Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Powered By Blogger

Monday, March 25, 2013

My Simple Birthday

Today is my birthday!! Alhamdulilah bertambah lagi angka umur I ye.. Hihihi.. 

Actually tak ada apa² celebration pun. Cuma Mr. Sallehudin wat ala-ala surpriseee laa sangat gitu.. Hihihi...


Haaa.... Tengoklah baper biji cute cake dan berapa lilin besar & lilin kecik? Itulah umur I.. Hehe.. Simbolik tuh.. :)

If

Kebetulan hari ni I nak deliver cupcakes to customer kat Kota Damansara. I janji dengan customer nak jumpa pukul 3.30pm... So.. I inform lah kat Mr.Sallehudin awal-awal... Dalam pukul 3ptg die coll I and bagi tau dia abih keje awal and akan teman I g deliver cupcakes. So.. I tunggu laa mr. Sallehudin sampai.. Elok sampai, I pon bukak pintu kereta belakang sebab nak letak cupcakes. Pastu bukak pintu kereta depan nampak keke... Yeaaa...


Tahun ni memang teringin nak tiup lilin masa birthday. Akhirnya dapat jugak.. Tenkiu Mr. Sallehudin.. Surpriseee lah sangatt.. Hahaha...


Yang kat atas tu I ye... Jangan konpius pulak.. Ini umo I 10 bulan.. Hehe
Ok.. Byeee

Sunday, March 24, 2013

Pergi Gua Musang

I rindu nak blogging tapi apakan daya tuntutan kerja telah membataskan aktiviti blogging. Nak join contest pun tak sempat.. Huhuhu...

Sekarang I kat Gua Musang. Ada job event kat sini.. Yer.. My small business telah memberikan servis sehingga ke pantai timur.. 

Jarak antara Kuala Lumpur ke Gua Musang tidaklah jauh sangat. Umpama dari KL nak balik kampung Bagan Serai je.. Tapi start dari Bentung tu menggunakan jalan lama tu yang buattkan rasa macam nak patah pinggang duduk dalam kereta lama-lama.....


Turut serta ke Gua Musang dah tentulah Suami tercinta dan sorang adik ipar sebagai assistant I. Kitoran bertolak lebih kurang pukul 8pagi dan sampai di Gua Musang hampir pukul 2ptg. Kami diberikan tempat ringgal.. Kesedar Inn Hotel. (Sorry tak amik pic sbb bz agt). Masa dalam kereta I menikmati kueh lapis pelangi yang I beli kat Petronas. Nampak cantik sangatkan... Bila rasa.. Nasib baik memang sedap  :)


Actually penginapan kitorang ditaja oleh family pengantin. Owhh... Bagi yang konfius.... Sebenarnye Sweetheartstories ada lah salah satu vendor untuk majlis perkahwinan Norul dan Hazwan. Bisness kecil-kecilan I ni menyediakan servis choc fountain dan dessert buffet. Sambutan memang dasat.. :) 10kg choc dan 15kg buah, segala dessert dan candies habia dalam masa 2 jam setengah aje... :)


Owhhh.. Masa hari pertama lunch di Gua Musang, I memang sentap sikit sebab harga makan tengah hari RM27.. Ape yang kami makan? Suami makan nasi goreng ayam, I dengan adik ipar makan nasi putih lauk ikan patin, telur goreng dan ulam. Maybe sebab ambil ikan patin kot kan... Ataupun sebab tokey kedai tu tengok kami orang luar dats why die charge kaw² punyee.. Rasanya I makan nasi lauk ikan patin kat KL baru RM5... 


Its me mada hari majlis. Muka sangat penat tapi happy. Alhamdulilah tuan rumah pon puas hati dengan servis kami. Panjang umo kita jumpa lagi ye tuan rumah.. :)

Saturday, March 16, 2013

Hari Ini Tarikh Nikah Kami :)

Tarikh ini.. setahun yang lepas ialah tarikh pernikahan kami  :)

Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama. Semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan baby yang comel macam I.. Insyaallah.. hehehe..

Nak tengok tak muka kitorang masa mula-mula bercinta dulu? hehe..

 Hehehe.. ini Mr. Sallehudin. Muka macam apek cina kan.. Mula-mula I tengok gambar dia kat facebook. Terkejut Mak Jemah. Ala-ala ganaz gitu.. Tapi bila dah jumpa rupa-rupanya dalam hati ada taman.. hehe

Ini pulak dah tentu Mrs. Sallehudin kan.. owhh.. Time ni berat badan I cuma 50kg. Selepas setahun berlalu.. sekarang ni dah naik sampai 56kg.. huuu.. nangissss!!

