Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Baking. Show all posts
Showing posts with label Baking. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Friday, June 22, 2012

Tempahan Biskut Raya

Hai readers..
Apa khabar.. ewah-ewah.. muka ada senyummm petang hari Jumaat ni. Maklumlah esok dah weekend, cootiii... Kalau uolls nak tau I hari-hari senyummm.. ~ekekeke~

Alhamdulilah. keputusan saya berenti kerja kali ni tak sia-sia. Alhamdulilah lagi sebab Sweetheartstories sentiasa menerima booking setiap minggu untuk Candy Buffet & Chocolate Fountain Package. Sampaikan I nak pegi berjalan hujung minggu pun tak boleh.. ~ekeke~ Nampaknya slot bulan Julai ni macam ada kosong. Kemungkinan I akan pilih salah satu slot untuk buat fotoshoot garden candy buffet. Mr. Sallehudin akan menjadi cameraman nyerr... Semuanya masih dalam perancangan. Belum confirm betul-betul lagi..  :) Actually fotoshoot ni saja dibuat sebab I memang teringin sangat nak fotoshoot picnic theme. Sejak dari sebelum kawen memang berangan nak wat pre-wedding konsep picnic. Tapi time tu masa memang tak de langsung sibok memanjang. So hopefully menjadi lah planning kali ni.. Lagipun I nak meraikan tarikh anniversary setahun pertunangan kami.. ececehh.. dah kawen pun sebok nak rai tarikh bertunang jugak.. huhu... Maybe I akan jemput beberapa orang rakan-rakan aje untuk menghabiskan semua makanan kat candy buffet tu after fotoshoot. ~ekeke~

Well... puasa pun dah nak dekat ni. I ada jual biskut raya tau. Biskutnya sama jugak macam tahun lepas. Ada biskut aiskrim, biskut badam berceri, biskut sampan, choc cereal dan corflakes bermadu. Lima jenis tu.. I memang tengah cari ejen nak menjual biskut nie.. Sesape yang berminat nak tempah biskut raya or berminat nak jadi agen boleh emel to cupcakesmuffins@gmail.com. Senang ajeee.. uolls juz beli sampel set biskut raya I then bagi uolls punye customer makan... Pastu agen order dari I nak berapa balang.. Lima balang.. sepuluh balang.. dipersilakan..  :) I akan deliver semua tempahan dari agen dalam minggu ketiga berpuasa. Orang perseorangan yang nak menempah pun dipersilakan.... orang perseorangan pun I akan deliver biskut dalam minggu ketiga Ramadhan jugak..  :)

Owhh... kalau diizinkan ALLAH.. kalau kudrat I ni mampu.. maybe I akan ambik order kek pada munggu ke empat Ramadhan.. Nama kek tu KEK SULTANA.. sedap tau. ni resepi turun temurun dari my mom..  Kat tengah-tengah kek tu letak jem strawberry.. Tapi I tak pikir lagi baper harga kek tu dan bentuk kek tu.. sama ada bulat or empat segi. hihihihi.. kalau ada permintaan untuk kek, baru I akan announce harga kek tu yer..  :)

Okey.. eloklah I berundur diri dulu sebab I nak masak nasik.. Nak bagi husband makan.. kesian dia.... dah bagi hint kat I tu.. lapaq... ok.. I masak sekarang.. adioss...


Thursday, May 10, 2012

Gerai di Karnival Puspanita

Hi semua..
Lama jugak I tak update blog kan. A bit busy sesangat. Hari Ahad lepas I balik rumah mak mertua I kat Gombak sebab I nak belajar buat roti dengan dia. Hasil buat roti memang sedap tapi proses buat roti agak rumit jugak. Macam-macam design roti yang I buat. Ada buat roti hotdog, roti inti kaya, roti ala-ala pizza, roti cheese dan ada juga roti pisang. 
Roti pisang tu idea from Mr. Sallehudin. Pisang potong nipis-nipis pastu letak atas roti. Pastu lepas siap masak.. rasa sangat marvelos hokey. Pandai jugak laki I ni cipta resepi. Kalau resepi pelik-pelik tu memang dia boleh cipta hokey..  :)

Isnin dan Selasa yang sangat memenatkan. Sebab I baking cupcakes dan prepare kuah rojak sebab Rabu dan Khamis I nak meniaga kat Karnival Jualan Puspanita di Putrajaya. I jual rojak buah, makaroni bakar, cupcakes and macarons.


This is the gerai jualan. Sewa RM100 for two days. Tengok dari pic atas ni mesti dapat agak macam mana crowd kan... my first day jualan agak memberansangkan. Rojak buah habis pukul 5ptg. Macaroni bakar pun setel. Macarons tinggal lagi separuh balang. Cupcakes jer kurang laku. Mr. sallehudin cakap sekarang ni cupcakes macam dah tak laku. Sebab dah terlalu ramai orang jual dan boleh buat cupcakes sendiri. Yupss.. I pun akui.  
For the second day, sale memang slow giler. Walaupun ahli puspanita datang ramai dari seluruh pelusuk dunia.. (hehehe) tapi after meeting dengar cerita ahli-ahli puspanita diberi makan tengah hari oleh penganjur. But my rojak buah pun slow jugak sale. Memang nampak hari kedua tak ramai yang datang ke gerai makan berbanding hari pertama.

Ini cerita about macarons. Macarons ni memang dah banyak kali saya buat tapi tak pernah menjadi langsung. Rasa memang dah ok tapi nak menjadi dengan perfect adalah sangat sukar. Kebetulan, hari Selasa saya try buat macarons ni. Saya dah pecah trlur dari Ahad malam lagi. Finally Alhamdulilah..menjadi :)  Tapi saya rasa perlu banyak improvement lagi.
- kulit macs perlu lagi licin
- besarkan sikit saiz macs
- cuba kurangkan manis macs
- upgrade flavor macs

Then, bila dah complete semua kekurangan so barulah saya yakin untuk terima order dari customer. Tapi buat masa ni still kene practise lagi..


Disebabkan macarons ala-ala jadi gitu.. Rasa sangat happy dan puas hati. Mr. Sallehudin suruh bawak pergi jual kat Jualan Puspanita. Tak kisah laa tak berapa cantik dan walaupun satu balang aje. try market. So I bawak jual. I jual murah jer.. promo sempena berjaya wat macarons.. hehe..
 

Lepas balik meniaga dua hari ni.. malam ni rasa betul-betul letih dan macam nak demam dah. Lenguh semua badan. Jari-jari pun rasa kebas dan pedih, rasa kulit jari jadi nipis. Maybe sebab banyak pegang nenas, mangga. My hubby cakap kena bisa nenas kot.. agaknya lah kot..

Okey.. nak masuk tidur.. Niteee.. zzZZzzz...

Friday, May 4, 2012

Breakfast & Green Cake

Its Friday..
Pagi ni Mr. Sallehudin request nak breakfast telur separuh masak. Okey..no problem  :) will do for you with love.. muahhsszz. Dua biji telur separuh masak dan dua ketul hot dog.


Lepas Mr. Sallehudin pergi kerja, I pun buat breakfast untuk diri sendiri pulak. Goreng empat ketul nuggets aje. 



Tengah makan tetibe Mr. Sallehudin Wats Up. Dia cakap dah sampai depan office tapi sakit perut yang teramat.. pulak..  So balik umah..

Dalam pukul 11am kami sekali lagi pergi klinik. Kali ni doktor bagi ubat yang power kot. Kurang sikit sakit perut dan dah kurang masuk toilet buang air besar. Doktor pun ada buat surat refer to hospital swasta pulak. So.. tengoklah nanti macam mane yer.. Harap lepas ni cepatlah sembuh pastu boleh pergi cameron Highlands lagi.. ~hikhikhik~

Mari tukar topic. Last nite I baking cake. Four Layer Green Butter Cake.Saje-saje baking cake sebab pertamanya tiba-tiba teringin nak makan kek. Keduanya nak tambah portfolio gambar cake dalam Sweetheartstories fanpage. Ketiganya sebab semalam our 1st anniversary Mr. sallehudin jatuh cinta dengan I.. ~hikhik~ Love U muchhhhh...


