Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, October 5, 2013

Throwback: Diari Wedding

Hai...

Tetibe teringat zaman mana nak tawen dulu. Zaman bride to be gitu... Memang bersemangat giler. Segalanya nak buat dan DIY sendiri.. :) owhhh..kalau I ade poket doraemon dah tentu I nak gunakan pibtu masa so boleh balik ke zaman bridezilla.. 

Ini wedding diari I. Dalam diari ni ade tampal semua resit pembelian, perancangan tentang goodies, item list yang perlu disediakan semasa hari wedding, sketch tetang pelamin dan baju & everything!!


Ini Sketch design baju untuk majlis bertandang. Siap ada tampal cebisan kain yang akan dijahit.. Nasib baik design yang I sketch ni walaupon lukisan I buruk tapi tailor berjaya menghasilkan baju ini dengan baik. Terima kasih kepada tailor tersebut walaupon beliau telah menaikkan darah I semasa proses fitting dan mengambil baju pengantin. 

 

Please imagine.. sehari sebelum I nak balik kampung untuk my wedding, tailor tu dah promise akan siapkan semuanya. Tapi sesampainya I di kedai die.. die baru terhegeh-hegeh nak jahit bunga 3D kat baju sanding I!! Bengang tak..??

Fuhh.fuhh.. Ok. That is old story.. Ok byeee

Xoxo

Sunday, September 29, 2013

Masakan Sotong Sumbat

Holaaa & good morning.. 
Last two weeks kalau tak silap I ada cuba satu masakan yang sebelum ni I tak pernah masak pun. Sotong sumbat masak mentega. Actually I teringin nak cuba this resepi lepas tengok facebook one of my ex-schoolmate, Ainal Yasmin. Dia selalu upload pic masakan dia dalam facebook. So.. I pon macam terkinja-kinja nak mencuba.

Mula-mula sediakan telur goreng hancur. Dalam telur goreng tu I campurkan bawang merah yang dihiris, cili merah, cili benggala dan tomato. Tapi kalau uolls nak cuba & nak masukkan sayuran lain pon its ok  :) 


Sotong pulak I pilih yang besar-besar. Senang I nak sumbat telur hancur tu. Sumbat sampai padat ye..
Misai sotong kalau nak sumbat sekalai pon boleh. Tapi I goreng biasa aje sebab I memang suka makan misai sotong tu.. ~hihihi~


Dah sumbat semua.. Uolls boleh laa goreng sotong tu. Kalau kita sumbat padat telur hancur dalam sotong tu, twlur tu tak akan terkeluar bila digoreng. Maybe ade sikit aje yang keluar tapi dont worry twlur tu masuk selamat.. Hehe.. Lepas goreng uolls boleh gunak kan sotong tu untuk masak sambal ke..  For me I masak mentega. 

Mr.sallehudin makan sampai habis. Walaupon dia tak mengakui yang masakan I aritu sedap, tapi dia yang tolong makan sampai habis.. Haha..

Selamat mencuba

~xoxo~

Friday, September 27, 2013

Hari Ini Saya Menulis.....

Salam semua..

Memang sangat lama I tak update blog. Banyak sebab yang tak mengizinkan.. 

1. Saya berblogging menggunakan portable hotspot dari line telefon saja. Sebulan dua ni, line adalah sangat lembab macam siput. Bukan lembab sangat laa tapi line macam ade tak ade..conpius I. Nak update guna laptop pon agak payah sebab selalu nak kene refresh. Update guna telefon pun payah jugak sebab screen hanfon kan kecik.. Jadi tahap kepuasan melihat blog adalah ditahap minima. Menaip juga kekadang mengalami kesilapan. So.. I boring..  :(

2. Bulan September adalah sangat busy. Banyak tempahan kek dan job untuk chocolate fountain. Alhamdulilah. Bulan ni juga ade job di Gua Musang.. Jauhkan..  :p

3. Tahap memerah idea untuk menulis blog adalah sangat rendah. Actually banyak cerita yang nak ditulis tapi idea mengarang dan menyusun ayat sangat kurang. I jadi pening bila bukak blog lepas tu taip huruf pertama..lepas tu I tak tau nak tulis ape lagi selepas ayat pertama.. Huhu...

4. Cerita di blog perlulah diselitkan dengan gambarkan. Kalau tak de gambar rasa macam tak lengkap pulak entry. Tapi sekarang I dah jarang sangat membawa kamera DSLR kemana-mana.. Kalau adapun sang suami dah malas nak layan I bergambar. Kalau I mintak tolong snap gambar I..die bebel.. :p so sekarang snap gambar guna hanfon saja. Jadi bila nak muatnaik gambar di blog menggunakan hanfon macam slow skit.. So boring....

Yeahhh.. Itu empat sebab utama yang membuatkan I jarang update blog.. :p  tapi hari ni bila baca beberapa blog yang I follow, rasa semangat menbuak-buak untuk menulis.. Hehe.. Harap lepas ni I bertambah rajin dan harap pembaca blog I pon rajin juga membaca penulisan I yang tak seberapa ni..  

Orang yang selalu risau sangat bila I dah lama tak tulis blog ialah mr. Sallehudin.  Dia selalu tanya bile nak update blog..? Okey.. Sekarang I dah update..so aila baca ye mr.sallehudin..



Kali ni entry I dihiasi dengan gambar buah strawberry..dan...

Gambar I laaa.. ~hehe~


~xoxo~

Thursday, September 12, 2013

Nur Qaseh

Salam semua.. 

I nak introduce ahli keluarga baru Haji Shamsudin dan Hajah Fauziah. Cucu pertama lah katakan yang lahir pada 26 Ogos 2013. 

 

Nama baby Nur Qaseh bt Nurul Aizam Akhmal. 

Qaseh.. Panggil saya mama long yer.. :)

~xoxo~

Wednesday, August 28, 2013

Surprise Birthday Party For Mr. Sallehudin

Salam..

Untuk pengetahuan semua.. birthday Mr. Sallehudin dan adik lelaki I jatuh pada tarikh yang sama iaitu 9 Ogos.. I dengan adik ipar dah planning dari awal nak buat surprise.  I cuma sediakan kek kecil dan decor bentuk ketupat. 

Sebelum pukul 12 tengah malam, I dah standby kek dan bagi tau dua orang adik I lagi supaya jangan tidur awal sebab pukul 12 tgh malam kita ada surprise party.


Kebetulan.. dua orang birthday boy ni dah terlelap sejak pukul 9 malam.. Maka lagi senang lah tugas I.
Lagi 5 minit pukul 12, I kejutkan mr. Sallehudin. I bitau kat dia yang I lapar.boleh tak tolong temankan I makan kat dapur. hihihi.. maka Mr. Sallehudin pun tanpa banyak soal mengikut kehendak I.. hehe.. planning hampir berjaya. 


Keluar je pintu bilik.. adik-adik I yang lagi dua orang tu terus jerit 'happyyyy birthdayyyyy!!
Adik lelaki I yang sorang lagi yang celebrate birthday tu juga terpinga-pinga.. hahaha...


Lihatlah muka mereka yang sangat blur.. Almaklumlah baru bangun tidur... lepas tu kene tiup lilin dan potong kek pulak. I sememangnya penat dan mengantuk malam tu maklumlah siang harinya beraya 10 buah rumah kan.. Tapi disebabkan nak buat surprise, I tahankan mata ni..  :)


Setel aje surprise party.. I orang pertama masuk bilik dan tidur.. hahhahaa..