Esok.. hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Akan bermulanya segala persiapan untuk menuju hari itu. Adat istiadat akan dipraktikkan. hihi...
Esok pertembungan dua keluarga. Perasaan adalah sangat gumbira tetapi agak nerveous. Saya nervous dan Mr Sallehudin pun nervous kot sebab ari ni dia demam.. hahaha..[sdg mengutuk dia ni..hihi]. Actually pertemuan antara kedua orang tua kami dan disertai oleh kami juga akan makan-makan tengah hari di D'Templer Restaurant, Taman Melati. Kami dengan muka tak malunya akan mendengar perbincangan yang akan berlangsung, iaitu tentang majlis tunang kami nanti..
Adat merisik akan berlangsung dalam suasana moden dan ala-ala koboi tetapi beradat. Cincin belah rotan akan disarungkan ke jari manis saya tidak lama lagi. Yeaahhh.. Dan Insyallah, jika diizinkanNya akan berlangsung pula majlis pertunangan sepurnama lagi.. Kali ni cincin diamond bertatahkan zamrud kot [ecehh] akan disarungkan ke jari manis saya.. hihi..
Dugaan di alam pertunangan memang besar. Sesiapa yang tidak sabar dan tidak tahan godaan boleh hancur ikatan pertunangan tu. Tetapi saya sentiasa berdoa moga perhubungan kami ini sentiasa dirahmatiNya dan kami sentiasa mendapat rezeki yang diberkati olehNya..
Setahun juga perjanjian ikatan pertunangan ini akan berlangsung. Moga-moga harapan & impian kami untuk hidup bersama dan menjaga antara satu sama lain termakbul. Insyaallah.. setelah banyak dugaan yang dihadapi sebelum kami bertemu dan dengan sifat kesabaran yang ada.. hari ini kami bahagia dengan doa restu dari ibu bapa kami. Amin...
Wong Seng Kitchen, Taman Desa
3 days ago
No comments:
Post a Comment