Ini the making of.. Mr. sallehudin yang sapu topping atas kek tu. bagus dan pandai. macam tu lah kalau jadi suami orang bisnes cake. Secara otomatiknya jadi pandai sapu krim cake. Lepas ni boleh tolong I buat cake kan...  :)
 

Lepas sapu topping, I buat roll ala-ala bunga. Rupanya tak laa susah sangat buat roll macam tu. Rasa enjoy tapi perlukan krim yang agak banyak untuk hasilkan roll yang macam ni.
 

sedap.. nyummiii nyummi... Mula-mula nak buat warna biru. I letak pewarna biru dalam adunan. Tapi I terlupa adunan adalah warnak kuning. Kalau kita campurkan kuning dan biru makanya ia akan jadi warna hijau. Tapi I berpuas hati  :)
 

I ambik order untuk cake yang macam nie yer. Cake ni sesuai dibuat hantaran, untuk majlis kenduri dan etc.
Uolls semua.. marilah LIKE fanpage Sweetheartstories Cupcakes & Craft

Saturday, April 21, 2012

Rainbow Cake

Yeahh..
Happy saturday..
Finally dapat jugak I buat rainbow cake ni. Dah lama menyimpan hajat nak cuba wat cake ni. Setelah di google warna-warna untuk rainbow cake, I pun mula mem'baking' dalam mini studio baking I yang tak seberapa tu.. :p
Resepi yang I gunakan adalah resepi sendiri. Walaupun ada juga kat internet tu resepi khas untuk rainbow cake ni but I tak berminat nak cuba resepi tu sebab takut tak jadi. So bila dah jadi nanti akan membazir barang-barang seperti mentega, tepung dan telur.. kan...kan....  :)

Tempoh masa nak hasilkan cake ni agak lama sebab nak bakar satu-satu. Cake tu dah ada enam kaler dan setiap satu kaler dalam 35 minit tempoh pembakaran.  Jadi kalau dah enam warna, total lebih kurang empat jam. Actually kalau kita ada loyang saiz yang sama lebih dari satu tempoh pembakaran akan jadi singkat tapi I dah ada 1 loyang aje saiz 7 inci...

Ketebalan untuk setiap kaler yang saya hasilkan agak tebal. Sepatutnya perlu buat lagi nipis barulah hasilnya nampak lebih cantik. Perlu percubaan sekali lagi nampaknya..  :) kali ni sebelum buat I kena beli satu lagi loyang saiz 7 inci jugak lah..  

 

So.. this is the color yang I buat. Cuma kaler purple tu agak kurang menjadi.
Insyallah, start next week I dah bercuti panjang so bolehlaa I try buat banyak lagi cake..

Sunday, February 12, 2012

Sunday

Hi and good morning..
Pagi hari Ahad yang damai dan tenang. Esok pagi Isnin yang bosan, tak de mood, stress dan bla bla..
Semalam dah siap buat cookies.
 
 cookies dalam oven

Pagi ni nak buat apam polkadot pulak. Before that.. saya senaraikan beberapa list remeh yang kene setelkan before 16 March.. uhukuhuk..

:: Uncang - belum siap
:: Item 2 dan item 3 untuk goodies beg. Item 1 dah beli
:: Guestbook belum binding
:: Foto-foto belum print
:: Backdrop katil - DYI belum siap
:: Backdrop untuk meja pengantin - DIY belum siap
:: Bantal nikah belum beli
:: Decoration item untuk pelamin belum beli
:: Lantern belum beli
:: Dessert for candy buffet - beli seminggu sebelum majlis
:: Botol kaca for centerpiece tak cukup lagi
:: Bunga untuk letak dalam botol kaca takde lagi
:: Food label & food signboard
:: kasut nikah, sanding & bertandang belum beli
:: Fabric handboutquet belum buat
:: Canvas printing & easel belum tempah
:: Baju untuk flowergirl pun takde lagi
:: Edar kad jemputan tak habis lagi
:: Baju nikah, sanding, bertandang - tak tau ape citer
 
Banyak lagikan.. ~uhukuhuk~

Sape boleh tolong saya buat burung nie?  :)

Monday, August 8, 2011

Menu 8 Ramadhan & Macarons

Menu 8 Ramadhan

Nasi Dagang + ayam masak merah
Air Cendol
Macaron [Yang tak jadi..huhu]

Hari ni berbuka seorang diri kat rumah aje. So pergi Pasar Ramadhan Taman Equines beli nasi dagang & air cendol.
Nasi dagang selalunya makan dengan gulai ikan tongkol. Tapi saya kurang minat makan ikan tongkol tu so saya tukar dengan lauk ayam masak merah. Nasi dagangnya terlalu 'sticky' dah rasa macam makan pulut, tak sama yang saya makan di Terengganu. So memang kurang enak sikitlah nasi tu...


