Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Dating. Show all posts
Showing posts with label Dating. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Second Year Dating Anniversary

Yeaa..
Yesterday is our second year dating anniversary. Hehe..
Dua tahun dulu we all first time berjumpa dan ber'dating' di Baskin Robbin Mid Valley. So we all decided akan ke sana setiap tahun bila tiba tarikh 26 April..

Sepatutnya untuk lebih sentimental value, I bercadang nak pakai baju yang I pakai masa first time kami jumpa tu. Tapi malang seribu kali sayang sebabnya baju tu dah tak muat dengan badan I.. ~huarrgghh~ nangisssss...

Sebelum keluar rumah memang I cuba pakai baju tu. Tapi Mr. Sallehudin sarankan supaya I menukar baju lain. Katanya dah umpama sarung nangka.. whattt??? Jahat btoi laki aku nih!!


Kami sampai lewat kat Baskin Robbins tu. Banyak kedai makan kat Mid Valley dah tutup. Maklumlah dah pukul 10 malam.. hehe.. So, Mr. Sallehudin bawa I pergi makan di Suasana Restaurant berhampiran Kampung Abdullah Hukum. Alaaa dekat flat tu.. :) kalau tak silap kawasan jajahan Izzah Anuar Ibrahim.. hehe..


Look.. he is my husband  ;P yang sangat notty dan busuk!!.. Hahahaha.. sebab dia selalu cakap I budak busuk. Dia pun sama.. 


Haha.. ok byee..

Thursday, September 27, 2012

Shikiya Sushi dan Gadget

Semalam hari jalan-jalan dan hari makan-makan sampai nak pecah perut.

Kitorang pergi Plaza Low Yat sebab Mr. Sallehudin nak beli external hardisk. Maklum laaa I nie memang banyak gilerrr amik gambo save dalam laptop aje sampai laptop pun dah ala-ala slow. So semua gambo yang ada tu nanti nak tranfer masuk dalam external harddisk. Bukan saja gambo bahkan semua movie yang telah di download dan bakal di download pun akan simpan masuk dalam harddisk tu. Bukan itu saja drama bersiri 80 episod juga bakal di download nanti iaitu Adam Dan Hawa.. ~ehehe~ 
Suami geleng kepala saja tengok perangai bini yang fanatik  :p

Sebelum pergi membeli belah.. me and Mr. Sallehudin beli belah untuk perut kami dulu. Lapor sangat kan... keluar umah pukul 1.30 tgh hari. Sampai plaza pukul 2.30 ptg. 

Restoran yang kitorang tuju dalam plaza tu Shikiya Sushi Restaurant.
Mr. Sallehudin order nasi goreng cendawan. Harga nasi tu RM10.90 katanya ada promotion. Order nasi tu dapat free semangkuk sup umpai laut. Nasib baik nasi goreng tu boleh tahan sedap.


I pulak order chiken chop. Tobat I nak makan chiken chop kat situ lagi. sos black pepper sangat pekat. Ayam pun tak berapa sedap. Tapi disebabkan lapor gilerrr.. telan jugak sampai habis. Rugi bayar RM10.90 kalau tak makan habis. Membazir nanti...


Disamping makanan utama.. kitorang order sushi jugak. :) Kitorang amik mix sushi bento set. Harga RM21.90

This is mix sushi bento set. Susunan memang cantik. Dalam banyak-banyak tu.. I suka makan yang ada ikan dan ayam tuna. sebab sedap. Yang lain tu biasa-biasa aje.. Walau papepun tetap tidak dapat menandingi Sakae Sushi. 


Walau papepun makan tetap licin. Kalau kita order soft drink dan teh o limau.. kita boleh refill minuman tu. Yang tu ajee laa yang best pun. hihi.. Mr. Sallehudin makan dengan bersemangat sekali walau dalam keadaan masih penat yang tak hilang lagi outstation to Singapore selama 2 minggu.

