Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, August 27, 2012

Gambar Family

Salam semua..
amboi..boi.. I baca status kat fb, ramai sungguh yang takde mood nak pergi kerja sebab dah lama cuti panjang ye. Termasuk laa hubby kita pon sama jugak.. hehe..

Blog pun bercuti tanpa sebarang update juga sepanjang minggu pertama berhari raya. Ingat macam nak update last week tapi rasa macam. "alahh..nanti laa dulu..esok aje lah update"

Lets me story serba ringkas kisah syawal saya pada tahun ni.. Tahun pertama beraya disamping suami dan yang paling penting pertama kali beraya jauh dari keluarga sendiri. Alhamdulilah. di pagi hari raya tiada titisan airmata yang keluar.. tapi kak ipar I menangis hokeyy.. ~huhu~

Tahun pertama beraya bersama keluarga mertua di kampung Kandang, Melaka. Kampung Kandang tu ialah keluarga sebelah ayah mertua I. Lepas sembahyang raya dan sessi bermaafan, sessi bergambar pun berlangsung dengan setiap keluarga masing-masing mengenakan warna tema. Ada yang kaler grey, kaler kuning, kaler dark purple dan macam-macam lagilah. For my family kami semua pakai warna merah. Warna nie yang dihajati oleh arwah ibu mertua I sejak tiga bulan sebelum arwah meninggal lagi dia dah cadang nak pakai baju warma merah.

Bukan senang yer nak susun atur kedudukan untuk bergambar nie..


Taraaa.. amat menyerlah sekali warna merah kitorang. Bersemangat betul kitorang semua cari baju raya warna merah. Sebabkami ingin memenuhi hajat arwah ibu mertua.
 

Raya kat Melaka pun seronok jugak. Dalam masa satu hari, kami setel enam biji rumah sekali gus. Memang pantas dan tangkas kami beraya. Raya kedua, pagi-pagi lagi I dah bersiap sedia sebab nak berangkat ke Bagan Serai pulak. Jalan jammed. Lapan jam kitorang dalam kereta..

Ini pulak family I. Kitorang tak pakai baju kaler sama sebab pic ni pun dah raya ketiga. Tak kisah laa janji baju semua cantik dan pemandangan pun cantik.
 

Four of us.. Lepas raya haji nanti adik I yang lelaki pulak nak kawen..  :)
 


I malas nak cerita panjang lebar kisah raya I sebab rasanya flow adalah sama dengan uolss jugakkan. Berkunjung rumah sedara mara. Makan sampai mengah, berat badan bertambah.. ~huhu~


tahun depan turn beraya di Bagan Serai pulakk.. hoyeyy...

Friday, August 17, 2012

Nak Balik Kampung Dahhh...

Yeaaayyyyhhhh..
semua barang-barang dah packing dan dah masuk dalam bonet kereta dari malam semalam. ~whee~
Sekarang tengah tunggu husband balik dari kerja. Dia halfday hari ni.. Lepas amik I kat rumah kitorang singgah di Gombak dulu. Lepas berbuka puasa baru we all bertolak balik ke Melaka.  Harap tak jammed lah yer kat highway tu.

Yeaa.. tahun ni pertama kali beraya sebagai isteri. Kalau tahun sebelumnya, dua tiga hari sebelum raya I confirm dah cabut balik Bagan Serai. Tapi tahun ni I beraya di kampung suami kat Melaka. Tapi raya kedua selepas subuh barulah kitorang balik ke Bagan Serai. Dok kat sana maybe sampai hari Khamis. Lepas tu balik ke KL.. Uollss jemput laa datang beraya ke rumah lepas raya ke enam yer..  :)

I tau family husband kat Melaka tu memang ramai. Mak sedara aje dah cukup meriuhkan dapur. Belum campur dengan sepupu husband yang dah besar dan anak dara. Dah tentu mereka pun sama-sama memeriahkan diri kat dapur jugakkan. I ni kalau dah ramai sangat kat dapur I jadi tak selesa. Ramai sangat semuanya pakat nak tolongkan.. So better I tak payah nak menyemak kat dapur tu. lebih baik I ajak husband pegi jalan-jalan kat Bandar Melaka sambil naik beca. ~hahaha~

Tapi I sedih jugak tahun ni sebab tak dapat nak pergi sembahyang raya. Ingatkan tahun ni tak tinggal puasa tapi boleh pulak period datang hujung-hujung. dah laa tak dapat pegi semayang raya, frust pulak tu. Ingatkan dah berisi tapi tak de rezeki lagi.. ~hukhuk~ Husband cakap.. "takpe lah..nanti kita cuba lagii.."

