Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Weds Review : Hantaran

Hai... 
Dah hampir tiga bulan kahwin, wedding review pun tak habis-habis lagi.. ~ekeke~
Okey kali ni review pasal hantaran. Entry kali ni ala-ala super panjang dan ala-ala banyak gambar.  So harap membaca dengan jayanya. kalau tak nak baca pun tak pe.. tak kisah..  :p

Mula-mula I planning nak buat hiasan hantaran ala-ala arabian. Bila I cari kat google hiasan hantaran arabian tak banyak contoh yang ada. Kalau tak silap I kalau Arab ni mesti ada hiasan bantal. So ingat nak beli polisterin yang macam bentuk bantal tu.. tapi macam tak best pulak. Pastu ingat nak jahit sendiri bantal. Lagipun kain memang dah ada. Bila fikirkan semula, macam malas pulak nak jahit menjahit nie...

Masa I pergi beli barang-barang kahwin kat kedai A To Z di Butterworth, I sudah jatuh cintan dengan satu dulang hantaran kaler gold. Memang nampak ekslusif. Harga kalau tak silap RM23 ke or RM29.. dah lupa.. ~kehkehkeh~  So I pun beli 9 dulang. Pastu I beli jugak barang-barang yang lain. Bila dah kira total dekat RM600++ I macam konpius skit.. I target total RM 1k sebab banyak barang yang dibeli. Pastu dah sampai rumah I checking semua semua harga barang. Rupanya dulang hantaran yg vogue tu cashier cuma kira untuk satu harga aje.. yang lain dia tak add up. Wallalaala.. terima kasih A To Z kerana sponser saya dulang hantaran.. ekekeke...

I dah kebuntuan idea nak hias hantaran cane.. Dah malas sangat nak pikir..so I beli bunga-bungaan pastu hias aje kat keliling barang hantaran. Malas dah nak pikir hiasan konsep ala-ala arab tu.. ~huu~

Ini semua hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki..

 Perfume. Beli kat Jusco Mid Valley.

 Kitab terjemahan Al-Quran dan tasbih.

 Famos Amos biskut

 Persalinan


 Jam tangan

 Kasut

 Set penjagaan diri. Tapi sampai sekarang set ni tak guna lagi.. 

Ekcelli ada lagi satu dulang hantaran letak tab. Tapi tak tau nape takde dalam gambar.

Ini pulak hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan

Telekung

 Dodol. Menurut MIL, dodol nie dihantar sebab mengikut adat. err..adat negeri sembilan kot. Bagi sebagai manisan.. Dodol tak dikira sebagai dulang hantaran. Dodol ni diberi kepada besan. Mak I laa tu..

Jam tangan. Jam dalam kotak tu dah tak de sebab I cepat-cepat amik simpan. Maklumlah sebagai langkah berjaga-jaga. Bila dah kenduri ni ramai orang yang keluar masuk rumah kan.. Mak andak I tahun lepas wat kenduri kawen anak dia.. (sepupu I laa) dalam dok sebok-sebok tu tetibe Iphone adik pengantin hilang. Cari punya cari tak jumpa. ~huhu~

 Perfume. Harga dekat RM300 ++ Sampai sekarang I tak pakai lagi perfume ni sebab sayang nak pakai. ~ekeke~ ada dalam kotak lagi. Bukannye ape..sekarang kat rumah I tak de meja solek. So nanti kalau letak merata-rata takut hilang pulak. nanti bila dah ada meja yang khas untuk dijadikan meja solek.. semua perfume, aksesori I akan hias atas meja tu.. sekarang pakai drawer rendah jer.. 

 Persalinan. Ini baju yang dipakai masa majlis bertandang

 Barang mekap Elianto. I beli produk ni sebab I memang suka dengan Elianto. Sape cakap Elianto murah?? total semua RM200 ++ hokeyy... Walaupun barangnya ciput jerrr..

 Kasut & purse. Kasut tu dah lunyai I belasah pakai. Purse tu pun sama.. 

