Salam..
Selamat pagi Isnin dan selamat bekerja.. ~ehe~
Okey.. I nak cerita sikit pasal I ni.. Minggu lepas I ke klinik kononnya nak buat ultrasound dan pregnancy test. sebabnya perut I ni nampak kembung macam ala-ala orang pregnant dicampur pulak dengan I ala-ala demam. Alhamdulilah doktor yang check I tu baik sangat dan dia explain sungguh-sungguh apa yang dah jadi kat I.
After ultrasound dan ujian air kencing doktor cakap yang I tak pregnant. Its okey.....
Then, doktor check ketinggian, berat badan dan BMI. memang berat badan I sekarang 57.5kg. Pengiraan BMI mendapati I overweight. ~hohoho~ Doktor nasihatkan supaya I menurunkan berat badan menjadi paling afdal antar 50-51kg... Dan I beritahu kat doktor yang period I memang selalu datang tak menentu..
Dan.. berdasarkan simptom yang I alami sekarang kemungkinan besar I mengalami PCOS. What is PCOS?
Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
- Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
- Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
- Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
- Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
- Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
- PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
- Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
- Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
- Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
- Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
- Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
- Polycystic Ovari
- Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
- PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
- PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
- Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
Setakat ni I dengan Mr. Sallehudin belum buat apa-apa rawatan. Cuma sekarang I menjalani program diet saja. Minggu nie sudah masuk minggu kedua I berdiet. Tapi belum timbang berat badan selepas seminggu berdiet.. Nanti lah timbang.. Tapi semalam I pakai seluar jeans rasa macam longgar skit.. ~ehemm..~
Ok.. itu saja I nak introduce tentang PCOS.. Doakan semoga kesihatan saya sentiasa baik.. amin..
i pernah mengalami masalah lebih kurang PCOsmacam PCOS...then my doc advice me n husben try makan supplement dari brand Himalaya for me shatavari dan husben speman...ALhamdulillah 1 bulan makan positif hamil..kuasa Allah swt
ReplyDeletewuu~ semuanya kuasa Allah kan.. takpe, berusaha lagi :)
ReplyDelete