Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Dessert Buffet. Show all posts
Showing posts with label Dessert Buffet. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 1434: Day 4

Salam..
Cuaca waktu petang di Shah Alam ribut dan angin kencang. Kesian juga peniaga di bazar ramadhan dah tentu jualan mereka hari ni tak berapa menyerlah..

Bagi saya dan Mr Sallehudin, hari ni kami ade set up candy buffet untuk Indian Boy 1st Birthday Party.  :) alhamdulilah rezeki hari ini...


Seat belakang kereta sarat denang ballon. Hehehe.. Majlis tu berlangsung di Bandar Botanic, Kelang.


Mujurlah I tak perlu sediakan banyak menu. Sekadar menyediakan air susu berperisa chocolate, vanilla dan strawberry dalam botol kaca. Sebab tema untuk birthday party tu 'milk & cookies'. selain milk & table cookies, I buat decoration untuk simple photobooth juga.


Happy sangat sebab mummy to birthday boy and all the famili memuji decoration yang dibuat.

Siap semua deco..tengok jam tinggal 5 minit saja lagi masa untuk berbuka puasa. So kami tunggu aje kat situ menantikan waktu berbuka. Birthday party orang India dah tentu ada Tosai kan.. So itulah menu berbuka puasa kami.. Hehe..


Lepas makan tosai, mr.sallehudin ajak pergi makan kat kedai lain yang dekat dengan kawasan tu. Sampai kedai, mr.sallehudin order nasi goreng sotong and me kuew tiau goreng.

Haha..hari ni menu berbuka sangat simple  :)

Wednesday, June 12, 2013

Servis Chocolate Fountain Saya ke Gua Musang

haii..
Servis chocolate fountain saya dah sampai Gua Musang. :) Ini kali kedua saya ke sana. Seronok sebab sambutan dari warga Gua Musang sangat memberansangkan. Tak cukup tangan saya nak handle seorang diri. Mujur ada Mr. Sallehudin yang sudi membantu dan meminta di bayar upah. ~hehe~

Kagum juga dengan diorang ni. Terima kasih sebab tolong saya menghabiskan semua menu yang ada atas table dessert buffet tu. Menu habis cepatlaa saya packing barang-barang dan cepatlaa saya dapat payment.. ~ekeke~


Seronok tengok diorang excited makan starwberry cicah chocolate tu. Ada juga yang bertanya "macam mana cara nak makan ni..?" ada juga yg tengok pancuran chocolate tu tanye.. "ehh..chocolate ke ni??" 


Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Habis saja semua menu tu, saya pun berkemas semua barang-barang dan setelkan semua payment. Majlis ni diadakan di Kesedar Inn Gua Musang. Bilik hotel telah disponser oleh tuan rumah. Terima kasih atas layanan. 

Alang-alang dah sampai ke Pantai Timur, saya dan mr. Sallehudin planning untuk sambung percutian ke Kuala Terengganu.. ~horeyyy~

Sesiapa yang berminat untuk booking pakej chocolate fountain untuk majlis wedding, boleh email to cupcakesmuffins@gmail.com

Sunday, March 24, 2013

Pergi Gua Musang

I rindu nak blogging tapi apakan daya tuntutan kerja telah membataskan aktiviti blogging. Nak join contest pun tak sempat.. Huhuhu...

Sekarang I kat Gua Musang. Ada job event kat sini.. Yer.. My small business telah memberikan servis sehingga ke pantai timur.. 

Jarak antara Kuala Lumpur ke Gua Musang tidaklah jauh sangat. Umpama dari KL nak balik kampung Bagan Serai je.. Tapi start dari Bentung tu menggunakan jalan lama tu yang buattkan rasa macam nak patah pinggang duduk dalam kereta lama-lama.....


