Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Wednesday, August 28, 2013

Surprise Birthday Party For Mr. Sallehudin

Salam..

Untuk pengetahuan semua.. birthday Mr. Sallehudin dan adik lelaki I jatuh pada tarikh yang sama iaitu 9 Ogos.. I dengan adik ipar dah planning dari awal nak buat surprise.  I cuma sediakan kek kecil dan decor bentuk ketupat. 

Sebelum pukul 12 tengah malam, I dah standby kek dan bagi tau dua orang adik I lagi supaya jangan tidur awal sebab pukul 12 tgh malam kita ada surprise party.


Kebetulan.. dua orang birthday boy ni dah terlelap sejak pukul 9 malam.. Maka lagi senang lah tugas I.
Lagi 5 minit pukul 12, I kejutkan mr. Sallehudin. I bitau kat dia yang I lapar.boleh tak tolong temankan I makan kat dapur. hihihi.. maka Mr. Sallehudin pun tanpa banyak soal mengikut kehendak I.. hehe.. planning hampir berjaya. 


Keluar je pintu bilik.. adik-adik I yang lagi dua orang tu terus jerit 'happyyyy birthdayyyyy!!
Adik lelaki I yang sorang lagi yang celebrate birthday tu juga terpinga-pinga.. hahaha...


Lihatlah muka mereka yang sangat blur.. Almaklumlah baru bangun tidur... lepas tu kene tiup lilin dan potong kek pulak. I sememangnya penat dan mengantuk malam tu maklumlah siang harinya beraya 10 buah rumah kan.. Tapi disebabkan nak buat surprise, I tahankan mata ni..  :)


Setel aje surprise party.. I orang pertama masuk bilik dan tidur.. hahhahaa..

Sunday, August 25, 2013

2 Syawal 1434

Raya kedua.. 

Pepagi lagi I dah pergi beraya ke rumah kawan sekolah I.. seriesss hampir 14 tahun kami tak jumpa. Dia dah ada empat anak. I..? belum beranak lagi.. ~haha~


Raya kedua, mr.sallehudin pakai baju melayu kaler merah. Katanya kali ni memang pecah rekod sebab selalunya sebelum ni baju melayu cuma hari raya pagi aje yang dia pakai.. Tapi tahun ni raya kedua pon pakai jugak baju melayu. Sebab hari tu I ada bebel sikitttt kat dia.. baju melayu yang dia beli mahal RM180 tapi pakai sekali setahun.. hehe.. so untuk mengelakkan pembaziran berlaku maka raya kedua pun masih berbaju melayu.. hehe..


Kami di hari raya kedua. Yeahh.. beg furla ialah idaman saya. Akhirnya dapat juga memiliki beg furla.. horeyyy...


byeee...

Friday, August 23, 2013

1 Syawal 1434 : episod 2

Sebelah petang selepas zuhur.. kami sekeluarga beraya ke rumah saudara mara abah yang kebanyakkan tinggal di Bukit Merah, Semanggol. Makan lagi kita.... yeayyy..


Disini pon kami dihidangkan dengan pelbagai menu. Ada Laksa, soto, mee kari. Hebatkan beraya di sini. haha.. Mr. Sallehudin mempunyai perasaan hairan bila melihat menu hari raya yang dihidangkan di utara ni. Katanya..kalau di Melaka dia cuma makan ketupat, nasi impit, rendang itik, rendang ayam dan sebagainya. Tapi bila beraya di Perak dia terpaksa makan menu-menu berat..kikiki..


Sampai mengah-mengah kami makan. Tapi seronok.. ~hihi~


Walaupun kenyang dan mengah tapi I happy.. hihi...


Selesai sudah raya pertama kami.. Malam balik rehat dan tidur sebab esok raya kedua ada lagi beberapa buah rumah.. 

Adios..

Thursday, August 22, 2013

1 Syawal 1434 : episod 1

Salam semuaa...

wahhh..slownyerr I update blog. 
Sekarang nak cerita pasal raya. Bulan Syawal dah nak habis tapi I baru nak cerita pasal raya..hihihi..

Tahun ni kami full house. Tema warna keluarga ialah mustard. Rasanya ini pertama kali kami sekeluarga mengenakan pakaian raya mengikut tema warna. Tahun sebelumnya tema warna adalah carca marba.. haha..

Selepas sembahyang raya, family photos diadakah. Bukan senang nak set satu family bergambar ni. Macam-macam perangai. Ada yang nak betul samping laa songkok laa tudung laa.. ~hihi~
Tengok gambar bawah ni.. macam-macam kerenah kan..


Akhirnya dapat juga potret keluarga yang cantik. Selepas bergambar sessi bersalaman dan bermaafan. Owhh.. abah I dah tak bagi duit raya kat I.. sedisnyaaaa.. ~kikiki~ Tapi nasib baik sang suami sudi beri duit raya jugak.. ~happy~


Terima kasih kepada sang suami kerana sudi bagi duit raya dan teman I pergi shopping baju raya selama 9 jam tanpa henti.. :) Syabass suamiku..


Selalunya rumah mama & abah adalah rumah pertama yang akan dikunjungi oleh jiran tetangga. Memang meriah dan padat dalam rumah  :)


Hidangan hari raya memang macam-macam ada. Menu modern tu I yang akan sediakan. Ombre kek, macarons, cupcakes, cheese tart dan choc cereal. Biskut dan kerepek tu ada yang mama buat sendiri, ada yang tempah dan ada juga yang menantu perempuan beliau bawa dari KL.. hehe...


Selepas semua jiran tetangga pulang, giliran kami sekeluarga pula yang membalas kunjungan diorang. Lima buah rumah untuk sessi pagi. Ada yang buat laksa, mee rebus, soto dan macam-macam lagi. Kalau tengok cara I makan adalah sangat menakutkan. ~hihi~


Dah setel lima buah rumah... rehat sekejap sementara menunggu Zuhur... 

Cerita raya bersambung episod kedua  :)

Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan 27, 28 dan 29

27 Ramadhan 

On the way pulang ke kampung... 'oOoooOoo balik kampunggGgg..hati giranggg'
Berbuka puasa di restoran 'Tu Dia Pak Tam' di RnR Tapah. 
:: Nasi beriani
:: Kari Sotong

28 Ramadhan


tahun ni keluarga I bertambah lagi dua orang. Jadi dulu kami sekeluarga berbuka puasa atas meja tapi memandangkan tahun ni bilangan ahli keluarga telah bertambah, jadi bentang tikar lapik kain ..kami berbuka sambil bersila..  :)

Menu:
:: Sup Tulang
:: Murtabak
:: Tepung pelita
:: agar-agar
:: Gulai Udang

29 Ramadhan

:: Sup Tulang
:: Rendang ayam pencen
:: Gulai daging
;; Ketupat 
:: Nasi impit



Sunday, August 4, 2013

Ramadhan 1434: Day 23, Day 24, Day 25, Day 26

Di penghujung Ramadhan ni bila ke bazar Ramadhan rasa sunyi je. Penjual pun dah tak ramai.. 

Day 23
:: char kuew tiau
:: samosa
:: mee goreng
:: teh O suam

Day 24
:: murtabak maggi
:: cucur goreng cempedak
:: kuew tiau goreng

Day 25 
:: Dominos pizza

Day 26
:: Nasi ayam
:: Air bandung soda


Gambar tak ada sebab all the picture from my hanfon dah habis terrr'delete'..  :(