Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, December 20, 2013

Penambahan Berat Badan Yang Menakutkan -part 2-

Disebabkan penambahan berat badan yang menakutkan saya rasa terlalu sedih. Yer betul..memang tak sangka saya mampu mencecah hampir-hampir ke angka 60. Boleh dikatakan satu mimpi ngeri. So saya berazam akan mencapai berat ketika masih solo apabila menjelangnya hujung tahun 2013. Sepanjang berusaha mencapai azam saya tu.. ~hee~ suami sentiasa mentertawakan saya :p tengah malam boleh ajak saya pergi makan roti canai kat kedai mamak!! Tak apa..ini saya anggap satu cabaran dan dugaan..hehe..

Pada waktu pagi selang satu hari saya akan 'morning walk' mengelilingi taman perumahan. Tapi saya rasa macam langkah ini kurang berkesan. Walaupun keluar peluh dan dikatakan sihat,  saya rasa ia masih belum mencukupi. Apa tidaknya..saya berjalan kaki mengelilingi kawasan taman perumahan dan singgah di gerai membeli sebungkus nasi lemak. Sampai dirumah terus menikmati kesedapan nasi lemak sambil menonton drama filipina dan disulami dengan minum air sejuk / ais. Memang tak berkesan langsung laa kan..Jadi saya telah mengubah beberapa perkara dalam kehidupan saya.

Perkara pertama yang saya buat ialah berhentikan pengambilan nasi. Setiap pagi saya makan diet cereal & susu HL. Memang itu yang saya makan setiap pagi selama sebulan. Tapi kadangkala saya tak makan diet cereal tu. Saya cuma grill hotdog dan makan bersama roti. Tengah hari pula saya panggang ayam dan makan bersama salad. Kadangkala saya panggang ikan dan ada kala juga saya rebuskan speghety dan gaulkan bersama sayuran yang lain dan tuangkan sos Thousand Island. Macam-macam menu yang saya reka asalkan makanan tu mengenyangkan. Waktu petang saya akan makan sebiji epal atau buah lain seperti pisang. Saat ni memang tergugat juga iman sebab apabila suami pulang kerja, saya akan hidangkan nasi dan lauk yang saya akan masak sendiri. Beliau pula makan dengan begitu menyelerakan. Waktu ni memang rasa macam nak ambil pinggan cedok nasi makan sekali dengan beliau tapi saya tahan dan kuatkan semangat..hehe... Malam jika lapar saya akan makan diet cereal + susu HL. Tapi kali ni saya campurkan dengan pisang yang dipotong halus. Kadang-kadang saya makan salad buah. Saya pastikan yang saya tidak makan selepas pukul 9 malam.





Selain itu, saya terus meninggalkan minuman ais dan hanya akan minum air suam setiap hari. Jumlah pengambilan air suam lebih kurang 1500ml ke 2000ml untuk satu hari. Pengsan juga saya nak amalkan minum air suam banyak tu. Memang diakui sebelum ni saya memang kurang sangat minum air suam. Seminggu sekali saya minum air limau suam. Kalau teringin sangat nak minum air manis saya beli air yogurt Dutch Lady. 

Senaman pun saya buat jugak. Selang satu hari saya akan earobik sorang diri dalam rumah.. ~hehe~ video earobik saya tengok di youtube :) Alhamdulilah sebab dalam tempoh sebulan berat badan saya turun dari 59.5kg ke 57.5kg. Memang happy sebab usaha saya nampak berhasil.

Bila tiba bulan puasa, saya stop seketika pengambilan makanan harian yang saya amalkan. Tapi setiap kali berbuka puasa saya memang tidak makan nasi. Saya selalu makan bihun sup atau roti john atau char kuew tiau. Kuih pun saya makan dalam dua biji saja. Dan puasa tahun ni memang pecah rekod sebab saya hanya minum teh o setiap kali berbuka puasa kalau nak dibandingkan dengan tahun sebelumnya..air jagung laa air bandung laa air tebu laa..huhu... Waktu sahur saja saya ambil nasi segemgam. Tapiii...satu hari tu saya makan nasi seperiuk sebab pekena dengan lauk ikan patin masak tempoyak. Hahaha.. lepas kenyang makan baru rasa menyesal..hahaha..takpe sekali sekala....

Musim raya saya tak ikut langsung menu diet yang saya amalkan. Maklumlah balik kampung my mom masak sedap. lepas tu dengan open house lagi... :) tapi walaupun saya makan dengan tak terhingganya saya masih lagi mengekalkan minum air suam yang banyak dan tidak sentuh minuman ais langsung. Selepas raya ingatkan berat badan akan naik dan memang saya akan pasrah aje lah tapi rupanya berat badan turun ke 56kg. Rasa happyyyyyy gilerrrrrr...

