Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, January 18, 2013

Setia Hujung Nyawa

Hai.. uolls ada tengok drama Setia Hujung Nyawa kat TV3 tu setiap hari Isnin hingga Khamis? Drama ni adalah adaptasi dari novel yang tajuknya sama juga dengan dramanya... Orang yang macam I bukan kaki novel sebenarnya tak tau pun ada novel tajuk Setia Hujung Nyawa ni... Kalau sehangat Asmara ke.. Bicara Hati ke.. I tau laa sebab I penah baca novel ni.. hihihi..

So I start tengok drama Setia Hujung Nyawa dari episod berapa ntah.. tak sure.. I start tengok bila El dah bagi klu kat Zain.. bla..bla...bla... hehe... Jalan cerita agak best. Then, I try google pasal novel ni dan dapat laa baca sinopsis untuk novel ni.  :)

Jom kita emo skit.. I tak nafikan setiap jalan cerita dalam novel kemungkinan pasti akan berlaku dalam kehidupan manusia. Kalau tak 100% betul maybe 80% mesti sama. Kalau kata cerita novel adalah rekaan semata-mata macam mana penulis novel nak dapat idea kan. Betul tak?

Seperti Zain yang dalam novel tu.. adalah seorang lelaki yang tak sedar diri sebenarnya. Macamlah ko tu seorang ustaz yang perfect dan tak dapat terima isterinya pernah terlanjur?? betul tak? I yakin lelaki yang berperangai macam Zain tu memang ada dalam dunia ni. Ego dan pentingkan diri sendiri. Lastly.. baru tau yang dia pun pernah mengandungkan perempuan lain dan tak nak bertanggungjawab. Ko hina isteri ko yang pernah terlanjur tapi tak ingat yang ko sendiri tu pun busuk!!

Kalau I berada ditempat El.. dan tahu yang suaminya pun busuk.. confirm I akan tepuk tangan depan muka suaminya dan akan kata... "ko pun dua kali lima.. busuk macam bangkai" hahahaa.. dendam hokey.. Ape I mengarut ni.. ekekeke..


Sinopsis
 Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.



Thursday, January 17, 2013

Chiller Is My Aset

Boring.. bosan.. tak de mood..

Letih.. penat.. ngantuk.. nak tidoo...

tiba-tiba......  

yeayyy..
|
|
|
|
|
|
|
|
\/




dah sampai barang yang dibeli..  :)

Sedia berkhidmat. Lepas ni boleh buat kek dengan jayanya. Alhamdulilah.
sesiapa nak menempah kek untuk birthday, wedding, anniversary etc.. boleh order kat saya yer..
sila lawati blog online bakery saya  :)
http://sweetheartstories.blogspot.com

Wednesday, January 16, 2013

10 Months

Haiii

Hari ni dah 10 bulan usianya...
Ape yang 10 bulan tu???

Today is our 10 months wedding anniversary :)



Kitorang takde celebrate sangat pon.. biasa² aje.. I just buat pavlova untuk my hubby as per his request.. 

Monday, January 14, 2013

Reward Again

Salam hari Isnin semua dan selamat bekerja  :)
bagi pembuat kek seperti I, hari Isnin adalah hari cuti sedunia dan boleh bermalasan di depan laptop sambil meng'update' blog. Almaklumlah.. kebanyakan tempahan kek atau servis choc fountain yang diterima kebanyakkan melibatkan hari Jumaat, Sabtu or Ahad. So.. seawal hari Rabu I dah kena standby barang-barang yang diperlukan. Pergi bakery ke, cari bahan untuk buat kek dan sebagainya..

Semalam.. (ahad) selepas buat delivery rainbow cake kat seksyen 11, Shah Alam.. me and husband saja masuk SACC Mall. Actually I tak pernah masuk dalam SACC Mall ni. Kat situ ada satu kiosk make-up panggil I.. ask for trial make-up. Beautician tu sapukan compact powder & letak lipstick kat I. Dia cuma nak perkenalkan product dia aje.. 

After coles bedak, bila tengok kat cermin I tengok sapuan bedak di muka memang sangat cantik. Bedak compact yang boleh dijadikan sebagai foundation jugak. Yupss memang banyak sekarang product 2 in 1. Compact powder + foundation. Tapi product ni I tengok nampak lebih natural, kemas dan gebu.. hehe..



So.. untuk promotion semalam, kalau I beli product ni I akan dapat VIP member card dengan keahlian seumur hidup. Plus.. kalau I nak pergi mana-mana event dan perlukan khidmaty solekan, I boleh pergi ke kaunter diorang dan I get the servis without any charges. So.. dalam otak I.. "wahh.. bagus nih" huhu.. macam laa I selalu pergi event yang perlukan khidmat solekan macam artis kan.. 

FInally I grabbed it. Dengan harga RM129 I dapat 1 unit compact powder dan VIP member card. Walaupun agak mahal.. dan kalau nak tau ni laa first time I beli bedak harga seratus lebih.. huhu.. tapi apa salahnya I bought it for my self. Reward untuk diri sendiri selepas berhempas pulas tanpa henti membuat kek.. kan... hehehee...


Tarraaaaaa...
Feel nyerr lain tau pakai bedak mahal nih.. hahahaa.. (perasan)

Untuk mu husband pun ada jugak I bagi reward nanti. Yerr laa... lagipun dia pun ada jugak tolong I angkat barang sana sini.. sometimes teman I untuk servis candy buffet or choc fountain kat event customer. I ada simpan duit sikit hasil bisnes kecil-kecilan I ni and nanti nak bawak my husband pergi bercuti. Tapi duit tu untuk sewa hotel aje.. Kos perjalanan dan kos makan minum dia tanggung.. hahahaha.. 
lalalalalallaaa...

Thursday, January 10, 2013

Wedding Idea : Polkadot Theme

Hai..

Ada yang masih mencari theme warna untuk wedding uolls?  Kekadang tu ada yang dah ada warna tema. Tapi macam terfikir pulak macam mana nak jadikan gabungan warna lebih cantik dan sempurna.

Salah satu pattern yang menarik perhatian sekarang ialah polkadot. Apa salahnya jika kita mencuba menghasilkan suatu hiasan yang polkadot dari warna tema yang dipilih  :)

Gabungan pink putih memang nampak sweet dan manis sekali. Hiasan reben polkadot boleh diletakkan pada hantaran agar nampak lebih ceria.


Gabungan hitam kuning juga sangat memukau. Hiasan pokadot boleh dihasilkan pada hiasan doorgift tetamu. Atau boleh juga keluarkan sedikit duit dan sponser pakaian bercorak polkadot untuk pengapit anda..
 

Corak polkadot juga boleh dihasilkan pada kek perkahwinan. Sudah tentu kek itu menjadi perhatian tetamu yang datang nanti. Sudah tentu anda banggakan..  :)
 

Untuk nampak lebih ekstrim lagi.. alas meja tetamu dibawah khemah atau didalam dewan boleh digantikan dari corak kosong kepada corak pokadot. Dah tentu suasana majlis perkahwinan uolls bertambah ceria  :)
 

Hiasan di meja makan pengantin juga boleh dihiaskan dengan corak polkadot.JIka uolls tak mahu letakkan alas meja pengantin bercorak polkadot its ok.. Letakkan pinggan mangkuk yang digunakan di meja makan pengantin bercorak polkadot. Dah tentu lain dari yang lain bukan. 


Owhh.. alangkah bagusnya kalau majlis perkahwinan saya dibuat sekali lagi :) dengan hiasan dan warna pilihan yang lebih menarik.. lalallalalaa...