Followers

My Nuffnang

About Me

My photo
Saya Mrs Sallehudin a.k.a Mimis Ingin menjadi penulis belog tegar ~huu~ Mr. Sallehudin ialah suami saya yang dicintai :)

Time

Visitor


widget

Search This Blog

Thursday, September 27, 2012

Shikiya Sushi dan Gadget

Semalam hari jalan-jalan dan hari makan-makan sampai nak pecah perut.

Kitorang pergi Plaza Low Yat sebab Mr. Sallehudin nak beli external hardisk. Maklum laaa I nie memang banyak gilerrr amik gambo save dalam laptop aje sampai laptop pun dah ala-ala slow. So semua gambo yang ada tu nanti nak tranfer masuk dalam external harddisk. Bukan saja gambo bahkan semua movie yang telah di download dan bakal di download pun akan simpan masuk dalam harddisk tu. Bukan itu saja drama bersiri 80 episod juga bakal di download nanti iaitu Adam Dan Hawa.. ~ehehe~ 
Suami geleng kepala saja tengok perangai bini yang fanatik  :p

Sebelum pergi membeli belah.. me and Mr. Sallehudin beli belah untuk perut kami dulu. Lapor sangat kan... keluar umah pukul 1.30 tgh hari. Sampai plaza pukul 2.30 ptg. 

Restoran yang kitorang tuju dalam plaza tu Shikiya Sushi Restaurant.
Mr. Sallehudin order nasi goreng cendawan. Harga nasi tu RM10.90 katanya ada promotion. Order nasi tu dapat free semangkuk sup umpai laut. Nasib baik nasi goreng tu boleh tahan sedap.


I pulak order chiken chop. Tobat I nak makan chiken chop kat situ lagi. sos black pepper sangat pekat. Ayam pun tak berapa sedap. Tapi disebabkan lapor gilerrr.. telan jugak sampai habis. Rugi bayar RM10.90 kalau tak makan habis. Membazir nanti...


Disamping makanan utama.. kitorang order sushi jugak. :) Kitorang amik mix sushi bento set. Harga RM21.90

This is mix sushi bento set. Susunan memang cantik. Dalam banyak-banyak tu.. I suka makan yang ada ikan dan ayam tuna. sebab sedap. Yang lain tu biasa-biasa aje.. Walau papepun tetap tidak dapat menandingi Sakae Sushi. 


Walau papepun makan tetap licin. Kalau kita order soft drink dan teh o limau.. kita boleh refill minuman tu. Yang tu ajee laa yang best pun. hihi.. Mr. Sallehudin makan dengan bersemangat sekali walau dalam keadaan masih penat yang tak hilang lagi outstation to Singapore selama 2 minggu.

Okey... lepas makan baru kitorang pergi cari barang yang nak dibeli. Lepas beli harddisk Mr. Sallehudin boleh pulak beli Portable Wireless & router. Nak guna line Maxis pulak sebagai wifi. ~huhuhu~

Okey.. thank youuuu my lovelyy and mucuk husband sebab beli mende ni semua..nak bagi kemudahan kat I untuk update blog dan bergoogle sorang-sorang kat rumah. Ekcelli.. sebelum pergi Singapore aritu pun Mr. Sallehudin bagi ni kat I...

|
|
|
|
|

\/




hiiiiii~ happy...
Sekarang masih praktis pakai mende ni. Maklum laa I ni buta IT skit.

Pada I..dah cukup semua gadget yang ada. Dari guna hanfon Nokia aje dulu sekarang dah pakai blackberry, Ipad, tablet..... alhamdulilah.. Mr. Sallehudin ada juga tanya I nak tukar hanfon baru tak? Sebab dia sekarang dah tukar hanpon.. tapi rasanya tak perlu kot. Sebab blackberry yang I guna sekarang masih ok lagi walaupun my mom hari-hari coll I..tengah cakap pastu dia kata hanfon I rosak sebab ada bunyi yang mengganggu perbualan kitorang sebab my mom tak dengar apa yang I cakap. I sebut nak buat pavlova.my mom kata I nak buat komputer?? Aisshhhh... Tapi Mr. Sallehudin coll I takde pulak masalah dia tak dengar suara I... jadi kesimpulannyaaaaa..... ~huhuhu~

Hokeyy.. cukuplah kemudahan IT yang ada. Sekarang..saya tengah memujuk Mr. Sallehudin beli gelang tangan..~hihihi~ yerrrrlaaaaa.. ada laa orang tu ada dua utas gelang tangan emas. Yang seutas tu siap mak mertua bagi lagi.. huhuhu

okey..stop kat sini dulu. Banyak pulak topik yang di pot pet kan ari ni..
Adioss...

