Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Thursday, November 8, 2012

Sungai Congkak Lagi....

Hai semuaaa...

I tengah bersiap-siap nak keluar pergi Giant ni sambil tengok drama Korea dan sambil update blog...haaa..gituuu...

Last week I pergi picnic lagi dekat Sungai Congkak. Kali ni I pergi dengan famili in laws pulak. Diorang nak bawak bapak mertua I pergi jalan-jalan. Actually bapak mertua I nak pergi pantai katanya.. tapi kan sekarang ni musim hujan. So, planning pergi pantai next time. Mr. Sallehudin cadang pergi Sungai Congkak je.. lagipun kat situ senang sikit nak turun masuk air.. hehehe..


Ni semua adik beradik Mr. Sallehudin. Yang join picnic hari tu semua sekali lah termasuk sorang lagi kakak ipar I yang tengah mengandung tu..


 Adik ipar I masak nasi lemak. Kak ipar sponser nugget dengan wedges. I pulak sponser red velvet. Ahaa.. ok laa kan..


Disebabkan hari yang kitorang pergi hari Ahad dan memang musim hujan, so tak ramai sangat laa yang datang picnic hari tu. Tengah kitorang mandi tu tetibe pulak hujan lebat. Tapi ok laa.. enjoy jugak.


Taraaaa.. ni laa hubby I merangkap budak bacin I... entah apa pose laa yang dia buat dalam gambo ni..
Tapi lepas balik dari picnic terus dia demam dapat mc dua hari pulak tu...

Wednesday, November 7, 2012

Weds Review: Hand Bouquet

Salam....
I ni pengantin DIY. Jadi untuk semua hand bouquet yang I pakai masa majl;is kahwin aritu semuanya dibuat oleh hasil tangan I sendiri. Walaupun senget benget tapi puas hati sebab buat sendiri.  :p

Untuk han\d bouquet semasa majlis resepsi, I menggunakan cebisan kain warna biru dan grey. Reben biru, button warna merah, kain net dan reben putih. Jenuh jugak tengok tutorial nak jahit bunga ni. I lupa pulak ape nama bunga hasil jahit macam ni. ~huuhu~ I jahit 10 kuntum bunga kemudian cantumkan dan gubah elok-elok semua bunga ni.


Untuk dua orang flower girl pun I jahit bentuk bunga yang sama. Cuma I guna kain kaler biru dan merah. Disebabkan flower girl I budak-budak yang comel, makanya bunga mereka I susun 4 kuntum bunga saja. 


 Untuk majlis akad nikah, I guna artificial flower saja. Kombinasi warna kuning dan purple dan diikat reben warna purple juga. I rasa bunga ni sangat owesome. hahaha...
 

Tengok.. cantik tak?  :)
Tapi lepas guna, bunga ni I bukakan ikatan reben pastu I recycle untuk jadikan bunga certerpiece di meja tetamu bawah khemah. hehehee..
 

Kesimpulannya.. kalau nak suruh I jahit lagi sekali hand bouquet macam majlis resepsi tu.. I memang serender.. Nak muntah I menjahit.. heheheee...  :)

Tuesday, November 6, 2012

Weds Review: Outdoor Photoshoot

Hai..
After seven months baru nak cerita pasal outdoor fotoshoots.. ~huu~
Outdoor fotoshoots diadakan selepas majlis akad nikah. Lokasi photoshoots kat tali air Bagan Serai dan bekas tapak rumah nenek I kat Parit Gabis, Bagan Serai.









Seronok ber'photoshoots' nie. Tambah lagi I yang suka berposing depan camera. Cita-cita memang konon nak jadi model pakaian muslimah. Chewahh..  :P

Hanya pakaian akad nikah aje yang sempat adakan photoshoot. Untuk pakaian biru majlis resepsi I tak sempat nak buat outdoor photosoots sebab time tu memang sibuk giler. Masa lepas majlis resepsi, pukul 5pm I terus tukar dari baju pengantin ke baju biasa. Lepas tu sibuk nak agihkan lauk pengantin. Sebabnya, tak ada orang membantu. Sedara mara lepas makan terus balik. Seolah-olah datang makan kenduri majlis kawan-kawan dan bukan datang majlis kenduri kahwin sedara mara. Pengantin lain lepas majlis seronok giler pergi shoot sana sini.. tepi tasik laa.. tepi sungai laa tapi I 'takde maknanyerrrr'. Tapi nasib baik laa ada sikit shoot lepas majlis nikah. Walau apa pun I tetap ralat takde outdoor shoot masa pakai baju resepsi. I tempah mahal ok baju biru tu.. ~huuu~

Ada jugak cadang nak buat outdoor shoot sekali lagi, pakai baju biru resepsi tu lagi skali. Tapi masa tak mengizinkan. Maybe I nak cari offer kat groupon.com. Manalaa tau kot ada offer murah.  :)