Nak tengok tak muka kitorang sekarang?

Haaa.. ok byee..

Friday, March 15, 2013

Throw Back : Bertandang Reception

Salam semua... dan salam Jummat..
Kan I dah cakap.. minggu ni minggu mood wedding anniversary so I up sumer cerita dan gambo pasal kawen. ~ekeke~ Next week I nak up satu entry best jugak.. khas untuk b2b :)

Kali ni cerita pulak tentang majlis bertandang yang berlangsung di Gombak. Tiga minggu selepas majlis resepsi di Bagan Serai. Untuk majlis bertandang di Gombak, I tak gunakan MUA untuk mekap. Sebabnya I mekap sendiri. :) ahaa.. Actually dulu I pun pernah jadi seorang MUA. Dalam tahun 2006 to 2008 gitu.. lupa dah.. :) Lepas tu I stop terus kerjaya MUA ni sebab ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.. ~huhu~


Kali ni.. I guna skill yang I pernah belajar dulu. Nak tengok masih ok or tak skill nak mekap pengantin ni.. hihi..

 Hahaha.. Mr. Sallehudin muka berkerut bila I letak eye liner kat mata dia.. Dia pun I sapukan bedak dan bubuh eye liner & lips liner jugak. Bagi nampak berseri skit muka tu. Takde laa nampak macam brutal sangat kan..

 Ini masa berarak. Untuk majlis bertandang ni ada dua pasangan pengantin.. kitorang dengan abang sulung Mr. Sallehudin.

Huhu.. sangat panas.. Majlis berlangsung di Dewan Perbandaran Selayang, Taman Gombak.

 Time ni memang I lapar sesangat. Time ni I makan nasik habis yer.. siap tambah lagi sebab kerja kurang penat so mood untuk makan pun mencanak-canak. Masa majlis resepsi I kurang makan sangat sebab terlalu penat, nak minummm ajer..

 Ok tak I mekap sendiri? tak kesah laa janji jimat ongkos. Sebenarnya I ada jugak servey dua tiga orang MUA.. tapi kos diorang RM350 untuk sekali mekap. I tau memang itulah rate sekarang untuk mekap pengantin. Lepas tu I ada tanye jugak sorang member ni. Member ni awek kepada kawan Mr. Sallehudin. Dia pun MUA jugak. So dia bagi special rate untuk I. So.. I pun ok aje lah nak amik dia.. tapi I blom konfirm betul-betul dengan dia lagi.. Dua minggu sebelum majlis I coll dia.. tetibe dia tak dapat nak mekapkan I tarikh tu sebabnya tangan dia cedera jatuh tangga. ~huhu~.. I decide I nak mekap sendiri aje lah..

 Potong kek.. I lupa kek ni flavor ape.. haha.. rasanya macam vanilla. Kek ni include sekali pakej catering yang arwah MIL dah booking.

 Taraaa... this is my pelamin. ermm.. tak kata pelamin sangat laa sebab bukannye tepung tawar pun juz buat untuk bergambar aje. So.. boleh dipanggil sebagai photobooth aka mini pelamin. Photobooth ni, semua perhiasan adalah dari I sendiri. Mr. Sallehudin tolong belikan plawood untuk dijadikan backdrop. Mr. Salehudin tukang paku backdrop tu & tukang angkat bawa ke dewan.. hahaha.. tercapai hajat I nak buat pelamin sendiri.. ekeke..

 Wooo.. Woooo..mari main buaian..

Ini famili untuk ketiga-tiga belah pihak. Mr. Sallehudin's family, my family & Aisyah's family

ok byee..

Thursday, March 14, 2013

Throw Back : Decoration For Our Wedding

Hai... Salam hari Khamis  :)

Hari ni tengok decoration di sekitar majlis perkahwinan antara saya dan Mr. Sallehudin setahun yang lalu.


Lntern memang menjadi hiasan utama semasa majlis kami dulu. Lantern digantung di bawah khemah dan pokok-pokok ditepi rumah  :) Terima kasih kepada mereka yang sudi membantu menggantung lantern pada malam sebelum majlis. Mereka ialah kakitangan catering dan rakan yang menjadi pengapit I.. hehe.. Pada mulanya orang catering hanya gantung lantern untuk sekeliling khemah saja. Tapi I tak puas hati so I tambah lagi lantern warna pink di bawah khemah pulak.  :) Lantern yang digantung pada pokok telah digantung keesokan paginya.. ~hahaha~..
 
Gerbang cinta lah kononya.. Pintu gerbang ini disewa dari butik pengantin yang menjadi vendor untuk pelamin I. Pintu gerbang juga ada dihiasi dengan lantern kecil..

 Kanvas printing ini ditempah dari ThePhotoboothCorner. Last minute order.. dalam seminggu or dua minggu sebelum balik kampung kot. Nasib baik sembapt siap. Ownernya nama Diba. Dia dah popular sekarang, siap masuk TV dah sekarang ni.. ~hehehe~

In pulak photobooth & guest book coerner.. Tak tau laa nape ramai btoi yang suka lepak kat situ.. huhu.. Maybe sebab bawah pokok so sejuk sikit kan. Kebetulan time kenduri aritu cuaca memang panas..

 Haha.. my props kat photobooth corner. Ni semua preparation last minute.. Beg antik tu sebenarnye dah lama tersimpan atas almari. Daripada berhabuk so I amik dan bersihkan. Bahagian dalam beg tu I siap hias-hias dengan tali so boleh gantung gambar yang dah di print..  :)

Pelamin... Actually mula-mula dulu rasa macam nak DIY pelamin. Tapi memandangkan I takut sibuk sangat maklumlaa everything I nak buat. Macam-macam!! So I takut tak sempat aje nak hias DIY pelamin. Lagipun risau pulak takde orang yang nak bantu utntuk DIY pelamin. So I decide untuk booking aje dari vendor. Lagipun my mom dok bebel-bebel suruh booking vendor tu.. vendor tu kawan my mom. I tak sempat nak servey butik pengantin yang lain. ~huhu~

 Haa.. inilaa lantern yang I gantung dengan my fren tengah malam buta.. malam sebelum majlis. Mr. Sallehudin tolong teman sampai semua kerja selesai. Nampak sweet tak..?  :)

Banyak pulak pic untuk props ni.. Maybe sebab unik dan kat kawasan rumah I ni.. rasanya macam I sorang aje kot wedding yang hias-hias bagai.. hahaha..

 ok.. ini bilik pengantin. Backdrop kat belakang tu memang DIY. My mom kan.. kalau boleh dia nak hias semua sudut dalam bilik tu dengan bunga. Tapi I tak suka. Dah rasa macam hiasan bilik pengantin zaman 90an pulak.. Idea dah lama. Idea sekarang hiasan yang lebih sweet dan simple. Less bunga.. Kalau nak tau atas almari baju (tak nmpak dlm gambar) memang ada bunga panjang yang orang dolu-dolu suka hias untuk bilik pengantin.. ~huhu~.. I sangat protes hokeyy!! Tapi my mom dah beli.. Tak pe sebab tak masuk dalam gambar. Lepas tu ada hati nak beli lagi bunga nak letak atas meja solek pulak.. Part nak letak bunga kat meja solek memang I protes!! Sebabnya I dah planning nak letak candles, doily paper & kelopak bunga.. hahahaha.. Owhh.. yang kat dinding sebelah kanan tu I tampal wall sticker. Beli kat kedai JIMAT RM2.. kat Taiping.. ~ekekeke~


Last sekali nak bitau baju kawen.. I memang sangat suka dengan design yang tailor tu buat. Cuma I hangin dengan sikap tailor tu ajee.. Ade ke patut.. hari yang I nak collect baju tu dia terhegeh-hegeh nak jahit bunga putih tu.. huhh!!.. ok dah lepas.. tak payah nak sakit hati dah.. hehe..

Wednesday, March 13, 2013

Throw Back : Candid on Our Wedding

Salam semua.. 
Memandangkan minggu ini ialah minggu mood 1st year wedding anniversary.. hari nie kita tengok pic candid pulak.. lalalalala.. 

 Dua orang ni my adik. Diorang ni memang orang kuat majlis. Yang sorang yang pakai spek hitam tu dah kawen bulan 10 tahun lepas, yang sorang lagi pic kanan tu baru masuk Universiti Petronas bulan Jan ari tu.. 

 Haa... semua orang berkumpul kat kaunter guestbook dan photobooth.. huhu.. ape laa yang best sangat kat situ tu..?

 Tengok lah tu.. ramai bebudak yang berkumpul kat kaunter chocolate fountain. So sad... time ni my chocolate fountain tak menjadi langsung. chocolate jadi keras. Maklumlah ni my first time mengendalikan mesin ni.. ~hukhukhuk~

 Tukang jaga lauk pun sangat bz... makanan dari katering adalah sangat sedap dan terbaik.. ~hehehe~

Biasalaa.. bile dah kenduri kendara ni.. ada jugak sessi jejak kasih laa.. nangis-nangis laa.. peluk-peluk laa..
 Ni.. all my cousin. excited sungguh diorang ni bergambar kat photobooth. Maklum laa props kat situ pun kiut-kiut.. So.. diorang bergambar dengan senang hati & happy sekali..  :)

 Masing-masing juga excited mencedok nasi & lauk...