Air cendol pula memang sedap bila tengok kat bazaar tu.. maklumlah pukul 4pm time singgah di pasar tu.. so nafsu makan dan minum agak kuat sikit laa.. tambah pulak cuaca memang panas terik..Tapi amat frust sebabnya air cendol tu dicampurkan dengan air soya. So ada bau & rasa soya. Saya memang kurang minat dengan air soya ni. Tak habis pun minum. uhuhu..


okey.. lets we talk about macarons. Sejak akhir-akhir ni macaron memang top di kalangan masyarakat Malaysia. Sana sini sebok pasal Macarons. Macarons adalah makanan orang Perancis dalam setiap hidangan mereka sebagai pencuci mulut. So, saya pun excited jugak nak cuba buat macarons. Dan hasilnya.. ~goshh~ first time buat macarons. Dan bukan senang nak buat bagi jadi dan nampak cantik. One of my frens.. percubaan kali ke empat baru menjadi. Okey.. I will usaha sampai berjaya..

Huduh sungguh my macarons..!

Sunday, July 24, 2011

Cheese Cake & Blueberry Cheese Tart

Salam & Hye..
Pagi Ahad.. cuaca baik. sesuai kalau nak pergi picnic kat air terjun atau pergi mendaki kat Bukit Broga
Saya teringin nak pegi ke Bukit Broga tu tapi tak sampai-sampai lg ke sana. Dengar cerita kat area tu ada air terjun..  :)

Last nite.. try to baking somthing.. nak tau ape..??
CHEESE CAKE
berpandukan beberapa resepi tengok kat google & blog masakan, cuba jugak laa wat cheese cake nih. Sebelum ni dah biasa sangat wat chocolate cake. So ni 1st time wat cheese...

Saya combine biskut marry & biskut Digestives as a base..
And.. bla..bla..bla..

Lepas bakar sejukkan seketika. Kemudian masukkan dalam peti ais. Lebih kurang 20 minit aje masuk dalam peti ais sebab dah tak sabar nak rasa cake tu. Tapi tetibe terpikir.. cane nak kuarkan cake dari loyang? sebab cake tu melekat kat loyang... OMG!!
Sepatutnya guna aluminium foil kot kan.. baru senang nak kuarkan cake tu..

Finally, saya try tonggengkan loyang tu. Rasa macam ada keluar somthing.. huhu
My cheesecake hancur..  :(   So, saya potong dua bahagian. Yang tak hancur tu saya keluarkan pelan-pelan. Then hiaskan sikit dgn blueberry jelly.
 Rasa sikit... alamak.. macam tak sedap aje.. hmmm.. macam raasa tawar kot cheese tu. Sepatutnya ikut resepi kene letak jus lemon. Tapi saya xde jus tu so saya taruk aje orange paste. Sebab tu rasa x sedap kot kan?? huhu.. Hmm.. simpan aje lah dalam peti ais. Inform kat Mr. Sallehudin my cheesecake tak menjadi. Tapi dia cakap dia nak rasa jugak.. ok2.. laaa

Tapi pagi tadi kuarkan dari peti ais & try rasa sikit.. hmm.. sedap pulak. Cuma I think, tak cukup kaw kot ramuan cheese cake nih.. Perlu cubaan kali kedua. Whipping cream ada lagi. Whipping cream tu perlu gunakan dalam tempoh tiga hari selepas dibuka. Kali ni kene letak aluminium foil & jus lemon. Malam ni cuba wat sekali lagi lah. Tapi guna resepi yang lain pulak.

And.. my blueberry cheesetart menjadi.. hoyeyy!!  :)
Dulu penah wat skali tapi kulit tart tak menjadi.. Kulit tu selebet lain macam aje. So Im fade-up.
Kali ni buat.. oklaa jugak dari cubaan pertama dulu...

Orait.. nak continue wat cupcakes..  :)