Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, May 28, 2012

Dulu dan Sekarang

Heylowww...
Sebenarnya hari ni nak start buat fancy cookies tapi alahai.. lemah betul seluruh badan nak start wat tu.. Asyik nak tengok TV, berfacebook dan berblog ajerr... 
Sambil nonton rancangan Wanita hari Ini sambil pulak dok tengok facebook gambo lama-lama.. Tetiba teringat zaman I dulu kala.. zaman I muda belia anak dara gituuu.. ~eheekkk~ Bila diingatkan semula banyak juga perubahan yang berlaku pada I sebelum kahwin dan selepas kahwin..

1. Saiz Badan
Kalau sebut pasal saiz badan memang I nak nangiss.. Semakin hari semakin debab. I pun tak tauu laa macam mana boleh jadi macam tu. Makan sentiasaaa.. Berat badan I dah start naik sejak lepas bertunang. sebulan sekilo naik. Peningg I tau.. trauma juga tengok badan sendiri.. ~huhu~ Seluar jeans semua tak boleh nak muat dah. Kalau dulu ngam-ngam dan cun-cun ajee tapi sekarang sampai kat peha aje tak dah tak boleh tarik naik lagi.. Baju pun sama.. kalau dulu longgar belaka tapi sekarang dah sama sendat. T-shirt Mr. Sallehudin pun I boleh pakai dengan jayanya tanpa nampak sebarang gelebeh sana sini.. ~uuwaaarrrhhh~ Nak nangiss..

2010 - Masa I kerja as PA kat MLM Company

2. Penampilan Diri
Kalau dulu.. nak keluar pergi mana-mana aje mesti mekap, pakai baju elok-elok, tudung pun nak pakai kemas-kemas. Selagi tak kemas selagi tu laa dok depan cermin nak betulkan tudung tu. Sekarang ni, nak mekap, nak pakai tudung lilit sana lilit sini dah malas sangat. Sekarang ni pakai selendang biasa aje ataupun pakai tudung instant. Siap. Mekap ada laa sikit-sikit. Muka I ni kalau tak letak bedak and tak pakai lipstik memang nampak pucat sangat. Yang lain-lain macam dah tak ambik pot daa.. Mr. Sallehudin pun sampai naik heran.. apsal sekarang I dah tak melaram macam dulu? ~huhu~

Jeans, pink shirt & sling beg. Jeans tu I dah tak muat & sling bag tu ntah hilang kat mana..

3. Koleksi Kasut & Handbeg
Kalau uolls nak tau.. sekitar tahun 2006 hingga 2009, asal aje dapat gaji duit tu mesti spent dalam RM200 semata-mata nak beli kasut, baju & handbeg. Dulu kala I memang pengumpul kasut yang tegar. Berpuluh pasang kasut I ada ok. Sebut aje warna apa.. semua ada.. biru merah hijau purple pink. Kalau Hitam tu ada laa dua tiga pasang fesen lain-lain. kasut ada yang highheel, wedges, sandal, selipar pun nak yang cun and stylo. Tapi malang tak berbau sejak kereta Satria I hilang dulu.. lebih kurang dalam tahun 2010 kot.. dengan koleksi kasut I pun penyangak tu sapu. celaka betul orang yang curi kereta I tu. Memang hidup dia tak aman dunia akhirat!! huhhh!! oppss terlari tune plak. ~kehkehkeh~ Sejak dari tu, I start balik kumpul kasut. Tapi asal aje I pakai kasut tu lepas tujuh lapan kali mesti kasut tu putus laa, tapak kasut tercabut la. tumit patah laa.. haisshh. Sekarang lagi laa kasut I boleh kira aje. Yang terbaru I beli kasut untuk pakai nikah hari tu denan kasut untuk buat hantaran hari tu. huhu.. sandal pun yang macam selipar jepun aje.. Dulu... kalau pakai highheel tak jadi masalah tapi sekarang pakai aje highheel setengah jam dah lenguh tumit. Adoii..

 Baju pink kasut pun pink hokeyy..

4. Koleksi Baju
Kalau sebut pasal koleksi baju tu jangan cakap laa.. Asal aje ada sale, I rempuh shopping complex. Contohnya JJ Card. Tak kisah kalau parking jauh-jauh pun. Nak pegi sorang-sorang pun no hal. Kalau pasal bershopping, I lah ratunya. Kengkawan yang lain tak nak follow I kalau bershopping. Diorang cakap penat gilerrr.. Sekarang ni, hmm.. memang dah lama tak beli baju baru. Pakai aje baju apa yang ada.. sampai dah naik lusuh baju tu. Tapi yang paling ngeri sekali kebanyakkan baju tu semua dah sendat. Bukan tak de laa beli baju. Itupun sebab dah kena beli sebabnya baju lama semua dah tak celuih.. Paling frust ada dua helai seluar jeans Geordano yang Mr. sallehudin beli untuk I. tapi sekarang tak leh pakai dah jeans tu.. sedih kan...  :(
 Baju biru ni longgar tapi skrg I pakai dah sangat sendat. ~hukhukhuk~

5. Aktiviti Sosial
Masa I single mingle dulu.. habis jer kerja I tak terus balik rumah. Ada aje destinasi I nak pergi. Shopping complex laa, tengok wayang laa, nonton teater laa,, tengok live band laa.. Paling cikai pun lepak kat kedai mamak dengan officemate.Sekarang ni sejak dah kahwin, masih lagi nonton wayang. Tapi kali ni pergi dengan Mr. Sallehudin laa.. nonton wayang masih aktif lagi cuma live band tu dah lama tak pergi. Teringin jugak one day nak ajak Mr. Sallehudin pergi tengok live band kat Concorde. Owwhh.. dulu I suka juga pegi jejalan ambik gambar. I suka snap pic maklumlaa dulu excited dengan DSLR. Mr. Sallehudin pun suka shoot jugak. Kitorang selalu jugak dulu pergi Putrajaya ke.. buat foto shoot. Sekarang lepas kahwin ni.. hmmm.. simpan aje laa DSLR tu. Dah jarang sangat pergi fotoshoot. Ari tu ada jugak janji nak fotoshoot kat Petaling Street tapi sampai sekarang tak pegi lagi...

 Masa nak nonton teater Terima Kasih Cinta. Seluar tu pun I dah tak muat pakai yee..

6. Kemahiran Memasak
Seeriess I cakap dulu I memang langsung tak reti memasak. Masak pun macam hapee jer. Tapi sekarang sejak kahwin ni alhamdulilah skill memasak tu dah meningkat. Ekcelli I start memasak sejak I hidup bujang kat KL. Iaitu bila start keje dalam tahun 2005 gitu. Start dari hari tu I baru nak belajar memasak. Dan sekarang.. alhamdulilah.. bukanlah PRO sangat tapi boleh laa. Mr. sallehudin suka sangat I masak masakan berasaskan telur, speghety, daging masak black paper. 
Ini.. sekarang selepas bergelar isteri!!

Note : Tengok gambar kat atas tu semua I pakai shawl kan :) Sejak dah jadi isteri ni aje dah tak boleh nak pakai shawl. Pakai tudung instant aje lah. Sebabnya kepala I akan pening dan akan nak muntah bila nak pakai shawl tu perlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi. Lagipun nak kejar masa. Nanti lepas Mr. Sallehudin balik dari outstation kat Penang, we all nak pergi dating makan shushi dan tengok wayang.. I nak try pakai shawl semula.. :p

Bila fikir balik memang teringin sangat nak macam dulu. Kumpul koleksi kasut, handbag, baju. Tapi memandangkan sekarang I dah jadi housewife sepenuh masa dan ada buat business kecila-kecilan saja mungkin agak terbatas nak buat semua tu. Unless kalau I start keje semula. Tapi sekarang ni I dah tak boleh nak kerja makan gaji sebab I selalu stress. I tak boleh nak tempuh jammed pepagi buta sebab stress. Balik sampai rumah mesti merungut penat laa, letih laa. Sekarang ni bila I dah berhenti kerja dan I buat kerja yang I suka..walau penat macam mana pun I tetap buat sampai siap walaupun sampai ke tengah malam. Mr. sallehudin pun heran dengan I. Dia cakap dengan I.. "sikit pun U tak ngomel wat kerja ni semuakan walaupun penat mcm nak pengsan"

Jadi.. I perlu berusaha gigih promote my servis supaya I boleh kumpul duit dan boleh beli apa yang I nak...  :)


Cuba tengok budak baju hijau tu.. hehe.. mesti nak kena selit pic dia jugak.. kang nanti dia merajuk pulak  :)
Tapi paling tak hengat dia cakap sebelum kawen dan lepas kawen dia maintain macho, tampan, segak bergaya.  ;p
Okey lah.. iyer kan aje lah.. kang nanti dia tak nak baawak I pergi makan shushi pulak.. hikhik..


No comments:

Post a Comment