Hi semua..
Hari ni adalah hari full day di hospital. I hantar my husband buat rawatan kat bahagian kecemasan hospital Sungai Buluh sebab dia mengalami penyakit cirit birit dah masuk minggu ketiga since dia kat Labuan lagi.
Actually dah tiga klinik my husband pergi mendapatkan rawatan.
First klinik masa dia mula-mula kena kat Labuan. Masuk toilet berulang kali setiap setengah jam sampai badan naik lesu. Pergi klinik dapat suntikan. But Im not sure suntikan ubat apa yang doktor kat klinik Labuan tu bagi.
Second klinik pulak seminggu selepas dia balik dari Labuan. Masalah cirit birit tu tak juga baik-baik. Pergi Klinik Alam Medic kat Seksyen 7, Shah Alam. Kat situ doktor bagi 5 jenis ubat termasuk electrical forte iaitu minuman air garam. Masalah cirit birit tetap on off jugak...
Third klinik pulak ialah Poliklinik An-Nisa kat Puncak Perdana. Klinik ni doktor bagi antibiotik, ubat cirit birit dan surat refer to hospital Sungai Buloh. So sekarang I nak cerita kronologi dan ape yang jadi kat hospital tu.
Rabu - 2.5.2012
Me and husband sampai kat perkarangan hospital pukul 10am. Sampai aje suami I nak makan sebab katanya lapo. Padahal pagi tu I ade siapkan breakkfast untuk dia. Then we all ke tempat klinik pakar. Selepas nurse kat situ baca surat refer dari klinik dia suruh kami ke bahagian kecemasan. Mula-mula ke kaunter saringan. I tak tau ape motif kaunter saringan ni. Lepas tunggu dalam 5 minit gitu, orang kat kaunter suruh tunggu depan bilik no 1. Tunggu lebih kurang 10 minit gitu dapat laa masuk bilik no 1. Ingatkan jumpa doktor terus. Rupanya jumpa nurse aka pembantu hospital aka tak tau ape jawatan orang tu. Dia check tekanan darah my husband. Tekanan darah okey dan suruh pulak ke kaunter pendaftaran.
Ooowwhh baru nak mendaftar rupanya. My hubby daftar pukul 11.30am. Tunggu dan tunggu. I think uolls pun boleh jangka kan ape yang terjadi. Pukul 2.45pm baru my husband dipanggil masuk bilik doktor. OMG!! Lepas buat pemeriksaan, doktor explain dan bagi tau kena tahan ward. Sampel darah pun diambil untuk buat kajian. Tangan hubby pun dah kene cucuk tiub standby nak masuk air dalam ward nanti. But doktor boleh suruh kami tunggu lagi sampai katil kat ward ada kosong. Meaning kalau katil pukul 9pm ada kosong, maknanya kena tunggu sampai pukul 9 jugak ke? I bawak my hubby pergi makan bihun sup kat kafe hospital. Tunggu lama memang laa lapar. Dalam pukul 4.30pm sekali lagi doktor panggil masuk bilik.Katanya ujian darah dah dibuat dan tak ada masalah dengan darah. Jangkitan kuman pun tak ada dalam darah dan buah pinggang pun berfungsi dengan baik. Tiba-tiba pulak doktor cakap tak payah masuk hospital sebab katanya tak kritikal tapi kene buat pemeriksaan najis. Tapi yang tu refer pulak ke klinik kesihatan yang berdekatan. Adusss pelik betul...
mari kita close-up dekat sikit tangan die.. ~hehe~
Kami pun balik rumah tanpa dapat menyelesaikan masalah cirit birit tu.. Tunggulah esok macam mana pulak kat klinik kesihatan..
No comments:
Post a Comment