Hai...
Dah hampir tiga bulan kahwin, wedding review pun tak habis-habis lagi.. ~ekeke~
Okey kali ni review pasal hantaran. Entry kali ni ala-ala super panjang dan ala-ala banyak gambar. So harap membaca dengan jayanya. kalau tak nak baca pun tak pe.. tak kisah.. :p
Mula-mula I planning nak buat hiasan hantaran ala-ala arabian. Bila I cari kat google hiasan hantaran arabian tak banyak contoh yang ada. Kalau tak silap I kalau Arab ni mesti ada hiasan bantal. So ingat nak beli polisterin yang macam bentuk bantal tu.. tapi macam tak best pulak. Pastu ingat nak jahit sendiri bantal. Lagipun kain memang dah ada. Bila fikirkan semula, macam malas pulak nak jahit menjahit nie...
Masa I pergi beli barang-barang kahwin kat kedai A To Z di Butterworth, I sudah jatuh cintan dengan satu dulang hantaran kaler gold. Memang nampak ekslusif. Harga kalau tak silap RM23 ke or RM29.. dah lupa.. ~kehkehkeh~ So I pun beli 9 dulang. Pastu I beli jugak barang-barang yang lain. Bila dah kira total dekat RM600++ I macam konpius skit.. I target total RM 1k sebab banyak barang yang dibeli. Pastu dah sampai rumah I checking semua semua harga barang. Rupanya dulang hantaran yg vogue tu cashier cuma kira untuk satu harga aje.. yang lain dia tak add up. Wallalaala.. terima kasih A To Z kerana sponser saya dulang hantaran.. ekekeke...
I dah kebuntuan idea nak hias hantaran cane.. Dah malas sangat nak pikir..so I beli bunga-bungaan pastu hias aje kat keliling barang hantaran. Malas dah nak pikir hiasan konsep ala-ala arab tu.. ~huu~
Ini semua hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki..
Perfume. Beli kat Jusco Mid Valley.
Kitab terjemahan Al-Quran dan tasbih.
Famos Amos biskut
Persalinan
Jam tangan
Kasut
Set penjagaan diri. Tapi sampai sekarang set ni tak guna lagi..
Ekcelli ada lagi satu dulang hantaran letak tab. Tapi tak tau nape takde dalam gambar.
Ini pulak hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan
Telekung
Dodol. Menurut MIL, dodol nie dihantar sebab mengikut adat. err..adat negeri sembilan kot. Bagi sebagai manisan.. Dodol tak dikira sebagai dulang hantaran. Dodol ni diberi kepada besan. Mak I laa tu..
Jam tangan. Jam dalam kotak tu dah tak de sebab I cepat-cepat amik simpan. Maklumlah sebagai langkah berjaga-jaga. Bila dah kenduri ni ramai orang yang keluar masuk rumah kan.. Mak andak I tahun lepas wat kenduri kawen anak dia.. (sepupu I laa) dalam dok sebok-sebok tu tetibe Iphone adik pengantin hilang. Cari punya cari tak jumpa. ~huhu~
Perfume. Harga dekat RM300 ++ Sampai sekarang I tak pakai lagi perfume ni sebab sayang nak pakai. ~ekeke~ ada dalam kotak lagi. Bukannye ape..sekarang kat rumah I tak de meja solek. So nanti kalau letak merata-rata takut hilang pulak. nanti bila dah ada meja yang khas untuk dijadikan meja solek.. semua perfume, aksesori I akan hias atas meja tu.. sekarang pakai drawer rendah jer..
Persalinan. Ini baju yang dipakai masa majlis bertandang
Barang mekap Elianto. I beli produk ni sebab I memang suka dengan Elianto. Sape cakap Elianto murah?? total semua RM200 ++ hokeyy... Walaupun barangnya ciput jerrr..
Kasut & purse. Kasut tu dah lunyai I belasah pakai. Purse tu pun sama..
Set chocolate. Memang banyak. tak larat I nak habiskan sorang. I agih-agihkan kat adik I suh dia bawak balik asrama
Ini pandangan untuk semua hantaran. Hantaran dari lelaki bertemakan gold brown. Yang I punya pulak tak tau laa konsep warna apa.. huhu.. Tapi I lebih kepada pastel color dan I ada letak manik bertali kaler merah supaya nampak lebih menarik, tertarik.. Memang guna banyak sangat bunga untuk hiasan hantaran I tu.
Masa majlis bertukar dulang tu, pihak lelaki terus bawak balik semua dulang kat homestay. Esoknya dah habis majlis, pihak lelaki pun balik KL. tapi diorang tak bawak balik pun dulang tu. Yang ambil barang-barang hantaran aje.. So semua bunga-bunga tu I kutip balik dan jadikan gubahan bunga. So dapat 5 jambak bunga. Bolehlaa wat hiasan kat rumah. Owhh.. 5 jambak bunga tu I ada guna untuk hiasan pelamin a.k.a photobooth masa majlis bertandang hari tu...
No comments:
Post a Comment