Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 1434H : Day 22

Wahhh...
So eksited sebab hari ni berbuka puasa di MIG Production. Actually I sponser for chocolate fountain untuk majlis berbuka puasa. Sebenarnya majlis ni hanya untuk staff dan beberapa orang tetamu saja..


Untuk 
dessert buffet, I sediakan chocolate fountain, red valvet cake & rainbow cake. Alhamdulilah, semua suka dengan menu yang I seduakan.


Mr. David Teo and her wife juga sangat sporting dan friendly. Kami semua duduk bersila untuk berbuka puasa beramai-ramai. diorang pon slumber jugak join duduk bersila.


Yang paling best sekali... David Teo ni bagi duit raya to semua yang hadir. Mula-mula me and husband target dalam sampul tu ada RM10. Actually tak kesah pun berapa RM. Sampai rumah baru kami check sampul tu. Terkejut badak hokeyyy.. Dalam sampul ada rm50. Walawehhh!!  

Patutlah company dia sentiasa keluar filem baru dan bisness dia makin maju sebab dia share hasil kejayaan dia dengan orang lain. Bak kata orang 'murah rezeki dia' bukan macam ada satu company tu...boss melayu, hasil pendapatan juta-juta...jangan katakan bonus..duit raya pun tak ada untuk staf sendiri.Dah laa staff kerja keras. Asyik balik lewat memanjangggg... Sekurangnya hargai lah sikit tenaga kerja staf, ini makan dia anak beranak je. Tetiap tahun bercuti pergi Bali. huhh!!

Ok.. Menu ramadhan 22

:: nasi putih + tomyam ayam + bawal goreng cili
:: lontong
:: mee goreng + kuewtiau goreng
:: kuih muih
:: nasi impit + rendang daging

Tuesday, July 30, 2013

RRamadhan 1434H : Day 20 & 21

Ramadhan 20

Hari Isnin I busy sangat buat kek / cupcakes. Alhamdulilah dengan rezeki yang ALLAH bagi. Walaupun pada mulanya bercadang bulan ramadhan ni nak rehat dari mem'baking' dan jual kueh raya. Tapi customer tahun lepas coll kata nak order biskut raya. So, I terima jugaklah order diorang. Ada jugak yang order birthday kek dua 2 tier untuk minggu ni.. Boleh lah pergi buat facial nanti.. Yeayy.. So, mr. Sallehudin sajalah uang ke bazar ramadhan.

:: Kuew tiau goreng
:: Samosa Daging
:: teh o suam

Ramadhan 21

Hari Selasa mood I nak pergi bazar ramadhan Stadium Shah Alam. Sampai je kat bazar I agak terkejut. Sebabnya rasa macam sunyi je kat situ. Peniaga pun ada yang dah tak berniaga sebab ada beberapa ruang kosong. Mungkin dah 10 ramadhan terakhir ni peniaga juga nak melakukan amal ibadat. Mr. Sallehudin seronok giler sebab akhirnya dapat juga makan nasi ambang. Dari awal ramadhan mengidam tu..


I pulak tetibe teringin nak makan laksam. Tapi laksam tu tak berapa nak sedap. :(


Menu Ramadhan 21
:: Nasi ambeng
:: Laksam
:: Murtabak maggi
:: Samosa ayam dan daging
:: Teh O Suam




Ok.. i nak tunjuk shawl yang I jahit sendiri.. :) yeayy.. upload gambar ni kat facebook ade pulak yang bertanya "jual ke? Kalau jual sy nak beli..." Hehe... Tidak!! Tak jual ye pakai sendiri je.. Insyallah, bila I dah improve kan hasil jahitan I barulah boleh jual kan.. :p

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 1434H : Day 18 & Day 19

Hai....

Sabtu dan Ahad ni memang mood berbuka puasa dengan fast food. Hari Sabtu we all berbuka di KFC Subang 2. Ramai betul orang yang nak berbuka disitu. We all sampai pukul 7pm. Mr. Sallehudin yang beratur di kaunter. I pulak duduk dan lepak-lepak..hehe..

Ramadhan 18
Zinger burger
Nasi with ayam KFC

Tengok tu...ramaukan orang beratur di kaunter. Termasuklah my husband. Hehe...


Ramadhan 19
Hari Ahad pula mood makan McDonald pulak. Kali ni I try Samurai Chiken beger dan mr. Sallehudin makan double mc chiken. Kali ni kali 'drive thru saja dan makan dirumah sambilmenonton tv  :p

Friday, July 26, 2013

Ramadhqn 1434: Buffet Ramadhan Nailis, Sentul

Salam Ramadhan hari yang ke 17. Cepat betul masa berlalukan. 