Sambung part 3 lah..panjang sangat nih.. :p


Thursday, December 19, 2013

Penambahan Berat Badan Yang Menakutkan -part 1-

Holaaa..

Antara perkara dan misi I yang hampir berjaya dalam tahun 2013 ialah menurunkan berat badan. Sebelum I berceloteh lebih lanjut, I nak buat kronologi kenaikan berat badan saya yang naik mendadak sehingga menimbulkan kebimbangan dihati. Dah laa risau, sang suami pulak boleh ketawa tengok penambahan berat  badan I dan boleh pulak diejek sebagai 'budak gemoks' oleh suami sendiri..huhuhu..

April 2011 :: 49kg
Waktu ni saya masih solo dan mencari-cari pasangan..ewah. Kebetulan pulak waktu ni dah mula berkenalan dengan mr.sallehudin. Jadi aktiviti dating kami ialah pergi makan sajaa..

Julai 2011 :: 51kg
Saya bertunang dengan mr. Sallehudin. Akibat aktiviti makan kami yang tidak dikawal, berat saya telah naik sebanyak 2kg dalam tempoh tiga bulan. Tetapi waktu ini saya sedikit pon tidak risau dengan kenaikan berat badan malah rasa happy sentiasa..hehe..

Mac 2012 :: 53kg
Saya berkahwin dengan mr.Sallehudin. waktu ni saya perasan yang pipi saya nampak chubby dan ada beberapa helai baju harian saya sudah agak ketat. Tapi saya masih tidak sedar diri lagi dan saya sentiasa happy dengan kehidupan baru sebagai isteri dan beranggapan ia adalah satu perkara normal saja

November 2012 :: 56kg
Kebanyakan baju harian saya sudah tak boleh dipakai kerana terlalu sendat dan ketat. Ini menimbulkan kerisauan dihati saya tetapi saya masih tidak mengambil apa-apa tindakan. Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa makan - minum -tido. Walaupun waktu ini saya telah bergelar suri rumah sepenuh masa dan sibuk dengan perniagaan kecil-kecilan menerima tempahan kek dan pakej chocolate fountain berat badan saya tetap tidak menurun..huhu...

May 2013 :: 59.5kg
Waktu ni seperti terasa satu tamparan kuat lalu tersedar dari mimpi. Sebaik saja saya berdiri diatas penimbang..jantung saya umpama berhenti berdenyut dan saya hampir menjerit melihat angka 59.5 waktu ni saya terfikir macam mana ini semua boleh berlaku. Dalam tempoh setahun berat saya naik sebanyak 10kg!! Dan ianya hampir mencecah ke angka 60. Ini memang satu mimpi ngeri ye kawan-kawan.. 

Dengan penambahan sebanyak 10kg itu, telah menjadi bahan ketawa oleh sang suami. Huhu..sangat sediss sekali. Bukan saja berat badan saya bertambah, malah perut saya kelihatan semakin buncit dan ramai yang menyangka saya mengandung.Ini membuatkan saya rasa sangat rendah diri dan rasa macam seolah-olah saya sudah mengabaikan penampilan diri selepas berkahwin.

Malam itu selepas mengalami detik cemas diatas penimbang, saya berfikir apa yang patut saya buat untuk menurunkan berat badan. Saya ada menulis status di fb tentang kerisauan dan masalah berat badan yang saya alami ketika itu. Yang kelakarnya ada juga yang menawarkan set diet laa..korset laa..hahaha...saya cuma nak turunkan berat badan tanpa mengambil sebarang suplement or ubat kurus or apa-apa saja yang perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Akhirnya saya bercadang untuk menjalani program diet sihat.. ~hehe~ ( sehatlah kononnya..)

Saya berazam yang berat badan saya akan menurun menjelang hujung tahun 2013. Dan saya berazam untuk mendapatkan semula berat badan asal sebelum berkahwin. Tapi keazaman saya membuatkan mr.sallehudin ketawa kuat-kuat sambil guling-guling. Kata dia cuba tengok dia sebagai contoh. Dari sebelum berkahwin sehinggalah lepas berkahwin, berat badan dia tetap maintain 107kg. Haha.. Memang bunyinya sangat riak. Tapi takpe...saya jadikan ejekan beliau sebagai motivasi untuk menurunkan berat badan..hehe...

Macam mana saya turunkan berat tanpa mengeluarkan kos yang tinggi? Sambung esok yer -part 2-

June 2013

December 2013

Sunday, December 1, 2013

Tapau Lunch Untuk Mr. Sallehudin

Bila dah sampai hujung tahun 2013, penduduk Malaysia mengalami satu kejutan yang teruk. Semua harga barang naik. Harga gula, harga minyak, harga ayam dan akan datang harga tol pulak. Cuma satu perkara saja yang tak naik..gaji orang yang bekerja saja masih di tahap lama tak naik-naik.. Kesiankan....