Turut serta ke Gua Musang dah tentulah Suami tercinta dan sorang adik ipar sebagai assistant I. Kitoran bertolak lebih kurang pukul 8pagi dan sampai di Gua Musang hampir pukul 2ptg. Kami diberikan tempat ringgal.. Kesedar Inn Hotel. (Sorry tak amik pic sbb bz agt). Masa dalam kereta I menikmati kueh lapis pelangi yang I beli kat Petronas. Nampak cantik sangatkan... Bila rasa.. Nasib baik memang sedap  :)


Actually penginapan kitorang ditaja oleh family pengantin. Owhh... Bagi yang konfius.... Sebenarnye Sweetheartstories ada lah salah satu vendor untuk majlis perkahwinan Norul dan Hazwan. Bisness kecil-kecilan I ni menyediakan servis choc fountain dan dessert buffet. Sambutan memang dasat.. :) 10kg choc dan 15kg buah, segala dessert dan candies habia dalam masa 2 jam setengah aje... :)


Owhhh.. Masa hari pertama lunch di Gua Musang, I memang sentap sikit sebab harga makan tengah hari RM27.. Ape yang kami makan? Suami makan nasi goreng ayam, I dengan adik ipar makan nasi putih lauk ikan patin, telur goreng dan ulam. Maybe sebab ambil ikan patin kot kan... Ataupun sebab tokey kedai tu tengok kami orang luar dats why die charge kaw² punyee.. Rasanya I makan nasi lauk ikan patin kat KL baru RM5... 


Its me mada hari majlis. Muka sangat penat tapi happy. Alhamdulilah tuan rumah pon puas hati dengan servis kami. Panjang umo kita jumpa lagi ye tuan rumah.. :)

Monday, March 11, 2013

Its Again :)

Alhamdulilah..

Isnin minggu lepas perniagaan kecil-kecilan  yang diusahakan bersama saya dan suami telah dipelawa sekali lagi dari Majalah Pesona Pengantin untuk menghiasi isi dalaman majalah tersebut.


Kali ini saya menyediakan 1 set dessert buffet dan sudut photobooth. Servis photobooth adalah servis terbaru yang Sweetheartstories tawarkan. 
 

Saya memang agak sibuk juga membuat persiapan untuk sessi photoshoot hari tu.. Especially menyediakan props untuk photobooth corner. Almaklumlah nak bagi nampak cantik  :) Insyallah jika tiada aral melintang Dessert Buffet ini akan menghiasi majalah Pesona Pengantin keluaran May 2013  :)  Jangan lupa beli tau ~hee~
 

Untuk mengetahui infor lebih lanjut boleh ke fb page saya ye.. Juz type Sweetheartstories Cupcakes & Craft

Terima kasih.. byee..  :)

p/s: saya ada menyediakan sewaan dulang hantaran, cadar katil pengantin dan bantal nikah. Nanti I upload pic ye..  :)

Monday, February 18, 2013

Pakej Candy Buffet / Chocolate Fountain / Dessert Buffet Dari Sweetheartstories

Haiii...

ok..ok... I tau uolls boring baca travelog Sarawak I kan.. hehe... actually banyak episod lagi tau. Harap bersabar. Kali ni I nak buat iklan sikit... :)

Seperti semua sedia maklum kot.. I memang ada menjalankan bisness kecil-kecilan. Iaitu menyediakan perkhidmatan candy buffet, dessert buffet dan chocolate fountain. Alhamdulilah sambutan yang diterima juga menggalakkan...


Actually banyak event yang sesuai untuk sediakan candy buffet / choc fountain / dessert buffet ni...
Birthday party yang paling banyak permintaan untuk buffet macam ni. Lepas tu majlis perkahwinan, diikuti housewarming dan majlis akikah. Majlis korporat juga sekarang pun memilih choc fountain sebagai salah satu menu untuk event mereka..

So... sesiapa yang sedang mencari-cari pakej candy buffet / choc fountain / dessert buffet untuk majlis uolls, boleh laa servey kat http://sweetheartstories.blogspot.com. Ataupun pergi kat fb page dan type aje 'sweetheartstories cupcakes & craft'. Sweetheartstories menyediakan dekorasi yang 'sweet, simple but nice' serta harga yang ditawarkan juga berpatutan.. :)


Pakej yang ditawarkan sememangnya menarik tau.. Kalau sesiapa yang nak tanya package boleh terus email I di cupcakesmuffins@gmail.com atau direct coll aje.. 012-5346131..

ok.. byeee..  :)