Tuesday, September 25, 2012

Sambutan Kepulangan Suami

Holaaa...

Husband dah sampai dari Singapore petang tadi.. Alhamdulilah... Setelah dua minggu ditinggalkan sorang-sorang akhirnya balik juga ke pangkuan.. horeyyy.. sonok sangat..

Bersempena dengan suami dah balik ke pangkuan, I ada masak sikit-sikit untuk Mr. Sallehudin ni. As per his request I masakkan nasi goreng cili padi dengan cucur udang. Sebab katanya dia mengidam nak makan dua menu ni. Lagipun selama kat Singapore selama dua minggu susah betul nak cari makanan yang sedap.. huhu.. siann diaaa..

So.. antara menu yang I sediakan untuk Mr. Sallehudin ialah..
Nasi goreng cili padi
Cucur Udang
Daging goreng kicap
Cheese tart
Cheese Cake
 

Tapi nasi goreng cili padi yang I buat tu kurang garam.. hikhikhik.. sowie budak masam...  :)
Cheese cake yang I buat rasa sedap (ecewah..) tapi terlebih lembik sebab letak whipping cream banyak sangat. So bila letak dalam peti ais dan makan cheese cake dalam keadaan kesejukan seperti makan aiskrim perisa cheese..  I likeeee....


Tiga kotak tin biskut yang bercorak comel dan cute ni dengan air botol perisa caremel.. ini saja yang dibawa oleh Mr. Sallehudin dari Singapore. Ekcelli tiga jenis tin biskut ni bukan beli kat Singapore tapi dibawa oleh kawan Mr. Sallehudin dari UK. Wahh.. best dan sangat comel so boleh letak sebagai hiasan. Yang air botol caremel tu aje beli Singapore. 


Esok Mr. Sallehudin off kerja, so nak pergi jejalan kejap..  :)
byee

Monday, September 24, 2012

Esok Suami Nak Balik

Hai.. and happy Monday alls..

I happy sangat ari ni sebab esok Mr.Sallehudin akan balik dari Singapore. Two weeks hokey dia pergi outstation. Lama gilerr.. So.. as per his requested, esok I nak masak nasi goreng cili padi dan cucur udang serta menu tambahan strawberry cheese tart. 

Ok.. sejak dua menjak ni.. I slow skit nak update blog. I pun tak tau laa apsal kan.. maybe sebab tak ada story yang nak diceritakan.. yerlaaa... lagipun sekarang ni jarang keluar berjalan nak holiday. Jalan-jalan cari makan tu ada laa tapi jarang jugak laa, tengok wayang pun dah lama tak pergi tengok. Semua movie boleh download sekarang kan.. ~ehehe~ so apa lagi nak cerita? Tak kan I hari-hari nak cerita pasal rutin harian pulak kan..pastu cerita hal business.. pun boring jugak kan..  :p

So.. hopefully after husband come back from Singapore, harap dia ada masa nak bawak I pergi holiday, tengok wayang dan shopping. Dah lama tak shopping. I miss nak beli kasut.. ~huhu~  Seriously, lepas kahwin kitorang tak pernah nak pergi honeymoon selain singgah kat Cameron Highlands. Itupun lepas habis cuti majlis kenduri kahwin, time tu nak balik KL. Last three month ada planning nak pergi Terangganu. Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan so terpaksa dibatalkan planning tersebut. 




I teringin sangat nak pergi Kundasang. Awal pagi boleh tengok view matahari terbit dan nak tengok Gunung Kinabalu..

ok.. byeee..


Tuesday, September 18, 2012

Chiller oh Chiller

Salam..
Baru hari ni boleh dapat rehat. Kalau tak hari-hari ada aja tempahan cupcakes. Alhamdulilah..rezeki selepas berhenti kerja. :)

Sekarang pun I tengah fikir-fikir lagi macam mana nak besarkan business I yang dah buat hampir empat tahun ni. Oppss..cupcakes aje yang empat tahun, candy buffet & choc fountain baru aje tak sampai setahun lagi.. Nak cari pekerja tak mampu lagi.. tapi kalau ada event nak set-up candy buffet or chocolate fountain tu selalunya Mr. Sallehudin yang tolong angkat segala barang-barang.. hikhikhik...

Sekarang ni tengah berkira-kira nak beli chiller. Kalau ada mende tu senang sikitkan.. Segala cake & cupcakes, cream cheese dan segala peralatan yang perlu disimpan dalam tempat sejuk beku boleh simpan kat dalam chiller. Ada jugak servey harga chiller tu kat google. Tapi harganya lebih RM2K kan.. mahal jugak.. I tak nak yang besar sangat pun..cukuplah yang satu pintu dan boleh simpan barang sejuk beku..                                                          




Itu kalau chiller yang baru. Chiller secondhand pun ada jugak. Harga lebih kurang RM800. Tapi ada juga yang RM500. Tapi risau pulak kalau beli second hand baru pakai sebulan dua dah rosak..  :(


Jadinya kalau ada jugak chiller ni tak perlu I share peti ais untuk letak barang harian dalam peti ais dengan barang buat kek. Kalau ada kek or cupcakes extra boleh simpan dalam chiller. Kalau ada customer yang nak beli cupcakes on the spot pun ok.. :)  kann....

Friday, September 14, 2012

Saya Rindu Budak Bucuk Sayaaaa..

Saya rindu budak bucukkk saya  :(
Dia tak ada kat Malaysia sekarang. Dia pergi Singapore tiga minggu. Ini baru beberapa hari aje dia tinggalkan saya. Hujung tahun ni memang dia dah start sibuk outstation sana sini.  ~hukhukhuk~

 Pic 1: Gambar diambil di Hentian Sebelah Bikut Gaantang Arah Selatan. Time ni dah habis cuti raya. Nak balik KL. Singgah Bukit Gantang sebab dia nak makan nasik lemak. Dua bungkus dia makan. Yang sebelah tu yang belum makan tu dia punya jugak nasi lemak.. (^_^)

 Pic 2: Ni beberapa bulan lepas. Tiba-tiba diserang athma. Puncanya minum air tebu melampau. Huhuhu.. Pastu terus sesak nafas sumerr... tulaa cakap I tak nak dengarr..  :p

 Pic 3: Ini sangat kelakar. Kisah di malam raya. My FIL tiba-tiba kena gaut (betulke spelling?) So me & husband bawak FIL pergi klinik sebab nak dapatkan suntikan. Punya laa nak cepat. Sampai tak perasan dia sarung selipar lain-lain... huhuhu.. 

Pic 4: Ini pulak gambo diambil lepas beraya rumah kawan-kawan. Muka mengah dah tu.. I dah pesan jangan makan banyak sangat di rumah pertama sebab rumah ke dua dan ketiga pun ada menu jugak... tapi ikutkan sangat nafsu lapar, makan sampai tiga pinggan nasi minyak. Rumah kedua mee sup, rumah ketiga mee kari.. Haaa.. kan dah mengahhh.... ~hehe~..

Anyway... I Luv U budak bucukkk.. Jangan lupa belikan I hadiah dari Singapore..
I nak banyak-banyak hadiah...  :)

Tuesday, September 11, 2012

Open House Pertama Kami

Walalalalaa.. penat gilerrr wehhh...
Ni laa first time semangat buat open house. 70% dari semua jemputan tu datang. Terima kasihhh laa sesangat sebab sudi datang. Ini tahun percubaan saja. Tapi memandangkan tahun ni success so boleh laa buat lagi tahun depan dengan jemputan yang lebih dan boleh jemput rakan blogger juga.... Insyallah.. Nak ajak ramai-ramai takut tak muat rumah.. maklum laa rumah comey ajee... :p tahun depan janji suami nak pasang khemah & order catering. hohoho.. janji kena dikotakan tau wahai suami...  :)

Menu hari open house tu nasi impit, ayam rendang, speghetty, mini hotdog, cheese tart, apam polkadot, pavlova, muffins dan semestinya chocolate fountain dengan buah anggur dan strawberry serta minuman sirap. Bayangkan I pergi beli barang-barang untuk masak tu semua dua kali trip. Mula-mula beli hari Selasa. Lepas tu barang-barang basah macam ayam, buah semua beli hari jumaat. Balik beli barang-barang kat Giant pun dah tengah hari.. pastu kalut buat pavlova lagi.. Nasib baik cheese tart & apam tu buat hari Khamis. Ada tempahan dari customer so I selit juga buat untuk I punye event skit.. ~hee~