Disebabkan hal ni.. Mr. Sallehudin bagi tau yang dia nak bawak bekal makan tengah hari ke temoat kerja. Ini bermakna saya akan bangun awal dan akan masak untuk beliau. Its ok for me sebab mr.sallehudin nak makan yang ringan-ringan saja untuk lunch sebab beliau akan makan dengan bersungguh-sungguh lepas balik dari kerja. So setiap pagi I akan sediakan nasi goreng cili padi. Ini memang makanan kegemaran beliau. Saya ni pon pada mulanya dulu tak suka terus jadi minat dengan nasi goreng cili padi.  Disebabkan tak nak beliau boring, jadi setiap hqri saya akan letakkan lauk yang berbeza. Kadang kala dalam nasi tu saya campurkan jagung, kadang-kadang letak fish cake dan kadang-kadang ikan bilis. Nasi dalam bekas saya letak cantik-cantik dan saya hias dengan apa-apa yang patut seperti tomato atau telur.




Kadang kala saya selitkan juga buah kurma atau buah pisang untuk beliau sebagai pencuci mulut. Ada sekali tu saya letak chocolate kit kat dalam tuperware tu. Dah laa nasi goreng panas. Sampai aje di office kitkat tu dah cair..hahaha..terlupaaakk sowiee..


Selepas beberapa minggu, beliau meng'request' lagi..kali ni nak bawak air sirap pulak. Hehe.. Okeylah..kebetulan beliau dapat satu bekas air stainless steel mug hadiah dari kawan beliau. Jadi kalau kita letak air sirap sejuk dalam bekas tu..air tu akan maintain sejuk aje sampai tengah hari...



Thursday, October 10, 2013

Kedai Makan Yok Mampir


Hola..

Last week me & husband beria-ria nak makan kat luar sebab mood masak I dah kelaut.. Punye laa pusing-pusing sampai ke Kelang and finally we all berenti kat satu kedai makan tepi jalan. Time kitorang sampai lebih kurang pukul 8.30pm gitu dan orang tak berapa ramai..

Owhh.. nama kedai makan tu Yok Mampir Cafe. Macam jawa indon bunyinya.. :)


Seriously memang kitorang sangat lapar. So..we all pon order ikan siakap tiga rasa, puyuh goreng, sayur kailan, telur dadar dan sotong goreng tepung. Sorry sotong tak sempat nak ambil gambar sebab makan dengan eksited.


Tak sampai lima belas minit order kitorang sampai. Cepat jugak kan :) mula-mula saya fikir order kami cepat siap sebab customer tak ramai. Tapi 'time kami tengah menikmati juadah ade customer lain datang duduk sebelah meja we all. Ada 4 orang. Diorang order nasi goreng laa, mee goreng laa ,jus orange laa.. At that time customer dah mula ramai yang masuk ke kedai tu. Tapi order customer yang dusuk sebelah meja I tu tak sampai 15 minit juga dah sampai ke meja diorang.


Kesimpulannya.. I boleh katakan servis di kedai ni adalah yang terbaik. Harap diorang dapat kekalkan prestasi diorang..hehe...

Total harga menu yang kami order pon macam tak disangka-sangka. RM46 saja. Husband cakap kedai ni harganya murah. So next time boleh laa datang lagi.. :p


Ok..sesiapa yang teringin nak try masakan kedai ni..memang rekemen sangat-sangat.. Addressnya:

Lot26459, Jalan Shahpadu, Kampung Rantau Panjang, Kelang


Saturday, October 5, 2013

Throwback: Diari Wedding

Hai...

Tetibe teringat zaman mana nak tawen dulu. Zaman bride to be gitu... Memang bersemangat giler. Segalanya nak buat dan DIY sendiri.. :) owhhh..kalau I ade poket doraemon dah tentu I nak gunakan pibtu masa so boleh balik ke zaman bridezilla.. 

Ini wedding diari I. Dalam diari ni ade tampal semua resit pembelian, perancangan tentang goodies, item list yang perlu disediakan semasa hari wedding, sketch tetang pelamin dan baju & everything!!


Ini Sketch design baju untuk majlis bertandang. Siap ada tampal cebisan kain yang akan dijahit.. Nasib baik design yang I sketch ni walaupon lukisan I buruk tapi tailor berjaya menghasilkan baju ini dengan baik. Terima kasih kepada tailor tersebut walaupon beliau telah menaikkan darah I semasa proses fitting dan mengambil baju pengantin. 

 

Please imagine.. sehari sebelum I nak balik kampung untuk my wedding, tailor tu dah promise akan siapkan semuanya. Tapi sesampainya I di kedai die.. die baru terhegeh-hegeh nak jahit bunga 3D kat baju sanding I!! Bengang tak..??

Fuhh.fuhh.. Ok. That is old story.. Ok byeee

Xoxo