Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, October 30, 2012

TO MY MUCUK MASAM

Salam hari selasa

Kali ini adalah kali ke 2 saya tulis di blog mrandmrssallehudin. Hari ni serious badan letih sgt, ye la kenduri kahwin adik iparkan so kena uruskan segalanya. Ibarat nons stop working. So hari ni dah start kerja, ingat di hati nak amik mc tapi di sebabkan dah ada appointment dengan contractor so kena la datang jugak.

To budak mucuk saya i luv u so much. Hari ni masak sedap2 ye. Hari ni i skip lunch so balik nanti for sure lapar sgt².

Take care budak masam. Muahhhhhh





Pengantin basi bersanding. Cute tak we all...

Monday, October 29, 2012

testing 123

Hai..
Saya sedang cuba meng update entry ini menggunakan hanfon samsung suami saya.

Oklah... mari menonton Adam Dan Hawa. Nanti saya akan update story panjang-panjang ye... sekarang tengah emosi tengok drama Adam Hawa niee...




Thursday, October 25, 2012

Sempena Aidiladha

Assalamualaikum..
Hari ni perlu menaip dalam keadaan sopan dan berbudi pekerti.
Alhamdulilah, saya dan suami telah selamat sampai ke kampung halaman saya di Bagan Serai, Perak pada pukul 8 malam tadi. Dengan menempuh kesesakan jalan raya yang agak teruk dan hujan turun dengan lebat sekali. Disebabkan itu, pemanduan sang suami agak kurang jelas. 

Kami bertolak dari rumah di Shah Alam pada pukul 2.30 ptg sebaik saja suami pulang dari kerja. Sebelum memasuki lebuhraya, kami singgah Mc Dee drive thru di Kota Damansara kerana saya sejak dari tiga empat hari lepas merengek-rengek mengidam Samurai Burger. Sesampainya di mesin pesanan, orang yang mengambil pesanan memberitahu bahawasanya promosi Samurai Burger telah tamat. Saya amat sedih dan kecewa sekali. Saya hanya sempat menjamah Samurai Burger sekali sahaja.

Walaupun esok raya tetapi kami sekeluarga disini tidak membuat persiapan untuk menyambut raya. Tiada ketupat daun palas, tiada rendang daging yang enak, yang ada cuma sedikit nasi impit dan sedikit kuah kacang. Ini kerana kami sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan untuk kenduri kahwin adik lelaki saya pada hari raya ketiga ini. Ruang tamu dipenuhi dengan goodies beg dan segala makanan ringan. 

Oleh itu, dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua mislimin dan muslimat, teristimewa untuk pembaca blog picisan mrandmrssallehudin. Esok pagi nak pergi tengok orang sembelih lembu..

Di malam raya ini bersulamkan hujan rintik-rintik, sangat enak tidur. Oleh itu..marilah kita tidur.. 

Amacam..?? bersopan santun tak penulisan entry hari ni?
ok.. adios... byeee... esok rayeeeee....




Wednesday, October 24, 2012

Yakin Dengan Veet Dan Mix & Match

 Hai semua..
Nak tanyer.. uolls penah pakai Veet tak? Tau tak ape tu Veet?
Veet ® adalah krim jenama ubat menghilangkan rambut  nombor 1 di dunia dengan lebih 80 tahun  pengalaman membangunkan produk penyingkiran rambut. 

Ahaaa... Dulu I pun tak tau amende Veet ni.. Tapi sekarang dah tau.. ~hee~ I pernah cuba Veet ni. I guna untuk menghilangkan bulu kaki. Ehh.. bukannye bulu kaki I ni panjang macam jantan hokey..tapi sebab bulu kaki I ni nampak macam banyak sangat walaupun pendek aje.. So selepas I guna Veet.. wahhh rasa kagum sekali dengan hasilnya..lembut dan licin.. Tak de laa rasa macam segan nak tunjuk betis kan. Pastu I guna kat tangan sampai laaa ke ketiak. Hahaha.. hasilnya amat memberansangkankan. Husband I cakap.. "nasib baik ada Veet, kalau takde..tak tau laa jadi macam mana ketiak tu.." huhuhu

Ok cuba kita tengok video kat bawah ni untuk menambahkan infor tentang Veet..  :)



 

Ok.. sekarang nak tanya.. uolls penah mix & match tak baju-baju lama uolls? 
I nak tunjuk satu gaya mix & match yang I rasa uolls boleh try. ~ehehe~

Dalam gambar atas tu I pakai cardigen merah. Seluar slack grey dan tundung instant pink. Semua tu pakaian lama yang dah bertahun I beli. Bila I pakai macam ni nampak macam tak trendy langsung. Suram aje kan. I pun fikir, macam mana laa nak ubah style tu tapi masih nak gunakan cardigen jugak. I nak cepat time ni sebab nak kuar pegi beli barang dapur. Husband dah menunggu lama siap bebel-bebel lagi.. ~ehe~ I tengok banyak selendang tergantung dalam almari. Tetiba.....
JENG JENG JENG...  I dapat satu idea...


