Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, August 12, 2011

Menu 12 Ramadhan

 Menu 12 Ramadhan
Nasi Hujan Panas + Rendang Ayam
Nasi Kerabu + Daging Goreng + Telur Masin
Murtabak Maggi
Kuih : Seri Muka + burger Mesia + Karipap + Cucur Badak + Popia Goreng
Air : Jagung Madu + Katira

Yeahh.. hari ni saya cuti untuk memasak juadah berbuka. So hari ni menapak Pasar Ramadhan Puncak Jalil dengan Mr. Sallehudin. Sampai kat sana pun dah pukul 6pm lepas hujan lebat ribut petir.

 Ini nasi hujan panas dan rendang ayam. Lalu depan gerai makcik ni memang terliur tengok rendang ayam tu. Seriess.. saya tak tau cane nasi tu boleh jadi colorful. Sebelum ni memang tak ada inisaitif nak google cari resepi nasi ni. Tapi lepas ni.. Insyallah.. I will...  
Nasi dan rendang so and so aje.. bagi 3 bintang dari markah penuhnya 5 bintang. 
U'olls know wats... Mr. Salleh tanyer kat makcik yang jual nasi hujan panas ni...  
"Nasi Kemarau Panjang ada tak..?" ok..ok.. layan ajee ~huhu~

 Nasi kerabu + daging goreng + telur masin + cili hijau sumbat. Betul ke namanya cili hijau sumbat? Saya tak tau ape namanya so I called it cili hijau sumbat. Nasi kerabu ni beli kat gerai yang sama dengan nasi hujan panas. Ok.. not bad rasanya dan saya boleh bagi 3.5 bintang..
 
 Murtabak maggi. This is my first time makan murtabak maggi nih. Betul tak tipuuu.. Actually murtabak ni sama aje macam murtabak biasa yang lain. Cuma inti untuk murtabak ni maggi dan daging/ayam cincang yang telah dimasak. Maggi tu pun telah direndam dengan air panas. For me, makan waktu panas-panas adalah terbaik tapi kalau dah sejuk.. rasanya memang out..  ~sigh~

 Owhh.. banyak benar kuih muih disitu. Tapi memang tersangat hampa sebab semua kuih yang dibeli rasa memang out. Karipap tu intinya masin, seri muka tu pulutnya tak kukus elok dan lapisan hijau tu keras. Cucur badak bau rempah sangat kuat, popia goreng keras dan inti untuk burger Mesia tu agak masin sikit. ~ohoho~

Air jagung madu & Air katira memang tidak mengecewakan. Air jagung tu saya yang mengidam. Mr. Salleh cakap tak baik saya minum air jagung madu tu sebab nanti saya akan bermadu.. ~pangg~ tampar skit.. huhh!!
Tau tak.. air katira tu not bad tau. Baunya harum. Saya rasa air tu dibuat dari sirap ros then ada cincau sikit. Yang jadikan air tu hijau.. hmm tak sure laa maybe letak sikit daun pandan or pewarna hijau.. 

okies.. adios..

Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan VS Wedding Theme Color

Menu 11 Ramadhan

Mee Goreng
Cucur Udang
Orange Juice

Thats my menu for today. Buat sendiri mee goreng & cucur udang. Malas nak berbuka makan nasi. Lagipun Mr. Sallehudin mengidam nak makan cucur udang. Dia blom tau lagi skill cucur udang saya.. sekali makan.. hahh licin pinggan..  :)  Hmm ingat esok nak buat cucur udang lagi laa.. so petang esok kenalah beli udang agaknya lagi..

Actually pic untuk menu hari ini memang ada snap.. tapi saya adalah sangat malas untuk meng'transfer' pic dari camera to laptop. Lagi pun korang tau kan caner rupa mee goreng & cucur udang kan..? hikhik.. dah beberapa hari saya masak untuk menu berbuka puasa. Esok ingat malas nak masak.. nak beli aje kat pasar ramadhan sebabnya esok dah nak start buat biskut raya yang customer order...

*********************************************************************

Talking about wedding theme color.. rasanya saya dah ada pilihan pallete color yang berkenan.. 
TARAAAA!!

Black, Purple, Lavender, Silver Grey, White 

Setelah berhempas pulas membuat rujukan dan kajian rasanya inilah warna pilihan saya untuk majlis bersanding nanti. Harap-harap tak ada perubahan laa selepas ni ye.. Agak-agaknya sesuai tak warna ni dengan konsep Vintage yang nak saya ketengahkan nanti..? hihi..  :)

 Biru, Magenta

Yeahh.. ini pulak warna tema yang akan digunakan untuk majlis akad nikah. Harap-harap sesuai dengan konsep Arabian yang saya nak gunakan nanti.. Saya pilih warna nie sebab kain yang saya nak gunakan untuk DIY hiasan hantaran adalah warna magenta. Kenapa saya pilih magenta? Tak ada sebab yang detail pun cuma saya dah ada bermeter-meter kain warna magenta ni kat rumah kampung. Daripada pembaziran berlaku lebih baik saya gunakan kain tu.. So sudah jimat disitu. Lagipun setelah research dibuat, warna magenta ni agak sesuai juga untuk konsep Arabian...

