Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger
Showing posts with label Goodie Bag. Show all posts
Showing posts with label Goodie Bag. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Biskut Gula

1 March..????
OMG.. dah dekat.. jap..jap.. cuba kira.. lagi 15 hari hokey...
bukan 30 hari tapi 15 hari lagiii.. esok 14 hari lagi..

Malam Selasa lepas me and Mr. Sallehudin pergi kedai borong cokelat kat NSK. Saya dah penah kesana dulu. Kedai ni agak best laa jugak sebab diorang jual macam-macam jenis cokelat. So tujuan kesana seperti yang anda telah sedia maklum nak borong cokelat for my candy buffet dan nak beli cokelat untuk bagi kat budak-budak. Selain itu mahu membeli biskut gula seperti gambarajah di bawah ini..  :)
 

Hampir dua jam dalam kedai tu memilih cokelat. Agak pening dan serabut. Berkira-kira nak beli cokelat ape dan mengira-ngira budget juga.. ~ahaha~ Credit to Mr. Sallehudin kerana bersabar menunggu saya dalam keadaan lapar memilih cokelat. Disebabkan saya telah buntu..~huhu~ maka saya telah memanggil Mr. Sallehudin masuk dalam kedai untuk meminta pendapat. Setelah berdiskusi, saya telah mengurangkan jumlah cokelat untuk diberi kepada kanak-kanak. Dari 500 pcs kepada 300 pcs saja. Sebabnya.. saya dah provide chocolate fountain so kanak-kanak boleh makan cokelat disitu yer...  :)

Lepas tu.. saya nak beli biskut gula untuk 2000 doorgift. Kat kedai tu jual dalam tin yang besar. satu tin ada 4 kg harga pulak RM30 kot untuk setin. Cuba imagine berapa tin yang saya perlukan untuk cukupkan sampai 2000 doorgift dan berapa RM saya yang akan melayang?

Ini bukan isu berkira dan kedekut. Tapi setelah dikira saya perlu melaburkan sejumlah duit yang banyak semata-mata nak beli biskut gula ni. Biarlah kita memberi mengikut kemampuan kita.. Jangan sampai kita sakit selepas kahwin sebab duit dah banyak terbang. Sekarang pun dah terasa hokey.. ~huhuhu~

Finally, saya beli biskut oreo yang harganya jauh lebih murah dari biskut gula tu. Yang buat saya langsung tak nak beli biskut gula tu sebab keadaan biskut dalam tin tu macam dah pecah-pecah.. so kurang cantik..

Kesimpulan...barang-barang untuk doorgift semua dah dibeli. Tinggal lagi nak packing aje. Tugas packing serah to my mom dan jiran tetangga...  :)

Tuesday, December 27, 2011

Door Gift

Salam Selasa..
Sudah mula bekerja hari ini. Agak bosan.. huhh!!

Finally dah jumpa cawan vintage paling murah. Rasanya inilah yang termurah yang dijumpai. Cawan vintage ini saya nak letak dalam brown paper beg untuk tetamu yang datang. Banyak tempat juga saya servey sebelum nak membeli.

Kedai pertama yang saya pergi ialah Kedai Serbaneka kat Seri Gombak. Harga untuk seunit cawan vintage RM1.20. Tapi kalau beli sampai 1500 unit orang kedai u boleh bagi RM1 seunit. Pada saya agak mahal lagi harga ni.

Jenuh jugak tau saya cari harga yang murah. Then, saya ada pergi satu kedai menjual bermacam-macam barang perkahwinan kat Seksyen 19, Shah Alam. Kedai ni berhampiran dengan De Palma Hotel.Kat situ memang berlonggok cawan vintage yang saya nak. Dan harganya saya rasa agak berpatutan jugak, 70sen sebijik. Kalau kita beli dengan kuantiti lebih 1000, harga jatuh kepada 65sen sebijik. So kalau nak beli 1500 unit jumlah harga keseluruhan lebih kurang RM975. Saya pun excited. So Im decide nak tunggu Mr. Sallehudin bagi duit hantaran then saya nak datang beli kat kedai tu aje...

Tapiiii...
Ahad lepas me and family ada pergi jejalan ke Nilai. Masuk dalam satu kedai ni... OMG!! Saya jumpa juga cawan vintage pada harga 50sen sebijik. Lagi murah dari kedai yang kat Shah Alam tu. My mom pun dah suruh sesangat beli kat kedai ni sebab murah. Tapi kalau saya nak beli on the spot 1500 biji mana saya ada bawak duit cukup RM750 tu.. haiss... So, saya buat order dulu dan bayar deposit RM50. Saya dengan Mr. Sallehudin akan datang ke kedai tu untuk collect cawan end of January...
Lepas balik dari Nilai, saya ada buat sedikit discussion dengan my mom and dad. Pada mulanya kitorang bercadang nak buat paper beg untuk doorgift 1500 unit dan 300 unit untuk VIP doorgift. Tapi after discussion my dad tak nak bezakan doorgift yang nak bagi kat tetamu. Kalau boleh nak bagi kat semua orang sama ajeee... Dan my mom pulak cakap dia takut doorgift 1500 unit tu tak cukup. Haiss.. So, saya pun decide akan buat 2000 unit doorgift untuk semua tetamu without ada VIP doorgift. Lebih senang cerita VIP doorgift dimansuhkan. Haha...

