Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, June 16, 2013

Untuk Esok

Hai.. 

I dah nak balik KL kejap lagi.. Tadi lunch makan nasi dengan sambal udang petai. Gilerr sedapp. ~hehe~ biasalaa balik umah mak bapak asyik makan sedap memanjang..

Program diet I akan bermula Isnin ini. Antara yang I nak buat Isnin nie..:

1. Bangun pepagi, minum air suam sebanyak satu cawan.
2. Lepas Mr. Sallehudin pergi kerja I nak pergi beli nasi lemak dengan jalan kaki. Beli kat simpang depan rumah. Makan nasi lemak pastu goreng fun fries dengan minum air milo. 
3. Lepas makan dan minum air milo, minum air suam satu cawan. Setiap setengah jam akan minum lagi air suam secawan.
4. Tengah hari I nak makan meatball buat sendiri dengan sos cendawan
5. Paksa Mr. Sallehudin download lagu earobik banyak-banyak. 
6. Masak nasi untuk Mr. Sallehudin makan bila dia balik kerja nanti. Pastikan I tak duduk semeja bila die makan. I akan duduk depan tv sambil menonton Teduhan Kasih
7. Malam pula I nak minum air suam lagi..
8. Malam tidur


Photo: Suami saya memang low profil orangnya.. #melawatkawasan #saturday #weekend

Ini gambar terbaru I. Baru semalam snap. Sedih melihat gambar terkini dan gambar dulu. Jauh berbeza.. ~sobsobsob~

Saturday, June 15, 2013

Owhh.. Berat Badan Ku..

Holaa semua and happy weekend..

Last nite I dah sampai kat kampung rumah my parents. Bertolak dari Shah Alam pukul 6.30pm lepas Mr. Sallehudin balik dari kerja dan sampai kampung lebih kurang pukul 10.30pm. Singgah makan di RnR Tapah. Lepas makan sambung perjalanan. I pulak sambung tido. ~hehe~

Okey..sebenarnya ini bukan topik utama hal yang I nak ceritakan. Ini ada hal lain yang lebih penting yang membuatkan I sangat trauma. Owhh..bukan cerita menakutkan di sepanjang lebuhraya ye..

Dulu I pernah cakap yang hilang selera makan. Cuba tengok ----> LINK INI tapi selepas itu, selera makan I dah kembali normal. Malah  bukan normal saja tapi dah terover sesangat pulak. Pagi petang siang malam asyik nak makan aje. Mr. Sallehudin makan pasembor, I pun makan juga menu yang sama tapi siap ada extra bihun goreng lagi. Terjaga tengah malam rasa lapar sesangat. Dah cuba minum air tapi still lapar. Akhirnya kek dalam chiller dibedal. Ataupun kekadang ada balance nasi masa makan malam pukul 7pm, so nasi tu I bedal juga dan dimakan bersama telor goreng. ~ngeri~

Sesampai saja di rumah, I terus membuat penimbangan berat badan. Actually I dah berbulan juga tidak menimbang berat badan. Dengan rasa excited, teruja dan berdebar-debar, I meletakkan kedua tapak kaki dan juga body diatas penimbang. Masyaallah!! adakah ia benar?? Mungkinkah penimbang ini rosak? Pencapaian yang tidak dijangka-jangka. 58.5kg. Owhhhh noooooooo!!!.. Saya tidak menjerit dan berdiam diri sambil didalam hati sangat tidak keruan.. ~sobsobsob~

Di dalam hati rasa teragak-agak nak beritahu kisah sebenar atau tidak kepada Mr. Sallehudin. Puas berfikir. Akhirnya saya beritahu juga. Tapi tidak secara face to face, memberi kiasan melalui facebook. Akhirnya setelah beliau mengetahui perkara sebenar.. beliau ketawa besar terbahak-bahak sambil berguling-guling dan mengelarkan diri saya 'budak gemuk' ~sobsobsob~ sungguh kurang sopan beliau kan..

Tadi saya telah meng'google' Tips Menurunkan Berat Badan. Banyak juga idea yang diperolehi. Mungkin ada satu dua idea yang boleh I follow. Antaranya minum air kosong 500ml sehari. Owhh..macam agak pengsan gaks nak follow tapi boleh try ni. Dan saya ada terbaca dalam blog Hanis Zalikha .. Antaranya:

Pernah dengar 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar'? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner Keknis memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit. Amalkan.

Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Okay ini tips untuk tak terlebih makan masakan Mama. Mama masak super sedap okay, and for me, kalau makan guna tangan memang kerja nak menambah nasik ajer! Sedap betul ya jus-jus tangan. Memang bagus makan pakai tangan sebab peluh tangan boleh hadamkan makanan itu sekali, tapi, kalau dah portion tambah nasi 3kali ganda... sila pahamkan konsep. So, bila nak kawal nafsu, memang Keknis makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! Tak tambah nasik! Terel :') (sudu kurang nikmat hahaha)

Jangan malas berpeluh. Pagi-pagi Keknis akan menari sebelum mandi. Ada yang tanya menari camnerrrrrr tuewwwww? OMG korangz. Menari jelah macam mana pun. Macam parodi Shae Sayang tuh pun kalau bersungguh buat sure berpeluh. Berpeluh untuk 30minit baru sejukkan badan dan shower. Rasa segar gila nak pergi kerja, selain menggunakan semua benda yang dah anda pelahap itu sebagai tenaga :') Tak sia-sia makan... bukan untuk tambahkan ukuran lilitan pinggang.

So.. rasanya idea yang diberikan oleh Hanis Zalikha ini boleh diikuti juga.. Apa kata kita mulakan dengan tips yang diberikan oleh beliau..insyallah dengan semangat yang jitu mungkin akan kembali kepada berat seperti zaman sebelum kawen dahulu.. 

Mr. Sallehudin adalah sebagai pembakar semangat untuk saya cuba menurunkan berat badan. Pastikan ejekan beliau itu sebagai motivasi dan saya akan buktikan yang saya akan mendapat berat badan seperti dahulu. Paling busuk pun 53kg.. 5kg perlu dihapuskan dalam tempoh tiga bulan. ok tak??




Friday, June 14, 2013

Projek Nak Menjahit

Hai.. and happy Friday. Petang ni I nak balik kampung saya. Dah tiga bulan tak balik. 

Tadi I baru balik dari beli kain. ~haha~
Memandangkan puasa tahun ni I tak meniaga biskut raya secara besar-besaran so I planning nak menjahit shawl untuk diri sendiri jer. Idea dan design dah ada cuma usaha untuk merealisasikan shawl yang dihasilkan dari tangan sendiri tu akan mengambil masa jugak laa.. Hope raya dapat pakai shawl sendiri  :)

I beli kain murah je. Kain polister semeter RM5 kat Nagoya. Kaler hijau, pink, purple and blue. Nampak tak kain polkadot biru dan kain bunga biru tu? itu bukan untuk projek shawl tapi nak buat uncang. :)

Photo: Memandangkan Ramadhan tahun ni tak meniaga biskut raya secara besar²an..apa kata kite mulakan dengan projek menjahit shawl dan uncang hamper mini raya..hehe.. Harap saya rajin menjahit dan shawl saya menjadi.. :) #projek #menjahit #fabrik

Tibe-tibe bersemangat sungguh nak menjahit nih..
Harap esok di kampung boleh start potong kain dan menjahit.

Wish me luck (^_^)

XOXO

Wednesday, June 12, 2013

Servis Chocolate Fountain Saya ke Gua Musang

haii..
Servis chocolate fountain saya dah sampai Gua Musang. :) Ini kali kedua saya ke sana. Seronok sebab sambutan dari warga Gua Musang sangat memberansangkan. Tak cukup tangan saya nak handle seorang diri. Mujur ada Mr. Sallehudin yang sudi membantu dan meminta di bayar upah. ~hehe~

Kagum juga dengan diorang ni. Terima kasih sebab tolong saya menghabiskan semua menu yang ada atas table dessert buffet tu. Menu habis cepatlaa saya packing barang-barang dan cepatlaa saya dapat payment.. ~ekeke~


Seronok tengok diorang excited makan starwberry cicah chocolate tu. Ada juga yang bertanya "macam mana cara nak makan ni..?" ada juga yg tengok pancuran chocolate tu tanye.. "ehh..chocolate ke ni??" 


Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Habis saja semua menu tu, saya pun berkemas semua barang-barang dan setelkan semua payment. Majlis ni diadakan di Kesedar Inn Gua Musang. Bilik hotel telah disponser oleh tuan rumah. Terima kasih atas layanan. 

Alang-alang dah sampai ke Pantai Timur, saya dan mr. Sallehudin planning untuk sambung percutian ke Kuala Terengganu.. ~horeyyy~

Sesiapa yang berminat untuk booking pakej chocolate fountain untuk majlis wedding, boleh email to cupcakesmuffins@gmail.com

Monday, June 10, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Happy Monday  :)

Saya sangat teruja nak membeli novel Sebenarnya Saya Isteri Dia disebabkan drama ini yang sekarang ditayangkan setiap hari Jumaat di TV3. Kalau tak silap Jumaat lepas sudah episod ke sembilan. Dan komen di FB Sebenarnya Saya Isteri Dia menyatakan drama ni sangat sweet dan romantik comedy. Yess.. Memang benar sebabnya semasa saya menonton drama ini episod 7 kalau tak silap.. ketika tokwan terus masuk ke bilik Firash tanpa mengetuk pintu maka terhambur gelak besar.. hahaha.. Mujur waktu itu saya menonton seorang diri kerana suami waktu itu outstation ke Singapore. 

Disebabkan terujaan menonton drama tersebut, saya sangat gigih mencari novel ini dan akhirnya dapat membeli pada harga RM30. Memang tebal dan saya dah habis membacanya  :)


Jalan cerita drama dan novel bukan 100% sama. Drama telah diolah semula mengikut kesesuaian supaya nampak lebih ringkas tetapi 'point utama' masih tidak lari dari novel asal. Sebagai contohnya, di dalam novel Shaf, Firash & mama pulang ke kampung untuk menyambut hari raya tetapi di dalam drama tidak ada suasana raya sekadar mengadakan kenduri tahlil. 

Walaupun drama telah diolah semula, jalan ceritanya masih lagi menarik dan boleh membuat penonton ketawa termasuklah saya.. ~hehe~ 

Yang amat menyedihkan saya terlepas meonton episod 8 dan 9. Saya ingin meminta jasa baik sang suami untuk mendownload episod yang tertinggal kerana saya tidak ada akaun TONTON. hehe..

p/s: Nak tanye novel Teduhan Kasih best tak? sebabnya saya tidak pernah langsung berkesempatan nak menonton dramanya...