Okey... lepas makan baru kitorang pergi cari barang yang nak dibeli. Lepas beli harddisk Mr. Sallehudin boleh pulak beli Portable Wireless & router. Nak guna line Maxis pulak sebagai wifi. ~huhuhu~

Okey.. thank youuuu my lovelyy and mucuk husband sebab beli mende ni semua..nak bagi kemudahan kat I untuk update blog dan bergoogle sorang-sorang kat rumah. Ekcelli.. sebelum pergi Singapore aritu pun Mr. Sallehudin bagi ni kat I...

|
|
|
|
|

\/




hiiiiii~ happy...
Sekarang masih praktis pakai mende ni. Maklum laa I ni buta IT skit.

Pada I..dah cukup semua gadget yang ada. Dari guna hanfon Nokia aje dulu sekarang dah pakai blackberry, Ipad, tablet..... alhamdulilah.. Mr. Sallehudin ada juga tanya I nak tukar hanfon baru tak? Sebab dia sekarang dah tukar hanpon.. tapi rasanya tak perlu kot. Sebab blackberry yang I guna sekarang masih ok lagi walaupun my mom hari-hari coll I..tengah cakap pastu dia kata hanfon I rosak sebab ada bunyi yang mengganggu perbualan kitorang sebab my mom tak dengar apa yang I cakap. I sebut nak buat pavlova.my mom kata I nak buat komputer?? Aisshhhh... Tapi Mr. Sallehudin coll I takde pulak masalah dia tak dengar suara I... jadi kesimpulannyaaaaa..... ~huhuhu~

Hokeyy.. cukuplah kemudahan IT yang ada. Sekarang..saya tengah memujuk Mr. Sallehudin beli gelang tangan..~hihihi~ yerrrrlaaaaa.. ada laa orang tu ada dua utas gelang tangan emas. Yang seutas tu siap mak mertua bagi lagi.. huhuhu

okey..stop kat sini dulu. Banyak pulak topik yang di pot pet kan ari ni..
Adioss...

Wednesday, July 11, 2012

Garden Picnic

Teaser : Garden Picnic
Date : 08072012

Yeah..mari bersantai di hujung minggu. Saya sangat bosan makanya telah mengajak Mr. sallehudin ber'picnic' di Taman Tasik Perdana..

Membawa candies sambil berfotoshoot sangat menyeronokkan. Ini juga boleh dijadikan sebagai post-wedding kami  :)






Candies dan props semua disediakan oleh saya sendiri..  :)
enjoyyss...

Friday, April 27, 2012

One Year

Hi all..
Korang.. nak tanye skit.. compose untuk entry baru sekarang ni dah tukar baru ye? dekat seminggu I tak update cerita baru tetibe dah nampak lain macam pening sikit I tengok compose yang berwajah baru ni.. macam tak friendly aje.. huhu..

ok well.. I bukan nak cerita pasal blog yang berwajah baru ni tapi nak cerita pasal 1 year perkenalan between me and Mr. Sallehudin. :)

Kalau uolls nak tau kami kahwin sebelum sampai setahun usia perkenalan kitorang. Actually our first date ialah kat Baskin Robbin, Mid Valley. Kitorang makan eskrim sorang satu. I pilih chocolate flavor and him pilih vanilla flavor. Tapi Mr. Sallehudin time tu ntah ape sebabnya dia tak boleh nak makan kasi habis eskrim tu. So I dengan muka tak malunya menghabiskan eskrim kepunyaan beliau.. ~haha~


Memandangkan genap satu tahun usia perkenalan kitorang, Mr. Sallehudin bawak I pegi tempat yang sama untuk menikmati eskrim Baskin Robbins. Tapi kali ni kami pilih eskrim yang besar dan kami share makan sama-sama.. But this time, Mr. sallehudin berjaya menghabiskan eskrim besar yang berharga RM21 itu.. ~hehehe~
 

Saya memilih meja yang sama seperti setahun yang lalu. Cuma dulu kami duduk bertentangan tapi sekarang kami duduk sebelah menyebelah. Owwhh.. tak banyak berubah kedudukan kerusi meja kat Baskin Robbins ni.. sama macam setahun yang lalu jugak.. ~ekekeke~