 Set chocolate. Memang banyak. tak larat I nak habiskan sorang. I agih-agihkan kat adik I suh dia bawak balik asrama


Ini pandangan untuk semua hantaran. Hantaran dari lelaki bertemakan gold brown. Yang I punya pulak tak tau laa konsep warna apa.. huhu.. Tapi I lebih kepada pastel color dan I ada letak manik bertali kaler merah supaya nampak lebih menarik, tertarik.. Memang guna banyak sangat bunga untuk hiasan hantaran I tu.

Masa majlis bertukar dulang tu, pihak lelaki terus bawak balik semua dulang kat homestay. Esoknya dah habis majlis, pihak lelaki pun balik KL. tapi diorang tak bawak balik pun dulang tu. Yang ambil barang-barang hantaran aje.. So semua bunga-bunga tu I kutip balik dan jadikan gubahan bunga. So dapat 5 jambak bunga. Bolehlaa wat hiasan kat rumah. Owhh.. 5 jambak bunga tu I ada guna untuk hiasan pelamin a.k.a photobooth masa majlis bertandang hari tu...

Monday, February 20, 2012

Nak Gubah Hantaran Style Apa?

Salam semua,
Im very stress today... bengang, geram, marah, hangin dan semuanyalah..

Ok.. tak nak cerita pasal buat kerja bodoh yang menjadikan saya stress but lets talk about preparation for wedding. 
Taraaa..  :)
Sekarang saya tengah memikir-mikir ape gubahan, rekaan dan design yang simple tapi cantik untuk gubahan hantaran nanti. Sesungguhnya saya sangat 'blur' sekarang. Tak tau nak hias macam mana. 
Petang semalam me & Mr. Sallehudin pergi kedai menjual barang hiasan perkahwinan CT Handycraft kat sekyen 19 Shah Alam. Dakat dua jam saya kat situ tapi tak tau nak beli ape. Actually tujuan saya memang nak beli barang gubahan hantaran tapi bila dah sampai sana langsung tak tau nak beli ape sebab saya tak de idea angsung macam mana rupa gubahan tu nanti. Saya cuba beli reben 2 gulung, kertas crepe dan mutiara kaaler maroon kononnya nak guna untuk hantaran. 

Pagi ni saya cuba servey kat internet..
Pening gaks kepala nak mencari. FYI, my dulang hantaran berwarna gold.
It is ok kalau bunga kaler putih dan selitkan mutiara kaler maroom tu kat celah-celah bunga.
Actually my gubahan tu insyallah akan berinspirasikan dari gubahan gambar kat bawah ni. 

 

Maybe esok or lusa saya akan pergi lagi sekali kat CT Handycraft dan beli artificial flower. 
Harap menjadi laa gubahan yang saya nak buat ni..
Wish me luck  :)

Saturday, January 14, 2012

Pencarian Barangan Hantaran

Yeahhh...
Finally.. barang-barang untuk hantaran dah dibeli. 
Penat ok cari barang hantaran ni.. Mula-mula saya and Mr. sallehudin nak pergi cari barang-barang kat Sogo. Saya tau waktu sekarang ni memang tengah sale CNY. Tapi on the way nak pergi Sogo tu, kami lalu depan Mid Valley. Mr. sallehudin tanya saya nak pergi cari barang kat Sogo or kat Mid valley? Dalam Mid valley ada Jaya Jusco. At first saya cakap nak pergi Sogo. Tapi saya fikir balik... Sogo mungkin tak banyak pilihan. Mid Valley memang banyak kedai..  ;) So, saya cakap kat Mr. Sallehudin.. "ok jugak kiter pergi tengok barang kat Jusco Mid Valley.

Sebenarnya malam sebelum nak beli barang hantaran tu, saya ada discuss sikit-sikit dan buat list barang apa yang nak dibeli sebagai hantaran. So berpandukan list tu we all pun terjah Mid Valley.