Okey.. dikesempatan ini I dan suami nak mengucapkan Selamat Hari RayaAidilfitri Maaf Zahir Batin. Hati-hati memandu dan control-control sikit makan ketupat rendang tu takut darah tinggi naik.. ~ehe~

 

Thursday, August 16, 2012

Iftar @ Full House

Last few days, me and husband pegi bukak pose kat Fullhouse, Sunway Giza. Maybe Mr. sallehudin adaq baca my entry yang lepas..I ada tulis teringin nak datang makan kat Fullhouse..so..dia pun bawak I berbuka pose kat sini.. hoyeyy.. tenkiuu... tenkiuuu.. I LOP U

Kitorang sampai kat Fullhouse dalam pukul 6.30pm. Kitorang pilih meja kat dalam kedai. Lepas order, sementara nak menunggu waktu berbuka pose kitorang kuar jalan-jalan dalam mall tu. Thats simple mall. Tak semeriah macam Mid Valley or Pavillion tapi still ok laa..


Jalan punya jalan tak perasan jam dah pun pukul 7.20pm. Kitorang terkocoh-kocoh pusing balik ke Fullhouse. Nasib baik sempat. ~pheww~

I order Chiken Chop. Biasa laaa.. I makanan western lain tak berapa nak makan. I cuma lebih prefer chiken chop aje. Chiken only small portion aje.. kecik jer. Chiken itu di grill so rasanya sedap I bagi 4 bintang. Kalau tak silap harga untuk chiken chop RM16.90.
 

Nasi lemak pun not bad. Tapi mana boleh lawan nasi lemak daun pisang kan.. ~ahaha~
Dalam pinggan nasi lemak tu ada rendang ayam dan telur goreng disamping ikan billis, kacang dan timun serta sambal ikan bilis. ada dua ketul drumstick untuk rendang ayam.. huihh... harga untuk nasi lemak ni RM10.90 sepinggan. Reasonable price.
 

Tapi yang paling tak hengat ialah Mushroom Soup adalah yang terbaik I pernah makan. Memang betul terasa ban bau cendawan tu pekat. kalau uolls ke Fullhouse cubalah order mushroom soup ni. Pasti tak nyesal. ~hihihi~ tapi soup ni kena makan panas-panas barulah power dan terangkat. Harga untuk mushroom soup RM8.90 per cup.
 

Minuman pula I pilih Orange Juice harganya RM5.90 dan Mr. Sallehudin order tiramisu blanded yang harganya RM9.90
 

Sevis kedai ni boleh dikatakan baik. Lepas kita habis makan, cepat-cepat waiter datang angkat pinggan and clearkan meja kita. Manager kedai tu siap turun padang layan customer. 
 

Yang pasti I kenyang sekejap aje.. ~kehkehkeh~ Lepas tu rasa lapo balik.

Tuesday, August 14, 2012

Balang Kueh & Carpet

Yeahhh...

Memandangkan tahun ni I menyambut raya sebagai isteri.. banyak list barang yang I sediakan untuk dibeli.. Ehh..banyak ke? Mana ada..skit ajee.. ~hikhik~

1) Balang kuih raya
Korang bayangkan.. I dah buat banyak jenis kuih raya.. tiba-tiba teringat balang untuk simpan kuih tak de. Alaa balang yang penutup merah tu banyak laa kat rumah. Ni balang yang cantik untuk kuih raya nak bagi tetamu makan.


I nak carik balang yang tak mahal sangat la. Agak-agak jer harganya. Kalau dapat yang konsep vintage or English deco pun ok kan..  :) I nak beli dalam enam or lapan balang cukup la.. Maklum laa.. I kan tokey kuih raya.. ~huhu~ kuih terlebih-lebih pulak..