 Owhh.. selamat datang ke majlis perkahwinan saya & suami..  :)  I pun tak kenal sape ni.. ~hihi~.. maybe kawan abah kot..

 My abah & my mama..

Rombongan dan keluarga pengantin lelaki dah sampai... My side semua berbaju biru, his side semua berbaju cokelat  :)

Tuesday, March 12, 2013

Throw Back : Our Wedding

Salam semua...

ok minggu ni kite buat semua flash back gambo kawen ye.. sebabnya nak amik mood sempena 1st wedding anniversary... :) lalallalaa...

Rombongan pengantin lelaki dah sampai. Dalam pukul 1 tgh hari diorang dah berarak dari homestay yang disediakan ke rumah pengantin. Jarak homestay ke rumah pengantin lebih kurang 500 m saja.. hehe


 Ok.. I pun kuar menyambut pengantin lelaki sambil dirinigi flower gurl, pengapit dan tiga orang dayang berbaju biru..  :)


Time ni takde laa nervous sangat.. Rasa glemer sebab semua orang dok pandang. hahaha...

Lepas tu I pun menyambut pengantin lelaki dan mencium tangan beliau. Tengok tu... poyo sungguh muka laki I kan.. hehe..
  

Bersiap sedia hendak menuju ke pelamin. Time ni tak ingat lah cuaca panas ke mendung.. hehe.. Tak rasa ape-ape, rasa macam anggun aje berpakaian pengantin.. hahaha..


Melepas pintu gerbang berbentuk 'love'. Mak I berkenan sangat pintu gerbang tu.. hehe


Akhirnya.. dah bertenggek atas pelamin.  :) I pun macam konpius apa tema warna yang I unakan sebenarnya untuk my wedding..? huhu.. Baju kaler biru, pelamin warna merah hitam.. Tapi ok laa kan.. kalau pelamin nak warna biru juga nanti tenggelam pulak me & mr. sallehudin atas pelamin tu.. 


Walaupun pagi sebelum pergi make-up kat kedai, I memang tak makan ape-ape pun. Lepas tu balik dari mekap I sempat makan cendol aje. Memang rasa sangat lapar. Bila dah sampai kat meja makan beradap I makan tak habis. Cuma ratah lauk aje. Yang penting I dahaga sangat-sangat..!


Hahaha.. rasanya gambar ni adalah sangat kelakar kan Mr Sallehudin?? 
Mesti laki I cakap dalam hati " ishh.. bini aku nih buruk lantak sungguh! org lain dh abih mkn die blom abih lg.. haiss" mimik muka I pulak seperti sangat berusaha nak carikkan daging dalam pinggan tu.. hehe..

Yer.. husband I memang ganas!!.. hahaha.. pegang pisau macam tu dan terus nak tikam kek. hehe.. Untuk wedding cake tu include sekali dalam package catering. Niat hati mulanya memang nak buat kek sendiri. tapi rasa macam dah tak larat sangat. Banyak mende DIY yang lain blom buat. So pasrah aje lah cane design wedding cake. huhu.. Cuma I ada bagi patung bride & groom suruh pembuat kek letak atas wedding cake.


I suka gambar ni  :) Owhh.. rupanya I tak review pun gambar DIY untuk bilik pengantin kan :) backdrop kat kepala katil tu memang DIY. amik idea dan tengok tutorial kat blog b2b yang lain.. 


Jangan tak tau yer.. pengantin pun karaoke juga di akhir majlis. Kitorang nyanyi lagu Dua Insan. Actually I dah practise lagu ni, pergi karaoke dua tiga kali.. hahaha.. tapi bile nyanyi kat kenduri kawen rasa darah gemuruh pulak.. ekeke..

 Yeahhh.. akhirnya majlis selesai.. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis perkahwinan kami. Terima kasih kepada semua vendor dan terima kasih kepada jiran tetangga yang sudi menolong..  :)


Rasa rindu sangat nak DIY macam dolu-dooluuu.. Bila laa lagi dapt DIY kan.. rasa sebok nak siapkan itu ini. Memang penat tapi sangat berpuas hati bila hasil kerja kita dipamerkan di majlis perkahwinan kita kan...