Barang pertama yang we all grab.. perfume sorang satu. Pening juga nak pilih perfume apa yang best maklumlah dalam Jusco tu banyak sangat kaunter jual perfume with macam-macam brand. Syok jugak mereka yang kerja promoter perfume kan :) mesti dapat banyak perfume free. barang kedua yang berjaya kitorang rembat.. Mr. Sallehudin dapat set produk skin care Loreal Mens Expert. Set tu ada 20% diskaun. saya pulak dapat set mekap Elianto. Walaupun jenama tu ala-ala murah, tapi bila tangan ni amik aje produk kat Elianto tu.. lipstik laa, bedak laa, eye shadow la and bla bla bla.. total semua RM200++ tapi dapat juga 20% diskaun. Siap dapat free Reviving Eye Cream.
Lepas tu cari kasut Mr. sallehudin. Cantik kasut dia.. warna putih. Kasut saya pun cantik.. hahahaha.. For kasut hantaran, saya willing beli yang bukan high heels sebab memang teringin nak kasut yang macam tu. Tapi lepas bulan tiga lah ye dapat pakai kasut tu.. hikhikhik.. Jam tangan pun ada...  :)

We all masuk dalam Mid Valley pukul 1.30pm dan keluar dari Mid Valley pukul 7.30pm. Kesian mr. sallehudin sebab penat :) Lepas tu kitorang ke Mydin Subang Jaya sebab nak cari Al-Quran. Mula-mula cadangnya nak ke Jalan Tunku Abdul Rahman tapi hari ni kat situ ada pasar malam besar-besaran. So pergilah ke Mydin. Kat situ pun ada sejadah dan telekung yang cantik. Maka hampir lengkaplah barang untuk hantaran kami.


Cuma hantaran dari saya untuk mr. Sallehudin ada dua lagi tray yang kosong.. tak tau nak bagi apee... nanti pikir lah. 

Dulang dan hiasan untuk hantaran masih belum beli. Sebenarnya saya pun blur nak design macam mana untuk dulang tu. Masih lagi pikir-pikir dan searching kat google. Hiasan yang simple, dan sweet :)

My FMIL cakap baju persalinan untuk hantaran letak atas dulang meaning baju tu include sekali sebagai hantaran.. hmm...

Tuesday, July 12, 2011

Review : Hantaran

All the hantaran done by myself sambil dibantu oleh Mak Long Jah. Mak Long Hay datang umah hari Jumaat malam. So dia tolong touch-up laa mane-mane hantaran yang x ok. Kalau harapkan saya sorang.. time tu memang dah nak pengsan. hihi...

Hantaran from me to him. Planning bagi 11 dulang aje.. tapi kawasan kejiranan di kampung (ecehh) semuanya  menyumbangkan hantaran. Hadinya total semua hantaran adalah 25 dulang dari saya saja untuk Mr. Salleh dan dibalas sebanyak 9 dulang dari pihak En. Salleh...  :)


Sireh Junjung. Percaya tak saya yang buat nih? hihihi.. Perlu banyak practise lagi nih  :) Bunga rose kat atas tu di touch-up oleh mak long.


Tepak Sireh ni orang kata kepala untuk semua hantaran. Tepak sireh ni mak long Jah yang bagi pinjam  :)


Songkok & butang baju melayu. Actually untuk semua hantaran Im guna bunga hidup. Ape nama bunga ni eh? Bunga kekwa ke? huhu.. sebab mama yang tempah bunga ni kat kedai seminggu awal...


Biru tu kain untuk wat baju melayu. Kalau nak buat bentuk yang pelik nanti kene guna banyak jarum. Sayang pulak kain tu. So, juz lipat macam tu aje..


I love chocolate. Sebabnyer chocolate tu saya buat sendiri. Ada kenangan wat choc tu. Sebelum ni saya selalu wat chocolate tak menjadi. Tapi tetibe sehari sebelum saya balik kampung.. try aje wat choc tu.. finally menjadi jugak..  Im happy.. hikhik... so saya buat chocolate kaler pink & dark. susun dlm kotak tu... Then ada 4 chocolate bar. Saya print choc wrapper tu. Letak my pic and his pic kedian tulih 'Engagement day' dan tarikhnya sekali...   :)


Cookies ni semua sumbangan dari jiran tetangga..   :)



This is all the hantaran from me to him...   :)


Hantaran buah durian?? Ini yang paling special.. Real kan nampak buah durian. Sebenarnye ni kek durian aje..


