Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, May 30, 2011

Sireh Junjung

Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka.


Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin.

Seperti yang disebut di atas, terdapat beberapa bahan lain yang biasanya dimasukkan sekali ke dalam gubahan sirih junjung. Jom kita lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik bahan-bahan yang digunakan itu:


:: Daun sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri


:: Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang


:: Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar


:: Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia


:: Tembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal


:: Cengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip



Itu mukadimmah aje.. sebenarnya nak bitau yang saya tengah pikir design yang nak di buat untuk sireh junjung. Mama tanya nak buat sendiri atau tempah kat kawan dia. I think I want to do myself. Everything saya nak DIY. Moga-moga dapat berkat. :)


Ini antara design yang saya rasa senang dan mudah kot untuk saya buat.



Pic 1: Design ni mmg cantik dan simple.



Pic 2: Pun menarik juga. Nampak lebih traditional.. Tengah pikir kat mana nak carik tepak sireh.. I know byk kedai yang jual barangan pengantin ni tapi dulu saya boleh dapat diskaun sebab guna nama kedai bridal saya. tapi skrg kedai tu dah x de.. huhu..


Pic 3: Yang ni pun lagi senang. Tapi klau boleh saya nak letakkan semua elemen yang disebut kat atas.. Gambir, kapur pinang.. etc...




Pic 4: Yang ni pun simple jugak. tapi daun sireh tu sikit sangat. Maybe saya perlu tambahkan lagi bilangan daun sireh tu.. :) Ada selit bunga cengkih kan kat situ...


Tapi saya berkenan yang ada tepak sireh tu. Boleh ke combination pic 2 dan pic 1? :)

1 comment: