Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, January 14, 2012

Pencarian Barangan Hantaran

Yeahhh...
Finally.. barang-barang untuk hantaran dah dibeli. 
Penat ok cari barang hantaran ni.. Mula-mula saya and Mr. sallehudin nak pergi cari barang-barang kat Sogo. Saya tau waktu sekarang ni memang tengah sale CNY. Tapi on the way nak pergi Sogo tu, kami lalu depan Mid Valley. Mr. sallehudin tanya saya nak pergi cari barang kat Sogo or kat Mid valley? Dalam Mid valley ada Jaya Jusco. At first saya cakap nak pergi Sogo. Tapi saya fikir balik... Sogo mungkin tak banyak pilihan. Mid Valley memang banyak kedai..  ;) So, saya cakap kat Mr. Sallehudin.. "ok jugak kiter pergi tengok barang kat Jusco Mid Valley.

Sebenarnya malam sebelum nak beli barang hantaran tu, saya ada discuss sikit-sikit dan buat list barang apa yang nak dibeli sebagai hantaran. So berpandukan list tu we all pun terjah Mid Valley.

Barang pertama yang we all grab.. perfume sorang satu. Pening juga nak pilih perfume apa yang best maklumlah dalam Jusco tu banyak sangat kaunter jual perfume with macam-macam brand. Syok jugak mereka yang kerja promoter perfume kan :) mesti dapat banyak perfume free. barang kedua yang berjaya kitorang rembat.. Mr. Sallehudin dapat set produk skin care Loreal Mens Expert. Set tu ada 20% diskaun. saya pulak dapat set mekap Elianto. Walaupun jenama tu ala-ala murah, tapi bila tangan ni amik aje produk kat Elianto tu.. lipstik laa, bedak laa, eye shadow la and bla bla bla.. total semua RM200++ tapi dapat juga 20% diskaun. Siap dapat free Reviving Eye Cream.
Lepas tu cari kasut Mr. sallehudin. Cantik kasut dia.. warna putih. Kasut saya pun cantik.. hahahaha.. For kasut hantaran, saya willing beli yang bukan high heels sebab memang teringin nak kasut yang macam tu. Tapi lepas bulan tiga lah ye dapat pakai kasut tu.. hikhikhik.. Jam tangan pun ada...  :)

We all masuk dalam Mid Valley pukul 1.30pm dan keluar dari Mid Valley pukul 7.30pm. Kesian mr. sallehudin sebab penat :) Lepas tu kitorang ke Mydin Subang Jaya sebab nak cari Al-Quran. Mula-mula cadangnya nak ke Jalan Tunku Abdul Rahman tapi hari ni kat situ ada pasar malam besar-besaran. So pergilah ke Mydin. Kat situ pun ada sejadah dan telekung yang cantik. Maka hampir lengkaplah barang untuk hantaran kami.


Cuma hantaran dari saya untuk mr. Sallehudin ada dua lagi tray yang kosong.. tak tau nak bagi apee... nanti pikir lah. 

Dulang dan hiasan untuk hantaran masih belum beli. Sebenarnya saya pun blur nak design macam mana untuk dulang tu. Masih lagi pikir-pikir dan searching kat google. Hiasan yang simple, dan sweet :)

My FMIL cakap baju persalinan untuk hantaran letak atas dulang meaning baju tu include sekali sebagai hantaran.. hmm...

Wednesday, January 11, 2012

Minggu yang sangat memenatkan. Kerja di office yang membosankan. Orang sekeliling yang memualkan. Dalam hati ni asyik memberontak ajee.. Dari dulu kala lagi berhajat nak bekerja sendiri, mempunyai perniagaan sendiri walaupun kecil tapi hajat masih belum tercapai. Masih menunggu, menanti dan berusaha. Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan harapan tu. Cuma saya perlukan sokongan orang sekeliling saya saja..

Progres persiapan kahwin tak banyak sangat sebab lepas balik dari kerja badan jadi lenguh dan kepala asyik berdenyut-denyut asyik ingat nak tido awal ajee...

Cuma 19 January ni saya dengan Mr. Sallehudin akan buat HIV test. Semalam Mr. Sallehudin contact kelinik kesihatan seksyen. 7, Shah Alam dan buat appointment. Tak dapat nak buat dalam minggu ni sebab appointment dah penuh. So available cuma pada tarikh tu jer.. Sebenarnyakan..saya takut nak buat HIV Test ni.. Nak tau sebab ape? Sebab seumur hidup saya tak pernah ambil darah ataupun derma darah.. Huhuhu.. Darah gemuruh pulak.. ‎​​HÀHÁ°˚=))˚°HÀHÁ°˚=))˚°

Hujung minggu ni..cadangnya Mr. Sallehudin akan ke Bagan Serai sebabnya nak hantar duit belanja kahwin a.k.a duit hantaran.. Hopefully jadilah yer sebabnya masuk bulan February nanti Mr. Sallehudin akan sibuk outstation sana sini sebelum cuti kahwin yang panjang. Dan saya tak mungkin akan dapat cuti panjang nanti.. Sebab BOSS saya tu sewel kalau tak de secretary dia tak bole hidup!! Huhu..