Hantaran from him to me...  Semua best. I love handbeg & blueberry cheese tart...


Gabungan hantaran dari kedua belah pihak...    :)

Wednesday, June 8, 2011

Dulang Hantaran

:)


Cari punyer cari finally jumpe juga dulang idaman. Memang dulang hantaran yang macam ni saya nak gunakan sebagai hantaran tunang nanti. Nasib baik harga pun tak mahal sangat. So I grad for 7 pcs. Sepatutnya nak ambik 9 pcs. Tapi dah abih stoct. tinggal lagi 7 jer.. And another 2 dulang tu, saya amik yang macam rupa bakul skit. So yang tu boleh letak buah and... mmm ntah tak tau nak letak ape...


Yups.. saya planning cuma 9 dulang aje yang nak buat. Tapi berita terkini dari mama katanya ramai kengkawan dia yang nak sponser juga bagi hantaran. Owhh.. tenkiu makcik-makcik yang dulu kalut tanya bila saya nak kawin. Dan sekarang impian korang tu dah tercapai kot.. so plss laa sponser. Kalau nak sponser catering lagi afdal. haha.. I think I should tambah lagi dulang nih sbb ada kengkawan mama yang nk sponsor kan..   :) rezeki Mr. Sallehudin laa...


Inilah rupa my dulang 'full view'. BTW, I will open untuk sewaan selepas bulan Julai yer.. Kalau sesiapa yang berminat nak buat sewaan, boleh laa booking awal-awal dari saya. Juz emel to cupcakesmuffins@gmail.com

Ini dulang yang macam bakul tu.Untuk dulang jenis ni ada 2 pcs. Actually saiz dulang ni lebih besar dari dulang yang satu lagi tu.. nanti saya ukur panjang x lebar nyer berape yer..  :)

Cepat-cepat sape yang berminat nak sewa, dialu-alukan tapi harus diingatkan selepas bulan Julai aje available...

Sunday, June 5, 2011

Dah beli Persalinan Untuk Hantaran :)

Persalinan Untuk Hantaran
Semalam pergi Nagoya cari kain untuk buat hantaran bertunang. Memandangkan we all punyer planning nak wat majlis kahwin tu dalam bulan May or June 2012, so kami beli kain untuk wat baju raya dulu. Untuk saya dapat laa kain untuk buat 2 pasang baju kurung moden nanti.. yeayy!!. Untuk Mr. Sallehudin, saya belikan kain untuk wat baju melayu untuk dia. So setel daa 1 dulang hantaran..

Hiasan Dulang Hantaran
Saya tengah pening.. tak tau cane nak hias hantaran. Memang saya cadang nak wat fresh flower. Boleh tak 2 hari sebelum majlis tunang saya naik Cameron Highland beli bunga?? hihi.. Dulang pun saya tak de lagi. Mama memang serahkan kat saya 100% untuk hias hantaran. Memang I will do it myself. Kalau cantik, leh laa amik upah wat hantaran in future.. hihihi..

Cincin Merisik
Then singgah kedai Emas Tomei kat Carefour Wangsa Maju. Saja servey tengok cincin merisik. En. Sallehudin suruh saya pilih yang mana satu saya berkenan :) Mula-mula tengok.. jari terus point kat satu cincin nih. Nasib baik ada saiz. Then.. point untuk cincin kedua dan ketiga.. pilih punya pilih.. cincin pertama juga yang jadi pilihan. Yessz. Booking cincin tu dan esok Mr. Sallehudin and his mom pegi beli cincin tu..


note: esok Mr. Sallehudin nak kene gi outstation to Penang for 3 days. Tinggal laa saya sorang2.. hukhukhuk..