Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday, November 30, 2012

Hutang Ohhh Hutang

Hai dan salam Jumaat. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je semalam hari Isnin... hehehe..

I was in trouble now.. sangat susah hati. Memikirkan how to settle this problem. This is about all my hutang yang I tanggung. Tengah pikir ni macam mana nak langsaikan semua hutang tu.. then berangan lepas bayar semua hutang nak lari dari Malaysia... hahahaa... i sebut lepas bayar semua hutang ye... bukan nak lari sebab takmo bayar... :p

Firstly.. nak langsaikan hutang PTPTN. Seriesss... i tak bayar lagi. Dulu masa zaman I kerja I pernah ada niat nak start buat bayaran bulanan. I ada coll diorang tanya macam mana nak setelkan... orang yang jawab coll I tu bagi tau that I need to bayar satu amount yang 
besar kemudian barulah I boleh continue dengan bayaran bulanan. I kena bayar amount yang besar sebab I tak pernah bayar satu sen pun since lepas I habis study. Lepas tu tahun lepas.. I pergi sendiri ke pejabat PTPTN tu nak tanya sendiri macam mana nak setelkan this problem. I bawak sekali surat permohonan pengecualian untuk bayar amount yang besar tu sebab niat I ikhlas memang nak buat bayaran bulanan.. tapi time tu I tak bawa salinan caruman KWSP..so pegawai yang entertain I suruh I fax salinan tu dan dia bagi no fon dia untuk memudahkan I check my status. Lepas I fax dokumen yang dia nak.. I try to coll orang tu... tapi tak pernah nyeee dapat... so many time I coll. I dah tak sempat nak pergi pejabat PTPTN lagi time tu sebab time tu I sangat sibuk berulang alik pergi tengok rumah majikan I si YAM Tunku bla..bla.. (sorry terpaksa merahsiakan identiti dia sebab dia mmg kerabat diraja.tapi suka menyusahkan org..uwekkk..) hari-hari I kena pergi tengok renovation rumah baru dia dah rasa macam kuli batak plak..padahal jawatan I secretary hokey.. sangat tertekan time tu....  sehinggalah sekarang I tak tau ape status permohonan PTPTN tu. I ingat nak pergi lagi sekali laa then nak tanya betul-betul how to solve the problem. I rasa buang masa I berurusan dengan kerani kaunter lebih baik I masuk jumpa pegawai terus kan....  

Yang keduanya... I ada hutang card credit. Dah lama I tak buat bayaran dan card tu memang dah lama tak guna. Rasanya ada dekat 3 or 4 tahun. Bank pun sama.. nak mintak I bayar satu amount yang banyak baru diorang akan keluarkan satu letter untuk berhentikan kadar bunga yang naik tiap tahun. Peningkan... huhuhu...  

What should I do now? Macam mana I nak bayar semua hutang tu kalau status I sekarang dah tak bekerja? I ada niat macam nak kerja semula... tapi tak tau laa apsal hati ni macam liat sangat nak kerja balik. Yupss... memang I ada buat business kecil-kecilan..buat kek dan provide servise candy buffet dan choc fountain tapi keuntungan yang I dapat tu  takde besar sangat pun. Nak buat simpanan pun payah.. haissshh... 

Tapikan semalam I ada submit my resume untuk beberapa vacancy.. hehe.. tapi I apply job yang dekat dengan rumah je... I takmo jauh dari rumah..macam PJ ke..Damansara ke... fobia I dengan jammed pagi-pagi..hohoho... seriess sangat stress..I tak boleh laa berada dalam situasi macam tu. Bila dah jammed  sampai office terus moody.. hohoho...  ataupun ada idea lain tak selain kerja makan gaji..ape lagi yang boleh I buat untuk cari extra income:)

Kalau dapat kerja, I nak cepat-cepat setel hutang piutang tu sumer pastu nak pergi vacation kat pulau.. seriesss dah lama tak pergi bercuti. Terperap jerrr kat rumah. Lepas tu nak start balik hobi lama yang I tinggal dulu..kumpul kasut.. horeyyyy..!! Boleh gitu?  ;)

Okeylah uollss... happy weekend. Minggu ni I ada dua job chocolate fountain... alhamdulilah...thank you ALLAH


Contest : Please Vote Us TQ

Sticky Post


Hai blogger sekalian serta silent reader semua.. Nak mintak tolong sikit ni.. :) tolong vote gambo kami ni..
Klik kat ------> SINI

Lepas tu klik button VOTE

Jasa anda amat saya hargai... hehehe.. :)
terima kasih daun keladi..  :)

Thursday, November 29, 2012

Weds Review : Album Kahwin Akhirnya Siap Jua..

Salam... 

Hari ni I nak review my wedding album yang baru dapat walau pun dah tujuh bulan kawen.. huhu... 

Dalam perjanjian dulu.. I akan dapat dua story album. Satu album untuk majlis bagi pihak perempuan dan satu album lagi untuk majlis bagi pihak lelaki. Include juga frame gambar dan gambar untuk saiz 8R. Serta ada cd yang mengandungi semua gambar yang telah di snap wirhout edit. 


Untuk album majlis resepsi, fotographer ni gabungkan sekali majlis akad nikah + outdoor fotoshoot dan majlis bersanding. Untuk majlis bersanding tu all moment memang masuk laa dalam album tu. Ada majlis berarak, tepung tawar, makan beradap, potong kek dan beberapa pose depan pelamin, dalam bilik dan depan fotobooth. Cuma kurang pic untuk item yang DIY dan suasana majlis kawen tu. Actually I lebih suka gambar yang candid sebab nampak lebih natural. But ist ok.. Maybe I boleh buat satu lagi storyalbum khas untuk all the preparion, DIY things dan suasana majlis kenduri. Nak cari yang murah je... boleh cari kat Groupon kot.. hehehe....


Untuk album majlis bertandang pula.. adainclude preparation iaitu masa make-make-up, majlis berarak, makan beradap, potong kek dan family foto. Ada juga gambar dengan kekawan depan pelamin ala-ala fotobooth gitu.. :)  Album ni banyak gambar secara candid..memang I suka. Ada juga beberapa pic yang I tsk berkenan masuk dalam album ni. Actually I boleh bagitau fotographer tu which pic yang I tak suka dan kalau bole nak suruh kuarkan pic tu from the album. Tapi bila fikir balik.... kalau nak edit lain pulak..ntah berapa lama lagi laa nak siapkan. So I diamkan aje... I malas nak komen lebih-lebih dah.. sebab mood nak daoat album gambar sangat down time tu.. 


Then... untuk frame pulak. He not discuss with me which pic yang nak besarkan dan masuk dalam album. OMG!! I lebih prefer kalau frame tu letak pic kami berdua. Satu frame letak pic masa majlis resepsi dan satu lagi letak pic masa majlis bertandang. Ini fotographer tu letak pic I sesorang untuk frame yang ke dua. Frame pertama tu dah ok.. our pic.. haisshh.. tergamam jap masa tengok frame kedua tu. Tapi I dah malas nak komen lebih-lebih...

Apapun... lega dah dapat semua album kawen. Adik I yang baru sebulan kawen dah dapat album for both side. Cepatkan....




Enjoy the pic.... daaaa  (*_*)

Tuesday, November 27, 2012

My Rainbow Cake

Uolls rasa terliur tak tengok rainbow cake kat bawah ni... hihihi... kalau terliur mai..mai.. boleh order dengan I sekarang. Cake untuk birthday boleh, wedding boleh, anniversary pun ok, baby shower pon boleh.. pendek kata semua event pun sesuai. Kalau sesaje nak order untuk makan petang-petang pun bole....  :)



Cake with simple decoration. Tapi nak suh I wat bentuk Elmo pun bole.. macam-macam lah boleh.. insyaallah mengikut keupayaan I yee...

Minggu ni agak sibuk sikit nak buat preparation untuk chocolate fountain package for eedding event hujung minggu ni....

Owhhh.. uolls boleh terjah blog my little business ye... sweetheartstories Sebab banyak gambo hasil kerja I disitu.. thanks.. saje nak wat promo ari ni... :)

Monday, November 26, 2012

Domino's Pizza Free

Last nite was fun. Hahaha...
Semalam satu hari I tak makan nasi. Lepas balik dari wat delivery cupcakes kat Subang Bistari & Puncak Alam... I juz singgah makan rojak dengan cendol tepi jalan je.. Normally kalau mr.sallehudin pergi outstation, memang I tak masak laaa... Kalau seminggu dia outstation bermakna seminggu jugak laa dapur I tak berasap.

Memandangkan I sesorang je semalam, so I dengan gigih lepas maghrib keluar rumah pergi cari Domino's Pizza kat area Bukit Jelutong. Sebab semalam Domino buat promotion beli pizza 9 inchi pada harga 10 sen... Mula-mula tu meraban gaks I cari kat mana laaa kedai Domino's ni.... I google address outlet kat Bukit Jelutong pastu dah dapat address set kat GPS plak... pheewww...


Sampai depan kedai tu tengok ramai yang dah beratur.. I cepat-cepat parking kereta pastu terus beratur walaupun time tu hujan rintik-rintik. Promosi ni hanya untuk 100 customer terawal dan promosi dalam tempoh 100 minit aje. So semalam promosi start pukol 8pm sampai 9.20pm. My turn dapat puzza tu pukol 9pm... hehehe... tengok pekerja Domino's pizza enjoy menguli roti pizza kat dapur diorang.. agaknye malam ni diorang kene keja overtime laa tu.. hahaa..


Yerlaaa kan... mana tak ramai customer.. kalau tak silap harga pizza untuk 9 inchi tu lebih 
kurang RM23.80 ape yang I tengok kat receipt tu laa... Lepas dapat pizza.. ape lagi..balik laa makan kat rumah sambil nonton Muzik Muzik Semi Final...