Taraaa..
My baju raya :)
1st Syawal pakai baju kaler merah. Dress labuh dan ada labuci di bahagian dada. material kain chiffon. Suami pulak baju melayu merah yang dibeli di Butik BAK. Untuk tudung pula, I guna shawl yang dah sedia ada. I tak membazir wang nak beli shawl baru. Lagipun shawl ni I jarang pakai. Nampak macam match dengan baju. Suami pula cuma beli butang baju melayu yang baru saja. Beli di uptown Kota Damansara, tiga hari sebelum hari raya. Time tu semua peniaga dah pakat nak lelong barang jualan diorang. Sampin tu pulak kalau uolls perasan adalah sampin yang suami pakai ketika upacara akad nikah.. ~hee~
2 Syawal tiada pemakaian baju raya pada hari tersebut memandangkan perjalanan dari Melaka to bagan Serai mengambil masa hampir satu hari. Sampai aje kat umah terus driver pengsan. Cian diaaa...
3 Syawal pakai baju kurung polkadot kaler purple+putih+pink. material ialah cotton yang lembut dan selesa dipakai. Kain ela ni sebenarnya dihadiahkan oleh kawan I semasa majlis kahwen tempoh hari. :) thanks elly for the owesome cotton. So I hantar tailor untuk jahit baju kurung moden. Suami pula menggayakan t-shirt dari Geordano. T-shirt ni dibeli lebih kurang 10 bulan lepas. Nampak macam ala-ala sendat aje baju ni. Mungkinkan suami I mengalami penambahan jisim? Shawl purple I beli secara pukal gi GM Kelang so I ada 12 helai shawl yang berwarna warni :)
4 Syawal menggayakan baju kurung moden warna biru. Material kain juga adalah chiffon. Kain ni dihadiahkan oleh my mom. I tak tau mana dia beli kain ni.. tau-tau aje dia bagi kat I kain tu dan I pun hantar tailor. Suami pula menggayakan t-shirt sedia ada. Kesian dia..sebab dia tak beli t-shirt raya pun. Tapi tak pe.. I dah belanje dia makan steak malam semalam.. :) Shawl biru I beli secara pukal di GM Kelang. :)
7 Syawal menggayakan baju kurung moden warna brown. Sorry sebab waktu pakai baju ni I tak bergambar bersama suami. Maklumlaa semuanya sebok makan-makan dan beraya.. I pun pose gambar ni dengan pantas sekali. Kain ni I tak tau jenis material ape..tapi still selesa ketika dipakai. My mom jugak yang bagi kain ni so I pergi hantar tailor untiuk dijahit. shawl brown beli secara pukal di GM Kelang.
Tahun ni semua baju kurung moden ditempah. Cuma selai dress saja yang beli ready made. Nasib baik baju I tailor dapat siapkan semua..:) Insyaallah tahun depan I beli ready made saja sebab lebih murah dari menempah...
No comments:
Post a Comment