Nasi lemak hari tu berlaukkan sambal sotong, ayam goreng rempah dan telur dadar.


Kitorang sampai kat Sungai Congkak tu dalam pukul 8.30am. Awal kan.. ~hehe~ kitorang kuar dari umah kol 7.30am. I bangun masak nasi lemak dan lauk kol 6am.. Hubby peluk bantal busuk.. ~haisshh~
Yang pasti elok kitorang sampai sangat senang cari port best. Orang tak ramai lagikan.. Kitorang terlupa nak bawak tikar tapi nasib baik ada pondok. Pondok tu pulak tepi sangat dengan tempat nak turun masuk dalam air. Best. Masing-masing perut lapar.. kitorang makan dulu.. Dah makan kenyang, baru terjun dalam air...


Sejuk yaaa amat air ni. menggigil I berendam dalam air terjun tu. Ada laa dekat 45 minit kot dok dalam air.. Pastu kitorang naik atas pondok balik. Rehat dan makan lagiii...  Pastu terjun dalam air... Pastuuu naik atas pondok dan makan nasi lemak lagi. I masak nasi 3 pot memang habis licin dikerjakan kitorang berdua je. Senang citer rosak diet I hari tuuu....


Kawasan air terjun tu memang bersih. Kawasan persekitaran terjaga. Kitorang pergi mandi kat bahagian belakang Sungai Congkak tu. Tapi nak masuk kawasan tu kena bayar laa.. Kalau tak silap sorang RM1 kot. Parking pulak kena RM3. Tapi kalau nak mandi kat bahagian depan pun ok aje. Tapi kat situ pondok kena bayar. Kalau tak silap harga RM5 kot.. ntah laa.. tak hingatt.. Tapi tempat yang kitorang masuk ni cuma bayar entrance aje.. pondok tak payah bayar. Tempat nak salin baju pun ada. Surau pun ada kat situ.


Sampai kol 4pm hokeyyy kitorang melepak kat situ. Penangan berendam lama-lama dalam air, I sampai demam selsema sampai sekarang tak elok lagi selsema ni. ~huuu~

Uhh.. tetibe teringan nak makan nasi lemak bungkus daun pisang. Ahaa.. sebut pasal nasi lemak ni tetibeeee nak berniaga nasi lemak. ~akaka~


Memang best kat situ.. So sebelum balik kitorang couple foto dulu. ~ehehe~..
Sampai rumah.. dua orang budak cute ni terus pengsan sebab penat giler..
owwhh pembetulan.. saya cute banyakkkkkk, husband cute sikittttt jer....
Mesti Mr. Sallehudin hangin baca statement ni.
Okey.. byeee nak masak kari ikan jap..
ADIOS

Tuesday, September 11, 2012

Open House Pertama Kami

Walalalalaa.. penat gilerrr wehhh...
Ni laa first time semangat buat open house. 70% dari semua jemputan tu datang. Terima kasihhh laa sesangat sebab sudi datang. Ini tahun percubaan saja. Tapi memandangkan tahun ni success so boleh laa buat lagi tahun depan dengan jemputan yang lebih dan boleh jemput rakan blogger juga.... Insyallah.. Nak ajak ramai-ramai takut tak muat rumah.. maklum laa rumah comey ajee... :p tahun depan janji suami nak pasang khemah & order catering. hohoho.. janji kena dikotakan tau wahai suami...  :)

Menu hari open house tu nasi impit, ayam rendang, speghetty, mini hotdog, cheese tart, apam polkadot, pavlova, muffins dan semestinya chocolate fountain dengan buah anggur dan strawberry serta minuman sirap. Bayangkan I pergi beli barang-barang untuk masak tu semua dua kali trip. Mula-mula beli hari Selasa. Lepas tu barang-barang basah macam ayam, buah semua beli hari jumaat. Balik beli barang-barang kat Giant pun dah tengah hari.. pastu kalut buat pavlova lagi.. Nasib baik cheese tart & apam tu buat hari Khamis. Ada tempahan dari customer so I selit juga buat untuk I punye event skit.. ~hee~

Malam sebelum tu siap cuci ayam, potong bawang, halia, lengkuas semuaa..dan rebus nasi impit. Untuk rendang dan spegheti I masak pagi hari Sabtu tu. Start dalam kol 9.30am. Punya laa kelam kabut sebab I sorang-sorang aje masak, tak ada pembantu. Tapi alhamdulilah sempat jugak laa sediakan semua sebelum tetamu ramai-ramai datang. Tetamu pertama datang kol 3 ptg. Time tu menu blom sempat hidang lagi. Nasib baik dia ada tolong skit-skit.. ~hahaha~ Pastu yang kelakornye.. I tak sempat mandi lagi time tuuu.. Cepat-cepat cairkan cokelat pastu terus mandi. Siap mandi dan mekap semua..tetamu pun datang.. fuhh nasib baik.. ~ekeke~


