Hi semua..
Lama jugak I tak update blog kan. A bit busy sesangat. Hari Ahad lepas I balik rumah mak mertua I kat Gombak sebab I nak belajar buat roti dengan dia. Hasil buat roti memang sedap tapi proses buat roti agak rumit jugak. Macam-macam design roti yang I buat. Ada buat roti hotdog, roti inti kaya, roti ala-ala pizza, roti cheese dan ada juga roti pisang.
Roti pisang tu idea from Mr. Sallehudin. Pisang potong nipis-nipis pastu letak atas roti. Pastu lepas siap masak.. rasa sangat marvelos hokey. Pandai jugak laki I ni cipta resepi. Kalau resepi pelik-pelik tu memang dia boleh cipta hokey.. :)
Isnin dan Selasa yang sangat memenatkan. Sebab I baking cupcakes dan prepare kuah rojak sebab Rabu dan Khamis I nak meniaga kat Karnival Jualan Puspanita di Putrajaya. I jual rojak buah, makaroni bakar, cupcakes and macarons.
This is the gerai jualan. Sewa RM100 for two days. Tengok dari pic atas ni mesti dapat agak macam mana crowd kan... my first day jualan agak memberansangkan. Rojak buah habis pukul 5ptg. Macaroni bakar pun setel. Macarons tinggal lagi separuh balang. Cupcakes jer kurang laku. Mr. sallehudin cakap sekarang ni cupcakes macam dah tak laku. Sebab dah terlalu ramai orang jual dan boleh buat cupcakes sendiri. Yupss.. I pun akui.
For the second day, sale memang slow giler. Walaupun ahli puspanita datang ramai dari seluruh pelusuk dunia.. (hehehe) tapi after meeting dengar cerita ahli-ahli puspanita diberi makan tengah hari oleh penganjur. But my rojak buah pun slow jugak sale. Memang nampak hari kedua tak ramai yang datang ke gerai makan berbanding hari pertama.
Ini cerita about macarons. Macarons ni memang dah banyak kali saya buat tapi tak pernah menjadi langsung. Rasa memang dah ok tapi nak menjadi dengan perfect adalah sangat sukar. Kebetulan, hari Selasa saya try buat macarons ni. Saya dah pecah trlur dari Ahad malam lagi. Finally Alhamdulilah..menjadi :) Tapi saya rasa perlu banyak improvement lagi.
- kulit macs perlu lagi licin
- besarkan sikit saiz macs
- cuba kurangkan manis macs
- upgrade flavor macs
- besarkan sikit saiz macs
- cuba kurangkan manis macs
- upgrade flavor macs
Then, bila dah complete semua kekurangan so barulah saya yakin untuk terima order dari customer. Tapi buat masa ni still kene practise lagi..
Disebabkan macarons ala-ala jadi gitu.. Rasa sangat happy dan puas hati. Mr. Sallehudin suruh bawak pergi jual kat Jualan Puspanita. Tak kisah laa tak berapa cantik dan walaupun satu balang aje. try market. So I bawak jual. I jual murah jer.. promo sempena berjaya wat macarons.. hehe..
Lepas balik meniaga dua hari ni.. malam ni rasa betul-betul letih dan macam nak demam dah. Lenguh semua badan. Jari-jari pun rasa kebas dan pedih, rasa kulit jari jadi nipis. Maybe sebab banyak pegang nenas, mangga. My hubby cakap kena bisa nenas kot.. agaknya lah kot..
Okey.. nak masuk tidur.. Niteee.. zzZZzzz...
No comments:
Post a Comment