Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, October 7, 2012

Nak Kurangkan Berat Badan

Hai.. and happy Sunday..
Uolls pegi mana weekend ni? Semalam me & husband pergi picnic kat Sungai Congkak. Hari ni tak pergi mana-mana. Mr. Sallehudin tengok tv sepanjang hari I pulak layan blog sepanjang hari. Tadi ada masak sup ayam jer.. ~heee~

What happened to me??
Last week I ada buat UPT.. sebabnya beberapa hari sebelum tu I macam ada tanda-tanda ala pregnant. I tak muntah tapi I sakit kepala dan macam nak muntah bila tengok tv dan facebook. ~haha~ Lepas tu keinginan makan I semakin menjadi-jadi. I boleh makan nasi tambah sampai tiga kali. Sebabnya my pak mertua pegi beli ikan bakar kat mana ntah..sedap gilerrr tauu...  :)

Last two month I ada juga buat UPT tapi resultnya negatif. Pastu I ada juga buat pemeriksaan kat klinik. After checking, doctor bitau I ada simptom PCOS. I ada cerita pasal ni kat SINI

Ok.. so minggu lepas bila I mengalami pening dan nafsu makan yang tak dapat dibendung, mr. Sallehudin pun belikan alat UPT tu.. I macam malas nak check sebabnya I takut negatif, mesti frust kan... Tapi setelah dipaksa oleh beliau, makanya I pun membuatlah ujian UPT. Kan betul I cakap.... cuma nampak satu line ajee.. Walaupun result negatif, tapi sampai sekarang I masih lagi sakit kepala bila tengok facebook. ~hahaha~

Selepas I buat pemeriksaan dua bulan lepas, doktor sarankan I turunkan berat badan sebab BMI yang menyatakan yang I ada sedikit obessiti. Hadoiii.. I obess hokeyy.. !! Time tu memang I men'diet' jugak laa.. dan ternyata dalam tempoh sebulan turun lebih kurang 3kg. Tapi time tu dekat nak puasa dan raya. Bila masuk bulan puasa, I tak ikut sangat program diet. Apatah lagi musim raya..kannnn.. lepas raya I ada timbang naik balik 2 kg. ~huu~

Ambik masa juga I nak ikut semula program diet ni.. So..dengan cekal hatinya, selepas UPT negatif, I bernekad nak ber'diet' semula. Tapi keinginan I selalu diperkotak-katikkan oleh Mr. Sallehudin. ~huhuhu~ sebab dia suka dengki dengan I. Dia selalu cakap makin hari I makin debab!! ~cisss~ Makanyaa.. I akan buktikan suatu hari nanti berat badan I akan kembali seperti anak dara dulu.. 48kg hokeyy.. 

I cuba belajar mencintai salad. I memang tak berapa nak makan sayur. Sejak dari zaman budak kecik lagi. Tapi sekarang, I cuba untuk makan sayuran. I cuba pelbagaikan masakan sayur supaya I lebih berselera. Hari tu I selalu masukkan tomato dalam sup daging. Kemudian sup tu I makan bersama bihun, jadilah bihun sup. Sekarang I cuba masukkan tomato, daun salad dan kentang. Gaul bersama sos salad Thousand Island. Alhamdulilah tidak menghampakan. Tapi yang kelakornyerr Mr. Sallehudin pun sebok nak makan salad tu jugak. Siap bertambah.. ~huhu~ I akan minum dengan air dutch lady. I pernah terbaca di google tips untuk mendapat baby kembar ialah banyakkan minum susu dan ubi rebus. So... langkah pertama, I minum air susu dutch lady.. boleh gitu.. ~hehehe~


Kekadang I makan salad dengan hotdog. Tapi bukan yang digoreng. I masakkan dalam periuk steam. Pastu makan dengan roti. Sedap jugak. So Mr. Sallehudin pun belikan I satu bundle hotdog untuk I makan tiap-tiap pagi. Tapi I rasa separuh dari bundle tu nanti mesti dihabiskan oleh beliau jugak.. ~hahaha~



Alaaa.. baru seminggu jer I amalkan cara pemakanan macam ni. Tapi semalam masa pergi berkelah kat Sungai Congkak habis hancur lebur diet I sebab I makan nasi lemak sambal sotong I masak sendiri. Sampai pepagi kat situ dah makan sepinggan, pastu pergi berendam dalam air sejam lepas tu makan lagi sepinggan. Tengah hari berendam dalam air lagi.. pastu naik makan lagi nasi lemak.. gitulah aktiviti semalam. Dasat sungguh. (nanti I citer dlm entry lain pasal picnic nie)

I harap dalam tempoh sebulan or dua bulan ni dapatlah berat badan yang ideal. Doktor kata, maybe sebab penambahan berat badan I yang melampau selepas kahwen menjadi faktor juga sukar untuk mengandung. So.. I akan cuba dalam tempoh dua bulan ni mendapat berat sampai 50kg. Paling cun 48kg. ~hahaha~ nanti boleh pakai high heel semula..  :)  Sekarang ni 56.5kg kot kalau tak silap... so kalau dah dapat berat yang ideal bolehlah I buat appointment semula dengan doktor tu untuk mendapat rawatan selanjutnya..  :)
Pastu I ingat nak join kelas earobik. Ada sesapa tau tak kat mana ada kelas earobik kat area Shah Alam ni...

okey.. sekarang tiba-tiba teringin nak makan pisang emas pulak...

1 comment:

  1. Salam puan,

    Memang tidak dinafikan memang sukar untuk turun berat badan dan nak maintain lepas tu.

    Saya ada share pengalaman saya do blog saya:

    www.coachfahmi.blogspot.com

    ReplyDelete