Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, September 1, 2011

Baju Raya Saya Dan Dia

Raya ke tiga baru sempat nak ber'blogging'..
Ini cerita tentang baju raya saya  :)  Kain untuk buat baju raya adalah dari hantaran pertunangan hari tu. Nak tempah kat tailor dah tentu tukang jahit dah tak nak amik tempahan kan.. So my future MIL yang tolong jahitkan baju kurung raya saya. Ada dua pasang kain. kedian ada sepasang lagi kain tu dari tahun lepas simpan tak penah jahit lagi. So bagi sekali suruh future MIL jahitkan.
But, future MIL sempat jahitkan dua pasang baju kurung moden aje.. yang sepasang lagi dah siap tapi die cakap nak alter sikit sebab die jahit kecik sikit. Dia takut saya tak muat nak pakai.

Baju kurung moden dari kain Shifon two tone. Baju ni pakai masa 1 Syawal. Sebab nak ikut theme Mr. Sallehudin pakai baju melayu kaler biru jugak.
Tudung my mom punye. Dia tak nak pakai tudung tu so my mom bagi kat saya. Ok laa kan.. Nasib baik 'matching' jugak. Kat lengan baju tu saya jahit bunga timbul skit, so tak lah nampak kosong sangat baju tu..

Baju kedua dipakai pada 2 Syawal yang dijahit oleh future MIL. Baju ni pun saya jahit bunga timbul kat bahagian kanan depan baju. Tudung pula saya guna tudung semasa bertunang dulu. Recycle laa..

Baju ketiga dipakai masa 3 Syawal. Actually ni baju raya tahun lepas. Dah tak de baju kurung yang lain so pakai aje lah baju ni. Tudung pula dari koleksi my mom. Pinjam die punye tudung.. hikhik.. Harap-harap baju raya saya yang ketiga dibawa oleh Mr. Sallehudin masa kunjungan beliau ke rumah saya raya kelima nanti.. huhu... Nak pakai pegi kenduri..

Ini baju melayu tunang saya  :)  Mr. Sallehudin. Baju tu tempah kat sorang pakcik yang tinggal kat Padang Balang pada Ramadhan pertama. Price is RM70.  Dua hari sebelum raya baju dah siap dan pergi laa amik kat pakcik tu. Tapi baju adalah sangat besar... Mungkin ke Mr. sallehudin mengalami penyusutan badan yang melampau atau pakcik tukang jahit tu salah potong kain?? ~huuuu~

Ini tunang saya yang cute dan comel macam saya.. hahahaha... pakai songkok macam pakai tarbus.. Lepas semayang raya die dah tukar pakai t-shirt. Haiyooo...

No comments:

Post a Comment