Alhamdulilah hari ni ada rezeki makan sebab mr. Sallehudin bawak I ke buffet Ramadhan di Rumah Tamu Datin Halijah @ Nailis Sentul. Pertama kali untuk ramadhan tahun ni I berbuka puasa secara buffet. :) tenkiu to Mr.sallehudin.


BAgi mereka yang belum tahu, Nailis ialah sebuah restoran santai yang menawarkan masakan melayu dan western. Sebenarnya ini kali Ke dua I ke Nailis. Yerr..betul tak tipu.. :p Kalau tak silap Nailis mempunyai tiga cawangan iaitu di Sentul, Ampang dan Taman Tun dr.Ismail (ini sy x sure) tapi menurut mr. Sallehudin Nailis di Sentul adalah yang paling best, cool dan santai.



Di Nailis kita boleh memilih lokasi untuk menjamu selera. Kerana decoration disini sangat unik Dan mempunyai tema tertentu. Ada yang 'english theme', arabian, dan tradisional melayu. Kita boleh memilih sama ada mahu duduk di kerusi meja atau di pondok yang diaediakan secara duduk bersila. Ada juga pondok yang dibina diatas pokok. Wahhh tapi I belum pernah ada pengalaman lagi nak makan kat pondok atas pokok. Tapi nampak sangat seronaok dan santai. Insyallah, maybe kunjungan seterusnya I nak makan dalam pondok atas pokok.


Berbalik kepada buffet ramadhan... harga yang ditawarkan ialah RM45 per head. Tapi memang berbaloi dengan hidangan yang disediakan. Dari masakan melayu tradisional, rendang itik, kurma kambing, western food, kuih muih & manisan serta steamboat. Rasanya hampir 50 jenis menu. Ada antara menu yang diseduakan mempunyai rasa yang sedap dan enak tapi ada juga yang so-so aje. Kambing bakar golek antara yang menjadi rebutan. Ramai yang beratur di gerai kambing bakar. Sebelum masuk azan maghrib lagi kambing tu dah habis.

Kesimpulannya, tidak rugi jika berbuka puasa secara buffet disana. Sesiapa yang ingin mencuba boleh pergi esok!

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan 1434H : Day 16

Hai semua...
Esok cuti Nuzul Quran.  Hari tu mr. Sallehudin planning nak pergi beli baju raya I eaok. Tapi lepas mr. Sallehudin balik dari kerja petang tadi terus ajak I pegi beli baju raya.. Yeayyy..
Lokasi pertama yang dituju ialah plaza alam sentral. Ramainyaaa orang berniaga kat Alam Sentral. Macam-macam jenis & design baju ada. Tapi design yang paling top sekarang ni peplum. Boleh katakan mereka yang jual pakaian wanita, 70% adalah design peplum. So.. i decide I tak nak beli peplum nanti hari raya semua boria..

Dari ground floor sampai naik level 3 masuk setiap butik sebab nak cari baju. FYI, I memang susah nak cari baju yang berkenan dihati.. Hehe.. Bila dah ada yang berkenan, recce harga pulak. Mana laa tau kot kat butik lain ade harga yang lebih murah.. :)

Dari Alam Sentral pergi ke SACC Mall. Kat SACC Mall pun banyak jugak baju yang cantik-cantik tapi harha agak mahal sikit berbanding Alam Sentral. Jangankan dalam bangunan, di sepanjang kaki lima pun ramai juga yang berniaga. 

We all berbuka puasa kat tepi tembok aje..hehe... 
Menu day 16:
:: roti john
:: vadai
:: samosa
:: air mangga
:: air tembikai susu

Vadai & samosa tu agak sedap. Rasa macam nak ajak mr. Sallehudin pegibbeli kagi samosa pakcik peniaga tu :)


We all beli juadah di Bazar Ramadhan PKNS. Ramai yang berniaga disini. Harga pun agak berpatutan. Cuma kawasan bazar tu agak sempit sikit kalau nak dibandingkan dengan pengunjung yang ramai.


Hampir 3 jam kami window shopping. HaHaha.. Mr.sallehudin dah tak larat jalan katanya. 
Kesian..sebab terpaksa teman bini nqk beli baju raya..ekekeke.. Akhirnya I beli selai baju design kaftan pendek. So kena beli kainnya sekali. Tapi I tak nak beli kain sebab I alan pakai baju ni dengan skirt mermaid :) 

Teeima kasih to mr. Sallehudin sebab sudi melayan bini you yang susah nak cari baju tpi comel.. Hahahaha...

Esok nak pergi cari FURLA dan kasut.. Hehw...