Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday, August 14, 2016

Kami

Hai...

gambar terbaru kami masa Aidilfitri baru-baru ni.. Mr and Mrs Sallehudin

Kalau nak ikutkan emapat tahun lepas kami berkahwin, berat badan we all bagai di pam pam.. kalau tak percaya..boleh scroll gambar kawen kitorang dulu.. ~ehe~

After 4 years.. masih lagi berdua tapi kitorang nampak macam kurus sikit tak? ahaha


Saya mendapat kesedaran awal untuk menurunkan berat badan setelah mendapat tahu berat saya pernah mencecah 60kg dalam 3 tahun lepas. Meroyan kejap. Gigih menurunkan berat badan dengan jaga pemakanan, especially saya stop terus minum air sejuk & manis. Saya cuma minum air kosong saja. Walaupun berat saya turun lambat. Dalam tempoh setahun saya dapat turunkan 10kg. Bagi saya tu proses yang agak lambat. Tapi mujur turun. Dan paling bagus saya pernah cecah 48kg. Tapi sekarang saya akan maintain dalam 50 to 52kg saja..


Sallehudin pula baru mendapat kesedaran menurunkan berat badan dalam dua tahun lepas. Berjaya jugak laa turun dalam 20kg kot kalau tak silap dalam tempoh dua tahun ni. Tapi pemakanan beliau lagi teruk. Hari-hari makan sup sayur. Saya sampai nak muntah hari-hari masak sup sayur untuk beliau.. hahaha.. nasi cuma makan dua minggu atau seminggu sekali.

Sekarang ni katanya dia mahu turunkan lagi 10kg.. Elehh..  ~ehe~

Friday, August 12, 2016

One And Only.. Sweetheartstories

Hello... (schedule post lagi)  ;p

Ok.. hari tu saya ada cakap yang saya nak tumpukan perhatian pada perniagaan cake kan.. Selain menerima tempahan cake secara online, saya juga membuat pop-up booth. Ini salah satu cara untuk memperkenalkan dan mempromosikan lagi perniagaan cake saya di bawah nama Sweetheartstories.

Pop-up booth Sweetheartstories selalu berada di Ibu Pejabat LHDN, Cyberjaya dan kadang-kadang di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. Kat situ lah yang saya rasakan agak sesuai kerana booth di dalam lobi berhadapan cafe. Jadi tak lah terlalu panas. Saya pernah juga pop-up booth di kementerian lain sekitar Putrajaya. Tapi lokasinya memang tidak langsung bersesuaian untuk bisness cake macam saya. Tempatnya di coridor saja yang terus menerus terkena sinaran matahari. Habis cake cair hokeyyy!!

 Suasana pop-up booth di TNB Dua Sentral, KL. Tapi tempat tu dah tutup & tak boleh berniaga lagi.. :(

Selama beberapa tahun ini, alhamdulilah saya telah mempelbagaikan pilihan cake. Ada rainbow cake, nutella chocolate cake, banana walnut cake, pecan butterscotch cake bla..bla..bla... nak tengok hasil cake saya boleh tengok instagram ye.. insta: sweetheartstories   (promote lagi nih)


Actually, bukan senang nak buka pop-up booth ni sebabnya travel dengan membawa sepuluh jenis cake & dessert dalam kereta memang sangat mencabar minda dan menguji kepakaran pemanduan kita.. ahaha.. Yerlaa.. kalau drive kereta laju..tetiba break mengejut..memang ada potensi kotak cake yang dibawa menggelungsur ke depan. Semua cake saya letak di seat kereta bahagian belakang. Saya memang tidak letak dalam bonet kereta sebab tidak yakin tahap suhu di dalam bonet. haha.. Maklumlah selepas semua cake keluar dari chiller dan transfer masuk ke dalam kereta, saya mahukan keaadaan cake masih lagi bersuhu sejuk apabila sampai di pop-up booth.

Pernah dua minggu lepas, saya membawa 12 jenis cake, dan melalui jalan short-cut masuk ke Cyberjaya. Memang jalan di situ agak berliku. Entah macam mana tiba-tiba kotak cake jatuh dari kedudukan yang saya yakin selamat. ahaha..tapi sebenarnya macam tak selamat rupanya.. :p  miracle dan alhamdulilah..cake dalam kotak terjatuh tapi tak mengalami sebarang kecacatan.. phewww.. so boleh bawak jual lagi tu.. hehe..


Impian saya satu hari nanti nak buka sebuah kedai kek. Saya bermula dengan berniaga cupcakes secara kecil-kecilan dari tahun 2008. (kalau tak silap) Tapi sampai sekarang saya masih belum dapat membuka sebuah kedai cake. Bila saya tengok bakers yang lain...diorang start jual kek 2012 contohnya..tapi 2016 diorang dah ada sebuah kedai cake. wahh.. cemburu saya tauu..

Insyaallah.. harap satu hari nanti saya akan ada sebuah kedai menjual pelbagai jenis cake & dessert yang berkonsepkan 'kedai kek & cafe' 

Wednesday, August 10, 2016

Sekarang

hai...

rajin pula saya blog kan.. haha.. sebenarnya saya di kampung sekarang. Ehh..bukan sekarang. semalam. Sekarang dah di Shah Alam. Saya buat schedule entry jer ni..

