Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, October 7, 2012

Nak Kurangkan Berat Badan

Hai.. and happy Sunday..
Uolls pegi mana weekend ni? Semalam me & husband pergi picnic kat Sungai Congkak. Hari ni tak pergi mana-mana. Mr. Sallehudin tengok tv sepanjang hari I pulak layan blog sepanjang hari. Tadi ada masak sup ayam jer.. ~heee~

What happened to me??
Last week I ada buat UPT.. sebabnya beberapa hari sebelum tu I macam ada tanda-tanda ala pregnant. I tak muntah tapi I sakit kepala dan macam nak muntah bila tengok tv dan facebook. ~haha~ Lepas tu keinginan makan I semakin menjadi-jadi. I boleh makan nasi tambah sampai tiga kali. Sebabnya my pak mertua pegi beli ikan bakar kat mana ntah..sedap gilerrr tauu...  :)

Last two month I ada juga buat UPT tapi resultnya negatif. Pastu I ada juga buat pemeriksaan kat klinik. After checking, doctor bitau I ada simptom PCOS. I ada cerita pasal ni kat SINI

Ok.. so minggu lepas bila I mengalami pening dan nafsu makan yang tak dapat dibendung, mr. Sallehudin pun belikan alat UPT tu.. I macam malas nak check sebabnya I takut negatif, mesti frust kan... Tapi setelah dipaksa oleh beliau, makanya I pun membuatlah ujian UPT. Kan betul I cakap.... cuma nampak satu line ajee.. Walaupun result negatif, tapi sampai sekarang I masih lagi sakit kepala bila tengok facebook. ~hahaha~

Selepas I buat pemeriksaan dua bulan lepas, doktor sarankan I turunkan berat badan sebab BMI yang menyatakan yang I ada sedikit obessiti. Hadoiii.. I obess hokeyy.. !! Time tu memang I men'diet' jugak laa.. dan ternyata dalam tempoh sebulan turun lebih kurang 3kg. Tapi time tu dekat nak puasa dan raya. Bila masuk bulan puasa, I tak ikut sangat program diet. Apatah lagi musim raya..kannnn.. lepas raya I ada timbang naik balik 2 kg. ~huu~

Ambik masa juga I nak ikut semula program diet ni.. So..dengan cekal hatinya, selepas UPT negatif, I bernekad nak ber'diet' semula. Tapi keinginan I selalu diperkotak-katikkan oleh Mr. Sallehudin. ~huhuhu~ sebab dia suka dengki dengan I. Dia selalu cakap makin hari I makin debab!! ~cisss~ Makanyaa.. I akan buktikan suatu hari nanti berat badan I akan kembali seperti anak dara dulu.. 48kg hokeyy.. 

I cuba belajar mencintai salad. I memang tak berapa nak makan sayur. Sejak dari zaman budak kecik lagi. Tapi sekarang, I cuba untuk makan sayuran. I cuba pelbagaikan masakan sayur supaya I lebih berselera. Hari tu I selalu masukkan tomato dalam sup daging. Kemudian sup tu I makan bersama bihun, jadilah bihun sup. Sekarang I cuba masukkan tomato, daun salad dan kentang. Gaul bersama sos salad Thousand Island. Alhamdulilah tidak menghampakan. Tapi yang kelakornyerr Mr. Sallehudin pun sebok nak makan salad tu jugak. Siap bertambah.. ~huhu~ I akan minum dengan air dutch lady. I pernah terbaca di google tips untuk mendapat baby kembar ialah banyakkan minum susu dan ubi rebus. So... langkah pertama, I minum air susu dutch lady.. boleh gitu.. ~hehehe~


Kekadang I makan salad dengan hotdog. Tapi bukan yang digoreng. I masakkan dalam periuk steam. Pastu makan dengan roti. Sedap jugak. So Mr. Sallehudin pun belikan I satu bundle hotdog untuk I makan tiap-tiap pagi. Tapi I rasa separuh dari bundle tu nanti mesti dihabiskan oleh beliau jugak.. ~hahaha~



Alaaa.. baru seminggu jer I amalkan cara pemakanan macam ni. Tapi semalam masa pergi berkelah kat Sungai Congkak habis hancur lebur diet I sebab I makan nasi lemak sambal sotong I masak sendiri. Sampai pepagi kat situ dah makan sepinggan, pastu pergi berendam dalam air sejam lepas tu makan lagi sepinggan. Tengah hari berendam dalam air lagi.. pastu naik makan lagi nasi lemak.. gitulah aktiviti semalam. Dasat sungguh. (nanti I citer dlm entry lain pasal picnic nie)

I harap dalam tempoh sebulan or dua bulan ni dapatlah berat badan yang ideal. Doktor kata, maybe sebab penambahan berat badan I yang melampau selepas kahwen menjadi faktor juga sukar untuk mengandung. So.. I akan cuba dalam tempoh dua bulan ni mendapat berat sampai 50kg. Paling cun 48kg. ~hahaha~ nanti boleh pakai high heel semula..  :)  Sekarang ni 56.5kg kot kalau tak silap... so kalau dah dapat berat yang ideal bolehlah I buat appointment semula dengan doktor tu untuk mendapat rawatan selanjutnya..  :)
Pastu I ingat nak join kelas earobik. Ada sesapa tau tak kat mana ada kelas earobik kat area Shah Alam ni...

okey.. sekarang tiba-tiba teringin nak makan pisang emas pulak...

