Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, September 11, 2012

Open House Pertama Kami

Walalalalaa.. penat gilerrr wehhh...
Ni laa first time semangat buat open house. 70% dari semua jemputan tu datang. Terima kasihhh laa sesangat sebab sudi datang. Ini tahun percubaan saja. Tapi memandangkan tahun ni success so boleh laa buat lagi tahun depan dengan jemputan yang lebih dan boleh jemput rakan blogger juga.... Insyallah.. Nak ajak ramai-ramai takut tak muat rumah.. maklum laa rumah comey ajee... :p tahun depan janji suami nak pasang khemah & order catering. hohoho.. janji kena dikotakan tau wahai suami...  :)

Menu hari open house tu nasi impit, ayam rendang, speghetty, mini hotdog, cheese tart, apam polkadot, pavlova, muffins dan semestinya chocolate fountain dengan buah anggur dan strawberry serta minuman sirap. Bayangkan I pergi beli barang-barang untuk masak tu semua dua kali trip. Mula-mula beli hari Selasa. Lepas tu barang-barang basah macam ayam, buah semua beli hari jumaat. Balik beli barang-barang kat Giant pun dah tengah hari.. pastu kalut buat pavlova lagi.. Nasib baik cheese tart & apam tu buat hari Khamis. Ada tempahan dari customer so I selit juga buat untuk I punye event skit.. ~hee~

Malam sebelum tu siap cuci ayam, potong bawang, halia, lengkuas semuaa..dan rebus nasi impit. Untuk rendang dan spegheti I masak pagi hari Sabtu tu. Start dalam kol 9.30am. Punya laa kelam kabut sebab I sorang-sorang aje masak, tak ada pembantu. Tapi alhamdulilah sempat jugak laa sediakan semua sebelum tetamu ramai-ramai datang. Tetamu pertama datang kol 3 ptg. Time tu menu blom sempat hidang lagi. Nasib baik dia ada tolong skit-skit.. ~hahaha~ Pastu yang kelakornye.. I tak sempat mandi lagi time tuuu.. Cepat-cepat cairkan cokelat pastu terus mandi. Siap mandi dan mekap semua..tetamu pun datang.. fuhh nasib baik.. ~ekeke~


Kuah spegheti yang habis dulu. Semua orang cakap kuah ni sedap gilerrrrr.. Hoo kembang jap hidung I.. ~ehee~ Sebenarnya I masak biasa aje kuah tu. campur + campak + lebur... ok dah siap. Rendang ayam tu pun first time jugak buat. Before ni I buat rendang daging aja. Tapi memandangkan kuah spegheti tu dah daging dan suami saya mengalami kenaikan darah tinggi yang melampau so I tukar buat rendang ayam. Guna kaedah yang sama seperti masak rendang daging..tapi juz tukar ayam.. :p


Meja untuk menu berat dan dessert saya asingkan. Meja menu dessert memang menjadi tumpuan sebab ada chocolate fountain. Memang laku choc fountain tu. Jiran sebelah pun macam ala-ala nak order choc fountain tu untuk open house dia next week. ~ahaa~
 

This is my pavlova. Ramai cakap pavlova I memang sedap giler sebab kurang manis. So boleh makan dengan enjoy sekali. Alhamdulilah. Banyak feed back yang I dapat kata semua menu hari tersebut memang sedang especially spegheti dan pavlova...   :) So lepas ni bolehlaa I bukak order pavlova under produk my lil own business.. 
- sweetheartstories cupcakes & craft -
 

Tengoklah tuu.. jgn katakan tetamu kanak-kanak, tetamu dewasa pun serbu chocolate fountain tu... kesimpulannya, dessert ni memang sesuai dan tak rugi kalau dimasukan sekali dalam menu untuk majlis open house uolls.. tambahan..birthday party & wedding pon boleh. Jadi mari ramai-ramai booking dengan saya. :)

Sebenarnya menu hari tu tak cukup. Sebab ada lagi tetamu yang datang malam. Suami keluar nak pergi beli satay tapi kedai satay tutup. So.. I masakkan aje spegheti goreng. Itu pun setel. Alhamdulilah & lega rasanya sebab semua menu habis dan tak berlaku pembaziran...

I dengan suami memang bz sangat melayan tetamu sampai tak sempat langsung nak ambil gambo tetamu yang datang.. sangat frustt..  ;p

No comments:

Post a Comment