Sebenarnya, saya lebih suka menaip blog menggunakan laptop. Sebab rasa lebih kepuasan bila menaip dan nampak screen lebiih besar. Kalau guna hanfon rasa pening la. Haha.. Di rumah memang ada je laptop tapi yang macam tak berapa nak canggih sangat laa..so saya pon macam malas nak bukak laptop tu. hehe.. Di kampung, saya pinjam laptop abah saya. Tapi abah bukan selalu sangat guna pon laptop dia.. ~ehe~

Dah lama tak blogging..tak tau laa ada ke tak orang yang baca blog ni?  :)

Selepas kahwin tahun 2012 dulu.. saya memang nekad nak berhenti kerja. Yer..sehingga sekarang memang saya tak bekerja makan gaji di mana-mana pejabat kerajaan atau swasta. Jadinya.. saya mencari duit sampingan untuk diri sendiri dengan mengambil tempahan cake. Alhamdulilah.. sekarang perniagaan cake bertambah maju. 

Oh ye.. selain menerima tempahan cake, saya juga pernah berniaga membuka booth di kompleks kerajaan Putrajaya menjual aksesori wanita. :)  Untuk peniaga diluar sana..kalau baca entri ini jangan tanya saya bagaimana nak masuk berniaga di Putrajaya. Sememangnya bukan senang nak masuk ke sana sebab sekarang ini terlalu ramai peniaga. Macam-macam yang dijualnya. Ada tudung, baju wanita, baju budak, keronsang..bla bla bla... 

Setahun juga laa saya menjadi meniaga tegar di Putrajaya menjual aksesori wanita. Tapi sekarang lepas raya hari tu.. saya dah stop berniaga aksesori, sebab saya nak tumpukan perhatian berniaga dan mengambil tempahan cake saja. 


Ehh.. selit gambar sendiri.  :)

Apa saya buat kalau tak berniaga atau baking? Saya duduk dirumah..tapi jangan kata orang macam saya boleh relax banyak. no wayy.. di rumah macam-macam kerja yang perlu saya settle. Kemas rumah laa.. mop lantai la.. basuh baju laa..memasak laa.. ahaha..tapi memasak bukan menu yang berat-berat pon sebab Sallehudin sekarang dalam proses penurunan berat badan.. So masak simple-simple aje especially sup sayur.. 

Saya pon baru berjinak-jinak nak tanam bunga depan rumah  :p
Tapi saya lebih suka nak tanam pokok yang boleh mendatangkan hasil. Contohnya macam pokok pandan ke..pokok cili, pokok kari, ulam-ulaman. Tapi hari tu saya ada membela pokok cili beli di Cameron Highlands. Tak sampai sebulan setengah pokok cili tu mati.. ahaha.. Tapi nanti nak mencari dan mempelajari nak tanam ulam ulaman. Sebab saya suka makan ulam.

Adioss duluu..

Tuesday, August 9, 2016

Happy Birthday

Hari nie 9 Ogos 2016.. 

Happy birthday to you... happy birthday to youuu... Happy birthday Mohd Sallehudin.

So dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau..semoga panjang umur, sihat selalu dan dimurahkan rezeki. 

Beliau di dalam gambar memang muka macam ala-ala poyo sikit..hehe.. sebab beliau tak fotogenik.



Hari ni juga berkongsi tarikg lahir dengan adik lelaki saya yang paling gemuk.. hahaha.. (dalam gambar yang pegang payung tu..)


Happy Birthday both of you...

Monday, August 8, 2016

After Two Years

Assalamualaikum.. 

phewww.. lama sangat tak berblogging. Last sekali 2014. Almost 2 years tinggalkan dunia blogging yang dulu memang sangat-sangat saya suka. Pantang waktu terluang.. mesti nak membaca blog.

And after 2 years i come back..dan tengok blog ni yang lama ditinggalkan..rasa hati macam nak sambung semula menulis. Tapi.. otak rasa tepu..haha.. 

Blog ni dulu terhasil sebab nak mengabadikan segala kenangan semasa membuat persiapan perkahwinan. Perkahwinan impian katanya. Everything kalau boleh nak DIY. Dari kad jemputan sehinggalah ke pelamin. Woww..dah empat tahun kahwin rupanya.. hehe.. how time fly so fast..ececehh.. :p

Motif utama kenapa saya tinggalkan dunia blog?
Entahlah.. rasa macam dulu pernah edit-edit somthing kat blog ni. Tapi tetibe side bar untuk klik log-in hilang.. haha.. tak pasti macam mana boleh hilang, adjust sana adjust sini..tetiba hilang. And after 2 years sidebar tu masih tak ada.. kahkahkah.. so macam mana I log-in? jeng jeng jeng.. I type url blog mrandmrssallehudin.blogspot.com kemudian I klik mana-mana link blog yang I save di tepi blog. Contohnya abs.blogspot.com.my.. dan disitu I akan dapat lihat side bar yang ada button klik log-in. Makanya dari situlah I log-in masuk.. ahaha.. Faham ke penulisan I ni.. hehe.. takpe lah kalau tak paham tak pe..tak penting pun. ~ehe~

Masih berfikir.. sama ada nak teruskan menulis blog menggunakan blog yang sedia ada atau create blog baru? Sebab ape? sebab I tak suka laa blog I tak ada side bar seperti yang diceritakan diatas.. rasa macam blog tak lengkap dan cacat.

Macam mana yaa...