Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, January 7, 2013

Anugerah Juara Lagu 27

Hola...

Ada tengok Juara Lagu 27 semalam tak? I tengok.. I duduk depannn sekalii.. Depan TV dengan Mr. Sallehudin sambil makan coklat. Last year kitorang pergi tengok final Anugerah Juara Lagu 26. Itupun I paksa mr. sallehudin pergi dan kebetulan dapat tiketkan... tahun ni jangan harap laa nak pergi lagi sebabnya lately mr. Sallehudin asyik balik kerja lambat siapkan projek yang tak habis-habis dari awal tahun sampai akhir tahun.. huhu...

BTW.. I ada beberapa nak komen sikit pasal AJL 27. Ni komen dari kacamata saya laa.. orang lain tak tau laa pendapat diorang kan.. 

1. Adira Muka Masam Lepas Kena Dukung
Korang perasan tak masa dalam tv tu ada banyak kali camera fokus muka Adira lepas dia nyanyi dan duduk di depan stage. Muka masam gilerr.. Bad mood apentah?? Ingatkan I sorang je yang perasan tapi bila I baca blog gossip yang lain memang ada komen pasal ni.. Yang herannya semua blog gossip ni dok bercerita pasal Adira kena dukung dengan Aaron Aziz. Langsung takde tulis kenapa muka Adira masam mencuka lepas buat show. Orang lain semua excited nyanyi masa segmen rock.. tapi yang si Adira ni macam berkhayal aje.. Ada sesape tau ke apsal Adira jadi macam tu? hehe.. mungkinkah dia tak nak adegan dukung tu tapi terpaksa buat? Isteri Aaron Aziz marah kat dia ke? Atau dia terserempak dengan ex-boyfren dia si AG COCO? 


2. Shila Amzah say I LOVE U
Masa Faizal Ismail interview dia dan tanya apa ucapan untuk cinta hatinya.. Confiden aje si Shila ni cakap.. "I LOVE U"  uweekkk.. dia macam tak serik-serik. Ramai yang kondem dia pasal cinta hati dia laa ape laa.. pastu nak tambah lagi kontreversi.. Lepas tu ada juga camera fokus muka dia.. nampak asyik dok tunduk tengok hanfon aje.. mesti wats up dengan cinta hati dia... I pun nak wats up my chenta hati jugaklah.. nak tanye dia balik keje kol bape.. hehehe..

3. Black Memang Best
Dalam banyak-banyak show.. I paling suka Black nyanyi lagu Teman Pengganti. Memang sampailah lagu dia tu kat hati ni.. cewahhh.. I budget lagu ni boleh menang. Kalau tak juara pun dapat nombor dua or nombor tiga... tapi tak menang langsung.. Huhuhu.. keciwakkk.. Tapi dia menang persembahan terbaik pun dah ok :)

4. MOJO Nyanyi Ke Lauttt
Apa ni MOJO?? I memang suka lagu Andai Ku Bercinta Lagi ni... tiap-tiap malam dekat nak tido mesti I nyanyi lagu ni kuat-kuat sampai Mr. Sallehudin bengang kat I.. sebab ganggu dia nak tido.. hahaha.. tapi masa show tu Awiera nyanyi sangat berterabur. Dia terrer time jerit aje.. Yang lain hampesss.. Rasa macam bingit telinga dengar dia nyanyi. Maybe sebab dia nervous kot. Kalau dia tak nervous mesti suara dia lebih best dari yang kita tengok semalam.


5. Terukir Di Bintang Dari Aizat
Not bad jugak laaa Aizat nyanyi lagi ni. Nampak comel dan sweet aje. Dalam mug yang Aizat pegang tu ada air ke? hehehe.. KOnsep ala-ala cafe di Perancis. Tiba-tiba teruja nak pergi Perancis gitu. Boleh tak Mr. Sallehudin? lalalallalaa..

Oklah.. tu aje yang nak diceritakan untuk kali ni.. byeee..


Thursday, January 3, 2013

Pameran Pengantin

Salam dan haiii semua.. ape khabar?

Petang-petang macam ni mesti rasa ngantuk kan.. jadi jom lihat pandangan cantik ni sambil makan goreng pisang.. hehehe... owh pasal goreng pisang tibe-tibe I sendiri teringin nak makan goreng pisang... lalalalala..



Sebelom I berenti menaip sebab nak masak untuk suami, ada sedikit infor yang ingin dikabarkan kepada b2b. Hujung minggu ni ada dua lokasi pameran pengantin yang boleh dikunjungi.

Mereka yang berada di kawasan shah alam, kelang, PJ dan sewaktu dengannya boleh lah ke Setia City Mall Convention Centre.

Manakala mereka yang berada sekitar Ampang, Pandan Indah, Keramat dan sewaktu dengannya boleh laaa ke Ampang Point. 

Ramai vendor terkenal yang join kedua-dua event ni... akhir kata selamat membuat servey di pameran pengantin.. :)

P/s: terasa nak jugak g tgk laa pameran tu.. lalalaa...

Kenangan, Angan-angan, Azam

Tahun 2012 adalah tahun kenangan untuk I...

1. Pada 16.03.12 telah mengakhiri zaman solo dengan dengan lelaki paling bacin sekali.. Mohd Sallehudin.. hahahahaa..
oppss.. kalau dia baca ni mesti die bisinggg.. ekekeke...