Friday, October 5, 2012

Bakul Picnic Idaman Saya

Salam semuaa..
hujung minggu dah sampai. So apa planning uolls weekend ni? Me and husband nak pergi picnic kat air terjun. Tapi air terjun kat mana tak tau lagi.. ~huhuhu~ boleh gitu.. Ada tak air terjun yang dekat area Shah Alam or Kelang? atau area Sungai Buluh dan ke atas ke? hihihi..
Ulu Yam I tak nak pergi sebab kat situ susah nak turun dari atas tempat parking kereta ke bawah tempat picnic. Sungai Congkak pulak adalah pilihan terakhir. Kalau dah tak tau nak pergi mana barulah pergi ke Sungai Congkak. 

Preparation untuk pegi picnic...
I dah lama mengidam-idamkan bakul picnic macam gambar dibawah.. ~hee~
For me bakul macam ni sangat kiut dan sesuai untuk dibawa ke picnic. Bakul yang bertutup adalah pilihan utama. Tapi kat mana yer nak cari bakul macam ni?



Kalau susah sangat cari bakul picnic yang bertutup, dapat bakul yang tak bertutup pun dah ok macam gambo ini... At least ada space yang secukupnya nak letak bekal makanan.
 


Tapi kalau dapat set bakul yang macam gambo kat bawah ni pun best jugakkan.. Siap ada pinggan dan sudu garfu. Pastu kat dalam bakul tu dibahagi kepada dua space. Yang sebelah boleh letak makanan berat dan yang sebelah lagi boleh letak dessert kan. So takde laa bercampur. 


Okeylah.. malam ni nak pergi beli barang untuk dimasak esok hari. Antara menu yang menjadi pilihan sang suami untuk dibawa picnic esok ialah...
:: Nasi Lemak
:: Sambal sotong
:: Ayam goreng berempah
:: Makanan ringan - cekedis + twisties + cheezel
:: Minuman - Air mineral + sarsi

Ada apa-apa menu yang tertinggal tak? ~huuu~
Mula-mula planning nak bbq ayam pastu tambah laa skit hotdog ke.. udang besar ke.. tapi bila fikirkan balik kitorang berdua ajee so rasanya tak perlu kot.. kan...
 
Mr. Sallehudin cakap esok pagi kena keluar rumah awal pagi pukul 7am sebab kalau lambat nanti tempat yang best mesti dah ada orang lain amik.. baik boss!!
Tapi I nak masak nasik lemak.. hokeyy... sempat ke??

Wednesday, October 3, 2012

Nasi Ayam Mancongkam

Sape peminat nasi ayam kat sini??
Isnin lepas Mr. Sallehudin bawak I pergi makan nasi ayam. Actually since hubby kat Singapore lagi tiba-tiba rasa teringin nak makan nasi ayam. So..hajat tu ditunaikan jugak Isnin lepas.. 

Mr. Sallehudin bawak I kat satu kedai ni.. dia cakap nasi ayam kat kedai ni terangkat bebb!! ~huhu~
Nama restoran tu pelik sikit. Restoran Mancongkam Chicken Rice. Tak tau laa apa maksud disebalik nama tu. Maybe pengasas restoran ni namanya Azman tapi gelaran untuk dia Man Congkam??
Atau perasaan kita akan jadi mengcengkam sebab makan nasi ayam yang sedap gilerr?? hihihi.. entahlahh cuma pengasasnya aja yang tau...


Restoran tu biasa aja.. bukan three star or four star. Tak de star pun. Locationnya kat tepi jalan aje.. Batu 4 3/4 Jalan Gombak, KL

Diorang sediakan dua jenis ayam dan kita boleh pilih yang mana satu pilihan hati. Ada ayam biasa dan ayam garing. Me and husband pilih ayam garing. Walaupun warna nasi tu pudar aje..tengok pun tak excited nak makan tapi bila dah rasa sekali.. nyam..nyam.. rasa macam nak pergi repeat lagi ke kedai tu...

Sos kicap yang bersalut dengan ayam garing tu agak masin sikit tapi bila combine dengan sup dan nasi yang enak tu makanya hidangan nasi ayam tu perfect.Ayam garing pun tak terlalu keras. Sedang elok saja..


Harga sepinggan nasi ayam RM5.50 
Okey laa tu kan..berpatutan. Boleh wat open table kat situ kan. Kedai tu bukak dari tengah hari sampai malam tujuh hari seminggu.