 Hijau, Coklat, putih

Ini pulak pulihan warna untuk majlis bertandang. Pilihan dari ibu dan adik-adik ipar.. okey.. yang ni saya tak nak komen pape. lagipun apa konsep yang diorang nak buat saya tak sure. Tapi Mr. Sallehudin cakap dia nak buat konsep Yakuza!!

 So untuk konsep Vitage tu nanti.. saya nak cari typewritter lama, papan hijau, beg pakaian lama, telefon lama dan ape-ape aje lah yang boleh diketogorikan lama.. ~huhu~

Memandangkan nak menyerlahkan konsep Vintage tu.. ok tak kalau backdrop pelamin nak buat macam ni? Cuma yang frame tu kite boleh tukarkan dengan somthing yang lain...  

So my dear Sallehudin, U dont mind kan backdrop pelamin kita nanti macam ni? So jom laa kita sama-sama kumpul dan cari brg2 vintage dari sekarang. Cuma yang menjadi masalah dan mungkin mendapat tentangan adalah dari Mama aje nanti nih.. ~huhu~

Wednesday, August 10, 2011

@ Fullhouse, Sunway Pyramid

Menu 10 Ramadhan

Doury Fish... bla..bla [tak ingat..huhu]
Beef Burger [nama menu tupanjang tp x ingat]
Fresh Orange 
Sea Coconut Juice

~goshh~
Hari ni berbuka puasa dengan geng F401. Geng ni 1 dorm masa sama-sama study matriks kat UPM around 1998-1999.. Lamakan our relationship   :)
So pertemuan mulanya dirancang nak makan Kenny Rogers tapi sebab we all takde pun buat reservation so penuh kedai tu. Then, cadang nak makan kat Tony Romars tapi TJ pulak tak nak. So we decide masuk Full House.

 Hari ni saya bukak pose makan fish aje. Nama menu ni sorry saya tak ingat sebab panjang sangat. Mash Potato & Mushroom Sauce adalah sangat sedap.

 Mr. Sallehudin order menu berasaskan daging burger. Menu ni pun not bad. Dan seriess cakap price kat sini pun tak lah terlalu mahal sangat. Berpatutan dengan makanan western.

 TJ & Mc Dee order Chicken Chop. Owhh.. saya dapat rasa menu nie and I give 4 stars.

 Nasi Lemak order by Nieza. According to Nieza, Nasi Lemaknya pun rasa ok. Wahh.. everything good dan tak rugi pergi makan kat cafe Fullhouse ni..

 Cafe ni juga menyediakan buah tamar untuk pelanggan yang datang berbuka puasa di situ. 

 Kami hanya berlima aje.. Tak cukup ni.. Ida tak boleh datang sebab baru deliver 2nd baby girl. Congrats Ida  . Yan pulak sibuk dengan anak-anak dan komitmen lain. Katanya kalau on weekend tu boleh juga kalau nak attend. Julia pula bagi alasan yang paling tak logik. Tak tahu jalan dari tempat kerja nak ke Sunway Pyramid.. Alalala.. macam ko ni baru seminggu dok KL.. hihi..

Anyway thanks everyone yang sudi luangkan masa to get together...

 Nak tau tak.. saya dah beberapa kali lalu depan cafe Fullhouse ni. Sebelum ni tak pernah masuk dan kalau u'olls nak tau saya teringin sangat nak bergambar dengan kereta mini ni.. ~hikhik~ Anyway thanks to my Fiance kerana sudi merealisasikan impian saya.. sebab layan saya amik gambo depan kereta nih.. hikhik...


Kesimpulannya, Fullhouse Cafe adalah cafe yang menarik kerana konsepnya gabungan cafe, butik dan kedai cenderamata. Makanan yang tersedia pada saya cuma kurang pilihan tetapi harganya amat berpatutan. Kalau nak mncuba menu di cafe ni.. terletak LG Floor, Sunway Pyramid.

Mr. Sallehudin Outstation To Tawau

Travel & outstation again. Tinggal lagi saya sesorang..~huhu~
Kali ni Mr. Sallehudin outstation ke Tawau. Ini first time ke Tawau katanya.. Tapi Mr. Salleh cakap Tawau satu bandar kecil yang agak bosan.. 

His flight pukul 7.20am.. 8 August, and as usual saya yang akan hantar beliau ke LCCT. Kali ni Mr. Salleh sampai rumah saya pukul 4.30am sebab nak bersahur dulu kat kedai. Ok2.. thanks Dear sebab ajak pergi sahur kat kedai.. I memang tak larat time tu.. ~hikhik~

Mr. Salleh sampai aje kat Tawau terus dia SMS me about pukul 10.25am bagi tau yang dia dah sampai Tawau and the same time saya masih membuat taik mata di rumah.. Terbaikk gituuu...


