Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Monday, May 20, 2013

Begedil Kentang Budget

Pastinya ramai yang suka makan begedil kan? Ia sesuai dimakan bersama nasi atau pun bihun sup. Kadangkala ada juga yang suka meratah begedil begitu saja. Begedil memang boleh dihasilkan menggunakan pelbagai bahan. Contohnya begdil ayam, begedil daging, begedil ikan sardin, begedil sayur dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Disini saya ingin berkongsi begedil yang pertama kali saya hasilkan iaitu begedil kentang. ~hehe~
Saya memang suka makan begedil. Dulu kala pernah sekali cuba menghasilkan begedil tapi tak menjadi. Mungkin dulu minat ke arah masakan tidak kuat jadi apa sahaja resepi yang dicuba tidak pernah berjaya.


Nasib baik minat ke arah masakan masih ada dan sekarang begedil saya telah menjaadi ~wee~  :)
Untuk permulaan saya hanya mencuba menghasilkan begedil kentang. Saya nak share disini bagaimana begedil dihasilkan mengikut edisi begedil budget sesuai untuk dua orang makan ~haa~

Bahan-bahan
2 biji kentang
daun bawang
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam


Cara-cara...
Setelah kentang dibuang kulit dan dibasuh, kentang tersebut dipotong dadu. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Kemudian kentang yang telah dipotong digoreng. Semasa menggoreng kentang saya taburkan garam sedikit dan bawang putih yang telah di potong halus (kecil-kecil). Apabila kentang tadi kekuningan saya taburkan bawang merah yang dipotong halus. Gaul sedikit kemudian angkat semuanya dari kuali. Biarkan sejuk sedikit dan taburkan daun bawang yang juga dipotong halus.


Apabila kentang tadi sudah agak sejuk barulah saya kepalkan gabungan kentang goreng + daun bawang menjadi bentuk bujur. Saiz kepalan bergantung kepada mood anda ye  :) 

Kepalan yang dihasilkan dicelup ke dalam telur. Sebelum itu telur telah ditaburkan sedikin serbuk lada hitam. Kemudian barulah digoreng sekali lagi kepalan kentang yang telah disalut dengan telur. Jangan goreng terlalu lama. Bila dah nampak kekuningan boleh lah terus diangkat dari kuali dan sedia untuk dihidangkan.

Senang kan... :)

Saturday, May 18, 2013

Sesat Mencari Dewan

Hari ni adalah sangat dasat ok.. 
Sebabnya me and Mr. Sallehudin planning nak pergi kenduri kahwin kawan lama dia. Malam semalam Mr. Sallehudin baru inform me yang kenduri kahwin tu di Setapak. OK

Selepas buat delivery apam polkadot di Empire Subang Shopping Centre dan pergi rumah kakak ipar di Kampung Padang Balang sebab nak hantar barang. Pukul 2pm kami keluar dari rumah kakak ipar dan menuju ke tempat kenduri kahwin.

Menurut address yang dinyatakan oleh pengantin..
Dewan Orang Ramai, Kawasan 12A, Jalan Taman Melati 4, Setapak.

Makanya kamipun pergi menuju ke Setapak. Jangan katakan dewan, bunga manggar pun kami tak jumpa. Mencari-cari dan tak jumpe. Memang laa jumpa beberapa kenduri tapi orang lain punya. Tak kan kami nak buat muka tak malu dan pergi makan kenduri kat rumah yang tak dikenali. Perut memang lapar.

Mr. Sallehudin dah tension dan fed up. Katanya kalau tak jumpa juga nak pergi makan kat kedai aje.. ~hehe~ I cuba google alamat yang diberikan oleh pengantin. Finally dapat petunjuk. I suruh Mr. Sallehudin menghala ke LRT Taman Melati. Dia membebel kat I yang situ area Gombak dan bukannya Setapak. Kepala I dah laa pening nak muntah pun ada. Sebabnya lapar dan sakit mata tengok map di google hanfon. 

Bila sampai di kawasan LRT Taman Melati, I suruh Mr. Sallehudin memandu ikut arahan I . Arahan I tu pun berdasarkan map di google tu. Owhh.. untuk pengetahuan I memang tak boleh nak baca apa-apa yang tertera di hanfon sewaktu dalam keadaan kereta bergerak. I jadi pening.Tapi disebabkan I rasa memang dah terlalu dekat tempat yang dituju maka I gagahkan juga tangok map google yang kecil tu..

Akhirnya jumpa jugak dewan tu..!!


Akhirnya dapat juga I bergambar dengan pengantin. ~hehe~ Perut memang lapar. Nasi kenduri sedap giler. Kata pembantu katering nasi yang dihidangkan namanya nasi beringin. Dimakan pula dengan kari daging, ayam masak merah dan papedom serta air sirap. Memang sedap. Memandangkan kami sampai di kenduri kahwin tu pukul 3.30pm.. orang pun dah tak ramai sangat. Akibat nasi yang terlalu sedap dan perut yang lapar, I dengan muka tak malu pergi menambah nasi dan lauk. ~hoho~


Ok.. dah kenyang. Lepas makan dan menulis sepatah dua kata dalam 'guest book' pengantin, kami pun balik. ~hoyeyy~ Perut kenyang hati senang. Di tempat parking kereta I telah memaksa Mr. Sallehudin mengambil gambar I yang sedang memakai kebaya pendek dan mermaid skirt. ~hehe~ Owesome sekali.. ~haha haha~


Thursday, May 16, 2013

Suami Aku Ustaz - Tajuk Albumm

Hai..

Lately I memang suka baca novel. Dalam tempoh dua minggu I dah habis baca dua novel. Bila takde baking,   I akan baca novel. Hari ni adalah novel ketiga yang I baca. Suami Aku Ustaz.

I tahu tentang novel ni bila I ada terbaca artikel hiburan tentang novel ini akan diadaptasi kepada filem. Pelakon yang akan melakonkan watak utamanya ialah Adi Putra dan Nora Danish. So.. I gigih mencari novel ni di MPH Book Store.


Tapi I belum habis baca lagi novel ni so I tak tau macam mana endingnya. Baru baca sampai Bab 23. Tapi I suka dengan hasil penulisannya. Penulisan yang tidak terlalu formal, mudah difahami dan lebih santai. Ada babak kelakar dalam cerita ni buat I ketawa sorang-sorang. Watak yang dihasilkan sangat hidup dan I membaca novel ni dengan penuh berintonasi dan menggunakan memek muka. Seolah-olah I yang menjadi Alisa. ~hehe~ Tapi husband I bukan ustaz ye.. ;P

Husband : apsal u gelak sorang-sorang?
Wife : Saje... (sambil senyum)
Husband : best ke cerita tu?
Wife : best laa jugak.... (sambil sambung ketawa lagi) ~hehe~
Husband : bini aku ni ngok ngek laa.. (sambil garu kepala)

Waaahhhhh.. husband I cakap I ngok ngek..???!!!
Tak pe.. tak kisah sebab I meneruskan pembacaan. Sampai atas katil nak tidur pun I sambung membaca lagi. Pastu tetibe I terkejut sebab terang dah bertukar gelap. Lampu bilik dah tutup.

Husband : Tidoo laaa... esok kerja!!

Owhh.. ok.. lupa esok kerja. Maklum laa I kan bekerja dari rumah saja. So tak kisah nak bangun pukul berapa pun.. ~hehe~

Monday, May 13, 2013

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day
Puan Hajjah Fauziah binti Nordin. 

Yer.. inilah mak saya yang sentiasa kecoh. ~hehe~ bebelannya tak pernah berhenti ada aje yang dia bisingkan. Itulaa.. inilaa.. I tetap kagum dengan abah I sebab selama lebih kurang 35 tahun dia tahan dengan bebelan mama I.. ~hahaha~

Dulu kala kitorang adik beradik memang tension setiap kali mama kitorang berleter. Ada aje yang tak kena. Riuh rumah setiap hari. Sekarang ni bila I sendiri pun dah kahwin dan memang dah jarang sangat dengar bebelan tu tetibe rasa rindu nak dengar.. ~haha~ tapi tak nak laa dengar sepanjang hari kan. cukuplah untuk 5 minit je.. ~kihkihkih~ Sekarang ni adik I yang bongsu aje tinggal kat rumah dengan mama dan abah kitorang.. sebabnya adik I yang kedua dah kawen dan yang ketiga dah sambung study di Universiti Petronas.  So yang bongsu lah akan mendengar bebelan mama kitorang setiap hari.. ~hahahaha~ kesian dia..


Saya juga mendoakan kesejahteraan ibu mertua yang telah tiada. Semoga rohnya aman disana dan ditempatkan bersama golongan yang beriman..

Arwah ibu meninggal dunia tiga bulan selepas majlis perkahwinan kami akibat barah paru-paru. Penyakit arwah memang lambat dikesan dan kami mengetahuinya apabila barah dah sampai stage tiga. Sedih sebab amat sekejap mengenali dia. Cuma dalam tempoh setahun aje mengenali arwah dan merasa mempunyai ibu mertua dalam tempoh yang singkat. 

Dan.. I pula bila akan menjadi ibu?
Alaaa.. rezeki kan di tangan ALLAH. Bila dah setahun kami berkahwin dan sekarang sibuk orang sana sini bertanya I bila lagi..?? Kalau I tau bila tarikh I nak beranak senang laa I nak bagi tahu kat orang yang sebok bertanya kan.. Masalahnya I pun tak tahu bila... so. sesape yang sebok bertanya tu I nasihatkan tak payahlaa nak bertanya sangat. Lagi elok korang tolong doakan untuk kami supaya kami dapat baby cepat-cepat. Lebih afdal rasanya.....  ;P



Sunday, May 12, 2013

Jumpa Amy Search :)

Jangan jelesss..

Saya jumpe die.. ~hehe~


Last week I ajak Mr. Sallehudin pergi Ikea. Tujuan asal nak makan meatball. Tapi bila sampai depan Mutiara Damansara Mr. Sallehudin ni kecoh je nak makan nasi kukus Ilham kat Mutiara Damansara tu. Memandangkan I pun dah lama tak makan nasi kukus tu so I pon orait aje. Owh.. FYI, nasi kukus Ilham ni memang sedap giler. ;P

Lepas kenyang makan berangkatlah kami ke Ikea. Ramai jugak kereta yang parking kat basement tu. Tiba-tiba I nampak ada satu parking kosong. So I jerit kat Mr. Sallehudin suruh masuk parking kat situ. Kami parking kat sebelah kereta BMW Sport kaler putih.. huyooo cantik giler kereta tu..  :)

Kitorang pun dah parking cantek dan dah nak berjalan menuju ke lif tiba-tiba I boleh pandang ke kanan dan I nampak.. AMY SEARCH. ~woohoo~ I panggil Mr. Sallehudin dan tunjuk.. "tu Amy Search kan..?" 

I ape lagi lagi tergedik-gedik nak bergambo dengan die. hehe.. rupanya kereta BMW Sport putih tu ialah kereta dia.. Senyum sampai telinga.. So.. dapat laa snap satu pose dengan die.. 

ok.. byee

Friday, May 10, 2013

Makan Dan makan

Holaaa..

yeahh.. lega rasanya bila deria keupayaan makan dah kembali normal. Seminggu jugak laa I kehilangan selera makan. Tak tahu punca sebenar dan sebab musabab hilangnya selera makan. Perut memang terasa lapar tapi bila makan sesuap dua terus mati selera. Mr. Sallehudin juga yang kena habiskan makanan I. 

Seksa tau.. tekak ni terasa nak makan macam-macam tapi bila dah dapat makanan yang diidamkan terus takde selera. Mr. Sallehudin macam konfius je tengok keadaan I. Dia tak percaya I hilang selera sebab dia tengok I makan macam biasa aje.. Memang laaa.. time yang dia tengok tu I makan cekedis, cekelat. Cuba tengok I makan nasi ke.. memang nasi tak habis laa kan.. :P Tapi time tu I rasa I memang minum air banyak sangat. Mungkin juga cuaca yang sangat panas membuatkan I sentiasa dahaga walaupun I berada di rumah aje. Nak katakan demam tak jugak...

Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan I pregnent. I tak rasa yang I pregnent time tu.. So suara-suara sumbang tu masuk di telinga kanan dan keluar di telinga kiri. ~ehe~ dan ada juga yang mengharapkan I  pregnent.. ekeke.. kalau anda mengharap saya lagi mengharap.. tapi belum ada rezeki kan.. hihi..

Kesimpulan yang I boleh nyatakan punca kehilangan selera makan ialah:-

:: Cuaca yang sangat panas membuatkan I asyik nak minum aje.. air sarsi laa sirap laa oren laa..~hehe~
:: Keadaan badan yang sangat letih. Banyak sangat kerja. Maklumlah job event every week. Alhamdulilah
:: Terlebih tido.. haha.. btol.. lepas aje Mr. Sallehudin pergi keje, I sambung tido sampai kol 12 tgh hari
:: Asyik makan nasi je.. sekali sekala nak gak makan chiken chop.. kan Mr. Sallehudin.. ~hehe

Reason yang ke empat tu I rasa takde kene mengena.. haha.. Sekarang I dah boleh makan macam biasa. hoyeyy.. 





Monday, May 6, 2013

Janji Dicapati + Ini Karilah = Kedai Mamak

Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia? Saya sudah!! hehe..
walaupun hari tu I hampir-hampir tak dapat pergi mengundi. Kalau korang nak tau dulu kala I tak pernah pun mengundi sebabnya tak pernah mendaftar pun. Tapi kebetulan I mendaftar nama dalam dua tahun lepas untuk Parlimen Puchong.. wooo..

Tahun ni I memang berhajat sangat nak pergi mengundi sebab dalam hati ni dah ada sifat patriotik. Ewahh..
Lagipun I rasa satu undi I adalah amat penting tau walaupun parti yang I undi tu kalah tahun ni.. aishh.. haha..

Next pilihanraya I nak tukar kawasan tempat mengundilah. Tak nak undi untuk Parlimen Puchong. I nak undi di Shah Alam. Sebab parti yang I sokong menang tau kat Shah Alam.. Opsss!!


Kebetulan hari tu I ada job chocolate fountain untuk wedding di Kampung Melayu Subang. Nasib baik chocolate I cepat habis licin so I boleh packing awal dan bagi tau tuan rumah chocolate dah setel dan I nak balik awal sebab nak pergi mengundi. Jam waktu tu dah pukul 3 petang.

Tinggal lagi dua jam aje masa yang ada untuk I pergi memangkah. Nasib baik Mr. Sallehudin bawa kereta pecut dalam hujan lebat tau. Dah sampai kat Taman Equine sibuk mencari dewan tempat mengundi. Tak tau lokasi sebenar. Peninggg..

Finally jumpa juga. yeaayy.. Pukul 4.35pm sempat juga I memangkah.. ewahh.. Dah takde orang yang datang mengundi. Pekerja SPR pun rasanya dah tak sabar nak balik.. Japp.. I datang nak mengundi nih.. aisshh..

Malam tu pulak, Mr. Sallehudin sibuk tunggu result depan tv, tapi I dah selamat belayar atas katil. Mengantuk lah. haha....

Walau pape pun I suka slogan suami I..

JANJI DICAPATI + INI KARILAH = KEDAI MAMAK mencekik lagi bagus.. hehe..


Thursday, May 2, 2013

Mermaid Skirt

Hai..

Semalam I pakai mermaid skirt warna merah dengan kebaya hitam pergi majlis kenduri kahwin di Dewan MBSA Shah Alam.

Ini pertama kali pakai skirt design mermaid. Owhh gayanya memang sangat 'owesome' tambahan pula dikenakan bersama kebaya. 

Saya telah membeli mermaid skirt melalui oline threeacollection
So.. uolss boleh pergi ke butik online ni dan membuat pembelian  :)


Disebabkan rasa lebih berkeyakinan dan rasa lebih lansing.. hehe.. I berhajat nak menambah lagi koleksi mermaid skirt dengan pilihan warna yang pelbagai.. phewww..