Ambiance: 8/10
Price: 8/10
Food: 8/10

Tuesday, October 2, 2012

Untuk Tiga Hari

Sabtu minggu lepas me and hubby pergi nonton filem (mcm slang sinetron ajee) Untuk Tiga Hari.  I memang ada rasa teringin jugak nak tengok movie tu. Tapi selalu fikir yang Mr. Sallehudin mesti akan download movie yang baru lepas keluar panggung. So I diamkan ajee.. Tapi tiba-tiba Mr. Sallehudin tanye nak pergi tengok wayang tak? I masa tu tengah cuci pinggan kat dapur mengelejat laa nak tengok kan... Seperti orang mengantuk disorongkan bantal.. ~hihihihi~

Kitorang tak tengok midnight sebab mesti ngantuk. Kesian kat driver yang nak kena memandu balik rumah lepas movie midnight kan. So..kitorang tengok movie pulul 9.30pm kat Mid Valley.


Saya sebenarnya pencinta filem dan drama melayu. ~hihihi~ Dan diakui oleh Mr. Sallehudin. Walaupun dia kurang sikit nak tengok movie or drama melayu ni, tapi dia sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya dan membawa saya masuk wayang.. hehe.. 

Kitorang dah standby dalam panggung agak awal juga. Hubby cakap "harap-harap citer ni tak bosan"
Untuk permulaan cerita ni agak meleret jugak. Tapi bila sampai part 'menara', 'bukit', 'pundi kencing aku dah sendat' hahahahaa.. memang gelak gilerr.. Ada lagi yang kelakor.. time Afin menari tiba-tiba pinggang terseliuh... adoyaiii... 

Komen Mr. Sallehudin : not bad jugak laa cerita ni. Tak stereotype. 
Tapi isu tentang Vanida Imran dan Rashidi Ishak yang dikatakan jatuh talak tu I rasa tak betul. Sebab maksud dialog yang Rashidi Ishak cakap kepada Vanida ialah bukannya menceraikan or bercerai dengan Vanida. (paham tak ape yg I tulis ni?) huhuhu. So senang cerita sesape yang dok kecoh jatuh talak antara Vanida dan Rashidi tu dinasihatkan tengok filem ni sampai habis. Jangan baru tengok gadzet kat tv terus buat spekulasi.

 ini dalam panggung.. citer blom start lagi..

Ini luar panggung..

So.. I bagi rating 4/5 untuk movie ni.. Afdlin Shauki..wat laa cerita yang best lagi yerr..  :)
Adios!!

Monday, October 1, 2012

Mc Donald Samurai Beef Burger

Holaaa..
Sape dah penah rasa burger terbaru Mc Donald? - SAMURAI BEEF BURGER -

Actually I tau Mc Dee ada keluar beger terbaru ni sebab tengok iklan kat TV..pastu bila lalu kat depan restoran Mc Dee ada pulak iklan kat situ. Teringin jugak nak rasakan tapi macam..alaa nanti-nantilah.. ~huu~

Tapi malam Jumaat lepas masa I balik rumah in laws kat Gombak..semuanya pakat teringin nak makan Mc Dee. Pak mertua I pulak cakap dia ada dapat phamplet Mc Donald. Terus I jerit nak makan Samurai beger. My hubby coll 1300-13-1300, sebab semuanya malas nak keluar pergi beli. Malangnya mc dee tak boleh nak delivery time tu sebab dia org dah over loaded. Ramai sangat orang order untuk delivery. So me and adik ipar drive pergi Mc Dee Drive Thru yang berdekatan. Kitorang order 4 set Samurai Beef Burger dan 1 set Samurai Double Beef Burger. My hubby laa yang nak double tu.. ~huu~


Dah sampai rumah..apa lagi.. I yang kelaparan ni tak sabar-sabar nak makan. Sekali gigit beger tu... Ya Allah... sedapppnyerrrrr.. Seriessss tak penah rasa beger Mc Dee sesedap ni. Dolu-dolu orang gile nak makan GCB, tapi sekarang memang I confirm orang gile nak makan Samurai pulak.

Dagingnya yang agak tebal tapi lembut disaluti dengan Sweet Teriyaki Sos. Tak payah nak letak sos cili pun. Roti beger tu pun lembut aje, tak laa lenguh mulut nak mengunyahkan.. Makan bersama salad dan mayonnaise ajee.. Untuk set ni disertakan juga muniman Sakura Mc Fizz iaitu kombinasi air ribena dan Sprite. Tapi untuk minuman I tak berapa suka sangat sebab rasa tak best ~huu~ itu untuk my tekak laa tak tau laa tekak orang lain suka minuman Mc Fizz ni.. tekak masing-masing kan.. :)


For my hubby, daging burger tu memang ada dua keping. Seriess tak mual nak habiskan burger ni. Lepas makan rasa macam nak makan lagi.. Sekarang ni pun.. tengah menulis entry pasal Samurai Beef Burger pun rasa macam air liur ni meleleh leleh sebab nak makan burger tu lagi.. hikhikhik
 

Harapan saya untuk Samurai Beef Burger ni supaya kekalkan kenikmatan dan kelazatan sosnya... Actally sos tu yang buat beger ni jadi sedap. Jangan lepas setahun, sos teriyaki ni dah rasa lain pulak.

Dan harapan untuk suami juga.. lepas dia baca entry ni harap dia pulang dari kerja dengan membeli Samurai Beef Burger.. ~hikhikhik~  Note: tak payah beli 1 set dengan air pun tak pe.. janji beli beger ajeee.. hihihi...