Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Tuesday, October 16, 2012

Adik Saya Nak Kawen.. Saya Yang STRESSS

Salam semua..
Hari ni kat rumah I hujan lebat.. Disebabkan hujan makanya telah mengganggu kosentrasi saya menonton drama Korea di saluran astro 391 ~huhu~

Sebenarnya nak bagi tau ni.. my adik lelaki nak akad nikah this coming Saturday (20/10/12), majlis resepsi di rumah pengantin perempuan pada hari Ahad (21/10/12) dan majlis menyambut menantu di Bagan Serai ialah pada hari raya ketiga (28/10/12). Yeaaa.. tahun ni my parents dapat dua menantu sekali gus yerr..

Yang menjadi ke'tention'an I sekarang ialah... my mom everyday akan coll I dan update kat I progress yang dah dibuat. Dulu masa I nak kawen pun dia coll hari-hari dan update hari-hari jugak. Thats ok sebab itu wedding I. Punyer laa pening time tu. Mana fikir pasal booking vendor la, pasal duit yang tak cukup laa.. bla..bla...bla... So sekarang everything dah lepas. Legaaaa.. walaupun ada beberapa perkara yang I tak puas hati pasal preparation wedding I. Nanti I akan cerita di entry yang akan datang..tapi tak tau bilaaa.. tunggu aje lah yerr... :p  Sekarang ni pun ada beberapa perkara yang buat I tention pasal wedding adik lelaki I pulak...



Hantaran
Yang ni memang I volunteer nak gubah untuk hantaran dia. I ada discuss with my bro tema apa yang dia nak. As long as dia cakap tak kesah dan nak kaler kuning dan hitam. So I pun minta duit laa dari dia sebab nak beli barang hiasan hantaran kan.. So my bro cakap ok..nanti dia bagi. Maklumlaa masing-masing kerja so lambat laa sikit nak bagi duit kan. I tak kesah. Tapi my mom kat kampung ni hari-hari coll I tanyer my bro dah bagi duit blom? Time tu lagi dua bulan sebelum tarikh nak kawen yakni lebih kurang dalam bulan Ogos.
Punyer laa kalut my mom ni.. coll I pastu coll my bro.. hayoo.. last-last my bro bank-in duit jer kat I, sebab cadangnya dia nak datang bagi sendiri.. ~huhu~ Lepas beli barang-barang tu semua.. my mom coll lagi tanye bila nak buat? I jawab "nantilaa blom ada idea lagi.." yang my mom ni dok kejan (bahasa utara means 'paksa' or 'suruh cepat-cepat') buat hantaran tu. Akhirnya I siapkan hantaran tu bulan lepas. So setel!!

Kad Jemputan Kahwin
My bro bagi beberapa keping kad jemputan kahwin suh I bagi kat sesape my fren yang I nak jemput. Tapi sebenarnya takdepun. I malas nak jemput, kalau jemput pun bukan datang yer dak.. :p  So my mom suh bagi kad tu kat My FIL dan famili kak ipar I. Okey.. I akan bagi.. tapi memandangkan dua minggu I tak ke rumah FIL so macam mana nak bagi kan? Selagi I tak bagi kad tu, selagi tu lahh my mom dok pesan suh bagi. Beratus kali dah cakap.. hayooo... IYERRRR I MEMANG AKAN BAGI. SABARRRR.. kekadang ada mak yang macam ni pun stress jugak kan.. ~huhuhu~

Pavlova
I planning nak buat pavlova. Pavlova ni salah satu hantaran tu. Mula-mula my bro cakap nak bagi buah. Tapi memandangkan I ni tak suka streotype..sama ajeee macam hantaran orang lain, so I suggest kat my bro kata kat dia bagi Pavlova. So my bro pun ok aje.. Korang tau kan Pavlova tu macam mana rupa? Pavlova tu bukannya biskut yang boleh dibuat seminggu dua sebelum nak makan. So I planning nak buat pavlova this coming Friday. Tapi my mom ni dah seminggu dok bertanya bila I nak buat Pavlova? Sempat ke I nak buat hari Jumaat? Tadi pun coll I tanyer lagi bila nak buat pavlova tu.... I dah explain 11 kali kot kat my mom macam mana rupa Pavlova. Tapi still dok bertanya.. "bila nak buat?"   "bila nak buat?"  "buat laa cepattt"

Candy Buffet / Chocolate Fountain
Untuk ini I memang nak sponsor sikit. I cuma nak sponser chocolate dengan marshmallow aje. Fruits my dad akan beli. So untuk beli chocolate & marshmallow mestilaa kena guna duitkan tak kan nak guna air liur aje. So duit tu pulak datangnya dari siapa? Dah tentu from my hubby terchenta kan... Jadi, I mestilaa tunggu dia bagi duit kat I then baru laa I boleh pergi beli. Chocolate pun bukannya murah harga seploh duaploh hinggit.. Chocolate untuk mesin fountain tu harga RM45 sekilo. Bayangkan kalau nak beli tiga kilo? berapa RM total? Lepas tu untuk candy buffet.. I suruh my bro beli choc or lolipop lebih sikit so I boleh guna untuk letak kat candy buffet. I tak boleh laaa nak buat meriah gilerr sebab kalau nak sponser keseluruhan macam my customer selalu booking kat I.. tu dah menjangkau RM500... gigil tangan kang.. So kesederhanaan itu penting. Pastu I planning nak tambah cheese tart aje lagi kat candy buffet. So I berkira-kiralaa bila hari yang sesuai nak buat mende tu kan... Pastu my mom sentiasa coll tanye.. "bila nak buat?"  "bila nak buat?"  "bila nak pegi beli coklat?"  "bila nak pegi beli coklat?" 

Balik Seminggu Awal
Yang paling musykil sekali my mom suruh I balik kampung seminggu awal. I tak tau apa motif yang I kena balik awal. Dah ropa macam I pulak yang nak kawen. Dulu masa my wedding memang laa I balik seminggu awal sebab banyak mende yang I nak buat. maklumlaa I kan banyak nak buat DIY things time tu.. Tapi now for my adik..takde DIY pun yang I buat. So.. apakah motif yang I kena balik kampung seminggu awal? nak tolong siapkan goodies beg pun semua dah setel sebab jiran ada datang tolong. I pikir jugak seminggu I nak balik awal so kena tinggalkan hubby terchenta pulak sesorang kat KL. Mana laa dia boleh nak follow I balik awal jugak sebab kan kerja. So nanti kalau I takde sape yang nak jaga pakai, makan minum dia? Sape yang nak siapkan breakfast pepagi untuk dia? Sape nak bancuh nescafe panas untuk dia malam-malam? Sape nak bangun tengah malam buta cari ubat kalau dia sakit gigi? ~hee..gigi bongsu ada serpihan yang nak kena cabut tu~ Pendek kata my hubby ni tak independent sejak kawen dengan I. everything on me...

Aduihh.. stressss... stressss I macam ni...
Esok mesti my mom coll dan update lagi pasal progress...

1 comment: