Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 1434H : Day 22

Wahhh...
So eksited sebab hari ni berbuka puasa di MIG Production. Actually I sponser for chocolate fountain untuk majlis berbuka puasa. Sebenarnya majlis ni hanya untuk staff dan beberapa orang tetamu saja..


Untuk 
dessert buffet, I sediakan chocolate fountain, red valvet cake & rainbow cake. Alhamdulilah, semua suka dengan menu yang I seduakan.


Mr. David Teo and her wife juga sangat sporting dan friendly. Kami semua duduk bersila untuk berbuka puasa beramai-ramai. diorang pon slumber jugak join duduk bersila.


Yang paling best sekali... David Teo ni bagi duit raya to semua yang hadir. Mula-mula me and husband target dalam sampul tu ada RM10. Actually tak kesah pun berapa RM. Sampai rumah baru kami check sampul tu. Terkejut badak hokeyyy.. Dalam sampul ada rm50. Walawehhh!!  

Patutlah company dia sentiasa keluar filem baru dan bisness dia makin maju sebab dia share hasil kejayaan dia dengan orang lain. Bak kata orang 'murah rezeki dia' bukan macam ada satu company tu...boss melayu, hasil pendapatan juta-juta...jangan katakan bonus..duit raya pun tak ada untuk staf sendiri.Dah laa staff kerja keras. Asyik balik lewat memanjangggg... Sekurangnya hargai lah sikit tenaga kerja staf, ini makan dia anak beranak je. Tetiap tahun bercuti pergi Bali. huhh!!

Ok.. Menu ramadhan 22

:: nasi putih + tomyam ayam + bawal goreng cili
:: lontong
:: mee goreng + kuewtiau goreng
:: kuih muih
:: nasi impit + rendang daging

Tuesday, July 30, 2013

RRamadhan 1434H : Day 20 & 21

Ramadhan 20

Hari Isnin I busy sangat buat kek / cupcakes. Alhamdulilah dengan rezeki yang ALLAH bagi. Walaupun pada mulanya bercadang bulan ramadhan ni nak rehat dari mem'baking' dan jual kueh raya. Tapi customer tahun lepas coll kata nak order biskut raya. So, I terima jugaklah order diorang. Ada jugak yang order birthday kek dua 2 tier untuk minggu ni.. Boleh lah pergi buat facial nanti.. Yeayy.. So, mr. Sallehudin sajalah uang ke bazar ramadhan.

:: Kuew tiau goreng
:: Samosa Daging
:: teh o suam

Ramadhan 21

Hari Selasa mood I nak pergi bazar ramadhan Stadium Shah Alam. Sampai je kat bazar I agak terkejut. Sebabnya rasa macam sunyi je kat situ. Peniaga pun ada yang dah tak berniaga sebab ada beberapa ruang kosong. Mungkin dah 10 ramadhan terakhir ni peniaga juga nak melakukan amal ibadat. Mr. Sallehudin seronok giler sebab akhirnya dapat juga makan nasi ambang. Dari awal ramadhan mengidam tu..


I pulak tetibe teringin nak makan laksam. Tapi laksam tu tak berapa nak sedap. :(


Menu Ramadhan 21
:: Nasi ambeng
:: Laksam
:: Murtabak maggi
:: Samosa ayam dan daging
:: Teh O Suam




Ok.. i nak tunjuk shawl yang I jahit sendiri.. :) yeayy.. upload gambar ni kat facebook ade pulak yang bertanya "jual ke? Kalau jual sy nak beli..." Hehe... Tidak!! Tak jual ye pakai sendiri je.. Insyallah, bila I dah improve kan hasil jahitan I barulah boleh jual kan.. :p

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 1434H : Day 18 & Day 19

Hai....

Sabtu dan Ahad ni memang mood berbuka puasa dengan fast food. Hari Sabtu we all berbuka di KFC Subang 2. Ramai betul orang yang nak berbuka disitu. We all sampai pukul 7pm. Mr. Sallehudin yang beratur di kaunter. I pulak duduk dan lepak-lepak..hehe..

Ramadhan 18
Zinger burger
Nasi with ayam KFC

Tengok tu...ramaukan orang beratur di kaunter. Termasuklah my husband. Hehe...


Ramadhan 19
Hari Ahad pula mood makan McDonald pulak. Kali ni I try Samurai Chiken beger dan mr. Sallehudin makan double mc chiken. Kali ni kali 'drive thru saja dan makan dirumah sambilmenonton tv  :p

Friday, July 26, 2013

Ramadhqn 1434: Buffet Ramadhan Nailis, Sentul

Salam Ramadhan hari yang ke 17. Cepat betul masa berlalukan. 

Alhamdulilah hari ni ada rezeki makan sebab mr. Sallehudin bawak I ke buffet Ramadhan di Rumah Tamu Datin Halijah @ Nailis Sentul. Pertama kali untuk ramadhan tahun ni I berbuka puasa secara buffet. :) tenkiu to Mr.sallehudin.


BAgi mereka yang belum tahu, Nailis ialah sebuah restoran santai yang menawarkan masakan melayu dan western. Sebenarnya ini kali Ke dua I ke Nailis. Yerr..betul tak tipu.. :p Kalau tak silap Nailis mempunyai tiga cawangan iaitu di Sentul, Ampang dan Taman Tun dr.Ismail (ini sy x sure) tapi menurut mr. Sallehudin Nailis di Sentul adalah yang paling best, cool dan santai.



Di Nailis kita boleh memilih lokasi untuk menjamu selera. Kerana decoration disini sangat unik Dan mempunyai tema tertentu. Ada yang 'english theme', arabian, dan tradisional melayu. Kita boleh memilih sama ada mahu duduk di kerusi meja atau di pondok yang diaediakan secara duduk bersila. Ada juga pondok yang dibina diatas pokok. Wahhh tapi I belum pernah ada pengalaman lagi nak makan kat pondok atas pokok. Tapi nampak sangat seronaok dan santai. Insyallah, maybe kunjungan seterusnya I nak makan dalam pondok atas pokok.


Berbalik kepada buffet ramadhan... harga yang ditawarkan ialah RM45 per head. Tapi memang berbaloi dengan hidangan yang disediakan. Dari masakan melayu tradisional, rendang itik, kurma kambing, western food, kuih muih & manisan serta steamboat. Rasanya hampir 50 jenis menu. Ada antara menu yang diseduakan mempunyai rasa yang sedap dan enak tapi ada juga yang so-so aje. Kambing bakar golek antara yang menjadi rebutan. Ramai yang beratur di gerai kambing bakar. Sebelum masuk azan maghrib lagi kambing tu dah habis.

Kesimpulannya, tidak rugi jika berbuka puasa secara buffet disana. Sesiapa yang ingin mencuba boleh pergi esok!

Thursday, July 25, 2013

Ramadhan 1434H : Day 16

Hai semua...
Esok cuti Nuzul Quran.  Hari tu mr. Sallehudin planning nak pergi beli baju raya I eaok. Tapi lepas mr. Sallehudin balik dari kerja petang tadi terus ajak I pegi beli baju raya.. Yeayyy..
Lokasi pertama yang dituju ialah plaza alam sentral. Ramainyaaa orang berniaga kat Alam Sentral. Macam-macam jenis & design baju ada. Tapi design yang paling top sekarang ni peplum. Boleh katakan mereka yang jual pakaian wanita, 70% adalah design peplum. So.. i decide I tak nak beli peplum nanti hari raya semua boria..

Dari ground floor sampai naik level 3 masuk setiap butik sebab nak cari baju. FYI, I memang susah nak cari baju yang berkenan dihati.. Hehe.. Bila dah ada yang berkenan, recce harga pulak. Mana laa tau kot kat butik lain ade harga yang lebih murah.. :)

Dari Alam Sentral pergi ke SACC Mall. Kat SACC Mall pun banyak jugak baju yang cantik-cantik tapi harha agak mahal sikit berbanding Alam Sentral. Jangankan dalam bangunan, di sepanjang kaki lima pun ramai juga yang berniaga. 

We all berbuka puasa kat tepi tembok aje..hehe... 
Menu day 16:
:: roti john
:: vadai
:: samosa
:: air mangga
:: air tembikai susu

Vadai & samosa tu agak sedap. Rasa macam nak ajak mr. Sallehudin pegibbeli kagi samosa pakcik peniaga tu :)


We all beli juadah di Bazar Ramadhan PKNS. Ramai yang berniaga disini. Harga pun agak berpatutan. Cuma kawasan bazar tu agak sempit sikit kalau nak dibandingkan dengan pengunjung yang ramai.


Hampir 3 jam kami window shopping. HaHaha.. Mr.sallehudin dah tak larat jalan katanya. 
Kesian..sebab terpaksa teman bini nqk beli baju raya..ekekeke.. Akhirnya I beli selai baju design kaftan pendek. So kena beli kainnya sekali. Tapi I tak nak beli kain sebab I alan pakai baju ni dengan skirt mermaid :) 

Teeima kasih to mr. Sallehudin sebab sudi melayan bini you yang susah nak cari baju tpi comel.. Hahahaha...

Esok nak pergi cari FURLA dan kasut.. Hehw...

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan 1434H : Day 15

Salam semua...
Hari ni dah start dengar lagu raya kat radio. Iklan raya pun dah ada kat tv. Bagi mereka yang bekerja tu dah tentu mood nak bekerja takde kan... Ingat nak cuti dan balik kampung saja. Tapi for me tak payah nak fikir apply cuti pon sebab memang hari-hari cuti duk kat rumah :)


Hari ni bazar ramadhan yang dituju ialah  Bazar Ramadhan Saujana Utama. Rupanya setiap hari Rabu bazar ramadhan ni akan bersambung sekali dengan pasar malam. So panjang jugaklah perjalanan bersiar-siar melihat juadah berbuka puasa. Mr. Sallehudin dari hari tu nak mencari nasi ambeng. Tak ta pulak terjumpa. Dua kali ulang alik di bazar tu. Akhirnya...nasi ayam yang dibeli  hehe...


I pulak memandangkan tersedar dari mimpi yang setiap hari I terambil lebih kalori, so hari ni berbuka dengan bihun sup saja. :)


Menu Day 15:
:: bihun sup
:: nasi ayam
:: roti jala
:: 3 potong red valvet with lemon cream cheese

P/s: sana sini dah ada orang jual bunga api kan.. :p

B

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 1434H : Day 14

Hari ni dapat pergi ke bazar ramadhan seksyen 2, shah alam. Pembeli yang menjadi tumpuan disini kebanyakkan student UITM. 

Juadah yang dijual juga banyak pilihan. Ada roti john, nasi kerabu, lauk pauk, pasembor dan macam-macam lagi.

We all ada beli lauk untuk bersahur. Sambal petai dan tempoyak daun. Total harga untuk lauk RM7.


Menu berbuka Day 14
:: nasi kerabu
:: pasembor
:: donut
:: cucur cempedak
:: milo panas


Nasi kerabu untuk mr. Sallehudin berbuka puasa hari ini RM7. Tapi nasi yang dibungkus memang sangat banyak. Boleh dua orang makan rasanya..hehe..


Selepas 14 hari berpuasa..baru teringat yang I dah lama tak buka nota infor kalori ni. Actually nota ni I print dari kalory library. :) bila tengok balik baru perasan untuk satu hari total kalory sahur dan berbuka puasa dah terlebih aikit dari 1200 kalori... Ahaha... 

Satu biji donut mengandungi 290 kcal. Bayangkan kalau I makan dua biji donut? Belum campur juadah yang lain... OMG!! 

Bayangkan hari raya nanti... Sebiji ketupat pulut daun palas mengandungi 130kcal. Jika setiap rumah I makan 2 biji, dan untuk satu hari  empat buah rumah beraya.. Total dah 8 biji ketupat. Belum campur kalory rendang daging. Belum campur makanan sampingan lain... Uhuhu...

I mengadu kat mr.sallehudin... Die cakap kalau takut makan terlebih kalory tak payah laa makan ketupat so tak payah raya.. Uwaaaaa...

Monday, July 22, 2013

Ramadhan 1434: Day 13

Sudah hari ketiga belas berpuasa. Pheww.. 
Selepas beberapa hari tak ke bazar ramadhan so hari ni kita jelajah lagi. Kali ni tempat dituju Bazar Ramadhan Bukit Jelutong. 

Peniaga tak ramai sangat. Rasanya cukup menampung penduduk Bukit Jelutong untuk membeli juadah. Mr. Sallehudin teringin nak minum air tebu katanya.. Beli satu plastik. Rasanya cukup-cukup untuk satu jug. Harga seplastik RM5. Saya rasa agak mencekik darah. Mee rebus pula harga rm4 per set.  Kesimpulannya harga juadah disi agak mahal juga. Mungkin peniaga disini ingat penduduk Bukit Jelutong ni banyak duit kot... Hehe...


Menu Day 13
:: mee rebus
:: murtabak ayam
:: donut
:: air tebu
:: milo panas

Ada cerita kelakar.. Mr. Sallehudin beli murtabak ayam sekeping saja. Sampai di rumah, I pun nak siap-siqp hidangkan makanan atas meja. Sekali tengok murtabak tuvada dua keping.. Hehe... Rezeki katanya....

Jom jamu mata dengan biskut sampan kegemaran I... :)



P/s: saya menggunakan hp nexus untuk update menu di blog.. :)

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan 1434: Day 12

Haiii..

Menu Day 12
:: Satay ayam 
:: Nasi lemak kukus + ayam goreng
:: cucur badak

Semuanya hasil tapau menu iftar semalam. Nasib baik nasi lemak tak basi. Sebab balik dari iftar terus masukkan dalam peti ais.

Sorry..hqri ni tak ada gambar menu berbuka puasa tapi ada somthing nak tunjuk..
Sekadar menjamu mata uolls..

Saturday, July 20, 2013

Ramadhan 1434 : Day 11

Sudah 11 hari berpuasa. 
Hari ni ada majlis iftar di rumah mak saudara mr. Sallehudin di Panchor, Negeri Sembilan. Disebalambukenu berbuka adalah sangat sedap iaitu nasi lemak kukus makanya dua kali sahur berturut-turut saya tidak menjamah nasi.. Haha.. Boleh gitu.....


Menu memang terbaik....
:: nasi lemak kukus + sambal sotong + rendang daging
:: satay
:: bihun goreng
:: karipap pusing
:: kuih ketayap
:: bubur lambuk

Tapi banyak juga yang tak habis. So saya tapau untuk berbuka puasa keesokan harinya... Haha.. Especially satay :)


Friday, July 19, 2013

Ramadhan 1434: Day 10

Its Friday...

Mr. Sallehudin wassup me bagi tau yang dia balik lambat dan suruh I pegi bazar ramadhan sorang-sorang. Tapi I rasa macam malas nak bersesak kat bazar so I pergi Jaya Groceries, Bukit Jelutong. Actually dekat jugak dengan rumah I. Cuaca hari ni agak panas terik. Drive dari rumah je Jaya Groceries tu cuma ambil masa dalam 15 minit tapi disebabkan cuaca panas tekak pun rasa dahaga. Kalau bukan bulan puasa dah tentu I dah minum.. Hehe...

Tujuan pergi Groceries sebab nak beli buah strawberry. Ahad ni I nak buat pavlova. Tapi tekak rasa nak makan chiken chop dengan mushroom source... I beli aje ayam goreng crispy dengan sos mushroom dalam tin. Balik masak.. Yeaa..

Rupanya kat tempat parking lot Jaya Groceries ni ada mini bazar dan ada orang jual kuih. Dua potong kuih lapis pelangi harga rm1.90.. Watss?? Pastu I ternampak cream ouff. 6 hiji rm3. So I beli tu je...


Menu berbuka puasa Day 10
:: chuken choo with mushroom source (buat sendiri)
:: cream puff
:: limau suam

Lepas azan mr. Sallehudin sampai rumah. Nasib baik I ada sediakan sepinggan untuk beliau. Tapi pukul 8.30pm beliau mengadu kat I kata lapar. Dia cakap saiz ayam yang I sediakan untuk dia kecik!! HHaiyaaa... So I pin masak nasi dan goreng ayam tu bagi beliau makan kali kedua....

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan 1434: Day 8 & Day 9

Haii..

Semalam dan hari ni I tak pergi pon bazar Ramadhan. Sibuk di studio bakery lah katakan..  So I biarkan mr. Sallehudin memilih juadah berbuka di bazar..hehe..

Menu Ramadhan Day 8
:: makaroni bakar
:: puding jagung
:: bontot goreng ayam
:: roti jala
:: roti bom
:: murtabak
:: teh o suam

Menu Ramadhan Day 9
:: Mee bandung
:: cendawan goreng
:: kurma
:: teh o suam

Sorrylah.. Tiada gambar untuk ditonton.. :p

Tuesday, July 16, 2013

Macarons & Chocolate Chip Cookies

Haii..
saja nak bagitau.. last week dah selamat delivery macarons 1st batch pada semua customer.

So this week akan ada juga open order macarons untuk batch kedua. Harga RM12 untuk 14pcs. Walaupun rupa bentuk fizikal macarons ni agak kurang menyerlah tapi rasanya memang sedap. Insyallah..


Chocolate chip cookies pun akan ada open order untuk 1st batch minggu ini. Harga cookies ni mengikut gram.. 200g RM10 dan 400g RM20.


Sesiapa yang berminat nak order tu boleh sms/coll terus 012-5346131. Semua order boleh mula ambil pada Jumaat petang di hadapan UITM Puncak Perdana, Shah Alam.. 

Memang sesuai sangat kalau nak order choc chip cookies & macarons ni sebab boleh dijadikan kudap-kudapan sambil nonton tv atau lepas sembahyang terawikh ke.. :)

Ramadhan 1434: Day 7 :: Cerita Baju Raya

Holaa...
Hari ni me & mr.sallehudin pergi klinik. Dah tak tahan sangat dengan urat mata yang sakit. Berdenyut-denyut. Doktor bagi antibiotik + ubat selsema + tahan sakit + bengkak... Finally I terpaksa buka puasa di tengah hari buta..hahaha.. I kena makan ubat especially selsema, antibiotik dan tahan sakit. Lega sikit bila dah makan ubat... :)

How about baju raya?
Hehe.. Percaya tak I tak bei lagi baju raya? Mr.sallehudin pulak yang eksited dah beli baju melayu. Tema warna tahun ni ialah kuning. I tengah fikir-fikir nak beli baju design ape... Wajarkah membeli design yang hot sangat sekarang ni? ~peplum~ nanti bila pergi jalan raya sana sini tengok deaign baju yang sama aje kan..nanti boria pulak. I ada juga servey baju kat butik online. Woww..diorng punye design memang cantik tapi harga terlalu mahal..for me laa.. Ada yang 200++ hingga ke 300++ I suka tengok design yang dihasilkan oleh Minaz Butik. Sangat cantik dan sentiasa menggunakan warna pastel. Design mereka pun custom made dan limited iaitu tidak sama dengan butik yang lain.

Butik online yang lain pun tak kurang hebat jugak. Tapi apa yang I perasan semua butik ni menjual baju bentuk yang sama dan warna yang sama. Dah tentu mereka memborong dengan pemborong yang membeli dari kilang yang sama? Hahaha.. Cari punya cari... I fikir design kaftan sangat nice. So..why not kalau I cuba kaftan di pagi raya? Ok kan?



Yupss.. I dah ada tiga helai mermaid skirt. Merah + biru + pink. I boleh pakai all the mermaid skrit ni pada hari raya ke dua ketiga dan keempat.. Haaa..meriah ko... ~hehe~ Cuma I perlu cari blous / mini kurung untuk digandingkan dengan mermaid skit ni :) for mini kurung I dah servey harga. Untuk baju saja harganya tak lah begitu mahal iaiu antara rm40 to rm60.. Kalau beli tiga helai the total is antara rm120 to rm180.. ~wee~

Ada lagi satu yang I nak cari for raya... Handbeg raya..hahaha..
Yess.. I teringing untuk memiliki furla handbeg. Kebanyakkan harga yang dijual melalui obline ialah rm200. Paling murah rm180. Tapi I ada jumpa satu kedai di IOI mall yang menual furla pada harga rm128.. Ok kan? So.. I kene cari duit lebih sikt ni... Harap- harap furla kat kedai tu tak habia stok menjelang Aidilfitri.. Hehe...

Tahun ni ialah turn beraya di Bagan Serai. Jangan nak sedih sangat laa mr. Sallehudin ye. Konon tahun ni tak dapat makan sambal kering yang mak saudara beliau masak untuk dicicah dengan ketupat nasi. Tahun depan kalau panjang umur boleh laa makan sambal kering tu.. :p

Ok.. Got to go.. Byeee...

Monday, July 15, 2013

Ramadhan 1434: Day 6

Its Monday. Projek menjahit tak start pon lagi. Makin stress sebab selsema tak baik lagi. Makin teruk... Rongga hidung sakit sampai naik ke urat mata.. Huhu...

Disebabkan I tak ke bazar ramadhan.. Mr. Sallehudin saja yang pergi lepas balik dari kerja.

Sorry no caption for today. And the menu for berbuka..

:: nasi goreng cili padi
:: roti jala
:: kuih tepung pelita
:: teh o panas

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan 1434: Day 5

Ramadhan Day 5

Hari ni me & mr.sallehudin berbuka puasa di Gombak. Rumah mertua I. Jika berada di Gombak dah tentu bazar ramadhan yang dituju ialah Bazar Ramadhan di Greenwood. Lama juga tapak bazar ramadhan ni beroperasi. Setiap tahun tidak pernah berubah iaitu berhadapan dengan shell Greenwood. 

Ramai penunjung dan ramai juga peniaga. Gerai paling hot disini ialah aunty jual vadai. Menurut mr. Sallehudin, vadai aunty ni memang sedap. Ramai yang membeli sanggup beratur lebih kurang 15 meter.. Haha.. Ada 4 jenis kuih tradisional India yang disediakan tapi yang saya ingat cuma vadai dan ada satu jenis cucur yang digoreng bersama jagung. 
(Spot dimana mr.sallehudin? Haha..dikala I yang beratur, die duduk dambil tengok aunty tu menggoreng)


Harga kuih disini tetap sama seperti di bazar lain iaiu 5 biji RM2. Tapi ada satu gerai yang menjual kuih tepung pelita pada harga RM4.50 untuk 10 biji. Bukan ke selalunya harga RM2 untuk 5 biji? Ada satu gerai yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional Dan mengekalkan harga 3 biji untuk seringgit.. 


Yang paling menarik ada satu jenis kuih seperti roti gulung yang digoreng bersalut telur. Tapi ini bukan roti. Tapi kentang yang digulung dan mempunyai inti ayam black pepper. Kemudian ditengah gulungan itu diletakkan sebiji cili hijau..wahhh!!


Menu berbuka puasa kami sekeluarga

:: nasi goreng
:: ayam golek maswie
:: vadai dan beberapa jenis kuih tradisional india
:: beberapa jenis kuih tradisional melayu (cara berlauk, ketayap dll(
:: minuman nata di coco
:: teh o panas


Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 1434: Day 4

Salam..
Cuaca waktu petang di Shah Alam ribut dan angin kencang. Kesian juga peniaga di bazar ramadhan dah tentu jualan mereka hari ni tak berapa menyerlah..

Bagi saya dan Mr Sallehudin, hari ni kami ade set up candy buffet untuk Indian Boy 1st Birthday Party.  :) alhamdulilah rezeki hari ini...


Seat belakang kereta sarat denang ballon. Hehehe.. Majlis tu berlangsung di Bandar Botanic, Kelang.


Mujurlah I tak perlu sediakan banyak menu. Sekadar menyediakan air susu berperisa chocolate, vanilla dan strawberry dalam botol kaca. Sebab tema untuk birthday party tu 'milk & cookies'. selain milk & table cookies, I buat decoration untuk simple photobooth juga.


Happy sangat sebab mummy to birthday boy and all the famili memuji decoration yang dibuat.

Siap semua deco..tengok jam tinggal 5 minit saja lagi masa untuk berbuka puasa. So kami tunggu aje kat situ menantikan waktu berbuka. Birthday party orang India dah tentu ada Tosai kan.. So itulah menu berbuka puasa kami.. Hehe..


Lepas makan tosai, mr.sallehudin ajak pergi makan kat kedai lain yang dekat dengan kawasan tu. Sampai kedai, mr.sallehudin order nasi goreng sotong and me kuew tiau goreng.