2) Carpet
Owhh.. sakan sungguh I raya tahun ni. Sampai carpet pun nak beli baru. Dulu kala tak ada pulak teringin nak beli carpet kan. Berangan nak carpet yang design moden dan simple. Tak payah besar sangat pun tak apa..  :)


I prefer yang kaler gelap. So kalau carpet tu kotor tak lah nampak sangat. Design pula I lebih suka yang bentuk geometri. Tak payah design bunga-bunga.


carpet I nak letak depan sofa. Tapi sofa kat rumah I ni kaler merah. Hopefully match laa dengan carpet yang bakal dibeli.

That dua item yang I tergediks sangat nak beli. Macam dah tak sabar nak beli sekarang..  :p

Sunday, August 12, 2012

Baju Raya

Hai semuaa...
ramadhan dah nak berakhir. Ada sesiapa yang tinggal pose? kalau orang perempuan tinggal pose, thats okey tapi kalau lelaki tinggal pose... tak kose makkkk nyahhh.. hahaha..

Ehh.. dah beli baju raya? kitorang dah beli. Warna tema I dan husband untuk tahun pertama raya bersama ni ialah merah. Actually bukan we all yang decide warna merah tu. Arwah ibu mertua yang decide nak pakai merah. yerr.. memang dah lama sejak arwah masih ada lagi. Walaupun sekarang arwah dah tak ada kitorang tetap ikut permintaan arwah untuk pakai warna merah lagipun hari raya pertama saya akan ikut suami balik kampung dia di Melaka. So, saya berusaha untuk cari baju warna merah jugak lah...

Fesyen baju raya tahun ni.. eheee.. mood mengada sebab nak cari dress. Tak nak pakai baju kurung sebab dah banyak sangat baju kurung dalam almari. So kita carik kelainan sikit untuk pakai dress. Lagipun dua tiga bulan lepas saya ada hantar kat tailor di bagan Serai beberapa pasang kain untuk wat baju kurung. Kain tu pun bukan saya beli..kebanyakkan mama yang bagi cuma ada selai yang kawan bagi.



I memang nak cari yang design kain plain dan ada sikit patch guna reben atau kain lace. Mula-mula macam nak tempah tapi dah kesuntukan masa. So, kena usaha cari yang ready made. 
 

Desing macam ni pun cantik jugak. Cuma I tak suka kat bahadian dada tu.
 

Sekarang ni ada jugak trend dress hoddie. First time I tengok Shila Rusly pakai dress hoddie masa dia jadi pengadil untuk rancangan maharaja lawak.. Cantikkk sangatttt... sukaaaa....  :)

Puas juga cari dress yang mengikut citarasa I. I nak dress tu yang tak terlalu ketat dan tak ikut bentuk badan. Kalau boleh nak yang kain jenis kembang payung. Tapi memandangkan I pun takde laa sangat nak wat servey kat semua butik muslimah. Satu hari, I dengan husband jejalan kat Giant Batu Caves. Dalam bangunan Giant memang banyak booth yang jual baju kurung. Mula-mula dah putus harapan sebab tak ada design baju yang I nak. Last sekali terjumpa juga akhirnya. Walaupun kain tu tak kembang payung tapi I tetap suka dengan design baju tu. I try sarung ke badan.. Halamakk cun.. ~kehkehkeh~

I malas dah nak carik yang lain. So harga pun boleh tahan laa.. terus beli aje baju tu. Kalau Uolls nak tengok cane.. tunggu raya laa I upload gambo yer.. ~hikhikhik~

Sang suami pun tak nak kalah jugak. Dia dah tengok I beli baju raya barulah dia sebok mencari baju melayu untuk dia. I suruh dia cari baju melayyu kat Giant aje sebabnya husband I ni bukannya jenis pakai baju melayu sangat. Lepas semayang raya aje terus tukar pakai seluar pendek. So wat pe nak beli mahal-mahal kan.. beli yang murah-murah aje sudah. Tapi kat Giant pulak tak ada saiz. Adik ipar I suruh pegi beli kat satu kedai butik depan balai polis Gombak. Nama kedai tu BAK.

Finally ada jugak saiz untuk baju melayu Mr. sallehudin. Nasib baik warna baju melayu tu sedondon dengan warna dress yang I beli kat Giant. Kitorang pun dah malas nak jejalan.. rembat ajelah baju melayu tu pada harga RM140. Dress I pun harga RM140 jugak. So, sama adil  :)

Kisah baju melayu dah setel. Sekarang kisah nak beli barang untuk hiasan rumah. ~huhuhu~