Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Saturday, November 24, 2012

Update Blog Di Kedai Mamak

Haiiii and good morning. Its Saturday and raining. He he he... kalau nak tau I update secara live dari Khulafa Bistro seksyen 7 Shah Alan.....

Pagi ni sebenarnya Mr. Sallehudin kena pergi outstation me Penang. Mula-mula katanya projek nak bust bukan Jan tahun depan. So kalau tahun depan boleh law I nak ijut sambil leak Penang kan.... no tetibe last minute arrangement semalam. Haisss boss Mr.Sallehudin ni memang pendengki!!


Before bertolak, singgah breakfast dulu. Tosai for Mr.Sallehudin and roti canai for me..


Huiii.. bersungguh-sungguh I makan kan....  :p

Ok Byeeee...

Thursday, November 22, 2012

Lima Jam Di IKEA

Memo

Hai.. esok sampai Isnin I ada open sale untuk chocolate moist cakes. Sesuai untuk dimakan sambil minum petang. Lepas tu pekena pulak dengan mee rebus.. halamakk best & terbaik kan..  :) Jadi ada sesiapa yang nak order boleh terus contact I 012-5346131. Owhh.. saiz cake 8inci x 3inci harga murah sangattt RM10 aje.. Lokasi nak pick-up kat Giant Shah Alam Seksyen 13, Shah Alam seksyen 7 atau Puncak Perdana. Maybe hari Sabtu I nak pergi IKEA so maybe sesape yang nak order boleh collect cakes kat situ jugak.. Tapi pape pun coll dulu yerr...

OK.. dah setel promo.  :)

Ni nak cerita pasal semalam pulak.
Pepagi semalam I bangun awal sebab nak antar Mr. Sallehudin pergi kerja. Actually I ada niat lain jugak. Lepas antar dia.. I pecut pergi IKEA. I ada gift voucher card tu so I nak menghabiskan laa duit dalam card tu. Sampai IKEA I terus pergi breakfast kat cafe IKEA. Masa I sampai orang tak ramai lagi. So beratur membeli makanan dengan selesa sekali.. ~ehee~ Uolls percaya tak I tak pernah langsung pergi makan kat cafe IKEA tu sepanjang IKEA tu dah dibukak. Ketinggalan zaman kan I.. ~huhu~ bila orang cakap meatball IKEA tu sedap ya amat.. I memang teringin sangatttt nak rasa.. sedap macam mana laa agaknya sampai meatball tu terkenal seantero dunia.
 

Tapi pagi meatball takde. Cafe start jual meatball time tengah hari aje. Agak sedikit frust disitu. Ermm.. tak tau laa bila lagi boleh ke sana dan menikmati meatball yang tak pernah I makan tu. ~huu~ ingat weekend ni nak pergi sekali lagi. Sebab nak menghabiskan RM yang ada dalam gift voucher card tu. Ada lagi RM dalam tu.. Semalam I blanje RM105.. dan ada balance RM45 lagi.. I ingatkan dalam card tu ada seratus aje.. ~huu~ sekali pergi kaunter bayaran tengok ada balance lagi.. Tak kan I nak masuk lagi sekali beli lagi kan.. time tu dah pukul 3prtang hokeyyy!!


Bayangkan 5 jam kat sana. Pusing sana pusing sini. I mencari barang yang I nak. I tengok dalam catalog gambar tu ada tapi apsal tak de jual.. pelikkan.. Tiga kali I tawaf tak jumpa. Last sekali I jumpa barang yang I nak tu kat tempat display. Huii.. I tak kan I nak ambik yang display ajee.. Pastu I wats up kat Mr. Sallehudin bitau barang yang I nak tu ada display aje.. Tengok wats up I dengan dia ye..

Me : Cuk, brg yg I nk tu dh jumpe, tp display jerr..
Him: ok
Me : I nak tanye pekerja Ikea lh jap..
Him: ok
Me : haissshh.. mana pekerja Ikea ni, sorang pun xde..
Him: mana laa I tau, I bukannye kerja kt ikea..