Haha..hari ni menu berbuka sangat simple  :)

Friday, July 12, 2013

Ramadhan 1434: Day 3

Hari ni me & mr.sallehudin jejalan ke Kota Damansara. Katanya mr.sallehudin nak beli murtabak paling sedap yang kawan beliau jual kat bazar ramadhan seksyen 6, Kota Damansara. Rupanya tahun ni bazar tu dah berpindah ke Jalan Teknologi berhampiran uptown Kota Damansara. Tak mungkin kami nak ke situ sebab jam dah pukul 5.30pm dan menurut peniaga gerai kecil yang ada kat seksyen 6 tu..jalan nak ke bazar Jalan Teknologi sangat jammed!! So kitorang pun decided beli ajelah apa yang ada kat gerai tepi jalan. Ramai juga yang berniaga disitu cuma tak banyak pilihan saja..


Peniaga kat sini pun menjual juadah pada harga yang agak mahal juga. Roti John saiz panjang harganya RM4.50. Inti dalam tu 'nothing'. Terasa sos dan telur saja walaupun kata peniaga tu 'ini roti john inti daging' ok.. Sos untuk roti john memang terasa kesedapan tapi I makan langsung tak terasa pun daging tu..


Lihat cendol sangat mengiurkan tapi I memang nekad nak tinggalkan minuman ais so tutup mata ajelah tengok cendol tu..hehe.. I tak sure berapa harga sebungkus cendol macam dalam gambar ni tapi dengar macam RM5.. ~wooo~


Menu berbuka untuk hari ke tiga
:: roti john
:: murtabak daging & ayam
:: cucur udang kuah kacang
:: kuih tepung pelita
:: kuih cara berlauk
:: nasi lemak daun pisang
:: bubur cha cha
:: air teh o suam

Kos perbelanjaan hari ini RM18.50 ~hehe~

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 2013 : Day 2

Yeayyyy..
Selesai hari kedua berpuasa. I still demam dan selsema makin teruk. Tapi I maintain puasa:)

Hari ni me & mr.salsallehudin jejalan ke Bazar Ramadhan Seksyen 13 Stadium Shah Alam. Ini pertama kali datang kat bazar stadium. Last year tak berkesempatan nak shopping kat cini..

Apa yang boleh I bagitau ialah disini memang ramai penjual maklumlah pengunjung pun ramai. Disini memang tumpuan student MSU dan ade juga mereka yang bekerja sekitar Shah Alam.


Tapi harga makanan dan juadah disini agak mahal. mungkin peniaga terpaksa sewa tapak disini dengan kadar yang tinggi... 
Telur itik masak lemak berharga RM2 untuk sebiji telur itik yang dibeli. Nasi goreng pataya bersama ayam goreng berharga RM4.50 tapi kita boleh lihat pelbagai menu yang dijual. I hampir-hampir nak beli Dimsum :)  5 biji dijual pada harga RM6


Menu berbuka puasa kami hari ini..
:: bihun sup utara
:: nasi goreng pataya & ayam goreng
:: popiah basah & goreng
:: cucur jagung
:: cendawan goreng
:: 5 jenis agar-agar pelbagai perisa
:: teh O panas 


Nasi memang menjadi pilihan kami berdua waktu bersahur. Tapi saya cuma menggunakan 1 pot beras saja untuk masak nasi. Masing-masing makan sikit kononnya... Tapi sahur pagi esok mungkin lebih kot sebabnya tadi semasa di bazar kami membeli sekali lauk untuk bersahur. Ikan patin temerloh masak tempoyak for me and masak lemak daging salai for mr.sallehudin. harga ikan patin untuk 1 bekas saja dah RM10. Daging salai untuk 1 bekas kecil RM6.


Ok.. Mata dah ngantuk. So nak tido sebab tadi dah telan ubat.. 

Good nite & selamat bersahur....

Biskut Sampan & Macarons

Haii..
Dah pukul 2 pagi ni..tapi mata still tak boleh lelap. Aishhh.. Pukul 4 pagi nak kena bangun masak untuk sahur pulak. Selsema makin teruk sampai hidung tersumbat. Tekak pun perit badan pun lenguh sendi-sendi..