Mulanya I planning nak pakai baju yang sama masa 1st date dulu. Yeahh.. baju tu memang I simpan lagi dalam almari sampai sekarang. Tapi amatlah malang sebab baju tu dah tak muat dengan my body. seriess ketat beb!! Sangat sedih dan frust. Bukan sedih sebab tak dapat pakai baju yang sama tapi sedih sebab berat dan struktur badan naik mendadak. Dalam 6 kg juga beza dulu dan sekarang.. ~huhu~ 
kenapalah lepas kahwin badan suka naik mencanak-canak? Ada harapankah akan susut seperti anak dara kembali? Mr. sallehudin sangat suka bila tengok berat badan I naik mencanak-canak sebab dia cakap itu maknanya dia jaga I dengan sempurna.. Yeahh.. sangat sempurna sekali..  :)


Okeylah.. to my dear mucuk yang tengit.. 'Happy Anniversary 1 Year Perkenalan Kita'
I Love U sooo muchhhhhhh...

Saturday, January 7, 2012

Anniversary

Salam semua..
baru hari ni dapat story cerita pasal surprise yang saya nak buat untuk Mr. Sallehudin. :)
Sebenarnya saya nak celebrate we all punye monthly anniversary per'couple'an. Lagipun bulan-bulan sebelum ni memang saya tak sempat nak celebrate.


So lepas balik dari kerja, saya singgah kat Restoran Jejantas Sungai Buluh sebab nak beli satay. Memang saya pun teringinnak makan satay. Mula-mula cadang nak masak speghety tapi confirn tak cukup masa nak masak.


Walaupun saya ni ambil tempahan cupcakes, tapi hari nak celebrate anniversary saya tak sempat nak wat cupcakes. So saya beli two pieces cupcakes aje. Just nak guna untuk tiup lilin.  :) Dadih pulak memang dah buat dua tiga hari awal.

Saya tunggu Mr. Sallehudin sampai kat rumah kononnya dia nak jemput saya pergi makan. Sampai aje kat rumah.... TARRAAAAA...!!! Surprise dapan rumah aje.. Mari tiup lilin..

Mr; Sallehudin memang muka terkejut dan memang tak sangka. hahaha... Siap ada satay kan..

Makan sampai perut pun mengah. Just makan depan garage rumah saya aje. Siap bentang tikar dan ada bantal kecik-kecik gitu. Nasib baik jiran sebelah menyebelah tak keluar tengok apa yang kami buat depan rumah. Mr. sallehudin pun datang rumah pakai seluar pendek and siglet aje.. 


Decoration kat garage rumah yang simple aje. Tapi siap pasang lilin wangi depan rumah.

Yeahh.. Happy annyversary Dear.. perjalanan 76 hari to our day...  :)

Thursday, September 29, 2011

Satu Hari Di Hari Rabu

Heylow everyone to B2B sekalian and all my blog readers..  :) 
Thank you sebab sudi datang membaca kat blog saya yang tak seberapa ni.. ~hiii~
Nak tau tak semalam saya pergi mana? Sebenarnya planning nak ambil EL sebab Mr. Salleh baru balik dari Singapore. So kitorang cadang nak habiskan masa bersama. ~ecehh~.. Tapi tiba-tiba malam sebelum nak EL tu saya dapat sakit gigi yang paling azab dan tak boleh nak gambarkan camner.. Menggigil tahan sakit. ~tuii~  
So, keesokan harinya saya call office dan bagi tahu saya nak amik EL sebab sakit gigi dan nak pergi jumpa dentist tengah hari, dan kemungkinan dapat MC. Tu aje dialog saya...

Tapi sebenarnya.. saya & Mr. Salleh awal-awal pagi lagi dah bertolak naik Genting Highland. Subuh dah sampai atas tu.. ~kahkahkah~ Saja nak rasa kesejukan Genting Highland awal subuh. Banyak pic yang kami snap. Tapi sekarang ni kemudahan saya nak upload pic kat dalam blog adalah terbatas. ~pheww~  Kami bawa DSLR kitorang sorang satu. Pastu Mr. Salleh siap bawak kaki camera. Then.. u know wats.. kami bergambar mengalahkan ala-ala buat pre-weds pulak. ~hahaha~ Then, saya dapat idea, kalau pic yang kami snap tu kami pilih yang tercantik dan terbaik kemudian hantar kat mana-mana kedai gambar untuk buat storybook. Boleh kan? Dah jimat disitu..maybe.. hmmm. Kebetulan pulak kami pakai baju t-shirt design yang sama...  :)