Haaaa.. akhirnya jumpe jugak pekerja IKEA dan jumpe jugak barang yang I nak carik tu. Rupanya barang tu semua kat Kitchen area kat tingkat 1. Hayooo.. jakun tak I? seriesss I tak penah langsung naik kat tingkat 1 tu.. huhuhu.. Lepas ni nak pergi lagi sekali sebab nak amik gambo kat tingkat 1.. hehe.. semuaa cantik-cantik.. rasa macam nak ambik semua bawak balik kat umah I.. ~heee~
 

 IKEA ni ada harga barangnya yang mampu mulik dan ada juga harga yang tak masuk akal. Finally after 5 hours I makan angin kat situ.. ini aje barang yang dapat I bawak balik. Harga belian RM105. Barang ni je harga RM105. huhuhu.. Tapi ok laa kan.. barang yang I nak dapat :)


Pleasee.. macam mana nak dapatkan barang kat IKEA ni dengan percuma???

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday: MAke-up Paling Cun?

haii
 Wordless Wednesday..

Antara ketiga-tiga gambar ni.. mana make-up paling cun? hehehee..

 Majlis Akad Nikah

 Majlis Bersanding

Majlis Bertandang

byeee...

Tuesday, November 20, 2012

Bas Metro Yang Bengong & IKEA Card

Hai...

Last nite I pergi jumpe one of my veryyyy old friend.. TJ.. Actually nama dia Maya Deryani. Hihihi.. Tapi sebab dia nak nama komersial kan so dia dikenali dengan nama TJ.. haha.. I kenal dia memang lama sangat dah.. since kitorang matrik kat UPM.. kalau tak silap dalam tahun 1998. Sekarang dah 2012 so sila kira berapa panjang persahabatan kami.... ~hee~

Actually dalam geng kitorang ade lagi beberapa orang.. Ada Ida, Mc Dee, Julia, Penol, Yan, Nisa, Nik Narisa... errr.. sape lagi ehh.. rasa macam ada lagi dua tiga nama.. tapi dah lupa.. Yang lupa tu memang dah lost contact ~haha~.. Mari mengembalikan nostalgia lama jappp... ~hahahahaaa..

Dulu masa kitorang kat matrik kitorang memang suka keluar jalan-jalan... Time tu kenderaan paling femes dan paling berharga ialah motosikal. Kemana pergi kitorang naik moto aje.. Tempat paling top yang kitorang pergi kat Mines. Kat situ laa kitorang tengok wayang, main boling and ice skating. Ishh.. I cuba sekali jer main ice skating sebab I nyilu nak main mende tu.. huhuhu takuttttt...

Tapi kekadang kitorang ada jugak langkah kaki panjang sikit.. Alaaa tak de laa panjang sangat. Kitorang pergi Kotaraya jerr.. Time tu tempat fofularr kitorang kat Kotaraya kot sebabnya bas Metro no berapa ntah.. tak ingat pulak dari UPM akan stop kat Kotaraya jer pun. So... kitorang merewang aje laa kat kawasan yang berdekatan..macam Petaling Street ke... Lepas tu nak dijadikan cerita.. satu hari kitorang ni reramai keluar pergi Kotaraya. Pusing-pusing lama jugak laa.. Sampai laa ke petang pastu kitorang dah nak balik UPM. So naik laaa bas Metro tu... Keadaan dalam bas memang padat gilerrrrr.. Nak muntah pun ada. Penumpang dah penuh kot dalam bas tu tapi konduktor bas dok suruh "masuk dalam lagi..masuk dalam lagiii.." Gila ke konduktor tu? Nak sumbat masuk dalam mana lagi? Ko ingat bas ko tu panjang sangat macam komuter? Kami yang dalam bas memang tak boleh bernafas. Dalam hati cepatlaa bas ni gerak. Akhirnyaaa.. bas pun bergerak terkemut-kemut, terhegeh-hegehh.....

Nak dijadikan cerita... tak lama dan tak jauh lepas bas dah bergerak... Ehhmmm.. I pun tak perasan dan tak ingat macam mana ntah.. bas yang kitorang naik tu kena tahan polis. hohoho.. Bas dengan semua penumpang dalam bas sumer kena hangkut pergi Balai Polis Trafik Jalan Bandar. Alaaa.. balai polis ni selalu shooting drama gerak khas kot.. Apa kejadah kitorang ni semua kena hangkut sampai balai polis pun tak tau. Sampai kat balai polis kitorang turun dari bas dalam keadaan terpinga-pinga... konpius beb... Pastu ok aje tak de pulak kena soal siasat ke ape ke.. lepas macam tu aje.. Hayoooo.. kalau macam tu lebih baik turunkan kitorang kat jalan besar kan... yang bawak kitorang sampai depan balai polis tu ape kejadahnyaaa? Dah laaa I dengan geng yang lain kena menapak nak cari bas lain. Dah laa time tu kitorang still baru lagi kat KL. Tak tau selok belok KL lagi... Ecewahh... Bangang betul pemandu bas tu dan jugak polis tu.. menyusahkan orang sungguh... Kitorang sampai kat hostel memang lewat giler disebabkan kejadian mangkuk hayun tu. Nasib baik kitorang takde kena soal siasat dengan pak guard..