Kuah spegheti yang habis dulu. Semua orang cakap kuah ni sedap gilerrrrr.. Hoo kembang jap hidung I.. ~ehee~ Sebenarnya I masak biasa aje kuah tu. campur + campak + lebur... ok dah siap. Rendang ayam tu pun first time jugak buat. Before ni I buat rendang daging aja. Tapi memandangkan kuah spegheti tu dah daging dan suami saya mengalami kenaikan darah tinggi yang melampau so I tukar buat rendang ayam. Guna kaedah yang sama seperti masak rendang daging..tapi juz tukar ayam.. :p


Meja untuk menu berat dan dessert saya asingkan. Meja menu dessert memang menjadi tumpuan sebab ada chocolate fountain. Memang laku choc fountain tu. Jiran sebelah pun macam ala-ala nak order choc fountain tu untuk open house dia next week. ~ahaa~
 

This is my pavlova. Ramai cakap pavlova I memang sedap giler sebab kurang manis. So boleh makan dengan enjoy sekali. Alhamdulilah. Banyak feed back yang I dapat kata semua menu hari tersebut memang sedang especially spegheti dan pavlova...   :) So lepas ni bolehlaa I bukak order pavlova under produk my lil own business.. 
- sweetheartstories cupcakes & craft -
 

Tengoklah tuu.. jgn katakan tetamu kanak-kanak, tetamu dewasa pun serbu chocolate fountain tu... kesimpulannya, dessert ni memang sesuai dan tak rugi kalau dimasukan sekali dalam menu untuk majlis open house uolls.. tambahan..birthday party & wedding pon boleh. Jadi mari ramai-ramai booking dengan saya. :)

Sebenarnya menu hari tu tak cukup. Sebab ada lagi tetamu yang datang malam. Suami keluar nak pergi beli satay tapi kedai satay tutup. So.. I masakkan aje spegheti goreng. Itu pun setel. Alhamdulilah & lega rasanya sebab semua menu habis dan tak berlaku pembaziran...

I dengan suami memang bz sangat melayan tetamu sampai tak sempat langsung nak ambil gambo tetamu yang datang.. sangat frustt..  ;p

Saturday, May 5, 2012

Saturday Lunch : Sotong masak Kunyit & Cendawan Goreng Tepung

Happy Saturday semua...
Ada yang kerja ke hari ni? Selamat berkerja dan kerjalah dengan cemerlang. (ucapan tu khas untuk mereka yang bekerja pada hari Sabtu saja)

Semenjak jadi isteri ni, I suka sangat nak masak-masak dan cuba masakan baru. Dulu tak pernah langsung I beli buku resepi tapi sekarang ni rajin pulak beli majalah resepi keluaran setiap bulan.
Hari ni lunch me & Mr. Sallehudin ialah sotong masak kunyit dan cendawan goreng tepung.

Sotong ni I beli petang semalam kat kedai runcit tapi kedai tu ada jugak jual ikan, ayam, sotong, udang dll
I beli empat ekor sotong tapi pilih yang agak besar jugak. Then, I beli jugak sayur kancang panjang.


Sotong masak kunyit ni simple aje. Tak taulah orang lain masak macam manakan tapi for me senang aje..
Mula-mula tumis bawang putih & bawang merah sampai naik bau. Masukkan sedikit air. Masukkan serbuk kunyit dan masak lagi. Then, I masukkan garam dan sedikit ajinomoto. Pastu masukkan sotong dan kacang panjang. dan masak lagi.. Cili merah pun masukkan juga. So nampak laa cantik sikit sebab ada warna merah


This is my first time I masak masakan berasaskan goreng tepung dan menjadi. Sebelum ni I dah try wat udang goreng tepung or sotong goreng tepung tapi tak pernah jadi. Sotong or udang tak melekat kat tepung.  Tapi kali ni I wat cendawan menjadi pulak. Alhamdulilah. Rasanya pun not bad  :)


okies. After this nak mengemas dapur pulak. Actually nak tukar susun atur kabinet dapur. Dan orang yang perlu membantu saya adalah Mr. Sallehudin.
Chayoookkk!!