2. Alhamdulilah.. perniagaan cupcakes saya semakin maju walaupun tak tahap terkenal seantero Malaysia tapi ada nampak peningkatannya. My little own business Sweethearstories menambahkan servis dari membuat dan menerima tempahan cupcakes saja.. kini telah menerima tempahan untuk wedding cake especially rainbow cake dan red velvet. Kemudian mengadakan servis candy buffet dan choc fountain.

Insyallah tahun 2013 ada beberapa perkara yang I nak lakukan..

1. Nak lebih pandai memasak dari segi lauk pauk dan dessert
2. Berdoa untuk dapat baby.. kalau dapat kembar pun best jugak.. hehehe..
3. Mengembangkan perniagaan sedia ada
4. Nak menurunkan berat badan. Masa mula kahwin 57.5kg. Sekarang dah 55kg. Berusaha untuk mencapai ke 50kg.. hehe
5. Nak start bayar hutang PTPTN.. hahahaaaa...
6. Nak lebih cantik dimata suami...  :p
 7. Nak menjejakkan kaki ke beberapa tempat yang teringin sangat nak pergi..:-
:: Pulau Perhentian
:: Pulau Kapas
:: Sabah
:: Amsterdem (ekekekekee..)
8. Yang ingin dimiliki :-
:: Chiller baru supaya senang nak simpan kek
:: Nak tambah satu lagi mesin choc fountain kot
:: Dining table set
:: Sofa baru 
9. Dan yang paling penting.. sihat tubuh badan.. :)

Azam mr. Sallehudin pulak katanya nak beli rumah baru.. hoyeyyy..

Mula-mula berangan dulu.. pastu berazam.. pastu pasti dapat kalau ada usaha gigih.. kan... kan... kan....

Wednesday, January 2, 2013

Wedding Color Scheme Yang Dijangka HOT Pada 2013

Salam..

Hi.. Alhamdulilah. Dah berakhir title I sebagai bride to be 2012. Hehe.. sekarang I dah bergelar ex-bride dan tak tau lah bila akan dapat title mom to be.. huu.. doakan lah ye...

So.. selamat datang bride to be 2013. Mesti uolls tengah pening buat persiapankan.. Jangan pening dan risau. U must enjoy dan happy. Bukan selalu nak bz kan diri dengan all this preparation.. kan..  :)

I ada wat research sikit wedding color combination yang mungkin bakal hot untuk tahun 2013. Sesape yang tengah pening nak pilih warna tema.. I think.. this is can help you.. Insyallah......







Maybe uolls boleh juga 'combine' kan color seperti pink & merah, black & white, orange & pink, brown & pink, brown & light pink, black & pink, black & gold, black & red, green & pink dan sebagainya.. Yang penting perlu pandai berimaginasi. If kalau I diberi peluang sebagai b2b lagi, pasti I akan memilih dua kombinasi warna yang contra seperti red & green atau royal purple & yellow supaya nampak lebih ceria dan berani  :)

sumber: google

Tuesday, January 1, 2013

2013

Salam.. dan Selamat Tahun Baru 2013

Ini entry pertama untuk tahun 2013. Kesian betul December 2012 entry yang I up dalam blog ni cuma 8 entry saja. I betul-betul sibuk sampaikan nak tengok blog sendiri pun tak sempat. Tempahan sangat banyak. Rainbow cake, choc fountain package dan I juga berpeluang untuk buka booth di karnival Jom Heboh TV3. Alhamdulilah dan bersyukur atas semua peluang yang ada.

Blog Mr and Mrs Sallehudin juga semakin ramai pengunjung. Ada juga mereka yang membaca setiap entry memberikan komen dan ada juga hanya sekadar 'silent reader'. Setakat ni tak ada lagi pembaca yang meninggalkan komen di entry yang mengata atau mengutuk setiap penulisan yang I tulis di blog. Diharap semua reader blog ni enjoy membaca setiap penulisan yang I tulis dan jangan sentap pulak membaca kalau ada setiap penulisan yang I tulis ni membuat pembaca terasa hati. Sebabnya apa yang I tulis dalam blog ni adalah datang dari hati dan I menulis apa yang I rasa, fikir dan alami. Tak ada penulisan I yang auta atau tipu-tipu. ~huhuhu~

Actually, blog Mr and mrs sallehudin ini tercipta pada asalnya adalah untuk mencoret setiap kenangan dan pengalaman semasa membuat persiapan pertunangan dan perkahwinan I dulu. Selepas berkahwin, I meneruskan penulisan dalam blog ini dengan entry makan-makan dan kehidupan selepas berumahtangga. Ada juga I selit entry luahan perasaan. hahaha.. So.. rasanya tahun 2013 ni I perlu buat satu target, penulisan I ni lebih tertumpu ke arah mana. I ada juga buat sedikit research, pengunjung blog I akan meningkat setiap kali I menulis entry berkenaan perkahwinan dan infor tentang perkahwinan. 

Jadi I rasa di masa hadapan, lebih baik I banyakkan entry berkenaan infor perkahwinan. Selain itu, disebabkan I juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan so I rasa maybe sesuai I selitkan aktiviti dan kehidupan seharian I dan suami. Food entry dan juga travelog entry juga sesuai untuk I coretkan dalam blog ini.. Insyallah....

okeylah..
byeee