Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, June 10, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Happy Monday  :)

Saya sangat teruja nak membeli novel Sebenarnya Saya Isteri Dia disebabkan drama ini yang sekarang ditayangkan setiap hari Jumaat di TV3. Kalau tak silap Jumaat lepas sudah episod ke sembilan. Dan komen di FB Sebenarnya Saya Isteri Dia menyatakan drama ni sangat sweet dan romantik comedy. Yess.. Memang benar sebabnya semasa saya menonton drama ini episod 7 kalau tak silap.. ketika tokwan terus masuk ke bilik Firash tanpa mengetuk pintu maka terhambur gelak besar.. hahaha.. Mujur waktu itu saya menonton seorang diri kerana suami waktu itu outstation ke Singapore. 

Disebabkan terujaan menonton drama tersebut, saya sangat gigih mencari novel ini dan akhirnya dapat membeli pada harga RM30. Memang tebal dan saya dah habis membacanya  :)


Jalan cerita drama dan novel bukan 100% sama. Drama telah diolah semula mengikut kesesuaian supaya nampak lebih ringkas tetapi 'point utama' masih tidak lari dari novel asal. Sebagai contohnya, di dalam novel Shaf, Firash & mama pulang ke kampung untuk menyambut hari raya tetapi di dalam drama tidak ada suasana raya sekadar mengadakan kenduri tahlil. 

Walaupun drama telah diolah semula, jalan ceritanya masih lagi menarik dan boleh membuat penonton ketawa termasuklah saya.. ~hehe~ 

Yang amat menyedihkan saya terlepas meonton episod 8 dan 9. Saya ingin meminta jasa baik sang suami untuk mendownload episod yang tertinggal kerana saya tidak ada akaun TONTON. hehe..

p/s: Nak tanye novel Teduhan Kasih best tak? sebabnya saya tidak pernah langsung berkesempatan nak menonton dramanya...


No comments:

Post a Comment