Monday, November 5, 2012

Menang Contest Pertama

Haaaa...
Kan I dah cakap.. kalau kite confident mesti dapat punye. Baru tadi I up entry I gila masuk contest sekarang. Pastu tetibe tadi I dapat coll dari Murai.com.  I menang contest minum petang bersama Shila Amzah esok kat Bangsar anjuran bersama Safi Balqis. Seronok gilerrr.. Bukannye I sonok sebab dapat minum petang dengan Shila Amzah tapi at least I ada luck juga kalau masuk peraduan ni.. ~huhuhu~

Tapi apakan daya... kan I dah mention entry pukul 2pm tadi.. kalau ade event yang melibatkan artis jangan harap I dapat join. ~huhuhu~ 

Actually, I submit contest tu before mr. Sallehudin tau hobi terbaru I tu.. Dah lepas I submit baru I bitau dia. ~hohoho~ Tapi disebabkan red light dari dia.. So, I terpaksa tolak.  :(

I pun bukannye suka sangat nak minum dengan artis pun tapi sebenarnya nak rasa experience join event Safi Balqis. Keciwak.. keciwakkk.. Nak dapat goodies bag dari Safi Balqis.

P/S: Suami cakap, drpd minum petang dengan Shila Amzah lebih baik minum petang bersama suami.... yer lahhhhhhhh.....

Saya Ada Hobi Baru

Salam Isnin. Selamat memulakan minggu baru juga dan selamat bekerja. 
Owhh tak lupa juga kepada budak-budak yang hari ni dah start SPM.. selamat menjawab dan jangan bawak toyol. Hohoho.. adik I laa yang amik SPM tu..

Budak yg pakai t-shirt hijau tu laa adik I yang amik SPM arini.. ~hohoho~

Well... I nak cerita sikit, semenjak dua menjak ni uolls yang selalu baca blog I perasan tak yang I selalu masuk giveaway anjauran blog-blog lain. ~hahaha~
Tetibe aje I ada hobi baru, suka masuk contest sana sini. Tak tau laa macam mane boleh jadi macam tu.. ~hahaha~ Kebelakangan ni I selalu baca blog yang suka masuk contest, pastu diorang cerita menang hadiah itu laa hadiah ini laa.. I pun jadi teruja gilerr.. Tengok hadiah yang diorang dapat pun best. Ada I baca tu pernah penang hadiah RM10k laa, percutian pergi Vietnam laa, dapat Ipad laa, hamper barangan nilai ribu riban laa... pergghh.. best kan.. sape yang tak suka dapat barang free kan. Dah laa free jimat kan duit lagi. Contohnya.. dapat hadiah penginapan 3D2N kat Hard Rock Hotel Penang.. (hahaha..ni contoh jerr) tak ke best namanya?? Kalau kita sendiri nak pergi tido kat hotel tu guna guit sendiri.. hmmm jawabnyaaa "takde maknanyee"

So.. I pun dengan bersemangat waja cuba jugak masuk beberapa contest online dan jugak giveaway blog. Tapi setakat ni tak de yang menang lagi. Alaaaa.. I baru aje start gile contest minggu lepas. Sebelum ni setakat join giveaway kat blog aje. Mintak-mintak laa lepas ni ada rezeki. Sape yang masuk contest tak nak menang kan.. Ehhh.. I penah join simple contest yang menang tiket wayang. Tapi setiap kali menang, mesti tak dapat nak pergi tengok sebabnya date tu mesti clash dengan kerja Mr. Sallehudin. Tension tau.  :p

Tapi, I akan pilih contest juga. Kalau hadiah contest tu menang kereta ke.. rumah ke.. voucher makan ke.. gadget ke.. duit ke.. I join. Tapi kalau hadiah yang melibatkan artis contohnya dinner dengan artis ke.. hi-tea dengan artis ke.. I tak join. Bukannye ape.. Mr Sallehudin dah bagi syarat..kalau nak masuk contest boleh tapi hadiah yang melibatkan artis dia tak suka. Sebab katanya seolah-olah macam kita ni dah jadi fanatik artis sangat. Lagipun artis ni pun bukannya betul sangat. Husss.. Itu kata dia laa.. so.. I akan masuk semua contest kecuali kalau ada artis involve I tak akan join lah jawabnyerr..

Alaaa.. I pun newbie lagi. Skill nak jawab slogan pun tak tau macam mana supaya slogan tu power. Hahahaa.. Contest yang nak kena ada bukti pembelian tu remeh sikit. Tapi..so far barang yang nak kena beli tu tak laa mahal sangat. Makanan dan minuman harian I jugak..  :)



Semua peraduan yang I dah submit, I tulis note dalam tab yang Mr. Sallehudin belikan untuk I.. Owhh.. dalam list tu I ada tulis 'Contest Awi Rafael' kan.. sebenarnya hadiah untuk contest tu dua tiket ke legoland. hihihi..

So lepas ni.. insyaallah I akan aktif contest sana sini. Soronok rupanya. Sebelum ni I tak tau.. Tapi kalau menang hadiah.. lagi double seronok. Yeeaahhaaaaa....

p/s: I dah dapat album kawen I.. Hoyeyy.. lepas ni boleh review  :)