Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, April 14, 2013

Hidup Seorang Isteri

Holaaa..
Selamat berhujung minggu. Owhh hari Ahad ari ni kan.. :) Esok dah nak kerja. Selamat bekerja kepada mereka yang bekerja. I juga bekerja. Esok selepas suami pergi kerja I akan sambung tido dan memeluk bantal busuk I yang wangi. Kemudian akan bangun pada pukul 10am dan akan membasuh baju kotor yang bertimbun. Kemudian hendak mop lantai. [Insyaallah kalau rajin]. Selepas sidai baju nak menonton tv tak tau rancangan ape sambil makan aiskrim. Kemudian hendak keluar ke kedai membeli lauk untuk makan malam. Suami memberitahu supaya hari Isnin hingga Jumaat I tak perlu masak lauk, cukuplah memasak nasi dan memadai dengan membeli lauk saja. Sebenarnya membeli lauk adalah lebih murah kosnya berbanding nak masak lauk tiap-tiap hari. I dah cuba teori ini. 

Contohnya hari Isnin : I cuma membeli lauk ayam masak merah seketul untuk suami, sayur togeh dan ikan keli seekor untuk I. Harga pembelian cuma RM5. Jika secara purata kos saya membeli lauk RM5 dari Isnin hingga Jumaat maka total kos untuk lauk selama seminggu ialah RM25 saja. Ini jauh berbanding jika membeli barang-barang untuk masak. Dulu I akan membeli barang basah seperti ikan atau ayam untuk stok dua atau tiga hari. Apabila kita ke pasaraya dan membeli barangan basah serta barangan sampingan yang lain, kos untuk sekali pergi ialah RM30. Bayangkan dalam seminggu I akan pergi kepasaraya sebanyak dua kali... Jadi silalah kira berapa kos yang diperuntukkan untuk memasak selama seminggu?? ~hehe~ Mungkin juga I dan husband beruntung.. sebab kawasan tempat tinggal kami ialah berhampiran pusat pengajian tinggi UITM Puncak Perdana jadi makcik dan pakcik yang berniaga gerai berhampiran sini menjual barang jualan mereka pada harga yang murah  :)

Ada juga gerai yang menjual lauk disini membuat 'marketing strategi'. Setiap pembelian nasi campur atau lauk pauk akan diberikan air minuman secara percuma. I juga tak terlepas dari mendapat tawaran percuma tu. ~hehe~ Pernah sekali I beli goreng pisang banyak sangat.. (sbb goreng pisang pakcik tu sangat sedap. Husband sukaa sangat) Pakcik tu bertanya "banyak beli goreng pisang dik..buat makan kat dalam kolej ye..?" Hahaha.. I tak tau nak bagi jawapan ape kat pakcik tu.. Kalau I jawab "ye" nanti husband membebel cakap I lupa kat dia. Kalau I cakap "tak" nanti pakcik tu ingat I bukan student so nanti bila-bila I beli goreng pisang RM2 dia tak bagi percuma buah nangka dua ulas.. ~hehe~ Tapi I jawab jugak laa.. "Ehh tak lah pakcik, saya bukan student, ni beli byk sbb husband saya suka goreng pisang pakcik nih" ~hihi~ Kesimpulannya muka I ni masih boleh diketegorikan sebagai pelajar lah ye.. Nampak muda kott.. ~hikhikhik~

ok..ok.. kembali kepada cerita rutin memasak I.. Jadi apabila Isnin hingga Jumaat tugas I untuk memasak telah diberhentikan, bila tiba hari Sabtu dan Ahad kerja memasak jadi berganda. Dari hari Khamis malam sang husband dah bagi idea nak makan ape hujung minggu ni.. Contohnya minggu ini.. semalam Sabtu: masak lemak udang + tempe goreng + ikan goreng + telur dadar + air sarsi. Hari ni Ahad : Nasi lemak + rendang ayam + sambal ikan bilis + kacang goreng rangup + telur dadar + air sirap. Yeerr.. husband I memang gila makan telur dadar.. ~ekeke~ Itu baru menu utama. Belum menu sampingan untuk minum petang lagi. Kekadang pujuk I minta tolong buatkan lempeng laa, roti salut telur laa.. itu laa ini laaa..
Air minuman pulak dua jag untuk dia sorang aje.. Nak air oren laa, air sarsi laa, teh O laa, nescafe laa.. aisshhh!!..

Kalau I ada job chocolate fountain di rumah orang kawen ringan sikit laa sebab I dah tak perlu masak tengah hari sebab I akan bawak sekali husband pegi makan kenduri.. ~hehe~ cuma fikirkan menu makan malam aje laa..

Bila hari minggu macam ni dan bila tak de aktiviti jejalan atau job, I dengan husband akan melepak di rumah aje.. tapi I akan jadi bosan ya amatt sebab I tiada peluang menonton rancangan kegemaran I. Ini kerana tv telah di pelopori oleh husband yang menonton cerita kartun dan siaran HBO. Jadi ape yang perlu I buat? Disebabkan kebosanan melampau, I ada 'create' satu blog baru.. ~hehe~.. ok nantilah I cerita pasal blog baru I.. skrg citer kartun yang husband tengok dah abih. So I nak berebut 'remote' nih. Nak tengok astro ria..

Ok byeee..

No comments:

Post a Comment