My dear check-in hotel kat Tawau selepas semua kerja selesai about pukul 2pm. King Park Hotel.. 3 stars hotel in Tawau. Sewa untuk bilik deluxe cuma RM118 per nite. Not bad sebab selesa katanya.. Memandangkan sekarang ni bulan puasa, hotel tu menggantikan makanan breakfast kepada makanan sahur pukul 3.30am... All the mnus untuk sahur so and so ajee....


Dekat Tawau ada satu pantai tepi jalan highway.. dan orang-orang Tawau gelarkan nama tempat tu 'Highway' jugak.. owhh.. 


Mr. Salleh sempat juga jengah ke Pasar Ramadhan kat bandar Tawau tu. ada beberapa menu makanan kat situ yang jarang terdapat kat semenanjung nih..
Kuih penyeram ada dua jenis.. penyeram biasa rasa gula merah dan penyeram hijau rasa pandan. Rasanya kuih ni dibuat dari tepung beras.. maybe laa...
Dadar kering pula mempunyai inti kelapa manis dan kulit luar tu rasa kenyal seperti pulut. Mr. Salleh cakap inti Dadar kering tu memang sama macam kuih ketayap yang kat semenanjung nih.. 
Bingka ubi tu normal laa kalau kat semenanjung pun ada cuma Bingka Ubi ni kaler cantik skit.. :)


Ini antara menu yang ada di Tawau.. Boleh nampak tak menu kat Gerai Satay Kokos Dahlia.. ada sayap.. ada buntut dan ada pedal... ~hmmm~


Walawala.. cantik kan pemandangan dari atas..   :)  Subhanallah..


Flight balik ke Semenanjung keesokkan harinya sepatutnya pukul 10.20am. Tapi 'delay sampai pukul 11.15am. Lambat satu jam. He SMS me suruh saya kuar rumah untuk jemput dia kat LCCT pukul 1.40pm tapi saya dah macam tersilap baca.. ingatkan dia sampai pukul 1.40pm. Sepantas kilat saya drive kereta...


Yeahhh.. One day travel.. but I miss him sooo much.. ~eceehh~

Hari tu Mr. Salleh ada bitau me kemungkinan besar next year dia kena jaga project company di Kota Kinabalu or Miri.. tapi nie cuma perancangan BOSS dia aje.. So.. maknanya if Mr. Salleh kena pergi jaga project dan menetap kat sana makanya saya yang ketika itu akan menjadi Mrs. Sallehudin secara rasmi mestilah kena ikut tinggal kat sana jugak kan..
Ohh no no.....    (^_^)

Tuesday, August 9, 2011

Owhhh!! His Birthday

Menu 9 Ramadhan

Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Dalca Sayur
African Marble Cake

Hari ni hari paling special sebabnya hari nie birthday Mr. Sallehudin yang ke....  [sila tanyer die sendirik]
Mula-mula saya rancang nak celebrate his birthday somewhere dekat my house jugak. So im planning dan fikir mana location yang paling sesuai. Bukan senang nak jadi event planner.. ~huu~
Cadang nak pergi Genting Highlands, kat area batu berayun tu.. korang tau tak kat mane? ~hikhik~ tapi rasa macam jauh sangat mesti Mr. Salleh tak larat nak drive sebab hari ni die baru balik dari outstation kat Tawau. Pastu fikir pulak nak celebrate kat area Putrajaya. Tapi kalau celebrate kat luar cane nak prepare makanan kan? ~huu~ Tapi finally saya decide buat kat satu tempat ni. I called 'Secret Town' ~huu~

 
 Menu : Nasi tomato + ayam masak merah + dalca sayur

FYI, all the menu saya yang masak. Tapi perbelanjaan untuk beli barang2 menu ialah dari poket Mr. Sallehudin.. thanks Dear.. lepas amik him kat LCCT, saya ajak him pergi beli barang kat Giant. Saya cakap nak masak. Tapi bila dia tanyer 'nak masak apee?' so saya jawab 'RAHSIA'
Completed. Menus include cakes yang saya buat sendiri. Pagi sebelum ambik him kat LCCT saya bakar cake tu.Nasib baik sempat siapkan sekali dengan filling..

African Marble Cake. Mr. Sallehudin tak suka cokelat cake so saya juz buat African Marble cake. This is my 1st trial guna resepi cake ni and alhamdulilah jadi..  :)
Props untuk snap pic saya yang buat yer.. semuanya ade 6 pcs props. So macam ala-ala happening kot snap pic..  :)
Wah.. bergaya tu skill potong kek. Whatever lah my dear.. U nk potong macam mane pun.. Janji U happy.. Best tak?

okie dokie.. This is my present for him. Saya tak tau nak bagi hadiah ape kan.. Nak bagi baju macam tak best. Nak bagi wallet or tali pinggang pun macam tak menarik. Nak bagi perfume..hmm sebab him memang suka kumpul perfume tapi saya budget kurang... Jalan-jalan kat Jusco Equine tu.. owhh.. bagi bantal LOVE ni pun cantikkan.. include sekali dengan Recipe For Love  :)

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Next time jangan buat perangai minum sambil jalan tau..  :) hikhikhik..