Ok.. Saya nak pegi menggoreng cucur udang jap. Rasa lapar.. :)

Monday, January 9, 2012

Contest : Scrapaperclip Giveaway Anniversary

Jom semua... kita join contest dari Scrapaperclip
Owner blog tu namanya Farah Diyana.


Cane nak join contest tu? Senang sangattt...  :)
1. Be a follower.
2. Copy my button (on your right side button not the poster =)) and put it on your sidebar.
3. Spread this news in your blog post title Scrapaperclip Giveaway Anniversary. Simple one will do..No need to write so much. Quick and simple to link your post to mine so that others can participate too.
4. Leave comment here with your link of the post and email address easier for me to notify the winner later.
 

Then.. apa hadiahnya? Saya suka hadiah nya sebab sangat cute :)

A5 Size Mini Wedding Signage

saya suka.. saya sukaa sangat..

Saturday, January 7, 2012

Anniversary

Salam semua..
baru hari ni dapat story cerita pasal surprise yang saya nak buat untuk Mr. Sallehudin. :)
Sebenarnya saya nak celebrate we all punye monthly anniversary per'couple'an. Lagipun bulan-bulan sebelum ni memang saya tak sempat nak celebrate.


So lepas balik dari kerja, saya singgah kat Restoran Jejantas Sungai Buluh sebab nak beli satay. Memang saya pun teringinnak makan satay. Mula-mula cadang nak masak speghety tapi confirn tak cukup masa nak masak.


Walaupun saya ni ambil tempahan cupcakes, tapi hari nak celebrate anniversary saya tak sempat nak wat cupcakes. So saya beli two pieces cupcakes aje. Just nak guna untuk tiup lilin.  :) Dadih pulak memang dah buat dua tiga hari awal.

Saya tunggu Mr. Sallehudin sampai kat rumah kononnya dia nak jemput saya pergi makan. Sampai aje kat rumah.... TARRAAAAA...!!! Surprise dapan rumah aje.. Mari tiup lilin..

Mr; Sallehudin memang muka terkejut dan memang tak sangka. hahaha... Siap ada satay kan..

Makan sampai perut pun mengah. Just makan depan garage rumah saya aje. Siap bentang tikar dan ada bantal kecik-kecik gitu. Nasib baik jiran sebelah menyebelah tak keluar tengok apa yang kami buat depan rumah. Mr. sallehudin pun datang rumah pakai seluar pendek and siglet aje.. 


Decoration kat garage rumah yang simple aje. Tapi siap pasang lilin wangi depan rumah.

Yeahh.. Happy annyversary Dear.. perjalanan 76 hari to our day...  :)

Thursday, January 5, 2012

Contest : Kasut Wedding Impian

Salam malam Jumaat.
Mari join contest anjuran sittinurs. Kalau menang dapat hadiah kasut wedding kaler grey :)
Mari baca terma & syarat penyertaan...

1. B2B yang mempunyai Blog khusus menceritakan perjalanan/preparation weddingnya.
2. Buat Entry yang menceritakan "kasut wedding impian anda"
3. Letak banner dengan 1 gambar, Salah satu baju Kebaya wedding By Sitti Nurs yang anda sukai, dan link kan dengan website : www.rumahkebaya.com.my.
4. Follow dan Link blog Sitti Nurs untuk memudahkan saya mengupdatesnya :)
5. Pemenang akan diumumkan pada tarikh 31 Januari 2012.
6. Hadiah boleh di ambil sendiri ke gallery Rumah Kebaya Malaysia (RKM) atau boleh juga kami pos kan.
 ----------------------------------------------------------

1. Yerr.. saya mempunyai blog yang menceritakan pelbagai kisah tentang nak kawen  :)
2. Kasut Wedding Impian Saya...   :)

Kasut Wedding Impian saya adalah sangat simple saja. Kalau boleh saya nak jenis wadges seperti gambar dibawah ni. Lebih selesa dan tumit serta tapak kaki pun kurang lenguh. Maklumlah hari bersejarah tu selalunya kena jalan banyak..jumpa dan salam dengan sedara mara dan kawan-kawan. So lebih selesa pakai wedges kan.. Ketinggian wedges mestilah tak terlalu tinggi sangat, lebih kurang tiga inci..sesuai sangat..  :)


Hiasan di bahagian depan kasut pun nak simple dan sweet. Contohnya macam hiasan menggunakan manik dan pearl. Wahh.. anggun sangat rasa bile pakai kasut idaman. terasa jugak kaki adalah menjadi sangat cantikkk gitu....

Owhh.. baru teringat saya belum membuat pencarian kasut untuk wedding saya.. huhu.. tapi kalau menang kasut dari Siti Nurs pun best jugak sebabnya kasut warna grey tu memang sesuai untuk saya pakai pada hari pernikahan saya yang bertemakangrey jugak. Harap saya boleh menang yer Siti Nurs.. pleaseee...  ~wing~

3 Gambar dibawah salah satu hasil kreativiti Situ Nurs.. cantik sangatt...  :)

 

4. saya dah foloow blog Siti Nurs  :)
5. Dan pemenangnya adalahhhh............................. (tunggu 31/1/12)