Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, April 25, 2013

Travelog : Jonker Walk Melaka

Dua bulan lepas ialah kunjungan kali kedua saya ke Jonker Walk. Ia adalah sebuah pasar malam yang menjual pelbagai jenis barang yang unik seperti aksesories, pakaian, keraftangan dan sebagainya. Ia terletak di sepanajng Jalan Hang Jebat tetapi kini juga dikenali sebagai Jonker Walk. 


Kebanyakkan penjual disini terdiri dari kaum Cina. Apa yang sangat menarik ditengah-tengah kemeriahan Jonker Walk itu terdapat satu pentas besar dan dikelilingi oleh gerai makanan cina dan terdapat aktiviti berkaraoke oleh golongan veteran Cina. ~hehe~. Jadi tidak hairanlah sekiranya Jonker Walk juga dikenali dengan nama Chinatown. 


Apabila tibanya hujung minggu, kemeriahan lagi terasa. Jonker Walk di bukan setiap hari Jumaat bermula 6pm hingga pukul 10pm dan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 11am hingga 10pm juga. Pada waktu itu, lalulintas disitu di tutup kepada kenderaan dan suasana di Jonker Walk bertukar menjadi satu night market yang sangat meriah dengan kunjungan orang ramai.


Disepanjang Jonker Walk juga terdapat bangunan kedai antik yang sangat menarik. Pelbagai jualan yang kita dapat lihat didalam kedai tersebut antaranya makanan, barang hiasan dan antik, pakaian dan sebagainya. Terdapat juga beberapa hotel budget yang selalunya dihuni oleh pelancong yang datang ke Malaka secara 'backpacker'. Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak dapat menjelajah kesemua kedai antik yang ada disitu dan berharap saya akan kesana sekali lagi dan dapat melihat dan membeli belah disetiap kedai yang ada disitu.


Saya sangat teruja bila melihat hasil keraftangan seperti pop-up card yang sangat kreatif dan berwarna warni.  Harga barangan yang dijual disana juga amat berpatutan. Cuba bayangkan aksesori cincin yang unik dijual pada harga RM10 untuk dua unit jika dibandingkan di tempat lain RM10 untuk satu unit. 


Saya juga tertarik dengan satu gerai menjual Melaka Fruit Tea. Ada seorang pembeli memberitahu yang minuman tersebut amat sedap dan saya patut mencubanya. Mungkin lain kali saya akan mencuba Melaka Fruit Tea tersebut.


Suami juga tidak ketinggalan membeli buah tangan di Jonker Walk. Pedang Ichigo katanya... Saya pun tak pasti pedang apa tu tapi ia kelihatan 'real'. Sepanjang suami saya membawa pedang tersebut di Jonker Walk, semua orang kelihatan tercengang dan 'gabra' ~hehe~ Mungkin mereka sangka suami  saya lanun moden yang tersesat di Jonker Walk.. ~haha~ Lihat saja muka garang beliau dan cara pedang tersebut dibawa.. 


Dipenghujung jalan Jonker Walk terdapat sebuah Hard Rock Kafe yang baru dibina. Dihadapan pintu masuk dibina tangga seperti rumah Melaka. Ramai juga pengunjung yang memasuki Hard Rock Kafe tersebut. 


So.. kepada sesiapa yang bercadang mahu melawat Melaka tidak sah sekiranya tidak menikmati pemandangan malam di Jonker Walk.

No comments:

Post a Comment