ok2.. stop kat sini.. kalau nak cerita lagi kenangan tu.. memang tak boleh abih.. sampai esok korang baca entry I kan.. hahaha.. Owhhh... lari dari tujuan asal I nak cerita hari ni.. ~hahaha..
Sebenarnya I jumpa TJ semalam sebab nak tuntut hadiah wedding.. hihi.. dah tujuh bulan kawen pun still dapat hadiah kawen lagi kan..  I likeeee..  :)


Ini laa hadiahnyee.. bestt. IKEA voucher card.. Alaa macam kat pra bayar tambah nilai touch & go. So nilai RM dalam card ni kita boleh guna bila-bila masa. Kalau amount dalam card ni dah berkurang kita boleh top-up bila-bila masa. So sekarang kalau tak silap jumlah RM dalam card ni RM100.. So I boleh beli barang IKEA pada jumlah harga seratus.. Seronok kannn.. So I tengah buat list ni barang ape yang nak dibeli untuk cukupkan seratus.. Heee seronott... I suka juga barang hiasan dari IKEA ni.. Ingat nak pergi petang ni tapi macam ala-ala tak sempat kot sebab I belum masak lagi. Pastu petang nak amik husband dari kerja. Biasalaa laki I kan ngade-ngade sikit.. hehehe..

Haaa.. ni laa TJ. Kitorang jumpa kat bawah rumah adik si TJ ni kat Batu 3 Shah Alam. Kebetulan dekat dengan rumah I kan.. so semalam lepas Mr. Sallehudin balik kerja.. I ajak dia teman I jumpa TJ jap...

Owwhh.. Actually hadiah card IKEA tu hadiah dari TJ, Julia, Penol, Mc Dee and Ida.. Kitorang ni walau jumpa pun setahun sekali, tapi still keep in touch yerr...

Ni gambo kitorang masa muda trang tang tang.. hehe.. sekarang sumer dah kawen kecuali TJ. Dari kiri tu Yan dah ada anak tiga, Penol dah ada anak dua, TJ, Mimi cute blom ade anak, Julia blom ade anak gaks.. hehe...

Okey lahh.. tu ajee nak citer.. hihi.. byeee..

Monday, November 19, 2012

Bosan

Hai.. and morning..
Pagi yang mendung, redup dan sejuk. Ingat nak exercise 'walk'ging keliling taman rumah ni.. tapi agak lazy. Dah dekat dua minggu tak 'walk'ging. Rasa macam berat sedikit naik akibat makan nasi terlalu banyak kebelakangan ni.. :) sekarang pun tengah makan bihun campur kuew tiaw goreng sambil nonton drama korea. ~hee~

Ade jugak tu yang pepagi lagi dah beratur kat Mc Donald kan.. nak breakfast free burgerEgg McMuffin. I rasa macam nak pergi aje pagi tadi. Tapi pikir-pikir mensti kene beratur panjang kan.. Aduss.. tapi bila tengok kat instagram ade following yang dah dapat.. aisshhh nyesal pulak tak pergi beratur. ~hee~


Tapi tak pe.. Dominos Pizza pun akan ada jugak makan-makan free ni.. tapi tak laa free sangat ada jugak terms & conditionnya... Tapi I dah bitau kat Mr. Sallehudin yang I nak pergi Dominos Pizza hari yang diorang wat offer ni nanti. Tapi.. dia pulak ajak makan kat Pizza Hut. Haisshh...

Hmmm.. tiba-tiba blur nak type apa lagi nih.. Oklah..no mood nak menaip, ayat pun tunggang langgan and macam bosan aje uolls nak bacakan. Errmm.. I terfikir something dan tengah fikir cane nak settle bende nih..

Adios.. byee..