No 1: Pilih selendang empat segi sama. Lipat suku aje. Ni sebab selendang tu besar. Kalau selendang tu kecik tak payah lipat pun tak pe... 
No 2: bahangian lipat tu letak di bahagian dada dan bahu.
No 3: Hujung kiri dan kanan selendang yang paling dekat dengan bahu diikatkan. Make sure kiri dan kanan sama..
No 4: Dah ikat... make sure ikat kuat-kuat ye.. Kalau ikat tak kuat nanti tercabut pulak. ~heee~
 

No 5: Dah setel bahagian atas, kita tengok bahangian bawah pulak. Bahagian bucu selendang di pinggang juga mestila sama panjang jugak. 
No 6: Pinkan hujung bawah selendang tu. Kalau nak ikat pun tak pe. Tapi kalau nak lebih yakin pin guna keronsang kecik pun tak pe...
No 7: Pastu dah siap.. betulkan kain selendang di bahagian leher depan supaya nampak beralun.


Kemudian sarungkan cardigen. Nak lebih feminin, kena kan aksesori rantai. Taraaaa.. dah siap... Nak tengok I pakai tak..?  :)

|
|
|
|
|
|
\/


Ok tak? cantik tak? Nampak lebih kurus tak? ~ehehe~
Uolls boleh cuba skill ni dengan menggunakan selendang yang mempunyai corak yang lebih cantik dan warna warni. ~ehehe~
Selamat Mencuba

Monday, October 22, 2012

Happy Pengantin Baru to My Bro

Salam semuaaaa..
alalalaa.. rindu sama blog saya yang tak seberapa ni.. huhu.. maklumlaa...bukannyer glemer sangat pun mrandmrssallehudin ni kan... 

Last weekend me and family ke Jengka 18. Adik lelaki saya nak kawen. Asyik hujan aje sepanjang hari di sana. Maklumlaa musim hujan kot sekarang ni. Jangan kata kat Jengka, kat KL pun cuaca dah suam-suam aje ni, petang sikit mesti hujan turun. 

Rombongan dari Perak adalah dalam empat kereta, termasuk kereta adik I laa.. diorang bertolak dari sana pukul 9 pagi. So I dengan Mr. Sallehudin dari rumah dalam pukul 1 tengah hari. Actually kononnya kitorang janji nak jumpa di tol exit Chenor. I tunggu kat setengah jam, tapi rombongan yang dari Perak ni tak sampai-sampai lagi. Hayooo.. lambat betul. Diorang tunggu kereta Pakngah I kat RnR Temerloh. Pakngah I tu dari Ampang. So.. I dan hubby pun ala-ala bosan, so kitorang terus aje laa perjalanan ke Bandar Jengka. Nak cari homestay pun ingat-ingat lupa. Homestay tu kitorang pernah sewa dulu masa rombongan bertunang. 

Adik I akad nikah sebelah malam. PUkul 8.30pm kitorang dah sampai depan Masjid Jengka 18. Hujan turun selebat-lebatnya. Sejukkkkk.. best tido.  ~heee~


Hoyeyy.. sekali lafaz aje dah sah. Terrer laaa... sama terrer dengan abang ipar dia jugak. Sebab sekali lafaz jugak. Sape lagi kalau tak laki I laaa... ~heee~ Tapi sementara nak tunggu akad tu, lama betul tok kadi dok pot pet pot pet.. ntah apa laa yang dia cakap, kami orang perempuan yang duduk di bahagian belakang ni tak dengar. Yang dengar perkataan.. SAH.. SAH... ajee... 

Ini pula acara batalkan air sembahyang. Huisss dapat seutas rantai tangan. Sekarang famili I dah bertambah lagi sorang. Lagi padat laa rumah kitorang kat kampung tu kalau semua berkumpul balik. ~hehehe~ Lagi pot pet pot pet laa mak I melayan menantu. 

Dekat pukul 10pm jugak kot selesai. Kitorang dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk makan-makan. Lapooo... Kitorang dijamu nasi putih, ikan goreng, masak lemak nenas, labu , kangkung goreng dan sambal belacan. Masakan orang kampung gitu.. sedap. Tengah dok makan dengar orang jerit-jerit. Ingatkan apee..rupanya diorang dok tengok bola ATM lawan Kelantan.

Owwhhh.. tapikan... I ada satu cerita best ni. Kenkawan adik ipar I cakap.. "wehhh Ekin, kakak ipar ko tu dah kurus laaa..." ~hahaha~ mari melompat setinggi boleh. I happy tapi sang hubby dengki. I compius jugak bila pulak kenkawan adik ipar I tu jumpa I? I kenal diorang pun tak... hehehe.. maybe diorang tengok pic kat facebook kot.. or diorang baca blog I? mungkin... Ehhh koranggg.. terima kasih yer sebab memberikan maklumbalas kat akakkk..sesungguhnyaaa akakk terharu..~hehehe~ betul ke korang ikhlas cakap akakk kurus ni? ~ehehe~ korang laa sumber semangat akakk.... ~hahahahahahaa~


Ini gambo pengantin tujuh bulan. Err..bukan I mengandung 7 bulan yerr, kami yang dah kawin 7 bulan tapi masih tak dapat album gambo kawen lagi.. ~haptuiii~ kalau nak tau cerita klik SINI

Oklah.. Selamat Pengantin Baru to my bro. Minggu depan majlis menyambut menantu kat Bagan Serai pulak. Huuu.. mesti penat