Ok.. Memandangkan tak boleh nak lelap, I nak update pasal biskut raya :) this year I dah tak buat biskut sampai enam jenis untuk jualan. Tak tau lah kenapa tahun ni rasa sangat malas nak jual biskut yang pelbagai jenis tu.. Huhuhu.. Tapi I tetap nak jual biskut sampan. Biskut ni sebenarnya resepi turun temurun dari mama.. Dan biskut ni memang my 'feveret' menjelang raya. 

Kalau uolls nak rasa kesedapan biskut ni boleh order dari I ye.. RM28 sebalang. Ada 45 - 50 biji dalam setiap balang. Biskut ni memang kaya dengan cornflakes. Ditengah biskut tu I letak cornflakes yang dikisar separa halus.. Kiranya 70% saja kisarnya. Kemudian bahahian atas sekali disalut dengan cornflakes yang 100% dikisar. Kemudian dihiasi dengan ceri merah dan hijau :)


Owhhhh lagii... Sape nak makan macarons murah? (^_^)
I jual RM12 untuk 14pcs. Memang rupa Paras macaron ni tak berapa jadi sangat tapi rasanya tetap sedap. Uolls boleh try order :) boleh kunyah-kunyah lepas balik dari semayang terawikh ke.. Hehe..
Dulu I buat MMacarons ni jadi elok..kaki semua keluar. Tapi sekarang I buat dah jadi macam kuih dorayaki pulak.. Hehe..


Kalau nak order boleh email me cupcakesmuffins@gmail.com 

I cadang nak juat biskut chocolate chip jugak.. 

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan 2013 : Day 1

Ramadhan 1

Selesai sudah puasa hari pertama walaupun hari ni I dapat demam selsema + sakit tekak. Semalam petang tiba-tiba aje lenguh badan dan sahur tadi memang terus demam. Telan nasi pun tak rasa apa-apa... Harap-harap cepat sembuh demam ni.. :(

Untuk hari pertama me and Mr. Sallehudin menjelajah Bazar Ramadhan Saujana Utama Sungai Buluh. Dari last year memang we all datang ke sini je kalau nak beli juadah. Tahun ni agak ramai juga peniaga. Macam-macam menu dan pilihan...


We all sampai lebih kurang pukul 5.30pm. Orang memang ramai. Tapi perasan macam this year lagi ramai peniaga dari last year... :) Tahun ni I planning setiap kali berbuka puasa I nak mencuba semua jenis kueh. Elakkan makan nasi.. Hahahaa.. Diet lah kononkan... Tapi memang dah lumrah setiap kali Ramadhan kita boleh tengok pelbagai jenis kueh muih yang dijual. 


Menu berbuka puasa hari ini... Kos perbelanjaan hari ini RM18.. Haha..

:: bihun sup
:: popiah basah
:: rojak singapore
:: ayam kepak madu
:: kuih tepung pelita
:: cucur udang
:: teh O panas

Monday, July 8, 2013

samurai Burger Kembali Lagi.. yeayyyyy..


Wowww...
I dapat tahu Mc Donald dah jual semula Samurai Burger terus I gigih nak pergi makan :)
Punyalah jauh perjalanan dari rumah, sampai ke IOI Mall pergi makan Mc Dee.. :p

Pernah dulu sekali I teringin sangat nak makan Samurai Burger. So I paksa Mr. Sallehudin pergi beli. Sekali promo Samurai dah habis.. Sangat terkilan I time tuu.. 


Suasana restoran McDee IOI Mall pada pukul 3pm agak sibuk juga. Tengah I menikmati burger.. Tetibe ade sorang promoter boleh datang duduk depan I dan promosi kupon Slimming Centre BZ Body (sorry.. I tak tau spelling) owhhh... Sangat stress!! I dah cakap " tak nak" tapi promoter tu pujuk I beli kupon tu... Huhhh.. But dont worry.. I tak termakan dengan pujuk rayu dia..tapi I menikmati burger tanpa hiraukan dia.. Hahh.. Padan muka.



Tak adil pulak rasanya manikmati burger ni sorang-sorangkan... Nanti ade pulak orang yang jeles. :p  So I belikan juga sebijik untuk Mr.Sallehudin..tapau bawak balik rumah...

Nahhhh.. Ni untuk you Mr. Sallehudin..