Banyak kedai-kedai kat Genting.. macam Esprit, Giordano, etc tengah buat sale. Kalau shopping sekian-sekian amount then dapat rebate laa.. itu laa ini laa.. Mr. Salleh & saya sangat terpengaruh dengan tawaran tu. Maka Mr. Salleh telah membeli dua helai seluar jeans dan sehelai t-shirt Giordano untuk saya.. ~hohoho~ thanks Dearrrrrr...  muahssz   :)  Almaklumlah kebanyakkan jeans saya dah tak muat nak pakai disebabkan jisim badan saya mencanak-canak naik. Mr. Salleh pun ada beli t-shirt untuk diri sendiri. Kami pilih same color jugak..  :) Kaler hijau. Then, we decided nak pakai baju tu untuk ambik gambar kat Bintang Walk. Konon-konon nak buat pre-weddings jugak. Tapi tak ada cameraman. Kitorang setting sendiri kamera tu.. hahahha.. Budget sungguh kami berdua ni.. 

Tiba-tiba dapat call dari Mama. Dia bagi tahu cost sewa dewan agak tak masuk akal. Sewa dewan 1 jam RM40, nak pakai stage yang dalam dewan tu pun harga lain. Sewa kerusi meja pun harga lain. Pastu upah orang nak kemaskan dewan lepas majlis pun harga lain. Hmm... nanti abah akan finalize lagi sekali macam mana....

Turun dari Genting Highland, tiba-tiba pulak Mr. Salleh rasa tak sedap badan. Menggigil seram sejuk nak demam. Destinasi seterusnya ke Klinik Pergigian Rosman. Konon-konon nak tampal gigi yang sakit tapi doktor cakap gigi ni dah tak boleh nak tampal sebab bila saya sakit gigi urat tu dah sampai ke kepala.. tu sebab bila sakit gigi, kepala pun sakit sama. Err.. macam tu lah lebih kurang yang saya faham. Tapi takut pulak nak cabut gigi. So saya mintak buat rawatan akar-matikan saraf. Tapi cost mahal sikit laa.. Rawatan akar kena buat tiga kali. Ada dua kali lagi treatment. ~haishh~
okeylah.. tiba-tiba rasa lapar pulak.. 
~Daaa~

Saturday, June 4, 2011

Mr. Sallehudin's Cousin Getting Married

Siang tadi ikut Mr. Sallehudin & family pergi hantar rombongan pengantin ke Kuala Selangor. Yang kawin tu sepupu rapat Mr. Sallehudin.

Alhamdulilah, saya diperkenalkan kepada semua mak-mak sedara dia.. dan mereka semua terima saya dengan senang hati.. ecehh.. :) Cuma Mr. Sallehudin aje yang belum jumpa mama & abah dan semua kaum kerabat keluarga saya lagi..



So.. Selamat Pengantin Baru to his cousin.. En. Afendi.. semoga menjadi suami yang soleh.. Amin..

Karak Yang Tak Best!!

Malam semalam we all gi tgk Midnight - Karak Jalan Puaka.. [somthing like dats laa kot tajuknyer]. This is our second movie yang kami tengok sama-sama. Our 1st moviw yang kami tengok - Kongsi.

Sebelum masuk panggung tu kami jejalan kat ground level Mid Valley tu.. Pastu nampak ada promotion cerita Pirates Of Caribbean. Siap ada Pirates & kapal kat situ..


Owhh.. yang paling penting nak bitau.. cerita Karak sangat tak best. Macam hampess!! Nyesal betul beli tiket tengok cerita tu. Lebih baik tengok citer Nur Kasih.. huhu.. Dari 5 bintang, saya bagi 2 bintang aje..

Nyesalll.. nyesalll.... huhu.. Mr. Sallehudin ajak tengok Kungfu Panda tapi saya tak mau..