So.. herewith my idea dan senarai item untuk dorgift tetamu pada hari nikah dan sanding saya nanti...

Hari Nikah
::Uncang Wangi - DIY [belum start pun lagi] - 100 unit (kalau sempat buat lebih)

Hari Resepsi
~ 2000 doorgift tetamu [brown paper beg]
:: Cawan Vintage
:: Biskut 

~ 1000 doorgift kanak-kanak
:: Gula-gula (gula-gula cukuplah)

~ 50 doorgift untuk rombongan pengantin lelaki
:: Barang hiasan Vintage [dah spot 1 item ni, same shop dgn cawan vintage]
:: Uncang wangi - DIY
:: Biskut
:: Chocolate lolipop [ sponsor by my fren]

~ 100 doorgift kumpulan marhaban
:: Bunga telur
:: Sapu tangan
:: Biskut

Rasanya.. itu saja kot.. owhh.. saya ada juga doorgift sampingan untuk mereka yang menulis dalam guest book saya, bridesmaid dan juga kepada kengkawan rapat yang datang nanti..  :)  Surprised...

Thursday, July 14, 2011

Review : Candy Buffet, Decor & Goodie Bag

Salam & hye all..
Okies, selain DIY pelamin, DIY lain yang saya beri keutamaan ialah candy buffet, decoration & goodie beg for his side. 

Candy Buffet
Awal-awal lagi saya dah fikir menu ape yang nak diletakkan pada candy buffet. Menu pertama yang saya order ialah blueberry & strawberry cheese tart dari member kat Bagan Serai. Kemudian saya order pula apam polkadot. Saya tau apam ni masih baru lagi kat area Bagan Serai tu. Ni ala-ala promosi laa kan.. Then saya tambah menu..cupcakes pulak. Lepastu mama sibuk-sibuk suh tambah lagi menu sebab katanya sikit sangat. Dia order bahulu bentuk ikan mas. Chocolate & lolipop tu my mom jugak yang sponser. Then.. saya fikir.. tak kan makanan ni aje ke? tak de somthing yang nak hilangkan dahaga ke? mula-mula ingat nak letak air mineral. Tapi ntah macam mane terfikir nak buat dadih pulak. Tapi Dadih tak banyak juz wat dalam 50 cup aje. Ada pulak agar-agar bandung kat tepi meja. Agar-agar tu last minute mennu sebab ada jiran sebelah sedekahkan agar-agar.


Pukul 10am dah start susun semua menu tu. Sebab saya yang nak susun makanan semua. Ntah laa tak confiden pulak nak bagi orang lain susunkan. Candy buffet saya kat bawah khemah aje. Sebab tu tak ada background decor or wats so ever.. huhu... Mula-mula nak letak kat dalam pagar umah. Tapi mama cakap kalau letak dalam umah nanti tak ada orang nak amik makan. But for me.. dalam pagar or luar pagar.. orang akan masuk jugak kot. Tapi ikutkan aje laa cakap mama.. kot nanti kalau tak ikut die menengking pulak.. huhh!! Tu lah perangai mak saya.. hmmm...


Dadih, menu pertama yang habis dulu. So untuk majlis kenduri kahwin nanti bolehlaa wat dadih banyak-banyak..  :)



Decoration
Dulu saya penah cadang nak letak welcome board + easel. Tapi tak tau nak cari easel kat mane dan dah kesuntukan masa. (sesiapa tau kat mane nak beli easel?). So, saya decided wat welcome frame aje. Print perkataan ENGAGEMENT DAY MIMIS AND SALLEH 09072011. Setiap satu perkataan letak dalam satu frame. Pastu letak atas kerusi kayu betul-betul depan pintu masuk. Saya tambah letak lilin & gantung bear kecik-kecik...


Mula-mula bear tu juz nak letak sebelah frame aje. Tapi takut pulak bear tu hilang. maklumlaa budak kecik ramai yang bekenan.. so better gantung. Tak ada sape yang boleh amik bawak balik.hihihi..



DIY Printing
Nie salah satu printing yang saya letak kat atas candy buffet. Frame ni beli kat ikea. Pastu macam takde function pulak frame ni saya beli untuk tujuan ape.. so print perkataan ENGAGEMENT 09072011 pastu letak atas meja candy buffet..



Goodie Bag
Ni pun last minute terfikir nak wat goodie bag. Saya ada simpan brown paper & dolly paper tu. So saya juz print THANK YOU ENGAGEMENT DAY MIMIS & SALLEH 09072011 kedian lekat aje seperti tertera pada gambar rajah. Goodie beg ni juz siapkan dalam 30 pek aje untuk rombongan lelaki. Dalam goodie beg letak cupcakes & uncang potpori. Dah setel...


Penat nak buat DIY ni sebenarnya. Tapi yang penting kepuasan. Tambah pulak bile orang puji kate "rajinnyerrr.. print, gunting & tampal ni. Bile masa ko wat ni semua??"
hahahaha....