Malam sebelum tu siap cuci ayam, potong bawang, halia, lengkuas semuaa..dan rebus nasi impit. Untuk rendang dan spegheti I masak pagi hari Sabtu tu. Start dalam kol 9.30am. Punya laa kelam kabut sebab I sorang-sorang aje masak, tak ada pembantu. Tapi alhamdulilah sempat jugak laa sediakan semua sebelum tetamu ramai-ramai datang. Tetamu pertama datang kol 3 ptg. Time tu menu blom sempat hidang lagi. Nasib baik dia ada tolong skit-skit.. ~hahaha~ Pastu yang kelakornye.. I tak sempat mandi lagi time tuuu.. Cepat-cepat cairkan cokelat pastu terus mandi. Siap mandi dan mekap semua..tetamu pun datang.. fuhh nasib baik.. ~ekeke~


Kuah spegheti yang habis dulu. Semua orang cakap kuah ni sedap gilerrrrr.. Hoo kembang jap hidung I.. ~ehee~ Sebenarnya I masak biasa aje kuah tu. campur + campak + lebur... ok dah siap. Rendang ayam tu pun first time jugak buat. Before ni I buat rendang daging aja. Tapi memandangkan kuah spegheti tu dah daging dan suami saya mengalami kenaikan darah tinggi yang melampau so I tukar buat rendang ayam. Guna kaedah yang sama seperti masak rendang daging..tapi juz tukar ayam.. :p


Meja untuk menu berat dan dessert saya asingkan. Meja menu dessert memang menjadi tumpuan sebab ada chocolate fountain. Memang laku choc fountain tu. Jiran sebelah pun macam ala-ala nak order choc fountain tu untuk open house dia next week. ~ahaa~
 

This is my pavlova. Ramai cakap pavlova I memang sedap giler sebab kurang manis. So boleh makan dengan enjoy sekali. Alhamdulilah. Banyak feed back yang I dapat kata semua menu hari tersebut memang sedang especially spegheti dan pavlova...   :) So lepas ni bolehlaa I bukak order pavlova under produk my lil own business.. 
- sweetheartstories cupcakes & craft -
 

Tengoklah tuu.. jgn katakan tetamu kanak-kanak, tetamu dewasa pun serbu chocolate fountain tu... kesimpulannya, dessert ni memang sesuai dan tak rugi kalau dimasukan sekali dalam menu untuk majlis open house uolls.. tambahan..birthday party & wedding pon boleh. Jadi mari ramai-ramai booking dengan saya. :)

Sebenarnya menu hari tu tak cukup. Sebab ada lagi tetamu yang datang malam. Suami keluar nak pergi beli satay tapi kedai satay tutup. So.. I masakkan aje spegheti goreng. Itu pun setel. Alhamdulilah & lega rasanya sebab semua menu habis dan tak berlaku pembaziran...

I dengan suami memang bz sangat melayan tetamu sampai tak sempat langsung nak ambil gambo tetamu yang datang.. sangat frustt..  ;p

Friday, September 7, 2012

Entry Baru

Hai...
Lama tak update blog. Sediss.. saya tak ada laptop untuk mengupdate blog. Saya cuma ada sebuah tab, sebuah hanfon blackberry dan sebuah laptop old skoll.. sangat sukar menggunakan tab dan bb untuk update blog. Kekadang memang boleh tulis menulis untuk entry tapi tak boleh nak insert gambar. Sangat tension. Laptop old skoll juga begitu.. apabila menaip.. huruf hanya akan tertera beberapa saat selepas menaip. Contohnya seperti sekarang.. baru satu perenggan tapi mengambil masa hampir 10 minit. Sangat tekanan jiwa... Laptop yang saya selalu gunakan sebelum nie telah diambil oleh tuannya.. sebenarnya laptop tu kepunyaan boss suami saya.. hehehe..

Apa perkembangan terkini? ehee.. :)
Business candy buffet, choc fountain dan cupcakes dah start..selepas sebulan setengah cuti puasa dan raya. Sekarang dah start customer dok mintak quotation untuk event diorang. Ada kenduri kahwin laa dan ada juga birthday party. Job pertama lepas raya nanti 16 September, set up candy buffet & choc fountain untuk birthday party. 

Esok.. saya nak buat open house.. jemputan tak ramai sangat pun. Nak panggil ramai-ramai nanti kena masak banyak.. saya sorang aje yang masak.. tak larat lol.. insyallah tahun depan suami cakap nak order catering.. huhu.. Untuk esok saya sediakan menu spegheti, rendang ayam, nasi impit, cheese tart, pavlova, apam polkadot, muffins dan mestilah chocolate fountain. tokey kann.. hikhik..

hokey.. dah.. sambung masak..
byee..